Home > 1 > Bukti Anwar sudah tidak relevan lagi di Blog Anwar Ibrahim Dot Com – satu penerangan untuk pengundi Permatang Pauh

Bukti Anwar sudah tidak relevan lagi di Blog Anwar Ibrahim Dot Com – satu penerangan untuk pengundi Permatang Pauh

Sekian lama Anwar Ibrahim Dot com ( AIDC ) mendedahkan dengan penuh fakta dan ilmiah siapakah Anwar, maka sekali lagi penulis blog tersebut meneruskan siri mendedahkan siapa Anwar dan kaitannya dengan Amerika serta ‘dajal – dajal’ yang bergayutan di sekeliling Ketua Dajal Dunia tersebut.

Kedajalan Amerika menentang Islam dan memeranginya adalah jelas laksana cahaya matahari. Ia perlu dihentikan dengan tenaga dan usaha kita mengikut kadar kurniaan Allah. Antaranya dengan menulis di blog atau menyalin artikel hebat dan memaparkannya di blog blog yang anda miliki dan di blog kawan kawan anda sayangi.

Ini penting bagi membolehkan kesamarataan dalam fahaman tentang peribadi manusia bertopengkan keadilan yang ingin menebus kembali sebenarnya maruah yang memang sudah hilang selepas berkawan dengan Amerika dan menerima jawatan jawatan Amerika hingga Islam sudah tidak menjadi asas perjuangannya.

Sekarang PKR hanyalah ingin menaikkan Anwar sebagai PM dan mereka telah dinaikkan oleh Cina dan India Apabila mereka dapat menafikan majoriti mudah 2/3 Umno tentu ia saat gelap untuk agama kita kerana mereka akan bermaharajalela atas dasar demkorasi demi menjadikan kaum lain mengambil segala Hak Hak dan Keistimewaan bangsa Melayu..

Sedangkan pada masa yang sama hak hak keistimewaan Melayu diganggu dan dikurangkan..

Sila baca sendiri keterangan di bawah : Khas disalin dari Anwar Dot Com – klik sini –

Kes Liwat : Perlukan Anwar minta sokongan badan antarabangsa ?

Satu gambar yang belum pernah disiarkan di mana-mana laman atau blog. Gambar ini sudah menjelaskan hubungan ‘misteri’ Anwar dan Amerika. Anda berhak buat tafsiran sendiri.
Anwar Ibrahim menulis dalam blognya sekurang-kurangnya 6 badan antarabangsa telah memberi sokongan terhadap kes liwatnya itu.

Sebelum ini, Dr Taha Jabir al-’Ulwani telah mengeluarkan ‘fatwa’ sokong Anwar.

Secara tersirat Anwar menulis, “nah tengok ‘ulamak luar negara’ pun sokong tindakannya. Apalah sangat ulamak dalam negara”. ‘Ulamak luar negara’, yang dimaksudkan itu ialah Dr Taha Jabir al-’Ulwani.

‘Fatwa’ Dr Taha Jabir al-’Ulwani

Lebih menarik lagi, ‘fatwa’ Dr Taha Jabir al-’Ulwani, bukanlah kali pertama, bahkan apabila Anwar dituduh meliwat 1998, Dr Taha diterbangkan dari Amerika datang ke rumah Anwar di Damansara untuk mengeluarkan ‘fatwa’ yang sama. Ketika berucap, Dr Taha memakai pakaian rasmi Timur Tengah (dengan berjubah), walhal kehidupan sehariannya di Amerika lebih selesa berkot dan tie.

Dr Taha Jabir al-’Ulwani, Presiden IIIT. Beliau, Anwar, Abdul Hamid Sulaiman, Dr Jamal Barzinji bersama almarhum Ismail alFaruqi adalah pengasas IIIT, di Herndon, Virginia, Amerika pada 1981. Beliau juga merupakan Presiden Universiti Cordoba Amerika.

Persoalannya siapakah Dr Taha ini, layakkah beliau memberi ‘fatwa’ ?. Apakah ‘fatwa’ beliau setaraf dengan pendapat dengan dikemukakan oleh Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ? Apa pandangan Sanusi Junid, bekas Presiden UIAM terhadap kes liwat Anwar ?

Mana lebih berautoriti, pendapat Dr Taha menjadi kawan rapat Anwar dan menetap di Amerika dengan fatwa Mutfi Perlis yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengan Anwar ?.

Perkara ini telah dibahaskan sebelum ini dalam artikel “Layakkah Nasihat Taha Jabir Al ‘Ulwani Dikatakan Fatwa?”

Dr Taha Jabir al-Ulwani tidak layak memberi ‘fatwa’ kerana tidak adil, tidak bertaraf mufti atau ulamak yang cuba digembar-gemburkan oleh Anwar.

Ketidakadilan ‘fatwa’ Dr Taha kerana beliau bersikap bias menyokong rakan karibnya yang bersama-sama menubuhkan The International Institute of Islamic Thought (IIIT) pada tahun 1981. Lagi pun latar kehidupan beliau di Amerika, menjadi Presiden Universiti Cardoba Amerika yang bekerjasama dengan Universiti Kristian terbesar di Amerika iaitu Washington Theological Consortium (WTC)

Beliau juga merupakan pengasas The Center for the Study of Islam & Democracy (CSID) yang ditubuhkan pada tahun 1999 di Washington, D.C. Beliau juga menjadi director CSID dari awal penubuhan hingga 2003. CSID ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED), National Democratic Institute (NDI) dan United States Agency for International Development(USAID)

Dalam bidang perundangan, sesiapa yang mempunyai kepentingan atau bersekutu dengan seseorang itu, pendapatnya dianggap sebagai berkepentingan.

Bermakna sama ada Anwar atau Dr Taha, mereka adalah kumpulan yang sama yang giat mempromosi agenda Amerika iaitu Persefahaman Kristian dan Muslim di seluruh negara Islam melalui pelbagai jenama Islam termasuk IIIT, pusat pengajian (seperti Universiti Cardoba) atau badan pemikir seperti CSID.

Anwar menerima gelaran tokoh “Muslim Democrat of the Year Award 2005″ anjuran CSID. Dari kiri (sedang tepuk tangan), Antony Sullivan (Vice-Chair CSID); Radwan Masmoudi (President CSID), Anwar dan (perempuan tidak pakai tudung) adalah Asma Afsaruddin (Chair CSID).

Di Malaysia, kumpulan IIIT bersarang di Institute for Islamic Thought and Civilization (ISTAC),yang ditubuhkan oleh Anwar pada 1987. Dahulu ISTAC menjadi entiti yang tersendiri, sekarang badan itu telah diserap di bawah UIAM.

Agenda Islam Amerika & IFC

Apatah lagi, agenda persefahaman antara agama tajaan Amerika ini amat sensitif di Malaysia kerana berkaitan dengan penubuhanan Interfaith Council (IFC) yang amat ditentang keras oleh parti PAS.

Malah PAS menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC kerana tidak mahu menjadi Islam setaraf dengan agama. PAS pernah mengecam IFC dan kerana sangka isu murtad digerakkan kumpulan ini, dengan sokongan padu Bar Council, Institut Kajian Dasar(IKD) dan NGO Nasrani dari Jerman iaitu Konrad Adenuer Foundation (KAF).

Walhal, hakikat sebenar di belakang IFC adalah Anwar Ibrahim yang menggunakan instrumen tersembunyi berjenama Islam dari Amerika iaitu IIIT, CSID dan CMCU ( Center for Muslim-Christian Understanding Georgetown University).

Agenda IFC ini pernah disebut oleh Mohamad Sabu (Naib Presiden PAS) sebagai agenda ‘Islam Amerika’ dalam ceramah-ceramahnya mengkritik Anwar pada tahun 1990-an.

Malah Bar Council, IKD dan KAF merupakan badan yang berkait rapat dalam menaja dan mempromosi idea-idea ‘Islam’ Anwar. Malah lebih terserlah lagi Anwar sendiri pernah menjadi pensyarah jemputan di CMCU, Georgetown University, di bawah seliaan John L. Esposito (anak murid almarhum Ismail al Faruqi).

Kesimpulannya, IFC merupakan agenda jangka panjang berpusat dari Amerika menggunakan pelbagai instrumen tajaan Amerika termasuk NED, NDI, USAID, IRI (International Republican Institute), dan CIA (Central Intelligence Agency)

Selain itu, agenda Islam Amerika ini turut ditaja oleh badan-badan penyelidikan dan universiti Amerika termasuk John Hopkins Universiti,Georgetown Universiti,Carnegie Corporation of New York, Rand Corporation, Hudson Institute, Council on American-Islamic Relations (CAIR),Muslim Public Affairs Council (MPAC). Islamic Society of North America (ISNA), Brookings Institution,Woodrow Wilson International Center, dan American Enterprise Institute (AEI).

Semua badan-badan yang disenaraikan di atas berkaitan dengan Anwar ketika beliau mendapat ‘suaka politik’ Amerika, menetap di negara polis dunia itu selama 3 tahun iaitu pada akhir 2004 hingga 2007.

Enam badan antarabangsa

Dalam menyokong kes liwat Anwar, sekali lagi beliau menulis senarai 6 badan yang menyokongnya. Tulisannya sebagai menyatakan badan-badan antarabangsa turut menyokong tindakannya itu, walhal kesemua badan itu berpengkalan di Amerika dan mempunyai kepentingan dengannya.

Enam badan yang dimaksudkan itu adalah pertama, Majalah Islamica Magazine; Kedua, The International Crisis Group (ICG); Ketiga, AccountAbility’s; Keempat, Senator Joe Biden; Kelima, National Democratic Institute (NDI) dan keenam, International Republican Institute (IRI).

Kempen Islamica Magazine

Kempen mengumpul tanda tangan menyokong Anwar dijalankan oleh majalah Islam antarabangsa berpusat di United Kingdom iaitu “Islamica Magazine”

Majalah bulanan tajaan CIA melalui covert operation (Operasi Sulit) ini, ditubuhkan pada 1992.

Ketua pengarang majalah ini sekarang ialah Sohail Nakhooda (dari Jordan), bekas pelajar ‘The London School of Economics’ (LSE) dan buat master di sebuah universiti Kristian iaitu ‘Christian Theology, the Angelicum, Vatican’. Beliau masih meneruskan pengajian Ph.D dalam bidang perbandingan ‘Jewish and Christian’ di ‘Theological and Philosophical Hermeneutics’.

Produk Islamica Magazine merupakan hasil tiruan daripada majalah bulanan ‘Catholic’ yang bertajuk “Inside The Vatican”. Ini merupakan usaha Sohail Nakhooda,yang menjadi Muslim pertama menuntut pengajian Kristian di The Vatican.


Sesi dialog Anwar bertajuk ‘Civilisational Dialogue – Islam and the West’ di London School of Economics (LSE)pada 15 March 2007

Namun begitu, sejarah awal penubuhan Islamica Magazine pada tahun 1992, tidak diceritakan secara jelas, terutamanya penglibatan Anwar Ibrahim dengan penubuhan majalah tersebut. Terdapat satu konspirasi terancang untuk memadamkan sejarah awal penubuhan majalah itu kerana ia mempunyai ‘nilai’ sejarah hitam.

Dr Munawar Ahmad Anes

Kalau kita membelek ‘Islamica Magazine’ pada awal penubuhannya, nama Sohail Nakhooda tidak tercatat sebagai Ketua pengarang majalah itu, sebaliknya yang tercatat sebagai Ketua Pengarang ialah Dr Munawar Ahmad Anes.

Ini menimbulkan banyak teka-teki kerana nama Dr Munawar Ahmad Anes, penggerak awal yang turut menjadi Ketua Pengarang majalah tersebut telah dipadamkan sejarah penglibatannya dengan majalah tersebut.

Kenapa nama Dr Munawar Anes dipadamkan daripada sejarah ‘Islamica Magazine’ ?

Dr Munawar Ahmad Anes, ‘Penulis Ucapan’ yang memiliki dua warganegara, Pakistan dan Amerika. Adakah Dr Munawar ejen Amerika yang dihantar khusus di pejabat TPM ?

Lebih menjadi teka teki lagi, Dr Munawar Anes yang memiliki dua status warga negara iaitu Pakistan dan Amerika Syarikat, turut diberi status warganegara Malaysia dengan campur tangan pejabat TPM yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim ketika itu.

Anwar telah salah guna kuasa untuk membantu kroni ?

Perpindahan Dr Munawar ke Malaysia secara tiba-tiba dan dilantik menjadi “Penulis Ucapan” Anwar juga menjadi teka teki.

Sesetengah pihak menganggap tindakan Anwar mewujudkan jawatan “Penulis Ucapan” bercanggah dengan etika kerja kerajaan kerana jawatan “Penulis Ucapan” sepatutnya tidak perlu kerana termasuk dalam salah satu bidang tugas Setiausaha Akhbar Anwar, Khalid Jaafar.

Namun, Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri mempunyai kuasa autoriti untuk mewujudkan jawatan “Penulis Ucapan” dengan diberikan kepada Dr Munawar Ahmad Anes dan gajinya dibayar oleh anak syarikat Berita Harian, iaitu Berita Publishing.

Seperti kata Shabery Cheek, dalam debat bersama Anwar, ketika berkuasa dalam kerajaan, Anwar telah memonopoli semua media menjadi media kawalannya. Berita Harian dan TV3, Anwar letak kroninya Nazri Abdullah dan Utusan Malaysia, Anwar juga letak kroninya Johan Jaafar (yang menjadi moderator debat minyak Anwar-Shabery di DBP baru-baru ini)

Kenapa Anwar bertegas mahu mengambil Dr Munawar sehingga terpaksa mewujudkan jawatan yang double standard itu?. Adakah berbaloi membayar harga tinggi kepada Dr Munawar semata-mata untuk menulis rencana-rencana Islam antarabangsa khusus untuk terbitan Islamica Magazine?

Kalau semata-mata untuk menulis ucapan berbentuk Islam, Anwar berhak menggunakan khidmat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM, atau rangkaian pensyarah di kalangan aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Sebagai TPM, Anwar berhak menggunakan kepakaran mana-mana agensi kerajaan untuk membantu tulis ucapannya. Lagipun ketika itu, Anwar telahpun mempunyai pegawai khas berkelulusan agama iaitu Wan Zahidi Wan Teh

Misteri ini terbongkar pada tahun 1998, apabila Dr Munawar Anes telah membuat pengakuan bahawa beliau adalah mangsa liwat Anwar Ibrahim. Dr Munawar telah dikenakan hukuman penjara dan setelah dibebaskan beliau kembali ke Amerika Syarikat.

Anwar Ahli lembaga penasihat Islamica Magazine

Pada tahun 2004, Islamica Magazine, telah distrukturkan semula dan dipindah pusat operasi ke Los Angeles, California. Majalah itu masih ditaja oleh CIA menggunakan syarikat “Project of the Center for Intercivilizational Dialogue” iaitu syarikat proksi salah seorang ejennya.

Selepas dipindah pusat operasi ke Amerika, ‘Advisory Board’ Islamica Magazine telah distrukturkan semula dengan melantik Anwar Ibrahim salah seorang ahli jawatankuasa penasihat majalah itu.

Ahli Jawatankuasa penasihat majalah ini adalah: Umar Faruq Abd-Allah, Osman Bakar, John Esposito, Hamza Yusuf, Jeremy Henzell-Thomas, Anwar Ibrahim, Enes Karic, Nuh Keller, Joseph Lumbard, Ingrid Mattson, Daniel Abdal-Hayy Moore, Abdal Hakim Murad, Sulayman Nyang, Abdallah S. Schleifer dan Zaid Shakir.

Manakala individu-individu yang dipilih menjadi kolumnis majalah itu terdiri daripada Sherman Jackson, David Cole, Samuel Huntington, John Esposito. Terdapat beberapa nama lagi turut dipilih antaranya, Azhar Usman (pelakon komedi Amerika), Daniel Abdal Hayy Moore(pemenang puisi), Haroon Moghul(penulis rencana), Asma Uddin (penguam dan penyelidik),Yusuf Zanella (ahli akademik British) dan mengekalkan Sohail Nakhooda, sebagai ketua pengarang yang menulis dari Amman, Jordan.

Pada 2008, apabila Anwar sekali lagi dilaporkan sebagai peliwat, majalah ini telah memulakan kempen mengumpulkan tanda tangan untuk menyokong Anwar.

Majalah itu telah menyenaraikan individu luar negara yang telah menyokong Anwar Ibrahim. Kebanyakan senarai nama yang dikemukakan berasal dari Amerika sama ada terlibat dalam IIIT, ISNA, CSID atau pensyarah universiti Amerika. Badan-badan yang disenaraikan ini mempunyai kaitan yang jelas dengan Anwar.

Terdapat juga nama bukan warganegara Amerika, tetapi masih mempunyai perkaitan dengan Amerika sama ada dari segi latar belakang pendidikan atau salah seorang yang terlibat dengan IIIT, ISNA, CSID, ICG atau badan yang pernah dipengerusikan oleh Anwar.

Bermakna senarai yang dikemukakan itu sealiran dengan Anwar yang pro Amerika, di antaranya seperti berikut :

1. Dr. Jamal Barzinji, Vice-President, IIIT (USA)

Beliau merupakan Member of board of directors for the Center for the Study of Islam & Democracy (CSID) 2003, satu badan pemikir Islam Amerika yang ditaja oleh NED, NDI, AEI dan IRI.

Dr. Jamal al Barzinji adalah warganegara Amerika yang dikenal pasti sebagai ‘American businessman’ dan ‘Political operative’ (untuk kumpulan Demokrat). Beliau merupakan anak buah almarhum Ismail al Faruqi (bekas pensyarah Universiti Temple, Amerika) yang terlibat menubuhkan IIIT dan The World Assembly of Muslim Youth (WAMY) yang berpengkalan di Jeddah.

Kumpulan Republican, Amerika menuduh Dr Jamal mempunyai hubungan dengan teroris dan Osama Ben Laden melalui operasi SAAR Trust.


Dr. Douglas Johnston, Presiden International Center for Religion and Diplomacy (ICRD) and Dr. Jamal Barzinji (IIIT) after signing MOU pada 18 September 2006, di pejabat IIIT, Herndon, Virginia, Washington DC.


Anwar Ibrahim (IIIT), Dr Douglas Johnston (ICRD) dan Dr Jamal Barzinji (IIIT) well-attended dinner in Washington on Thursday June 7th, 2007 anjuran ICRD. Dalam majlis ini Dr Jamal diberi anugerah ‘Faith in Action Award’ oleh ICRD kerana sumbangannya mempromosi ‘religious understanding among their fellow human beings’

Dalam ‘Operation Green Quest’2001, kerajaan Republican Amerika telah menahan dan menyoalsiasat semua penggerak utama IIIT berpengkalan di Amerika iaitu Abdul Hamid Abu-Sulayman, Jamal Barzinji,Ahmad Totonji dan Hisham Al-Talib.

Nama Anwar Ibrahim turut disebut sebagai salah seorang ‘teroris’, tetapi ketika operasi itu (2001), Anwar berada di Penjara Sungai Buloh. Anwar telah menafikan dirinya dan IIIT adalah teroris dan menghantar surat pengakuannya kepada rakan baiknya Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.

Sesuatu yang menarik tentang Paul Wolfowitz, beliau asalnya kumpulan Demokrat telah berpindah kem kepada kumpulan Republican dan menjadi penyokong setia Presiden Bush. Walhal sebelum ini, Wolfowitz dikenali sebagai anak buah Al Gore (bekas Naib Presiden Amerika) yang pernah menyokong perjuangan “Reformasi” sokong Anwar pada tahun 1998.

Pertemuan penting Anwar dan Wolfowitz di Munich, Jerman pada 2004. Zionis neocon bernama Wolfowitz ketika itu berjawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika yang digelar sebagai ‘arkitek perang Iraq’. Adakah Anwar pemuja luar negara, hinggakan berubat pun, beliau pilih Munich, Jerman dan kesemua anak-anaknya telah dihantar menuntut pengajian di Amerika ?.

Pertemuan empat mata Anwar dan Wolfowitz di Munich, Jerman pada 2004, mengubah landskap politik Anwar dan IIIT, kerana selepas itu Wolfowitz memberi ‘suaka politik’ bekerja di Amerika untuk menjalankan misi parti Republican, Presiden Bush. Sekaligus, Anwar berjaya menyakinkan parti Republican bahawa beliau, IIIT adalah bukan teroris.

Namun pada pemilihan Presiden Amerika 2007, sekali lagi parti Republican menggunakan perkaitan ‘teroris’ dengan kumpulan Demokrat.Kumpulan Republican Amerika turut mendedahkan parti lawannya parti Demokrat telah menerima wang sumbangan daripada pihak ‘teroris’ (IIIT).

Sekali lagi nama Dr Jamal Barzinji, Naib Presiden IIIT dikaitkan. Namun begitu, isu itu bukan menjadi isu utama kerana Anwar berjaya menyakinkan kumpulan Republican, setelah bekhidmat hampir tiga tahun di bawah pentadbiran Republican.

Dr Jamal Berzinji, warganegara Amerika berucap di rumah Anwar pada Mei 2008. Beliau datang ke Malaysia apabila dijemput oleh UIAM sebagai menghargai semua bekas pensyarah di universiti itu. Beliau menjadi salah seorang pensyarah UIAM ketika Anwar menjadi Presiden universiti itu.

Pada 2008, Forum ‘canadiancoalition.com’ mendedahkan Dr Jamal Barzinji telah menggunakan badan lobi Yahudi yang mempunyai kaitan dengan Jack Abramoff untuk berkempen membebaskan Anwar Ibrahim (dari penjara Malaysia) kepada Presiden Bush. Tidak dinyatakan tarikh lobi itu tetapi dapat diagak antara tahun 2001hingga 2004.

Tulis forum itu, “Barzinji is quite active in politics, having (apparently) hired disgraced Bush administration official (and Grover Norquist/ Jack Abramoff-linked lobbyist) David H. Safavian to lobby on behalf of the imprisoned Malaysian deputy Prime Minister. Originally Safavian’s firm had declared they were lobbying for a fellow named Abdurahman Alamoudi. When Alamoudi was convicted of taking money from Libya to attempt an assassination of the Crown prince of Saudi Arabia, the lobbyists said they weren’t working for Alamoudi after all and had in fact been hired by Barzinji”

Adakah ini bermakna Anwar tuduh kerajaan guna pelobi Jack Abramoff untuk jumpa Bush untuk menyorok bukti bahawa Anwar pernah guna khidmat pelobi Yahudi itu untuk membebaskannya ?

Kebiasaan Anwar suka menuduh pihak lain berkonspirasi ke atasnya, kerana Anwar adalah ‘Raja Konspirasi'(king maker) ?

2. Dr. Abubaker Al-Shingieti, Regional Director IIIT (USA).

Beliau juga merupakan Naib Presiden ‘Islamic Programs of the International Center for Religion and Diplomacy’,yang berpengkalan Washington DC. Usaha badan ini adalah untuk mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam dan mengembangkan misi ‘persefahaman antara agama’ yang dilancarkan Amerika.

Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat di ‘Center for Muslim-Christian Understanding, Georgetown University School of Foreign Service’, di bawah John Esposito dan aktif dalam ‘the Association of Muslim Social Scientists of North America’.

Nampaknya John Esposito menjadi rujukan kepada aktivis Islam, walaupun beliau beragama Kristian. Bahkan beliau dianggap sebagai penasihat Presiden Bush ke atas semua negara Islam termasuk serangan ke atas Afganistan dan Iraq.

Bermakna sejarah penglibatan dan pemikiran Dr. Abubaker Al-Shingieti adalah sama dengan Anwar Ibrahim.


Nihad Awad (kedua dari kanan) stands to President Bush’s left, when Bush said “Like the good folks standing with me, the American people were appalled and outraged at last Tuesday’s attacks (on Sept. 11, 2001).

3. Mr. Nihad Awad, Executive Director of the Council on American-Islamic Relations (CAIR), Washington D.C. Selepas kejadian 11 September 2001, beliau dan kumpulan Muslim Amerika pro Bush telah dijemput ke White House untuk bersama-sama Presiden Bush mengecam tindakan ‘pengganas’ Muslim.

4. Prof. Dr. Akbar Ahmed, Ibn Khaldun Chair of Islamic Studies & inter-faith dialogue., American University, Washington DC.

Dr Akhbar Ahmed merupakan aktivis IIIT, sebab itu apabila beliau dipilih sebagai ‘Ibn Khaldun Chair’ oleh Universiti Amerika, pihak ibu pejabat IIIT, Herndon, Virginia pada 29 Mei 2001 sebagai meraikan anugerah yang berprestij itu. Beliau juga direktor CSID dari 2003 hingga sekarang.

5. Prof. Dr. Ingrid Mattson, Professor di the Macdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary.

Beliau juga merupakan Presiden, The Islamic Society of North America (ISNA)

Prof. Dr. Muzammil H. Siddiqui bersama Presiden Bush

6. Prof. Dr. Muzammil H. Siddiqui.

Beliau merupakan pemenang ‘the Humanitarian of the Year Award in 1999′ daripada the National Council of Christians and Jews’ kerana sumbangannya menghadiri banyak seminar anjuran ‘the National Council of Churches & National Council of Christians and Jews’ di USA.

Pada September 2001, beliau telah dijemput oleh Presiden Bush untuk mengetuai Majlis Solat Muslim di the Interfaith Prayer Service, Washington National Cathedralon. Majlis itu diadakan bagi memperingati mangsa 11 September, (The National Day of Prayer and Remembrance).

Dr Muzammil Siddiqi adalah Vice President of the Academy of Judaic-Christian dan Islamic Studies di California. Beliau juga bekas Presiden ISNA.

7. Prof. Dr. Sulayman S. Nyang, professor and chairman of the African Studies Department, Howard University di Washington, D.C.

Beliau juga berkhidmat sebagai ‘co-director of Muslims dalam the American Public Square’, satu badan penyelidikan yang ditaja oleh ‘The Pew Charitable Trusts’. Beliau juga salah seorang anggota penasihat Islamica Magazine

8. Dr. Sayyid Syeed, Secretary General ISNA.

Beliau pernah dicalonkan menjadi Presiden IIIT selepas kematian almarhum Ismail al Faruqi, tetapi namanya ditolak saat-saat akhir kerana tidak sealiran dengan Dr Abd. Hamid Sulaiman dan Dr Jamal Berzenji. Sejak itu beliau terus menumpukan perhatian kepada ISNA.

ISNA merupakan pertubuhan antarabangsa berpengkalan di Amerika dan mempunyai 300 di luar negara terutamanya Kanada. Konsep ini menyaingi IIIT yang juga mempunyai cawangan di luar negara selain Amerika.

Dr. Syeed mendapat Ph.D. dalam bidang ‘Sociolinguistics’ di Universiti Indiana Bloomington, Indiana (1984). Pernah menjadi Presiden ‘the Muslim Students Association of USA & Canada’ (1980-1983).Pada 1984-1988, beliau memegang jawatan sebagai ‘Secretary General of the International Islamic Federation of Student Organizations'(IIFSO). IIFSO dikaitkan sebagai sayap pelajar untuk WAMY dan IIIT.

Dr. Syeed terlibat aktif mengembangkan persefahaman antara agama dan terlibat aktif dalam ‘interfaith dialogues di USA dan Kanada. Beliau juga dilantik sebagai anggota ‘the Board of Trustees of the Council for a Parliament of the World’s Religions’.

Pada 4 Mei 2001, beliau mendapat anugerah kedoktoran daripada ‘the Graduate Theological Foundation’, Donaldson, Indiana, kerana mengiktiraf sumbangannya menjayakan persefahaman antara agama. Pada 18 November 2001, beliau sekali lagi mendapat anugerah daripada ‘the Catholic Heritage Foundation, Louisville, Kentucky’ kerana di atas sumbangan yang sama.

9. Dr. Sherman A. Jackson, Doctor of Philosophy, The University of Pennsylvania, Department of Oriental Studies, Islamic Near East, The University of Michigan.

Beliau pengasas blog “On Faith,” the Washington Post-Newsweek blog. Berdasarkan sumbangannya, Religion Newswriters Foundation’s telah menyenaraikan ReligionLink sebagai ‘the top ten experts on Islam in America’

10. Dr. Jonathan Brown, Assistant Professor of Islamic Studies, University of Washington, USA

11. Asst. Prof. Dr. Caner Dagli, assistant professor in the Department of Religion and Philosophy at Roanoke College, College of the Holy Cross, Worcester MA, USA

12. Dr. Ibrahim Kalin, IIIT (USA), Asst. Prof. Georgetown University, USA, Committee Foundation for the Future (FFF),Director, SETA Foundation, Ankara, Turkey

13. Dr. Anas Al-Shaikh-Ali, Director IIIT (UK), Chair, Association of Muslim Social Scientists UK,

14. Prof. Dr. Aref Ali Nayed, IIIT (UK), Senior Advisor, Cambridge Interfaith Program, Faculty of Divinity, Cambridge University; Former Professor, Institute for Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Kuala Lumpur, Malaysia

15. Prof. S. Abdallah Schleifer, Professor Emeritus, The American University of Cairo; former Washington DC bureau chief Al Arabiya News Channel. Beliau adalah direktor CSID (dari 2007 hingga sekarang)

Apa pandangan anda apabila membaca dan meneliti rekod setiap individu yang menyokong Anwar itu ? Bukankah ini membuktikan Anwar memang agen Amerika ?

Kenapa pula The International Crisis Group (ICG), AccountAbility’s, Senator Joe Biden, National Democratic Institute (NDI), International Republican Institute (IRI) turut menyokong Anwar ? Adakah Anwar juga turut mempunyai kepentingan dalam badan-badan itu ?

AIDC
21 Julai 2008

Baca artikel berkaitan :

1. Layakkah “Nasihat” Taha Jabir Al ‘Ulwani Dikatakan Fatwa?

2. Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT

3. Anwar Ibrahim, IIIT & Amerika Syarikat

4. Siapa Taja Kunjungan Anwar Ke Luar Negara ?

5. Siapa Anwar Siri 3

6. Siapa Anwar Siri 4

7. Siapa Anwar siri 5

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s