Home > Politik Malaysia > Kickdefella barua Husam Musa

Kickdefella barua Husam Musa

Saya tidak ada ‘nafsu’ menulis panjang kerana kurang ‘ sihat’ namun ada beberapa perkara baru ditemui di blog penyokong PAS sendiri iaitu Roslan SMS dan juga Sayuti Omar.

Sayuti memang suka mengkritik Husam Musa yang dianggap ‘gian’ ingin menjadi MB . Anda boleh baca keterangan tersebut di blog beliau di sini. Terbaru beliau seakan menyindir Husam lagi dengan katanya :
Usahkan kakitangan orang yang berada di keliling Tok Guru juga turut sama menipu, cakap tidak benar, suka putar belit fakta dan reka cerita. Kadang-kadang Tok Guru juga diberikan maklumat yang tidak tepat malah ada yang salah sama sekali. Kadang-kadang juga Tok Guru dijadi Sultan Shahrul Nizam untuk ditunggangi oleh orang yang rapat dengannya dan oleh golongan Pas klon. Kalau Tok Guru tak sedar boleh dikhabarkan dilain masa!

Suara suara pembaca tetap blog Roslan SMS tersebut dijadikan tatapan ramai dan saya berkesempatan memetika kata kata bicara mereka berkenaan Kickdefella atau nama Sheih Azidi tersebut. Jika di blog Sayuti Omar, otai Kickdefella dikutuk, di blog Roslan SMS, Kickdefela sendiri dikutuk pembaca di situ…

Kita jika ingin mengetahui perasaan sebenar ahli PAS terhadap Kickdefella atau Husam , tentulah kena membacanya di blog PAS juga. Jangan dicari di blog blog UMNO atau pro kerajaan kerana takut ada ‘bias’ dan tidak sah kenyataan kerana ‘berkepentingan’…

Ini sebahagian lagi apa yang ditemui di situ….Anda bacalah ya.

———————————————————————————————————————————————————–

Anonymous said…
siapa blogger tu?…spy menjadi iktibar kpd kite semua….penarek beca ke?

Mon Jun 23, 11:57:00 AM MYT
Anonymous said…
Assalamualaikum,

Lebih elok rasanya En Roslan dedahkan sahaja nama blogger tu. Tapi, kalau berkaitan dengan Bakaq Haq, saya sendiri pernah mengingatkan YB Salahuddin di dalam satu Mesyuarat Exco DPPP supaya berhati-hati bila bercakap dgn Penarik Beca (PB) ni kerana bila kita baca tulisannya, kita akan terus dapat tahu bahawa apa yang ditulisnya adalah hasil dari maklumat yang diperolehinya dari segelintir pimpinan yang rapat atau kerap bersembang dengannya.

Dan bukan susah sangat kita nak tahu siapa dia pimpinan yang ‘terbocorkan’ maklumat kepada PB ni. Nama pimpinan yang kerap diulang oleh PB dalam tulisannya, maka pimpinan itulah yang menjadi ‘sumber’ kepada tulisannya. Saya tidak salahkan sangat pimpinan tersebut, tetapi inilah akibatnya bila terlebih bercakap dengan orang yang tidak amanah seperti PB.

Hasil dari maklumat yang kabur dan tidak dapat dipastikan kesahihannya, PB akan menggoreng dan mengolah sebaik mungkin hingga pembaca akan percaya bulat2.

Saya amat berharap agar Saudara Roslan dapat nasihatkan pimpinan seperti Mohd Sabu, Mahfuz, Dato Husam, Salahuddin, Ust Idris, Hanipa Maiden dan beberapa orang lagi yang saya syak menjadi ‘sumber’ kepada PB ini supaya jangan lagi bercakap hal dalaman parti kepada orang seperti PB ini yang amat tidak amanah hingga membocorkan benda2 yang tidak seharusnya diketahui umum. Apatah lagi hal2 yang separa benar hingga ianya menjadi fitnah kepad orang2 tertentu.

Jelas kita nampak pimpinan seperti Ust Nasarudin, Dato Mustafa Ali, Ust Harun Taib dan beberapa orang lagi kerapkali menjadi sasaran PB. Lantaklah kalau PB ada personal ‘vendetta’ dengan org2 ini. Tapi, janganlah ‘modal’ untuk menghentam mereka datang dari pimpinan PAS juga.

Wassalam.

ABDULLAH ABDUL KARIM

Mon Jun 23, 12:56:00 PM MYT
Anonymous said…
memang kickdefella itu banyak buat hal. dulu dalam blog dia dia serang Ketua Dewan Ulamak tidak hiraukan kawasan demit. ( masa itu husam disebut2 nak bertanding situlah). dia ni kalu dengar husam cakap sikit..terus tulis selalu. macam dia terror buat analisa. duk kutuk orang dengan macam 2 gambar tak masuk akal. lalu umno balas balik dengan buat gambar tg mb kel dengan gambar yang tidak molek juga. kena cek juga budak kickdefella ni..tulis dok puji husam semacam. hok orang lain, semua tak molek.. bini tudung pun tak pakai depan husam pulak tu..tak malu ko tuhanko.

Mon Jun 23, 01:04:00 PM MYT
Ellyasak said…
Salam,

Saya tertarik dengan kenyataan saudara yang menyebut “rahsia-rahsia berkenaan PAS dan pimpinannya yang disulamkan dengan “half truth” dan fakta yang tidak tepat dan berbaur fitnah.”

Pada saya, sekiranya kenyataan blogger itu tidak tepat/betul maka kepemimpinan tertinggi PAS perlu tampil membuat kenyataan yang bersifat “fully truth” agar keresahan di kalangan pendokong/ahli dapat dileraikan.

Perlu diingat bahawa tidak ramai ahli/pendokong yang bernasib baik seperti saudara yang mendapat “first hand infomation” dari kepemimpinan. Justeru, sikap keterbukaan di kalangan pemimpin perlu ada dan penjelasan wajar dibuat berhubung dengan perkara ini.

Selagi pemimpin “keeping their members in the dark” selagi itulah ahli/pendokong mahupun bloggers yang cintakan perjuangan PAS, akan terus berjalan teraba-raba dalam gelap-gulita.

Wassalam.

Mon Jun 23, 04:25:00 PM MYT
Anonymous said…
Pautan blogger tu lebih kpd syiah…

Mon Jun 23, 04:40:00 PM MYT
meowsoleh said…
Adalah dua tiga orang dan salahseorang daripadanya sudah ana tendang daripada link blog ana.

Mon Jun 23, 07:06:00 PM MYT
thanaif said…
Ya saya juga ingin mengetahuinya.

Mon Jun 23, 10:37:00 PM MYT
SiFu said…
Blogger yg tidak menghayati perjuangan PAS dan menganggap PAS semata-mata parti politik dan bukannya wadah menjulang keagungan Islam. PAS tempat cari makan kot?
Kalau blogger tu bukan ahli PAS, aku tak geram sangat. Tapi kalau kononnya bersama-sama mendokong wadah PAS, apa jadah punya blogger ni?

Mon Jun 23, 11:52:00 PM MYT
Anonymous said…
Blogger yang memburuk-burukkan peribadi tok guru pun ada….dia tak sedar martabat tok guru nak dibandingkan dengan dirinya…

Tue Jun 24, 12:23:00 AM MYT
Anonymous said…
sdr,
saya pun sependapat bahawa kekuatan dalam perjuangan adalah berpaksi kepada kerahsiaan.inilah yang paling sukar untuk dijaga.kerana :
1 Tidak semua ahli/anggota faham tetang prinsip/rukun berjamaah
2 Dalam mana-mana organisasi MESTI ada opurtunist ( bahasa lama : Munafik )
3.Dalam sejarah empayar Islam dahulu pun , jatuh kerana faktor dalaman menjadi talibarut pihak luar dengan menjual maklumat dan rahsia sendiri.
4.Dalam al-quran pun kes opurtunist
menjadi intipati kisah-kisah al-quran sebagai panduan kepada umat Islam
5.Saya rasa hanya doa sahaja yang boleh menegelak perkara ini berlaku hatta dalam sirah sendiri baginda SAW dilihat amat sukar berhadapan dengan puak ini

semoga Allah menyelamatkan jamaah dan perjuangan ini.Amin
sekian

Tue Jun 24, 12:33:00 PM MYT
Abas Saiful said…
PAS tu maksum ke?
Buat perkara yg menjejaskan agama, kenapa kena rahsia?
Bukankah Tok Guru kamu pun kata mengumpat tu dibolehkan?
Betullah kata Mantan PM, “PAS itu Islam, Islam itu PAS.”
Jangan kritik PAS, nanti jadi munafiq.

Tue Jun 24, 08:07:00 PM MYT

—————————————————————————————————————————————————

Kesimpulannya, ada dua golongan sekarang ini di dalam PAS… Golongan pro Anwar dan anti Anwar… Penarik Beca dalam artikel terbarunya mengatakan ada isu panas berkaitan Hj hadi dan Anwar akan disiarkan.

Mungkin ini satu titik perpisahan pakatan longgar mereka dan ini permulaan bagi kejayaan Pak Lah di dalam menyingkirkan Anwar dari terus mara dan menyatukan kembali PAS selaku rakan sebangsa dan seagama.

Wallahu A’lam..

Categories: Politik Malaysia
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s