Home > 1 > Pas sudah ‘diliwat’ DAP dan PKR dengan perjanjian Pangkor II !

Pas sudah ‘diliwat’ DAP dan PKR dengan perjanjian Pangkor II !

Pangkor II: Nizar bersikap membisu

IPOH 9 Julai – Ahli-ahli Pas perlu bermuhasabah dan merenung sejenak mengapa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membisu apabila ditanya mengenai perjuangan untuk menegakkan pemerintahan Islam di Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sikap membisu Mohammad Nizar itu menimbulkan tanda tanya kerana ia ada kaitan dengan kebenaran dakwaan bahawa wujud ‘Perjanjian Pangkor II’ antara Menteri Besar itu dengan para pemimpin DAP negeri yang membentuk kerajaan campuran di Perak.

“Saya sendiri tidak menyedari mengenai perjanjian itu, tetapi persoalannya apakah ini prinsip perkongsian kuasa yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” kata wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zambry menambah: “Selama ini Pas menyatakan pembentukan kerajaan campuran itu berasaskan konsep ‘Tahalluf Siyasi’ atau persefahaman politik, tetapi adakah ia sampai Mohammad Nizar terpaksa berjanji dan mengorbankan prinsip perjuangan parti semata-mata untuk berkuasa.”

Mohd. Fadzil, abang Mohammad Nizar, sebelum ini mendakwa adiknya itu tidak layak menjadi Menteri Besar kerana telah menandatangani ‘Perjanjian Pangkor II’ dengan DAP yang antara isi kandungannya melarang Menteri Besar itu menyebut negeri Perak diperintah oleh Islam.

Perjanjian berkenaan juga dikatakan tidak membenarkan Mohammad Nizar menyebut terma-terma politik yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti hudud dan qisas.

Pakatan DAP, PKR dan Pas memerintah Perak selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas. DAP mempunyai 18 kerusi di DUN Perak, PKR memenangi tujuh kerusi, manakala Pas hanya memiliki enam wakil rakyat termasuk Mohammad Nizar.

Para wartawan menunggu Mohammad Nizar memberikan reaksinya mengenai isu ‘Perjanjian Pangkor II’ selepas satu program di Pulau Banding, Gerik petang ini, tetapi Menteri Besar itu enggan ditemu ramah.

Zambry memberitahu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini, Mohammad Nizar secara jelas mengelak untuk menjawab soalan wakil rakyat BN mengenai prinsip negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas selama ini.

Menteri Besar itu secara terang mengatakan bahawa perjuangan mewujudkan sebuah negara Islam memang tidak terdapat dalam perlembagaan Pas.

Menurut Zambry, tindak-tanduk pemimpin Pas itu yang tiba-tiba ‘melenting’ apabila ditanya wartawan mengenai pelaksanaan pentadbiran Islam di Perak baru-baru ini juga menimbulkan pelbagai andaian.

Katanya: “Saya difahamkan Menteri Besar juga tidak selesa bila disoal mengenai konsep keadilan dalam Islam dan perjuangan negara Islam oleh orang ramai dalam sesi-sesi ceramahnya.

“Ini semua menunjukkan beliau sedang panik dan tidak tahu hendak menjawab soalan orang ramai apabila ditanya mengenai prinsip dan dasar perjuangannya. Jadi, ada kemungkinan ‘Perjanjian Pangkor II’ itu wujud.”

Sementara itu, di PULAU PINANG, Bernama melaporkan pemimpin dua parti dalam Pakatan Rakyat enggan mengulas laporan Utusan Malaysia mengenai satu perjanjian melibatkan kerajaan pakatan itu di Perak, yang kononnya melarang Mohammad Nizar menyebut negeri itu diperintah oleh Islam.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak ada apa-apa untuk diulas kerana di peringkat nasional tidak ada sebarang perjanjian.

“Ini ialah perkara Perak, lebih baik tanyakan kepada Perak tetapi di peringkat kebangsaan tiada apa-apa,” kata Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang ketika ditemui di pejabatnya.

Di KOTA BHARU, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa juga enggan mengulas isu itu dengan alasan tidak membaca laporan akhbar Utusan Malaysia kerana berada di luar negara.

“Saya kena semak dulu,” katanya kepada pemberita.

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s