Home > 1 > Tok Janggut akan pertahankan PERDANA MENTERI !!!

Tok Janggut akan pertahankan PERDANA MENTERI !!!

Tok Janggut akan pertahankan PERDANA MENTERI !!! di blog klik sini

Sebelum artikel ini ditulis, semalam kita digemparkan dengan ‘detik detik’ awal usaha meruntuhkan negara Malaysia tercinta ini dengan cara jijik dan kotor telah bermula. SAPP sudah khianat parti BN…Mereka sudah bersatu hati dengan Anwar selepas bertemu di luar negara demi perut demi pangkat, wang, dan sokongan tanpa mengira kepentingan Nasional. Jika saya menjadi Perdana Menteri, mereka inilah pengkhianat perjuangan BN dan perlu dinyahkan dari Malaysia segera.

Namun Pak Lah tetap baik hati. Paling kuat dia kata ; Yong tamak. Itu sahaja. Kita yang di bawah ini merasa sangat pelik dengan sikap cool dan tenang Pak Lah ini. Tun Mahathir dan anak dok kutuk dan perli dia boleh diam membatukan diri..Hingga tidak pernah lagi saya lihat Tun mahathir dikalahkan dalam diam oleh Pak Lah yang memang handal dalam strategi politiknya. Bab itu saya akan hurai nanti lain artikel jika panjang umur Insya Allah….

Mahathir Mohamed and George Bush share a moment in the Oval Office in May 2002.

Dalam belayar malam malam dekat jam 12 tengah malam Jumaat ini saya bertemu gambar datuk beliau.. Sebelum ni saya hanya mendengar sahaja nama tanpa melihat gambar. Namun malam berkat ini saya ditemukan dengan arwah pejuang UMNO dan pencetus tarikh keramat kemerdekaan Malaya hingga kini disambut iaitu 31 Ogos 1957. Beliau ialah Abdullah Fahim..

Mungkin di tengah kesedihan saya melihat Pak Lah diperlakukan dari dalam dan luar UMNO, saya merasa sangat hiba mengenangkan Islam akan jatuh di tangan munafik berwajah Islam juga. Mereka menyerang dari luar dan dalam segala usaha murni kerajaan ke arah menerapkan nilai nilai Islam sejati dalam pentadbiran. Hingga tercetuslah Islam Hadhari !

klik sini untuk artikel penuh Anwar agent yahudi atau tidak !

Gambar beliau saya temui di Blog Ustaz Zamihan Al Ghari – seorang Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berkhidmat di JAKIM sekarang ini. Hingga DR MAZA pun melenting dengan pendekatan ilmiah beliau hingga mendesak Al Ghari di atas dikenakan tindakan…. Namun tiada apa apa lagi setakat ini. Lagi patut DR ASRI yang kena diusir dari kerusi Mufti selepas banyak membidaahkan dari menerangkan ajaran asli Islam.

Dan ramai bersetuju termasuk Mursyidul Am PAS yang jelas sukakan aliran pembaharuan hinggakan tupai halal dimakan. Juga Hj Hadi yang pernah menuntut di Arab Saudi tentu tidak ada masalah dengan ASRI kerana pernah terdidik dengan ajaran wahabi ini yang subur mekar di tanah Arab hasil perancangan licik YAHUDI yang menerapkan ‘fikrah batil’ dalam pengajian di sana.
klik sini untuk terperinci

Sebab itu Universiti Madinah ditaja pelajarnya. Diberi duit menyebarkan ajarannya. Mendapat tiket percuma tiap tahun selama pengajiannya. Hingga ramai terliur untuk mengaji di sana kerana ‘ kilauan ‘ wang yang melimpah dari ‘kurnia’ Kerajaan Arab Saudi yang sangat PRO Amerika Syarikat!


Jika dibaca sejarah keluarga Pak Lah kita dapati beliau dari keturunan Patani. tempat lahirnya ramai ulama yang sangat warak dan takutkan Tuhan.. Ada juga titisan darah berkat itu pada Pak Lah hingga beliau dikenali Mr Clean…atau Al Amin jika dikiaskan dengan zaman Nabi s.a.w. yang memang sebelum dilantik jadi pemimpin umat arab jahiliyyah pun sudah ada Al Amin dalam diri baginda s.a.w….

Bukan bermaksud Pak Lah taraf Nabi tetapi nak cerita bahawa beliau memang seorang yang memiliki ketelusan dan integriti yang tinggi hingga tiada tuduhan dapat dilempar kepada beliau dan akhirnya anak dan menantu yang menjadi sasaran kecaman masyarakat. ada juga pendapat kata ulama pattani juga ada darah titisan Ahli Bait – wallahu a’lam.

Jika dikira dari segi umur, datuk Pak Lah rupanya hidup lama hampir mencecah 100 tahun. Panjang umur tanda berkat amalan yang bertunjangkan agama. selaku cucu saya yakin Pak Lah mewarisi sifat tersebut dan banyak perubahan dilihat dari tindakan pentadbiran beliau semasa mula mula memerintah hinggalah sekarang ini.

Pernah Syeikh Afifuddin mengadakan Haul Syeikh Ab Qadir Jailani di Putrajaya yang saya antara hadirinnya , beliau mendengar berita tersebut dan meminta untuk menghadirinya. Dalam acara tersebut beliau turut mengikuti haul dan bacaan qasidah Dibaie hingga ulama dari Haramain ASWJ yang menjadi Munsyid turut mendoakan kemusnahan bagi sesiapa yang inginkan Islam di Malaysia musnah…Dan doak juga agar Malaysia diamankan Allah dari ancaman luar dan dalamannya.

Patutlah datuk beliau meninggal menyebut ALLAH ALLAH lantaran jiwa sufi yang kuat dalam diri hingga menghabiskan saat terakhir umurnya dengan mengalunkan zikir Isim Mufrad ALLAH ALLAH..

Tapi, orang tak fikir dan nilai perkara begini. Hingga diperli ayah dan datuk Pak Lah tak ubah macam Badwi di mekah kerja jaga unta dan rendah harga diri. Seperti Fadzil Noor dan Bunyamin yang telah mati tidak lama selepas menghina keluarga Ulama sufi ini ! Kerana Awliya Allah jika disakiti seperti menyakiti Allah dan Allah isytihar perang bagi mereka yang memusuhi Kekasih-Nya..- hadis qudsi.

Lantas terfikir di benak saya bahawa sebab itulah beliau sangat cenderung kepada perkara agama.

Berani mengubah sistem kehakiman, memberi pampasan kepada bekas Hakim yang dizalimi, membebaskan anak Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Diuji dengan kematian isteri dan kesusahan menanggung kesakitan hingga kerap tertidur kerana berjaga malam… Komited hingga J-QAF dilahirkan dengan anak muda kita dihantar ke seluruh pelusuk negara mengajar agama menerusi program bersepadu yang terbaik pernah dihasilkan demi keuntungan generasi akan datang. Menaikkan gaji agar ramai merasa selesa dengan kehidupan serba mahal zaman sekarang ini.. dan banyak lagi yang hendak dicatat di sini tidaklah dapat untuk ketika ini…

Namun sayang, Pak Lah tidak pernah dihargai.

PAS tidak hargai kerana iri hati,

PKR cari jalan nak jadi menteri.

DAP gunakan peluang memecahkan umat kita biar bergaduh sesama sendiri!!!

Fikirkanlah dan jangan mudah terpedaya dengan serangan saraf merosakkan nama Perdana Menteri. Sekian lama perubahan ingin dilaksanakan akhirnya Pak Lah berdegil melaksanakannya biarpun kehilangan sokongan dari ahli parti sendiri atau kawan kawan dalam BN.

Namun saya pasti Pak Lah akan semakin kuat. Yang jahat akan keluar dengan sendiri. yang jujur dan amanah akan menjadi orang kepercayaan Pak Lah satu hari nanti… Sekarang pun sudah ramai mengundur diri atau diundurkan .. Hingga mudah Kabinet Malaysia menjalankan pentadbiran.

Moga ALLAH menguatkan Pak Lah dan orang yang ikhlas bersamanya …Amin 6666x 1000000.

TG HJ ABDULLAH FAHIM (1869-1961)

TG HJ ABDULLAH FAHIM (1869-1961)

Dilahirkan di Makkah.

Ayahnya Hj Ibrahim bin Tahir berasal dari Pattani merupakan seorg guru al-Qur’an dan ulamak di Syib Ali.

Beliau berjaya mendalami Ilmu Teras, Sastera Arab dan ilmu Falak. Mempunyai lebih 42 org guru.

Mendirikan Sek Agama Kepala Batas dan guru yg mula2 mengajar Ilmu Hadis di sek berkenaan.

Mufti Pertama P.Pinang setelah merdeka.

Pengamal Mazhab al-Syafi’iiyah yg tegas dan menyifatkan fahaman Wahhabiy sbg fahaman Khawarij.

Beliau juga menolak doktrin Ibn Qayyim alJauziyyah yg disifatkan sbg al-Kharijiy.

Datuk kpd Perdana Menteri ( gambar di atas – tuan blog ).

Memilih tarikh kemerdekaan Malaysia.

Kembali kerahmatillah dlm Husn al-Khatimah dgn mulutnya menyebut : Allah-Allah-Allah pada 27 April 1961 jam 8 malam ( usia 92 tahun – tuan blog ).

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s