Home > 1 > Blog Datuk Seri Shahidan Kassim sokong Pak Lah !

Blog Datuk Seri Shahidan Kassim sokong Pak Lah !

Nampaknya blogger dari kalangan ‘orang besar ‘ UMNO semakin bertambah dengan kemasukan senarai terbaru ini iaitu Shahidan kassim. Beliau juga nampaknya terikut dengan trend terkini zaman sekarang iaitu mendekati rakyat yang selalu merayau di alam siber agar mereka tetap setia dengan BN dan khasnya UMNO sebagai wadah perjuangan ataupun dokongan…

Diharapkan semakin ramai YB dan Menteri akan mewujudkan blog masing masing. Dengan membuka peluang sebarang kritikan dan pujian tanpa ada sekatan atau tapisan merintangi ‘ perubahan’ ini…

Asal tulisan Datuk Seri Shahidan Kassim : http://pakteh-harimauumno.blogspot.com/

Bagi saya dan rakan-rakan tidak menjadi pesoalan siapa Dato Seri Abdullah akan namakan sebagai pengantinya yang penting dia hendaklah orang yang bersih dari segala skandal . Berdasarkan situasi sekarang saya yakin bahawa Dato Seri Abdullah tidak akan tunduk kepada desakan menyuruh beliau mengundurkan diri. TERUSKAN PERJUANGAN MU PAKLAH. Kerana sekiranya YAB Dato Seri mengundurkan diri sekarang di dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil dan di dalam keadaan politik yang bermasalah maka rakyat akan mengingati beliau sebagai PM yang bermasalah. Teruskan memimpin YAB Paklah kerana saya yakin bahawa beliau mempunyai kemampuan yang tinggi untuk memulihkan Ekonomi Malaysia. Saya juga yakin Tun Dr Mahatdir sepatutnya turut memberi bantuan kepada YAB Paklah. Saya ingin tuan/puan memberikan komen kepada saya cadangan sekiranya TUN MAHATDIR DI BERIKAN JAWATAN PENASIHAT EKONOMI NEGARA. YAB Paklah perlu diberikan peluang untuk membetulkan keadaan terlebih dahulu sebelum mengundurkan dirinya dan menamakan Penganti.Ada desas -desus menyatakan Bahawa Ds Anwar berminat untuk kembali kepada UMNO. Ini satu kebaikan kepada UMNO dan kerajaan Negara ini sekiranya ini berlaku.Bagi saya sekarang bab kata orang utara Perlih kita tak bolih kira temollog kita sendiri kita kena ambik kira kekuatan Parti dan kestabilan Kerajaan. Stabilnya kerajaan maka ekonomi pun akan menjadi semakin stabil.Insyallah. Malaysia hari ini semakin bermasalah dari segi ekonomi sudah tiba masanya Tun Dr Mahatdir, Tun Daim Zainuddin,Dato Seri Anwar , dan Nik Aziz untuk duduk semeja dan membincangkan Islam dan permasalah dari segi politik perlu diletakan ketepi ….Rakyat akan semakin tertekan…..Perjumpaan ini juga hendaklah di hadiri oleh YAB Paklah…..Kita semua Melayu yang berugama Islam…Islam mengajar kita untuk mengeratkan perpaduan,bermaafan sesama sendiri,tidak mengutamakan diri sendiri,Berjimat cermat,Jujur, dan tidak mengikut nafsu semata-mata serta banyakan bersabar dan hormatkan orang tua. INGATLAH KITA TIADA PEMIMPIN YANG PALING AGUNG DI DUNIA INI KECUALI RASULLAH SAW PERSURUH ALLAH AZZAWAJJALLA. Kita perlu mengambil pendekatan yang di gunakan oleh RASULLAH SAW di dalam pentadbiran sesebuah Negara inilah yang cuba di terapkan oleh YAB Paklah. Tetapi dah menjadi kebiasaan orang Melayu yang berugama Islam serta para pemimpin parti politik yang mana apa pun yang di buat oleh orang yang mereka tidak suka akan di katakan tidak baik,tidak bagus,lekeh dan sebagainya.Kadang kala hasil yang dibuat oleh seseorang pemimpin bukanlah akan nampak pada masa sekarang tetapi ianya mengambil jangkamasa yang panjang barulah tumbuh hasilnya. Tun Dr Mahatdir pun tidak kurang hebatnya di dalam bidang pentadbiran akan tetapi mengambil masa 22 tahun untuk membawa negara ini ketahap sekarang. Akan tetapi kesukaran yang di hadapi oleh kebanyakan pemimpin negara ini adalah untuk mengubah tahap pemikiran rakyat terutama bangsa saya Melayu..Tahap pemikiran rakyat masih berada di tahap suap dan telan maksudnya semua perlu di sediakan .. Pada saya rakyat perlu di berikan kepentingan bukannya sifat ego dan kepentingan diri sendiri. Ini pemimpin sekarang tidak kira mana-mana parti semuanya mempunyai agenda untuk kepentingan sendiri. YAB Dato Seri Abdullah meletakan kepentingan rakyat adalah di hadapan beliau disebabkan oleh ini beliau sedang cuba sedaya upaya untuk menstabilkan harga barang dan ekonomi negara.Insyallah saya yakin YAB Dato Seri Abdullah akan mengambil beberapa lagi langkah yang akan dapat membantu rakyat dari segi kenaikan harga barang keperluan akibat daripada kenaikan harga minyak… Saya tahu YAB Dato Seri Abdullah sekarang sedang menghadapi desakan daripada dalam dan provokasi daripada pembangkang juga sedang membantu musuh dalaman beliau untuk menjatuhkannya.INSYALLAH daripada apa yang saya perhatikan bahawa kehendak mereka tidak akan mencapai kejayaan di dalam masa ini. Disini saya juga ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Dato Seri Idris Jusoh .Bab NCER saya ingin cadangkan perubahan kepada YAB Paklah kerana lebih banyak ldang dan kawasan penanaman padi perlu di buka…. SAYA MENGANJURKAN ROMBONGAN UMRAH ….KEPADA AHLI-AHLI POLITIK TERUTAMA YANG VETERAN DARI PERLIS DAN KELANTAN. MARILAH KITA SEMUA BERTAUBAT DAN MUHUN PENGAMPUNAN DARIPADA ALLAH AZAWAJJALA YANG MANA SETIAP KALI KITA MEMBUAT PERCATURAN POLTIK MAKA KITA AKAN TERLIBAT DI DALAM MEMBUAT DOSA. Kepada yang selalu menabur fitnah kepada saya bab UMRAH dan sumbangan yang saya selalu beri kepada rakyat. Untuk pengetahuan semua saya selalu pergi MEKAH mengerjakan UMRAH di tanah Haram . Jikalau duit sumbangan yang saya berikan adalah HARAM maka saya akan mendapat pembalasan yang serta merta bila ke MEKAH. dan jika duit saya menghantar orang k uMRAH adalah haram maka saya akan di berikan pembalasan yang setimpal bila menjejakan kaki di tanah haram.Ini belum ada di takdir apa berlaku kepada saya ketika ada di sana. Saya tahu tuan/puan yang selalu menabur fitnah itu tidak pernah menjejakan kaki anda di tanah haram kerana itu anda kurang pengetahuan tentang tanah haram…Sekiranya berbuat dosa besar dan tidak menyucikan diri lalu pergi ke Tanah Haram maka yakinlah bahawa mereka akan mendapat pembalasan.

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s