Home > 1 > Nik Aziz dan kronisme ; satu pandangan penulis popular Kelantan : Ramli Ab Halim

Nik Aziz dan kronisme ; satu pandangan penulis popular Kelantan : Ramli Ab Halim

Saturday, August 9, 2008

MUNCUL KEMBALI (58)

Betulkah Islam benarkan kronisme?

KALAU tokoh-tokoh lain yang kata Islam membenarkan kronisme, pastilah pentas-pentas ceramah Pas akan sarat dengan ulasan dan hujah-hujah memperjahilkan tokoh yang berkata demikian.
Tetapi bila Menteri Besar Kelantan, Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas yang katakannya, siapa di kalangan orang Pas yang berani bertanya tentang ‘benar’ atau ”bukannya’ Islam benarkan kronisme, apatah lagi untuk mempertikaikan apa yang dikatakan.
Sebelum timbul isu Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ariff Fahmi Abdul Rahman (dulu antara orang besar dan berpengaruh di Air Kelantan Sdn Bhd) mungkin disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR), kroni dan kronisme dilihat sebagai suatu amalan yang menjijikkan.
Kroni dan kronisme selamat ini dilihat bertentangan dengan Islam dan bersifat amalan mungkar yang kena ditentang habis-habisan. Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mislanya terpaksa lepaskan peluang untuk mengaut kekayaan semata-mata kerana bimbang akan dikaitkan dengan kronisme disebabkan beliau ditakdirkan menjadi menantu perdana menteri.
Khairy yang berahwin dengan Nori Abdullah sebelum Datuk Seri Abdullah menjadi Perdana Menteri lagi terpaksa melepaskan kepentingan dalam beberapa syarikat apabila beliau berstatu menantu Perdana Menteri walaupun tindakannya melepaskan kepentingan-kepentingan itu mendatangkan kerugian kepada kepentingan Melayu dari sudut pencapaian ekonomi.
Anak lelaki Datuk Seri Abdullah bernama Kamaruddin terpaksa menumpukan perhatian kepada menjalankan perniagaan di luar negara untuk mengelak dari dikaitkan dengan kronisme dan nepotisme jika menjalankan perniagaan dalam negara kerana beliau ditakdirkan menjadi perdana menteri.
Sama ada Khairy (menantu) atau Kamaruddin (anak) kepada Datuk Seri Abdullah, mereka ada ilmu dan ada kepakaran dalam bidang yang diceburi, mereka ada merit. Tetapi setiap kejayaan yang mereka raih sering disyarah dikaitkan dengan amalan kronisme dan nepotisme.
Anak-anak Dr Mahathir juga tidak mendapat banyak peluang untuk menjadi anak Melayu yang berjaya dalam penguasaan ekonomi supaya nantinya dapat membantu anak Melayu lain semata-mata kerana tidak mahu dikaitkan dengan kronisme dan nepotisme walhal mereka ada merit, hadangan yang terpaksa dihadapi kerana mereka ditakdirkan menjadi anak perdana menteri.
Setelah Dr MNahathir tidak lagi jadi perdana menteri, lebih-lebih lagi setelah beliau berhenti dari menjadi ahli Umno barulah soal kronisme dan nepotisme tidak lagi dikaitkan dengannya dan anak-anak, malah barulah keterlibatan anak-anak beliau dalam Umno mula menonjol.
Keadaan itu berlaku kerana selama ini kronisme dan nepotisme dilihat sesuatu yang bertentangan dengan Islam, ditegah oleh agama dan suatu amalan yang bertentangan dengan moral serta boleh menyekat peluang mereka yang lebih layak atau sekurang-kurangnya sama-sama layak.
Bila Dato’ Haji Nik Abdul Aziz kata Islam membenarkan kronisme tentulah ianya memeranjatkan semua pihak. Akan timbul pertanyaan kena dulu tidak boleh sekarang boleh. Mereka yang pakar dalam bidang hukum hakam, terutama para mufti dan majlis fatwa perlu membuat kenyataan mengenainya supaya orang ramai tidak keliru.
Juga perlu diperjelaskan benarkah perlantikan khalifah-khalifah Ar-Rasyidin merupakan amalan kronisme kerana walaupun mereka mertua dan menantu nabi tetapi perlantikan mereka bukan dibuat dengan campurtangan nabi kerana ketika mereka dilantik sebagai khalifah nabi sudah wafat, malah nabi tidak pun menamakan pengganti baginda.
Yang paling penting kena dijelaskan ialah apakah layak dan sepadan soal perlantikkan menantu Menteri Besar Kelantan sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan boleh disamakan dengan perlantikan Khalifah Ar-Rasyidin. Samakah taraf dan status mereka, termasuk dari sudut ilmunya.
Kenapa Khairy, Kamaruddin, Mirzan, Mukhriz dan menantu-mennatu Dr Mahathir dan sebagainya tidak boleh dirujuk kepada perlantikkan Khalfah Ar-Rasyidin sebagai bukti Islam membenarkan kronisme sebagaimana kes menantu Dato’ Haji Nik Abdul Aziz.
Juga kena diperjelaskan apakah Sayyidina Ali bin Abu Talib yang merupakan menantu Rasulullah s.a.w. yakni suami kepada Siti Fatimah yang merupakan puteri kesayangan baginda itu ‘anak saudara’ baginda atau ‘sepupu’ baginda. Status ini juga kena diperjelaskan kerana yang menyatakannya itu bukan tokoh sebarangan, apa yang keluar dari mulutnya diterima sebagai betul belaka.
Soalanya macam mana nabi boleh ada anak saudara sedangkan baginda adalah anak tunggal kepada pasangan Abdullah bin Abdul Mutalib dan Aminah bintin Wahab. Anak saudara adalah anak kepada adik beradik. Kalau nak dikatakan pihak media salah tulis, mustahil dalam rakaman media elektronik pun boleh diubah-pinda.
Soal-soal begini nampak kecil, malah memang kecil kalau disebut oleh orang biasa, tetapi bila tokoh sehebat Dato’ Nik Abdul Aziz yang sebut, ianya tidak akan dipandang kecil kerana pengaruhnya besar.

Catatan tentang beliau :

Pengamal media sejak tahun 1973. Menulis kreatif dan non-kreatif, bermula dengan skrip drama radio. Menggunakan nama Melipriapapa MH, M. Ramliey A.H., Putera Halimariam, Wak Spy Malam, Wak Kedat, Haji Long Kopiah Bulat, Mek Ketu Ketih, Meli Saiko dan Putera Kunjarakunja.

Novel-novel yang telah diterbitkan KULIH KALITO OMAR, PADUKA CIK SITI, WARGA RIMBA dan MENITIP ZAMAN terbitan DBP, SAUDAGAR AWANG terbitan Utusan Publications & Distributors, BANJIR DI MATA KEMARU DI HATI terbitan Sheila Publisihing. Himpunan cerita lisan rakyat JUARA BOHONG terbitan Tra-Tra Publising.

Antara buku-buku politik yang mendapat sambutan ialah
GARA-GARA PENANGAN TOK GURU ORANG ISTANA MERANA, PARTI PILIHAN RAKYAT KELANTAN, MENTERI BESAR BERKOPIAH MEMBAWA TUAH, AMANAT TOK GURU, NIK AZIZ INTAN TERPILIH ABAD INI, PANGLIMA JIHAD PAS, NIK ADLI: HERO BARU PERSADA POLITIK NEGARA dan AKAN TERMAKBULKAH DOA DATIN DR NIK AZIZAH , semuanya terbitan syarikat sendiri.

Kini menjalankan perniagaan sendiri dengan menerbitkan MINGGUAN WASILAH, FAJAR ISLAM dan majalah bulanan KONSEP, GELETEK dan ANEKA PERISTIWA di samping turut diberi kepercayaan mengurusterbit akhbar mingguan AL-HAQ dan juga dalam proses memulakan projek SEBULAN TERBIT SEJUDUL BUKU melalui MELI MEDIAPLUS, MELI INFOMEDIA dan MELI INDUSTRY.

Pemenang hadiah saguhati Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (cerpen) tahun 2005 (cerpen berjudul RETORIK) dan 2006 (cerpen berjudul WADAH) dan pemenang tempat kedua Sayembara Mencipta Puisi Negeri Kelantan 2006 anjuran DPB Wilayah Timur. Berpegang kepada slogan REDAS DAN REDAH TANPA KOMPROMI

blog beliau sila klik sini

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s