Home > 1 > PAS gugur HUDUD demi DAP ?

PAS gugur HUDUD demi DAP ?

Fasal 5 perlembagaan PAS adalah melaksanakan hukum Allah. Namun artikel berita hari ini di Harakah Daily secara jelas menyebut tentang syarat digugurkan perkataan Negara Islam dari minda PAS. Yang mengecewakan ialah ia berlaku di Perak dan diredhai oleh Pesuruhanjaya PAS PERAK iaitu Ust Ahmad Awang yang kebetulan baru sahaja ditimpa kemalangan 29 Mei 2008 Khamis lepas..-berita klik sini -…

Adakah ia kifarah menggugurkan Negara Islam dan menipu para penyokong ? atau ia satu ujian menambah iman di sisi Tuhan ?

Baca bagaimana ayat ayat yang dipetik dari Harakah Daily tentang pengguguran ‘bayi’ bernama Negara Islam ini !!!!!!

Menurut persetujuan awal ketiga-tiga parti, beliaulah satu-satunya calon untuk jawatan tersebut yang akan dipersembahkan kepada Sultan. Tetapi kemudiannya atas campur tangan pemimpin DAP dan KeADILan pusat, tiga nama telah dicalonkan yang mewakili DAP, KeADILan dan PAS. Wakil ketiga-tiga parti bersepakat untuk menerima siapa jua calon yang diperkenan istana.

Namun apabila nama Mohammad Nizar diperkenan istana, Penasihat DAP, Lim Kit Siang membantah dan mengugut untuk memboikot majlis ngkat sumpah jawatan MB.

Bagaimanapun, selepas kira-kira tiga jam perbincangan di antara pihak PAS yang diketuai saya dengan DAP yang diketuai Pengerusi DAP negeri, Ngeh Koh Ham, pemimpin DAP pusat bersedia mengubah pendiriannya dengan mengenakan syarat supaya DAP diberi 8 jawatan Exco dan PAS berjanji tidak melaksanakan hukum hudud dalam kerajaan campuran ini.

Bagaimanapun syarat-syarat itu gugur kira-kira jam 11 malam setelah wakil PAS dan DAP dititah menghadap Tuanku di Istana Kinta. DAP akhirnya bersetuju dengan perlantikan Menteri Besar dari PAS dan akan hadir dalam Upacara Angkat Sumpah esok harinya di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, bahkan setuju akan memohon ampun dari pihak istana. Yang paling penting syarat yang mereka kenakan iaitu 8 Exco dan isu hudud gugur dengan sendirinya.

Persetujuan mengenai pengguguran syarat ini disampaikan sendiri Setiausaha DAP Perak, Nga Koh Meng kepada Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagaimanapun Upacara Angkat Sumpah MB yang dijadualkan pada jam 4 petang akhirnya dibatalkan oleh pihak istana kira-kira 2 jam sebelum ianya dilangsungkan. Ia berpunca dari bantahan saat-saat akhir KeADILan kononnya mereka hanya diberikan satu kerusi Exco padahal pada kira-kira jam 10 pagi, pemimpin KeADILan Perak telah pun dimaklumkan yang mereka akan mendapat 3 kerusi Exco dan PAS hanya 1, manakala DAP memperolehi 6 bukannya 8. Entah di mana silapnya KeADILan pusat beranggapan mereka hanya diberikan satu kerusi Exco sahaja.

Ekoran dari pembatalan itu, pihak istana menitahkan supaya setiap 31 orang Adun daripada ketiga-tiga parti menandatangani surat perakuan masing-masing bahawa mereka menyokong penubuhan kerajaan campuran yang dimuafakatkan dan bersetuju atas pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar kemudiannya dilantik secara rasmi sebagai Menteri Besar di Istana Iskandariah pada 17 Mac jam 10 pagi. Turut hadir di majlis angkat sumpah jawatan ialah Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa dan Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli. Lim Kit Siang turut hadir dan kemudianmya berkesempatan menghadap Tuanku Raja Muda memohon ampun kepada baginda.

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s