Home > 1 > Laporan Protes kenaikan Minyak dan Berita Malaysiakini

Laporan Protes kenaikan Minyak dan Berita Malaysiakini

Saya mendapati ada perbezaan di dalam pemberitaan Malaysiakini. Saya terdetik sesuatu dan saya ingin kongsi sesuatu itu bersama sama anda yang terjumpa artikel ini. Lihat artikel berbeza di dalam bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris di bawah. Mungkin anda juga perasan ada ‘sesuatu’ yang cuba digambarkan oleh Malaysiakini ini ?

2,500 pemuda Pakatan kawal perhimpunan
Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri | Jul 6, 08 12:22pm
Seramai 2,500 anggota Pemuda Pakatan Rakyat ditugaskan untuk mengawal perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya hari ini.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 10Menurut penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli, mereka terdiri daripada anggota Unit Amal PAS  dan Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Anggota Unit Amal PAs memakai baju-T berwarna merah manakala anggota Skuad AMK berbaju-T berwarna biru.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Dr Hatta berkata, pertukaran tempat perhimpunan tersebut dibuat kerana memikirkan lebih senang mengawal kehadiran orang ramai di situ.

Pada mulanya, jelas beliau terdapat dua cadangan tempat pilihan. Yang pertama di Stadium Melawati, Shah Alam, tetapi ditolak kerana kecil.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 11Cadangan kedua, katanya, ialah Stadium Shah Alam tetapi kebetulan ia digunakan perlawanan bolasepak malam ini.

Ditanya sama ada pihak penganjur yakin menarik kehadiran sejuta orang, Dr Hatta berkata, perhimpunan akan berlangsung sampai malam dan yakin mencapai sasaran tersebut jika semuanya berjalan lancar.

Acara kemuncak perhimpunan hari ini ialah ucapan pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang serta wakil PAS.

Isyarat pada PM

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 03Dr Hatta menganggap perhimpunan ini untuk menghantar isyarat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta ahli-ahli Parlimen yang akan bersidang esok.

Beliau juga menjelaskan bahawa sekiranya kerajaan masih tidak menurunkan harga minya, Protes akan berbincang untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa Protes, S Arutchelvan mengesahkan pihaknya tidak memohon permit polis kerana berpandangan ianya tidak perlu sebab hak itu dijamin oleh perlembagaan dan juga pandangan Suhakam supaya keperluan permit itu dimansuhkan.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 09Beliau juga mendakwa wujud halangan terhadap perhimpunan tersebut, antaranya pengumuman pihak polis bahawa ia adalah perhimpunan haram dan ia boleh menjejaskan kehadiran orang ramai.

Begitu juga, katanya, laporan mengenai latihan bersama antara pihak polis dengan tentera, yang menurutnya satu tindakan yang tidak normal.

Menurut Aru lagi, bas-bas juga ditahan di sekatan jalanraya dan polis meminta maklumat dari mereka.

Dr Hatta pula berkata, beliau sendiri ternampak lima sekatan sepanjang perjalanannya dari Kuala Krai.

Foto oleh Chan Kok Leong

English Section ( not free )

Kelana Jaya rally: 10,000 people at noon
Malaysiakini Team | Jul 6, 08 10:08am
There is a carnival sort of atmosphere at the Kelana Jaya stadium this morning at the day-long anti-fuel hike rally.

MCPX

People started trickling into the 50,000 capacity stadium since early morning, to be greeted by vendors selling Pakatan Rakyat party mementos, T-shirts, cassettes and posters.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 06About 17 stalls had set up business since yesterday with traders reporting brisk business.

The rally is organised by the Coalition Against Inflation (Protes).

Protes coordinator Dr Hatta Ramli told Malaysiakini yesterday that the programme, which would see musical and artistic performances in between political speeches, would start at 10am until midnight.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 11When the rally kicked off at 10am, about 5,000 people have arrived at the stadium with more on their way. Most of them are in red T-shirts, turning the grandstand into a sea of red.By noon, the crowd had risen to about 10,000.

About 2,500 volunteers from both PAS and PKR Youth wing have been placed to handle the crowd.

Hatta, who is PAS Kuala Krai parliamentarian, was the first speaker, followed by Hindraf coordinator S Jayathas, DAP Selangor executive councillor Ronnie Liu and PKR’s Irene Fernandez.

According to programme schedule released by Hatta this morning, representatives from rights movements Jerit and Hindraf are scheduled to give speeches at 12 noon.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 05At 2pm, representative of NGOs and Pakatan parties would have their say.

Pakatan members of parliament and state representatives would be making their appearance at 3pm, and at 5pm a number of Pakatan mentri besar and chief minister are expected to be at the stadium.

The Pakatan bigwigs are scheduled to appear before the crowd at 9pm with PKR de facto leader Anwar Ibrahim being the star of the show.

Police and military ‘intimidation’

Meanwhile, the nearby Kelana Jaya LRT station is busy with many protestors using the public transport to get to the stadium.

At the station, a small band of uniformed police personnel have been stationed to monitor the crowd.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 04So far, there is no police presence outside the stadium, although policemen have been put on standby in case of any untoward incident.

There are also two mobile police stations at the stadium.

It is learnt that Selangor police chief Khalid Abu Bakar is at the district police headquarters, keeping abreast of developments.

Vendors at the stadium told Malaysiakini that late last night they saw several police patrol cars and about seven military trucks in the area, but the convoy did not stop at the stadium.

In addition to the palpable police and military intimidation, organisers have to fight off persistent rumours that event would be cancelled.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 08“Any contrary information that is being disseminated whether by SMS or email are patently false and misleading and are meant to confuse the public.” said a statement from Protes.

“The planned programme will not be cancelled under any circumstances to ensure that the people are able to express their dissatisfaction at the government’s decision to drastically increase the price of petrol and other fuels without strong and reasonable justification.”

Baca juga laporan Berita Harian ( terkini )

Hampir 5,000 berhimpun di Stadium Kelana Jaya


PERHIMPUNAN protes kenaikan harga minyak di Stadium MPPJ. – Gambar Effendy Rashid

PETALING JAYA: Sehingga tengah hari ini, kira-kira 5,000 orang berhimpun pada perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), di Stadium Kelana Jaya, di sini.

Tinjauan Berita Harian mendapati tiada kejadian tidak diingini berlaku dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mula berucap jam 10 pagi.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dijadualkan berucap malam ini.

Bagi penulis ; jumlah angka cuba digambarkan tinggi meskipun hakikatnya tidaklah seramai yang dikehendaki penganjur. Penggunaan ayat ayat disusun agar rakyat akan nampak seimbas lalu ia dihadiri 50 ribu orang sedangkan sehingga tengah hari hanya dapat mencecah 10,000 sahaja bilangan yang datang mengikut Malaysiakini dan 5,000 sahaja melalui Berita Harian.

Apa pun agenda Malaysiakini , ia tentu berteraskan kehendak pembaca aliran pembangkang yang inginkan laporan hebat bagi setiap acara yang melibatkan Pakatan Rakyat mereka.

Cuma, ia bahaya bagi saya kerana ia akan mempengaruhi 14 juta rakyat yang menggunakan internet sekarang ini….

Lagi bahaya jika dekat pilihanraya kerana persepsi dibina akan kekal jika dibiarkan berterusan selama empat tahun berturut turut…

Saya berjanji akan pastikan persepsi yang benar sahaja akan menjadi persepsi kita semua…Amin.

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s