Home > 1 > Arah Anwar Ibrahim selepas 14 April hari ini

Arah Anwar Ibrahim selepas 14 April hari ini

KL POS.COM
Oleh G. Manimaran / Mstar
Khamis, 10 April 2008
PADA November 2006, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan yang beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-12, yang telah diadakan baru-baru ini. Impiannya tidak kesampaian.Pilihan raya umum 8 Mac telah berlangsung awal berbanding tanggal 14 April. Tempoh larangan bertanding yang dikenakan terhadap Anwar, 61, berakhir Isnin ini.

Di sebalik teka-teki kerusi Permatang Pauh dan Bandar Tun Razak dikosongkan untuk Anwar berterusan, bekas Menteri Kewangan ini juga dua minggu lalu telah dilantik sebagai pemimpin untuk mengepalai barisan pembangkang atas nama yang baru – Pakatan Rakyat. Nama Pakatan Rakyat menggantikan nama barisan alternatif.

Selepas dibebaskan daripada penjara empat tahun lalu. Apakah langkah Anwar selepas ini?Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, sebenarnya telah menjangkakan akan berpeluang besar untuk menyaingi kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-12.

Isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang bertindak sebagai Presidan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sejak parti itu ditubuhkan setelah Anwar ditahan dan dipenjarakan, mengumumkan akan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam suku kedua tahun ini bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen.

Wan Azizah menyandang kerusi itu sejak kali pertama bertanding pada tahun 1999 dan sebelum itu ia dimenangi Anwar ketika berada dalam UMNO.

Selain Wan Azizah, anak Anwar Nurul Izzah juga kini merupakan Ahli Parlimen.

Pendirian memberi laluan yang diluahkan oleh Wan Azizah berdasarkan kedudukan beliau sebelum pembangkang memenangi 82 kerusi Parlimen – pencapaian terbaik pihaknya dalam mana-mana pilihan raya.

Pada pilihan raya umum 2004 PKR hanya memiliki satu kerusi Parlimen tetapi hari ini ia merupakan parti pembangkang yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

Malah, pada hari ini dua anggota keluarga Anwar berada di Parlimen.

Apakah Anwar masih mahu bertanding menjadikan tiga anggota keluarganya menganggotai Dewan Rakyat?

Jika dua bulan lalu Wan Azizah mengatakan beliau sanggup memberikan laluan kepada Anwar, kini wujud desas-desas Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga Menteri Besar Selangor pula bakal mengosongan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dimenanginya.

Khalid menafikan akan berbuat demikian. Jika Khalid sanggup berbuat demikian bermakna Wan Azizah yang baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen akan kekal di Permatang Pauh.

Di sebalik teka-teki kerusi Permatang Pauh dan Bandar Tun Razak dikosongkan untuk Anwar berterusan, bekas Menteri Kewangan ini juga dua minggu lalu telah dilantik sebagai pemimpin untuk mengepalai barisan pembangkang atas nama yang baru – Pakatan Rakyat. Nama Pakatan Rakyat menggantikan nama barisan alternatif.

Anwar yang kini dilihat sebagai ‘king maker’ bagi barisan pembangkang juga dikatakan tidak mahu bergopoh dalam pergerakan politik dalam suasana semasa.

Anwar yang kini dilihat sebagai ‘king maker’ bagi barisan pembangkang juga dikatakan tidak mahu bergopoh dalam pergerakan politik dalam suasana semasa.

Penyusun strategi dan penyokong Anwar menyedari bahawa Anwar tidak seharusnya bertindak ghairah apabila melakukan gerakan politik semasa.Kemungkinan Anwar lebih selesa dianggap sebagai ‘king maker’ berbanding kedudukannya selaku ‘king’ ataupun perdana menteri.

Memang wujud spekulasi pembangkang khususnya PKR sedang berusaha untuk memancing sekumpulan Ahli Parlimen untuk menyertai parti itu, sekali gus membentuk kerajaan. Sabah dan Sarawak telah pun menafikan akan berbuat demikian.

Perlukah Anwar melakukannya? Wajarkah Anwar bertindak sedemikian untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri ketika ada pihak yang menganggap beliau sebagai “bakal Perdana Menteri” (‘leader in waiting’)?

Adakah Anwar sanggup menerima sebuah kerajaan yang dibentuk menerusi pintu belakang? Pemerhati-pemerhati juga menyimpulkan Anwar tidak mahu jawatan Perdana Menteri yang diterima menerusi kerja lompat-melompat.

Anwar dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 dengan mengetepikan Tun Ghafar Baba, sekali gus menjadi orang nombor dua dalam kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pada tahun 1998 beliau disingkirkan oleh Mahathir.

Selepas perselisihan pendirian kedua-dua mereka, pemerhati juga berperdapat salah satu punca yang membawa kepada kejatuhan Anwar ketika itu, yang turut dilabelkan sebagai “bakal Perdana Menteri”, ialah sikap gopoh Anwar sendiri.

Anwar dikatakan didesak oleh orang keliling dan penyokongnya supaya bergerak dengan cepat untuk menggantikan Mahathir.

Malah sikap beliau ini juga pernah digambarkan oleh satu karikatur yang disiarkan dalam majalah mingguan antarabangsa ketika Anwar memangku jawatan Perdana Menteri. Itu senario kira-kira 11 tahun yang lalu.

Hari ini Anwar dikatakan sudah berubah. Anwar bukan lagi pemimpin yang bergopoh merebut jawatan.

Malah, rakyat sudah mula menilai kemampuan pembangkang untuk melaksanakan program yang dijanjikan dan janji-janji dilontarkan semasa kempen pilihan raya.

Tanggungjawab politik Anwar sebenarnya lebih berat selepas 14 April ini. Selain berupaya mengekalkan keutuhan Pakatan Rakyat yang baru ditubuhkan, Anwar perlu memastikan barisan pembangkang kekal dalam hati para pemilih menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pembangkang juga menyedari sebahagian undi yang diterima mereka adalah ekoran rasa marah terhadap parti pemerintah, dan bukannya pemilih mencinta barisan pembangkang bulat-bulat.Justeru, gerak-geri Anwar selepas 14 April lebih penting agar beliau sekali lagi tidak dicap sebagai pemimpin tidak sabar.

Tanggungjawab politik Anwar sebenarnya lebih berat selepas 14 April ini.

Selain berupaya mengekalkan keutuhan Pakatan Rakyat yang baru ditubuhkan, Anwar perlu memastikan barisan pembangkang kekal dalam hati para pemilih menjelang pilihan raya umum akan datang.

Malah, ada desas-desus menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal – kemungkinan dalam tempoh tiga tahun.

Tempoh tiga tahun ini bukan sesuatu yang lama. Ia kurang daripada 1,000 hari.
Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mempunyai tempoh yang terlalu singkat untuk memikat penyokong dalam pilihan raya umum ke-13.

Jadi, Anwar dilihat akan menggunakan tempoh yang sedia ada untuk mengukuhkan kedudukannya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang berbanding menjadi Perdana Menteri menerusi jalan belakang dalam keadaan tergopoh.

Anwar juga tetap mahu mengikut jejak Lim Guan Eng yang bertanding buat kali pertama selepas larangan politik selama lima tahun. Beliau kini Ketua Menteri Pulau Pinang – negeri kelahiran Anwar.


Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s