Home > 1 > Raksasa BN mengamok ; isu laporan BPR terhadap Pak Lah

Raksasa BN mengamok ; isu laporan BPR terhadap Pak Lah

Salinan artikel mantap ada saya salin kembali di sini. Saya sendiri tidak sedalam tulisannya pengetahuan saya berkaitan isu tersebut.. Walaupun subjek politik adalah minat kedua saya selepas subjek agama di universiti kehidupan ini.

Saya salin kerana saya nampak ada sesuatu hasrat yang diketengahkannya melalui penulisan tersebut…Dengan menjadikan isu laporan BPR oleh Kapten Bersara sebagai objek untuk teguran berhemahnya itu.

Anda baca dan sebarkan untuk rakyat melayu yang masih sempat kita sedarkan sebelum ia menjadi barah yang parah.

Klik sini blog Raksasa BN di atas….

Saturday, August 9, 2008

Kisah Mazlan Harun bela kuda dan laporan BPR yang dibuatnya-Malaysiakini

Oleh Mohamad Ansar Saifuddin

TIBA-TIBA ada beberapa orang yang mahu dikenali sebagai veteran Umno, menyerahkan laporan ke Badan Pencegah Rasuah (BPR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengenai apa yang didakwa penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin tertinggi Umno.

Veteran itu, dikenali dengan nama Datuk Mazlan Datuk Harun, anak kepada seorang bekas Menteri Besar Selangor dan katanya diiringi seorang lelaki berkulit hitam, bernama Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman, anak kepada seorang bekas Pengerusi Tetap Umno.

Khabarnya, sms disebarkan sehari sebelum itu, mengajak ahli-ahli Umno bersama-sama mengiringi Mazlan dan Kadar Shah, dibuat oleh seorang bekas Pegawai Khas kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn (anak kepada Tun Hussein Onn) dan seorang lagi, anak kepada seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, yang cukup terkenal kerana sering ‘baling batu sembunyi tangan’.

Inilah serba sedikit yang boleh disebut dalam tulisan ini, kerana kesemua nama-nama yang disebut (termasuk yang tidak disebut) adalah mereka yang hidup kaya raya, mungkin kerana Umno (yang menyebabkan mereka jadi kaya raya) dan mungkin juga kerana kepandaian mereka berniaga ketika Umno dan beberapa orang tertentu, yang rapat dengan mereka, sedang berkuasa.

Khabarnya, mereka ini semuanya ‘suka kepada Tengku Razaleigh Hamzah’ untuk bertanding kerusi Presiden Umno dalam pemilihan hujung tahun ini.

Entah betul entahkan tidak, nama Kadar Shah ditulis pula sebagai Ketua Umno Bahagian Muar oleh sebuah akhbar tempatan sedangkan, Kadar Shah tidak pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Muar, tetapi Allahyarham bapanya, Tun Sulaiman Ninam Shah memang pernah mengetuai Umno Bahagian Muar, berbelas tahun lamanya.

Menurut ceritanya, laporan tersebut adalah berdasarkan surat terbuka yang dihantar oleh Ketua Umno Bahagian PetalingJaya Selatan, Datuk Kapten (B) Zahar Hashim kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang meminta pemimpin berkenaan dikenakan tindakan tatatertib atas penyalahgunaan kuasa.

Maka, Mazlan yang sudah lama ‘ke sana ke mari’ termasuk ke Pulau-Pulau di Terengganu atas urusan peribadi dan perniagaannya tiba-tiba bangkit dari ‘era berbulan madu’ untuk “saya menaruh segala kepercayaan kepada pihak BPR untuk menyiasat kes terbabit.”

Di mana orang-orang ini, ketika Umno menghadapi pilihan raya? Ke mana orang-orang ini ketika Umno menerima serangan dari rakan-rakan parti komponen BN? Di mana orang-orang ini ketika bangsa asing menyerang ketuanan Melayu. Ke mana orang-orang ini ketika kepimpinan Umno sedang berusaha menarik balik sokongan dan keyakinan rakyat kepada BN?

Adakah mereka di Pejabat BPR? Adakah mereka di Balai Polis? Atau mereka duduk selesa, mengumpat dan mengata-ngata kepimpinan tidak pernah buat betul, tidak pernah buat baik dan semuanya kepimpinan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak betul, tidak kuat, lemah dan tidak berkemampuan untuk terus menerajui negara dan parti.

Di mana mereka bersembang, tentulah di tempat-tempat mewah kerana mereka ini sudah kaya raya, sejak zaman ‘orang-orang tertentu’ memegang kuasa dahulu.

Yang mereka nampak, (barangkali), Pak Lah perlu digantikan dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Yang peliknya, ada antara mereka, menjadi penyokong Tengku Razaleigh ketika ini sahaja, ketika Tengku Razaleigh mahu bertanding. Ketika tidak ada pertandingan, mereka pun malas nak ke Pejabat BPR, bersebelahan dengan Bangunan Dayabumi, kat Kuala Lumpur itu.

Rakyat (baca: orang Melayu) di kampung-kampung, yang tidak ada membela kuda seperti Mazlan membela kuda, yang tidak memakai rantai leher dan gelang tangan seperti Kadar Shah pakai, yang tidak beristerikan seorang ratu cantik sebenarnya amat mencintai Umno kerana jasa Umno kepada bangsa Melayu lebih dari apa yang dirasai ‘anak-anak bekas pemimpin ini’ dan perasaan bekas Pegawai Khas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Mereka, mahu terus bersama-sama Umno, tetapi mereka kini dikelirukan dengan perjuangan ‘orang yang suka membaling batu sembunyi tangan’. Mereka ini (anak kepada bekas pemimpin) semuanya pernah berjawatan di peringkat bahagian kecuali Kadar Shah yang tewas dalam beberapa kali percubaan mahu menjadi Ketua Umno Bahagian Muar, sudah tidak diterima oleh cawangan-cawangan Umno di bahagian masing-masing.

Kalau mereka masih hebat, kenapa mereka tidak mahu bertanding? Takut kalah sebenarnya… bukan tidak berminat atau mahu memberi peluang kepada muka-muka baru atau orang yang lebih muda sebenarnya.

Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Hishammuddin juga pernah kalah di salah satu bahagian dalam usahanya mahu menjadi ketua bahagian.

Cukuplah. Sudah semakin ramai orang bercakap soal bapa mereka, walaupun tanpa bukti, kerana ia sedikit sebanyak akan menyebabkan suasana tidak harmoni sesama sendiri.

Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak ke Subang Jaya, bertemu dengan kepimpinan Umno Negeri Selangor di sebuah hotel berdekatan sebuah pusat perubatan, ada beberapa sepanduk dipasang yang berbunti ‘sokong peralihan kuasa – Najib Presiden, Muhyiddin Timbalan Presiden’. Kerja siapakah ini kalau bukan kerja orang yang ‘bila dah buat, terus ke luar negara’ kerana banyak duit, hidup kaya raya dan boleh upah budak-budak buat kerja ini.

Datuk Seri Najib mungkin suka semua ini, tetapi tiada siapa pun pernah mendengar Najib berkata; “buatlah.”

Para pengiring Mazlan ke Pejabat BPR Wilayah Persekutuan, sepatutnya pergi ke rumah Mazlan di Tanah Merah, Sungai Buloh. Tengok berapa puluh hektar tapak tanah rumahnya itu dan ada berapa orang pekerja yang bekerja menjaga kuda-kudanya. Yang mengiringi Mazlan, bukan sahaja tidak ada kuda, malahan, nak beli kacang kuda pun nak kena minta duit dari orang lain.

Harakahdaily turut melaporkan, kisah laporan BPR ini bagi memberi gambaran bahawa Umno ‘bergolak’.

Categories: 1
  1. penulis_cyber
    10,August 2008 at 3:34 am

    Moralnya : sentiasa ada pihak dengki dengan PM kita. Dan akan meneruskan usaha menjatuhkannya.

    Nabi lagi didengki Munafiq, maka apatah lagi cucu tok wali Syeikh Abdullah Fahim bernama Abdullah Ahmad Badawi.

    Sebab tu taat kepada pemimpin perlu kerana segala dosa dan pahala akan ditanggung kepada mereka….

    Taatilah Allah dan Rasul serta Ulil Amri dari kalangan kamu !!!

    hidup pak lah !

    buang barah dalam UMNO Insya ALlah !

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s