Home > 1 > Anwar masih hidup selepas 10 tahun diracun Arsenik dan disuntik HIV !

Anwar masih hidup selepas 10 tahun diracun Arsenik dan disuntik HIV !

Ingat lagi dakwaan Arsenik ? dan suntikan HIV ?

Anda tentu tidak dapat melupakan bagaimana dakwaan demi dakwaan semata mata ingin memburukkan kerajaan dibuat .. Bahkan isteri Pak Sheih , Wan Azizah juga ‘menari’ rentak yang sama dengan mengatakan kerajaan zalim dan jahat dengan membuat tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut kepada Bang Nuar…

Tetapi selepas disiasat dan disahkan doktor pakar, jawapan diterima ialah, Anwar tidak ada jangkitan apa apa.

Ketika itu tahun 1998 dan kita berada di tahun 2008.. Sudah 10 tahun.

Apa yang anda dapat lihat sekarang ? ANwar semakin galak dan sihat.. Mana pergi HIV nya ?? entahlah.

Ia pergi dengan semua tidak menyedari bahawa HIV dakwaan beliau adalah penipuan Maha Besar kepada kerajaan….Akibatnya nama negara terjejas dan kredibiliti kerajaan telah rosak sangat teruk.

Jika benar HIV disuntik tentu Anwar sudah di dalam tanah dikafankan dan dipanggil Allahyarham !

Yang merosakkan lagi ialah HARAKAH turut sama menyiarkan dakwaan ini dan membuat tuduhan sama kepada pemerintah ketika itu. Hilang semua keislaman dan keimanan HARAKAH apabila terpedaya dengan tohmahan dan juga fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan.

Itulah imej PAS yang digelar sini Parti Auta Sokmo… suka mengambil kesempatan dan menangguk di air yang keroh.

Hingga kini fail fail yang dikatakan berlori masih ghaib..Mana pergi ?apa jawapannya ? kosong dan negatif.

Begitu juga berlori lori fail sulit dan rahsia juga tinggal gertakan yang tiada tindakan serius ke arahnya. Mungkin ia senjata sulit yang ‘malu’ untuk didedahkan kerana takut ‘kemaluan’ lain akan terdedah sama.

Tuduhan tetap tinggal tuduhan. Dan yang didakwa kena Arsenik dan HIV sudah sihat dan sibuk berkempen mengumpul penyokong agar melantik beliau sebagai Perdana Menteri ke enam Malaysia.

Apa sahaja tuduhan anda ingin kemukakan kepada sang putar belit ini kenalah hati hati . Kerana ia akan menjadikan anda salah seorang bakal muflisin ( orang orang muflis ) kerana disaman RM 100 juta.

Khairy, Tun Mahathir, Chandra Muzafar selain Wee Ka Siong, bekas Timbalan Menteri Pelajaran telah disaman dan terbaru, Samy Vellu juga diugut disaman RM 100 juta oleh Si Juara Saman Malaysia ini.

Ini ekoran kenyataan beliau di Berita Harian pada 15 April yang menyebut, antaranya, Anwar menggalakkan “penyokongnya menggunakan pelbagai taktik kotor pada pilihanraya umum” dan “negara akan lebih aman dan makmur jika tiada kelibat manusia seperti Anwar.”

Pendedahan ini dibuat kembali bukan kerana ingin membuka kisah lama tetapi menceritakan kepada rakyat dengan adil dan saksama tentang diri bernama Anwar Ibrahim ini. Juara Saman dan Putar belit.

Niat saya hanya satu, menceritakan agar anda tidak akan terpedaya !!!!!

Bacalah petikan lanjut kes arsenik di sini dan anda fikirlah sendiri !

Categories: 1
  1. aberamly
    6,September 2008 at 1:22 pm

    abe sokong sebab abe dulu orang anuar. tapi bila dah kautim dengan DAP… abe dah cuak. anuar tak mau bersumpah. lepas tu tak mau nak cakap aktiviti dia di USA. katanya pergi berunding… apa runding supaya apply hak rata dan free for all, all for free sama ikut USA? jUAL DIRI, JUAL NEGARALAH AKHIRNYA.. kautim dengan aberamly.wordpress.com ya.

  2. penulis_cyber
    10,September 2008 at 11:01 pm

    ABERAMLY BLOGGER BARU KE NI? HEHE…

    MARI KITA DEDAHKAN LAGI SIAPA ANWAR.

    MOGA PEMBERONTAKAN TERANCANG MERUNTUHKAN KERAJAAN AKAN DIKALAHKAN OLEH BLOGGER ALIF BA TA SEMUA.

    LAWAN TETAP LAWAN SEHINGGA TITISAN PELUH TERAKHIR !!!

    Penulis Cyber
    http://beritamalaysiakini.wordpress.com

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s