Home > 1 > Sah ! Pas akan boikot Permatang Pauh walau cuba diNAFIKAN dato KJ

Sah ! Pas akan boikot Permatang Pauh walau cuba diNAFIKAN dato KJ

Tuesday, August 5, 2008

DATO’ KJ PENIPU

Tajuk utama dimuka hadapan akhbar Sinar Harian hari ini ialah “PAS NAFI BOIKOT KEMPEN ANWAR”. Dan dimuatkan kenyataan Dato Kamarudin Jaafar selaku Setiausaha Agung PAS sebagai berkata : “Sudah selesai…tidak ada apa isu lagi, kita sudah jumpa semalam dan bebincang lanjut bagi melicinkan perjalanan pentadbiran kerajaan PR di Pulau Pinang“.

Nampaknya Dato’ KJ sudah pandai nak menipu macam “bos”nya DSAI. Tahukah beliau bahawa mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang pada hari Ahad yang dihadiri oleh Husam itu tidak pernah membatalkan keputusan mesyuarat awal yang akan boikot pilihanraya kecil Permatang Pauh. Cuma apa yang dipersetujui hanyalah menukar perkataan “boikot” dengan perkaaan lain yang lebih lunak di dengar, tetapi masih mempunyai maksud dan tujuan yang sama. Dan pada masa yang sama juga PAS Negeri telah mengemukakan beberapa tuntutan yang perlu di penuhi oleh PKR dan DAP sebelum PAS Negeri bersetuju untuk bekerjasama dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Manakala pada sebelah petangnya pula, barulah diadakan pertemuan rasmi yang PERTAMA (selepas PRU12) di antara PAS, PKR dan DAP P.Pinang bagi membincangkan persoalan pilihanraya kecil tersebut. Dalam pertemuan tersebut DAP dan PKR terpaksa mengaku kesilapan mereka tidak memberi ruang langsung kepada PAS dalam kerajaan negeri P.Pinang dan mereka berjanji untuk memperbetulkan semula keadaan selepas ini. Adalah dipersetujui juga dalam pertemuan tersebut bahawa DSAI ingin bertemu dengan Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang bagi mendengar tuntutan dan ketidakpuashatian mereka selama ini.

Jadi, apa benda yang Dato’ KJ kata dah selesai ni? Dato’ dah maklumkan ke keputusan Pas P.Pinang kepada Pesiden dan Timbalan Presiden PAS? Dato’ dah berbincang ke masalah PAS P.Pinang ni dengan Dewan Harian Pusat? Dato’ dah terima arahan apa-apa ke daripada Presiden PAS untuk menyelesaikan masalah ini? Ataupun Dato’ hanya perlu terima arahan daripada bos lama Dato’, iaitu DSAI dan Naib Presiden PAS, Husam Musa sahaja. Ataupun Dato’ dah cukup besar kepala nak langkah bendul mendahului Presiden dan TImbalan Presiden PAS dan cuba menyelesai dan memadam kemelut PAS P.Pinang ini dengan cara Dato’ sendiri? Kalau dato’ dah tidak sanggup menerima arahan daripada Presiden PAS yang telah melantik Dato’ maka eloklah Dato’ letak jawatan secara terhormat. Dato’ sendiripun dah banyak benda yang tidak bersetuju dengan kenyataan Tuan Guru Presiden kan???

Dalam akhbar Sinar tersebut juga Dato’ kata bahawa isu ni hanyalah isu kecil sahaja. Apa maksud Dato’ “isu kecil”? Mungkin isu ni isu kecil bagi Dato’, tetapi adalah isu besar kepada PAS Negeri P.Pinang. Kalau langsung PAS tidak diberi ruang untuk melaksanakan Islam di P.Pinang maka itu adalah isu besar. Soal prinsip perjuangan PAS adalah isu besar dan bukan isu kecil. Soal tanggungjawab kita dengan Allah dan Agamanya adalah isu besar bukannya isu kecil. Saya rasa Dato’ dah mula menunjukan ketidakselesaan Dato’ dengan PAS dan perjuangannya. Mungkin Dato’ menyesal masuk PAS kerana Dato’ lebih selesa dan sesuai bersama DSAI dan PKR!
Fikirlah elok-elok Dato’ sebelum terlambat.

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s