Home > Politik Malaysia > Keputusan Debat Anwar vs Sabry Chek

Keputusan Debat Anwar vs Sabry Chek

Tuesday, July 15, 2008


Keputusan Debat Anwar vs Sabry Chek

Berikut adalah keputusan yang diberikan setelah beberapa orang rakan Majlis Debat Universiti (MADUM) dan bekas bekas hakim Debat Piala Diraja duduk semeja menilai hujah kedua dua orang pembahas ini.

Anwar berperanan selaku pihak kerajaan bagi usul dan Sabry Chek berperanan selaku pihak pembangkang bagi usul. Keputusannya ialah usul ditolak oleh dewan. Ini kerana Anwar gagal menjawab dua soalan yang dikemukakan sampai akhir sesi pergulungan.


Pertamanya, Anwar gagal menjawab apakah dia bersetuju subsidi terus diberikan kepada peruncit minyak di Malaysia, sedangkan 58% pasaran dikuasai oleh syarikat asing.

Keduanya, Anwar gagal menjawab soalan daripada Tan Sri Nordin Kardi. Anwar juga gagal menyakinkan bahawa mekanisma apakah yang dipakainya untuk turunkan harga minyak menjadi 50 sen.

Anwar sekadar menyatakan kaedah penjimatan dan andaian, sedangkan kos untuk subsidi harga minyak yang semakin naik adalah lebih besar dari jumlah RM5 bilion. Anwar gagal meyakinkan bahawa hanya RM5 bilion sahaja diperlukan untuk stabilkan harga pada kadar 2.20 seliter dan lebih murah lagi selepas itu. Akhirnya, Anwar bersetuju harga minyak terpaksa dinaikkan. Jika begitu berapa lama harga RM2.20 seliter boleh bertahan jika Anwar jadi PM? Sebulan atau seminggu sahaja? Bermakna jika hari ini memerintah, esok belum tentu harga minyak turun.

Anwar banyak memberikan andaian dan hujah dengan menggunakan logik akal. Manakala Sabry menceritakan realiti sebenar yang berlaku tetapi cuba dinafikan oleh Anwar. Malah Anwar tidak memberikan kaedah untuk mengatasi harga minyak di Malaysia sekiranya harga minyak dunia terus naik.

Premis Anwar bahawa minyak akan turun pada 2.20 sen seliter dijawab secara jelas oleh Sabry. Ini menunjukkan bahawa Anwar bersetuju dengan kenaikan minyak yang sedang berlaku.

Isu rasuah, integriti dan ketirisan adalah hujah sokongan Anwar sedangkan perkara yang sama berlaku ketika beliau menjadi TPM. Malah Anwar sendiri ialah Pengerusi IMF untuk rantau Asia Tenggara ketika krisis ekonomi 1998.

Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri sambut Michael Camdessus,Pengerusi IMF. Dalam debat Anwar-Shabey, Anwar menafikan beliau terlibat dengan IMF sedangkan fakta World Bank menyebut beliau dilantik “Chairman of the IMF Development Committee” pada 1998. Gambar di atas sudah membuktikannya bertapa eratnya hubungan mereka, sampai berpeluk-pelukan.

Apakah Anwar hendak menyalahkan dirinya sendiri selaku wakil IMF di Asia Tenggara? Anwar sendiri baik dengan baik hinggakan berpeluk dengan Michael Camdessus (Pengerusi IMF). Bukankah Camdessus ialah bos Anwar dalam IMF?

Kesimpulannya, Anwar selaku bekas pelajar sastera di UM gagal menandingi ketenangan Sabry Chek yang merupakan bekas pensyarah ekonomi di Universiti Malaya. Anwar tidak sehebat mana pun dalam berdebat untuk mencabar separuh barisan kabinet berdebat dengannya.

Selepas ini, minta Tan Sri Khalid Ibrahim vs Khir Toyo, Ustaz Azizan vs Datuk Mahazir Khalid, Tajol Rosli vs Nizar, Rafidah vs Wan Azizah atau Samy Vellu vs Gobalakrishnan.

Inilah manifestasi keterbukaan demokrasi di Malaysia. Program sebegini harus diteruskan untuk mengalakkan ruang perdebatan politik secara konstruktif dijadikan medan sebenar rakyat untuk menilai isu semasa negara. Bukan lagi melalui demonstrasi di atas jalan.

AZRINIZAM BIN IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

baca artikel asal di anginperubahan.blogspot.com

Categories: Politik Malaysia
  1. pelitahati76
    18,July 2008 at 1:16 am

    Please do ur homework on the comment on above statement

  2. razmanazraai
    21,July 2008 at 10:52 pm

    TOLONG JGN BERBOHONG BERKAITAN DENGAN KEPUTUSAN DEBAT TEMPOHARI!!!!!!!Kalau tanya budak kecik pun dia akan jawab DATO’SERI ANWAR yang MENANG!!!!apa ni????adakah awak buat blog ni untuk berbohong kepada RAKYAT????Ingattttt Kita semua akan MATI satu hari nanti dan MAMPUKAH AWAK UNTUK MEMINTA MAAF PADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA DIATAS PEMBOHONGAN AWAK NI?????KITA MESTI GENTLE…SAYA PUN ORANG UMNO TEGAL DAN SENANTIASA BERDOA AGAR DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM TIDAK DIRESTUI OLEH ALLAH SWT UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA. TAPI SAYA RASIONAL DALAM BAB NI(DEBAT) YANG SESUNGGUHNYA DAT’ AHMAD SHABERY KITA KALAH BAH KAN TAK LAYAK LANGSUNG UNTUK BERDEBAT DGN DATO’SERI ANWAR DALAM SEMUA SEGI TERMASUK PROF KITA TU PUN SAMA (TERLALU BANYAK LARI DARI TAJUK).KALAU PUN AWAK DIBAYAR SEKALI PUN TAK KAN LAH AWAK TERGAMAK UNTUK MENIPU DEMI UNTUK MENGISI PERUT AWAK DAN KELUARGA AWAK.ITU BELUM LAGI DITANYA KEMANA PERGINYA HASIL-HASIL YANG LAIN(MINYAK SAWIT,GETAH DAN LAIN-LAIN LAGI)MAU MERAUNG DATO’ AHMAD SHABERY NAK MENJAWABNYA HARUS2 TERUS PENGSAN.POKOKNYA DATO’ SERI ABDULLAH ADALAH TIDAK MAMPU SAMA SEKALI UNTUK MEMIKUL JAWATAN PERDANA MENTERI DAN BELIAU SUDAH LEBIH DARI SEPATUTNYA MELETAKKAN JAWATAN DENGAN SEBERAPA SEGERA YANG BOLEH DAN BUKANNYA MENUNGGU SEHINGGA 2010 TOLONG KESIAN RAKYAT DAN PARTI UMNO KHASNYA.SAYA RASA PADA TAHUN 2010 PARTI UMNO DAH PUN BERKUBUR(HANYA TINGGAL NAMA TAPI SUDAH TIADA KUASA) JIKA BELIAU(YAB DATO’SERI ABDULLAH TIDAK MELETAKKAN JAWATANNYA SEBAGAI PRESIDEN UMNO DAN JUGA PERDANA MENTERI MALAYSIA MASIH LAGI DENGAN EGO NYA TIDAK MAHU MELETAK JAWATAN DENGAN SEGERA.SAYA BAGI PENDAPAT SAYA INI BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA HIDUP DI SEMUA PERDANA MENTERI MALAYSIA SEHINGGA SEKARANG.SAYA RASA LIDAH SAYA TERLEBIH DAHULU DAPAT MERASAKAN BAHAWA GARAM ITU MASIN DARI AWAK.HARAP AWAK JANGAN PUTAR-BELITKAN FAKTA DEMI MENGISI PERUT AWAK TANPA MENGIRA PERASAAN DAN KESULITAN YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s