Home > Politik Malaysia > Saiful dedah kunjungan ke luar negara-Malaysiakini

Saiful dedah kunjungan ke luar negara-Malaysiakini

Soon Li Tsin | Aug 2, 08 6:28pm
Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa dia telah menemani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tiga kunjungan ke luar negeri tahun ini.

Menurut blognya semalam, bekas pembantu mantan timbalan perdana menteri itu berkata, dia menemani Anwar ke Hong Kong awal bulan Mei lalu, Bangkok pada hujung bulan yang sama, dan ke Singapura pada 16 hingga 18 Jun.

Ini adalah kali pertama Saiful mendedahkan butiran terperinci tentang kunjungannya ke luar negara selepas membuat aduan polis mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

Saiful membuat laporan polis itu pada 28 Jun lalu, mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara.

Anwar kemudiannya ditahan, disoalsiasat semalaman sebelum dibebaskan keesokannya, 17 Julai dengan ikatjamin.

Dalam blognya Saiful menyenaraikan tugasnya, termasuk membantu ketua kakitangan PKR, Ibrahim Yaacob mengatur jadual Anwar.

Saiful juga berkata, beliau telah ditugaskan untuk mengatur perjumpaan sulit, contohnya dengan ahli-ahli Parlimen yang mahu melompat menyertai PKR dan ia diadakan di kondominium Desa Damansara.

Baca berita lanjut.

– Adakah perundingan untuK MELOmPAT disertakan denga adegan MELIWAT ( jika benar tuduhan saiful ???

Categories: Politik Malaysia
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s