Home > 1 > Husam@ Pak Pandir yang tidak tahu ekonomi

Husam@ Pak Pandir yang tidak tahu ekonomi

Husam seperti biasa mengutuk Pak Lah @ PM saya dan anda juga. Kecuali anda bukan warga negara Malaysia. Memang tugas pembangkang ialah mengkritik tanpa ada batasan had dan masa..Meskipun kenaikan minyak adalah kesan global hasil spekulator dan manipulasi pasaran, yang merana adalah kita yang tentu tidak berada seperti Husam Musa.

Mereka  golongan yang berada dengan pendapatan yang puluhan ribu setiap bulan tidak terasa. Tetapi akhir nanti, jika kemeseletan melanda dunia semakin meruncing, mereka akan terasa juga bahang panas kenaikan ini. termasuk yang kaya raya kerana banyak perkara sudah naik harga.

Apa yang Husam reti dalam memberi reaksi kepada komen dan tindakan Perdana Menteri? beliau sekadar memberi ulasan versi Pak Pandir yang nampak bijak tetapi jauh panggang dari api.

Bukan saya ingin mengutuk kawan seagama saya sendiri tetapi keterlaluan di dalam mengutuk hinggakan tindakan memotong elaun dan gaji disifatkan mengada ngada dan menunjuk nunjuk pula.

Bukankah ini satu inisiatif kerajaan, kenapa ingin diperleceh pula.  sedangkan kita tidak mengetahu apa reaksi penyokong anda setelah mereka diasak dengan kenaikan minyak dan juga kenyataan ‘ taik minyak’ seperti dakwaan Husam Musa. Siap menunjuk lagi bahawa Kelantan sudah lama memotong gaji para menteri dan exco kerajaan negeri.

Memang susah saya ingin mengutuk tetapi terpaksa dilakukan juga demi kebaikan umat agar mereka tidak akan taksub dan membabi buta mengikut jejak langkah pemimpin yang ber’fatwa’ dengan tiada ilmu hingga mereka sesat dan menyesatkan orang.

Itu tanda akhir zaman dan saya kira fakta di bawah mungkin dapat membuka sedikit mata kita tentang tekanan kerajaan sehingga terpaksa menaikkan harga minyak bagi maslahat yang didedahkan dan tidak didedahkan kepada rakyat kerana ia sangat sulit dan mungkin boleh membahayakan negara dan keamanan kita semua.

Mungkin anda dapat menilai kembali perbezaan antara harga minyak di negara negara di bawah dengan harga di negara kita. Yang penting,kita hanya ada 33 tahun sahaja simpanan minyak untuk diwariskan kepada generasi selepas kita nanti..Yang terendah dari kalangan negara di bawah.

Isu dari isuhot.com ini disalin ke sini untuk manfaat anda semua…

Husam hanya jaguh kampungan!

“Saya tidak faham kenapa kita naikkan harga minyak yang sepatutnya masih boleh dielak sehingga terpaksa bersusah payah melakukan itu dan ini untuk mengambil hati rakyat,” ujarnya.

Laman web Harakahdaily bertarikh 12 Jun 2008 menyiarkan satu artikel bertajuk “Abdullah cuba ‘menunjuk, mengada-gada’ – Husam” dan ayat di atas adalah antara ayat yang dikeluarkan olehnya.

Sudah tentu Husam akan mengeluarkan kenyataan seperti Pak Pandir di atas sebab diri beliau tak tahu apa-apa tentang proses minyak oleh Petronas di Malaysia.

Malahan terdapat juga bunyi-bunyi senada dengannya di beberapa blog penyokong pembangkang di mana mereka menyiarkan harga seliter minyak bagi negara-negara seperti Indonesia=RM1.61, Iran-RM0.29, Venezuela RM0.16, Turkemenistan RM0.39, Arab Saudi RM0.19 dan Mesir RM0.81.

Tetapi adakah mereka meneliti fakta dibawah ini?

UAE

Jumlah Penduduk = 4,380,000 Minyak dalam simpanan = 97 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.5 juta tong sehari Umur simpanan = 107 tahun

Kuwait

Jumlah Penduduk = 2,851,000 Minyak dalam simpanan = 99 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.5 juta tong sehari Umur simpanan = 108 tahun

Saudi Arabia

Jumlah Penduduk = 24,735,000 Minyak dalam simpanan = 260 bilion tong Jumlah pengeluaran = 8.8 juta tong sehari Umur simpanan = 81 tahun

Iran

Jumlah Penduduk = 71,208,000 Minyak dalam simpanan = 136 bilion tong Jumlah pengeluaran = 3.9 juta tong sehari Umur simpanan = 74 tahun

Nigeria

Jumlah Penduduk = 148,093,000 Minyak dalam simpanan = 36.2 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.3 juta tong sehari Umur simpanan = 43 tahun

Venezuela

Jumlah Penduduk = 27,877,000 Minyak dalam simpanan = 80 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.4 juta tong sehari Umur simpanan = 91 tahun

Malaysia


Jumlah Penduduk = 27,452,091 Minyak dalam simpanan = 4.8 bilion tong Jumlah pengeluaran = 550,000 tong sehari Umur simpanan = 33 tahun

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s