Home > 1 > Anwar halang wartawan Utusan Malaysia hadir sidang akhbar

Anwar halang wartawan Utusan Malaysia hadir sidang akhbar

PETALING JAYA 1 Julai – Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memboikot Utusan Malaysia hari ini turut melarang akhbar itu daripada membuat liputan sidang akhbar Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, Anwar sendiri mengelak daripada bertemu dengan wartawan Utusan Malaysia yang menunggu di pintu ibu pejabat parti itu bagi mendapatkan reaksinya.

Selain bertindak menghalang liputan berita oleh wartawan Utusan Malaysia, mereka turut meletakkan notis di hadapan pintu masuk yang berbunyi: Semua media kecuali Utusan Malaysia sila daftarkan diri.

Pemeriksaan dibuat sebelum wakil-wakil media dibenarkan memasuki bangunan ibu pejabat PKR di sini petang ini.

Terdahulu, kira-kira 50 petugas media tempatan yang berkumpul di hadapan ibu pejabat PKR sejak pukul 2.30 petang diminta mendaftar dan menunjukkan kad perakuan media organisasi masing-masing.

Penyelaras Media Biro Penerangan PKR, Ginie Lim berkata, perintah memboikot Utusan Malaysia daripada membuat sebarang liputan majlis yang dikendalikan oleh parti tersebut telah dikeluarkan pada Mei lalu.

Katanya, keputusan memboikot itu dibuat oleh pakatan pembangkang.

“Utusan Malaysia boleh mengutip berita dari tepi jalan,” katanya.

Bagaimanapun, wakil media asing dibenarkan terus naik ke ibu pejabat parti itu tanpa perlu melalui tapisan dan pemeriksaan petugas-petugas PKR.

Keadaan mula kecoh apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di pekarangan ibu pejabat parti itu pada pukul 3.40 petang.

Sebaik beliau turun dari kenderaannya, wartawan Utusan Malaysia cuba mendapatkan penjelasan beliau berhubung larangan itu.

Wan Azizah bagaimanapun tidak melayan pertanyaan wartawan Utusan Malaysia dan pada ketika itu petugas PKR telah bertindak kasar dengan menolak wartawan berkenaan.

Wartawan Utusan Malaysia tidak bertindak balas terhadap petugas PKR terbabit malah terus menunggu di hadapan pintu masuk bangunan tersebut sehingga ketibaan Anwar pada pukul 4 petang.

Bagaimanapun, Anwar dikawal ketat oleh dua pengawal peribadinya yang mengetahui wartawan Utusan Malaysia cuba mendapatkan penjelasan daripada bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang kini menghadapi dakwaan meliwat seorang pembantunya.

Moralnya: adakah ini kebebasan media?

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s