Home > 1 > Apa nak jadi, Mahathir nyanyuk lagi !

Apa nak jadi, Mahathir nyanyuk lagi !

Baca berita di bawah dan anda akan temui ‘kenyanyukan’ mantan Perdana Menteri tentang apa yang pernah dilakukannya dahulu ( memecat orang ) dan dikritiknya kembali kepada orang yang hanya meneruskan kuasa memecat sesiapa tidak memenuhi aspirasi parti yang dambakan ahli yang sangat taat dan patuh kepada arahan ketua dan tidak memperlecehkannya di mana mana forum atau pentas dalam dan luar negara.

Apa nak jadi, Mahathir nyanyuk lagi !!!

Baca komen Tun Mahathir yang bersungguh sungguh mempertahankan ‘rakan baiknya’ di bawah :

Tajuk : SANUSI JUNID

1. Saya berasa amat sedih dengan tindakan untuk menamatkan khidmat Tan Sri Dato Seri Sanusi bin Junid dari menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa.

Apa nak sedih, Sanusi pun tak sedih. Katanya gaji tak besar sangat jadi Presiden UIA..

2. Mungkin dia telah melakukan kesalahan yang besar yang tindakan ini perlu diambil. Tetapi secara kebetulan tindakan terhadap Presiden UIA ini diambil sejurus selepas dia keluar daripada UMNO. Apakah perbuatan beliau ini yang menyebabkan dianya disingkir?

Ya…besar kesalahan tidak hadir di saat PM datang ke UIA . Besar kesalahan keluar parti dan ‘tidak malu’ memegang jawatan hasil pemberian parti…

3. Secara kebetulan juga sehari selepas dia berkempen untuk anak saya di Jerlun pejabat syarikat UIA Holdings Sdn Bhd milik UIA telah digeledah oleh Badan Pencegah Rasuah. Tidak ada apa-apa kesalahan dikesan yang dilakukan oleh Syarikat atau Tan Sri Sanusi.

Nampaknya Sanusi tidak perlu mempertahankan dirinya kerana ada orang sanggup memberi komen atas tindakan BPR menyiasat beliau..

4. Dua tindakan oleh Kerajaan ini menimbul tandatanya berkenaan dengan dasar yang diamalkan oleh Kerajaan / Barisan Nasional pimpinan Dato Abdullah Badawi.


Tanda tanya bagi orang yang buat salah tapi tak nak mengaku atau sedar diri bahawa dia sudah ‘terlanjur’ dalam memberi taat setia kepada parti.


5. Saya juga dengar cadangan supaya Dato Mokhzani yang telah keluar UMNO dipecat daripada menjadi Pengerusi Sepang International Circuit (SIC).


Dah dengar baguslah.. Tun nasihatkan terus dia ‘tendang’ diri sendiri kerana tidak ada guna menunggu orang ‘ mengusung’ keluar lalu mengatakan ; Saya telah dipecat dengan terhormat !


6. Ternampak seolah-olah Kerajaan Dato Seri Abdullah Badawi anggap bahawa jawatan-jawatan dalam Kerajaan dimiliki oleh partinya dan boleh diguna sebagai hadiah kepada yang menyokongnya dan menarik balik atau tidak diberi jika tidak patuh kepadanya.


Presiden adalah dari mandat ahli. Tentu Presiden tidak buat sesuka hati. Kerana Presiden perlu memberi jawatan tersebut kepada ahli UMNO yang lain agar tidak ada pertikaian berkenaan jawatan yang disandang oleh bekas AHLI…Baca : bekas ahli.


7. Apakah hanya ahli UMNO sahaja yang boleh pegang jawatan dalam Kerajaan dan agensi Kerajaan? Saya faham ada orang bukan Melayu yang sudah tentu bukan ahli UMNO yang memegang jawatan dalam badan-badan Kerajaan. Jika kerana keluar daripada UMNO jawatan dalam Kerajaan akan dilucut, sepatutnya semua yang bukan ahli UMNO yang dilantik kedalam badan-badan Kerajaan patutlah dilucut juga.

Hanya UMNO yang berkira tentang jawatan perlu diberi kepada Ahli sedangkan DAP tidak kisah memberikan jawatan kepada sesama bangsa mereka walau dari berlainan parti…

8. Pemimpin Kerajaan nampak amat suka mendera siapa sahaja yang tidak kowtow kepada pihak tertentu. Ura-ura untuk mendera orang yang sabotaj Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 nampaknya tidak jadi. Apakah kerana takut didera mereka akan kembali menyokong? Saya fikir tidak. Sebaliknya lebih ramai yang akan menolak kepimpinan yang suka hukum orang kerana kegagalan sendiri.


Nampak seperti Tun Mahathir mahukan semakin ramai manusia bersekongkol dengan ‘ penderhakaan’ beliau kepada Perdana Menteri…Tetapi sayang, anak sendiri pun tidak ikut keluar parti ….


9. Saya harap sebab-sebab Tan Sri Sanusi hendak disingkirkan di jelas kepada rakyat. Jangan salahguna kuasa untuk kepentingan diri.

Tidak perlu kerana itu hak PM sebagai Host Member UIA mengikut perlembagaan ( ”  Bahagian IV Perkara 20 (ii) Perlembagaan UIAM yang memperuntukkan Presiden boleh dilepaskan dari jawatannya oleh Ketua Perlembagaan atas nasihat Host Member iaitu Perdana Menteri,” ) dan ia telah direstui Sultan Ahmad Shah yang menandatangai surat perlantikan Presiden UIA yang baru iaitu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

10. Kempimpinan Kerajaan Pusat Barisan Nasional harus ingat Barisan Nasional bukan lagi menguasai seluruh negara. Negeri-negeri dan Wilayah yang terkaya di Malaysia sekarang dikuasai oleh parti lawan. Mereka tidak bertindak melantik hanya ahli-ahli parti mereka sahaja dalam badan-badan Kerajaan. Sebaliknya mereka sanggup melantik tokoh dari parti-parti Barisan Nasional untuk mengisi jawatan badan-badan yang terletak dibawah Kerajaan-Kerajaan mereka.

UMNO tidak menyusukan kera dihutan dan anak dibiarkan mati kelaparan…Tun kena sedar dahulu dan sekarang adalah pendekatan yang sama iaitu hanya ahli parti sahaja yang dilantik menerajui GLC atau apa apa sahaja badan dan organisasi yang ditadbir bawah kerajaan.

11. Sikap mereka ini tentu akan menyebabkan lebih ramai ahli dan penyokong Barisan Nasional berpindah kepada parti mereka atau menyokong mereka.

Saya ingin tambah ; sikap Tun juga menyebabkan ramai telah ‘belot’ dan ‘berani’ menderhaka kepada pemimpin ; tidak sama ketika Tun memegang jawatan di mana semua diminta dengan paksa dan rela agar memberi kerjasama kepada pemimpin tertinggi parti.

12. Sikap suka balas dendam kepimpinan Barisan Nasional akan menghakis lagi sokongan kepadanya.

Ini bukan membalas dendam. Ini adalah ‘ keadilan’ yang perlu disampaikan dan dipraktik agar tidak ada orang teraniaya mengikut kepada undang undang dan adat kebiasaan parti..

13. Fikirkan baik-baik wahai orang yang berkuasa. Tiap seorang tokoh mempunyai penyokong sedikit sebanyak. Mereka tentu berasa tersinggung dan akan bersimpati dengan mangsa kerajaan dan tidak menyokong Barisan Nasional lagi.


Fikir fikirkanlah juga wahai orang pernah merasa kuasa, anda sudah diketepikan sekarang ini dan tidak ada guna memecah belah parti selain menjadikan diri anda itu dicemuh dan disingkir perlahan lahan sehingga habis segala nama baik anda selama ini berkhidmat kepada bangsa agama dan negara…. Berhentilah membuat huru hara dan bersatulah demi agama kita yang tercinta.

14. Fikirkanlah secara mendalam. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya.

Moga Tun tidak menyesal dengan apa yang TUn dan penyokong buat sekarang ini… Amin ya rabbal alamin

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s