Home > 1 > Forum berkaitan Isu babi… pendapat sesetengah pihak !

Forum berkaitan Isu babi… pendapat sesetengah pihak !

Author
RE: Selangor dan babi? 21 of 34

farzy_1409
Posts: 25
Location: Iran
Joined: 31.01.08
Status: Offline
Posted on 10-04-2008 11:11
TOLONG PAHAM ISU BAIK2…JANGAN IKUT KATA ORANG..ISLAM ADA PENYELESAIANNYA

Biasanya, kalau orang marahkan sesuatu, ringan saja mulut tu nak cakap ‘babi’, sehinggakan kereta kancil pun dah jadi kereta babi. Sebabnya, dalam mencari tempat parking kereta, ternampak satu ruang kosong. Lalu meluru lah dia ke tempat kosong tersebut, tetapi bila hampir di tempat yang disangka kosong itu, ternampaklah dia akan sebuah kancil yang telah diparking di situ. Lalu ringan je mulut dia menyumpah “babi…”

Itulah kisah kereta kancil jadi kereta babi.Apa kaitan dengan ladang babi Mega di Selangor?
Tetapi dalam kes projek Ladang Ternakan Babi Mega di Selangor ni, siapa yang babi? Babi itu kah yang babi atau orang yang mempolitikkan isu ini yang ‘babi’, atau orang yang tak mengaku meluluskan projek ini yang babi? Lantaklah, tak kuasa nak menyumpah orang. Faktanya, kalau dilihat kepada enakmen penternakan babi sebagaimana terdapat dalam laman web Jabatan Haiwan Selangor, masih lagi mengguna pakai akta tahun 1991. Tak tahulah kalau sudah ada akta yang terkini. Kalau ada, bermakna JPH Selangor tak buat kerja untuk update laman web mereka.

PRINSIP PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

————————————————————————–

5. Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991

Objektif Operasi

Pewartaan Enakmen ini adalah bertujuan untuk menentukan supaya semua aktiviti penternakan babi di negeri ini dijalankan secara terkawal mengikut syarat-syarat pelesenan dan mengamalkan sepenuhnya konsep mesra-alam seta mengambilkira sensitiviti masyarakat sekitar.

Kawasan Penternakan Babi(Pig Farming Area)

Di negeri ini Kawasan Penternakan Babi belum dikenalpasti dan diwartakan. Bagaimana pun menjelang Julai 1998, lesen Penternakan Babi Sementara akan dikeluarkan kepada ladang-ladang babi yang mematuhi syarat-syarat Jabatan.

Hukuman

Hukuman denda sehingga RM 15,000.00 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan terhadap penternak-penternak yang didapati menjalankan aktiviti penternakan babi tanpa lesen yang sah.

——————————————————————————–

Akta ini jelas untuk mengawal penternakan babi di Selangor supaya mesra alam dan mengambil kira sensitivity masyarakat, terutama orang-orang Islam. Namun begitu kelemahan penguatkuasaan baik dari pihak PBT mahu pun JPH sendiri telah menyebabkan banyak berlaku pencemaran alam dan gangguan kepada masyarakat Islam sebagaimana laporan2 media. Contoh yang masih saya ingat ialah pencemaran Sungai Langat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Karam Singh Walia.

Manakala mengikut kata Sdr Khir Toyo, matlamat pengeluaran babi di Selangor ialah untuk kegunaan tempatan saja iaitu sekitar 250,000 ekor. Dan jika dibanding dengan statistik ladang babi di Selangor, yang berjumlah 147 buah, purata satu ladang babi menternak 1700 ekor babi. Banyak tu!!!

Bayangkanlah, 1700 ekor babi dalam satu ladang. Satu Selangor ada 147 buah ladang, bermakna 147 buah kampong atau pekan dalam Selangor ada 1700 ekor babi di dalamnya (purata). Berapa banyak sungai yang tercemar? Berapa banyak kawasan yang udaranya tercemar? Bearapa banyak lalat2 yang singgah bagi salam kat penduduk Islam Selangor dengan membawa bersama sisa2 babi?

Bandingkan pula dengan hanya satu kawasan saja di Selangor ini yang dikhususkan untuk ternak babi. Tempat lain tak boleh, Hanya di kampong Tumbuk, Sepang sahaja yang boleh ternak babi. Tempat ini pula memang telah menjadi tapak utama penternakan babi di Selangor, bukan isu baru. Cuma yang digembar gemburkan ialah nilai 100 juta itu nampak seperti ‘mega’ dari segi saiznya. Walhal kalau dikaji kenyataan MB Selangor, ladang tersebut merupakan ladang moden yang akan ‘recycle’ balik segala hampeh2 babi untuk kegunaan babi juga tanpa keluar dari kawasan mereka. Bermakna satu bentuk system penternakan yang sofistikated. Itu yang membuat kosnya tinggi, bukan kawasannya yang mega. Penternakan babi ini lebih kepada ‘feedlot’ bukan jenis lepas bebas. Jadi, bagi saya yang tak makan babi ni, tak nampak pula apa masalahnya dengan cadangan ini. Lagi baik ada lah!

BROGA

Kita ni kalau nak membangkang tu, biarlah kena bendanya.Sebagai orang yang terlibat dan minat dengan industri binaan dan industri2 hilirannya, saya cukup terkilan apabila projek incinerator Broga dibatalkan. Bukannya saya ada syer, tapi dari segi praktikalnya saya amat bersetuju dengan cara pelupusan sampah melalui system incinerator. Tetapi orang kita ni memang kaki bangkang. Projek ini, tak silap saya semasa Khir Toyo jadi MB. Kena bantah, sampai court, dan akhirnya batal. Sudahnya, berapa tempat di Selangor ini yang jadi tempat buang sampah? Sampai satu tahap, tutup dengan tanah. Cukup haul, buat rumah. Bila dah siap rumah, baru padan muka. Bau busuk entah dari mana la, udara tercemar sampai besi2 pun berkarat, semut banyak, anai2 takyah cerita la, macam2 lah. Tempat sampah katakan!

Ha.. bangkang la lagi ikut sedap perut! Apa guna ada anak watan yang ada ilmu kalau tak mau guna ilmu? Bangkang ikut nafsu,sebab ada kepentingan, atau bangkang sebab saja suka bangkang, nama lagi NGO. Tak buat kerja, tak dapat peruntukan. (nota: kebanyakan NGO mendapat peruntukan dari kerajaan).Atau bangkang sebab tak tau, tapi dah orang lain bangkang, kena la bangkang, nanti orang kata apa pulak. Yang TV3 tunjuk dalam Dateline kul 12 tadi tu, takde orang lain dah tu. Orang UMNO lah tu yang protes depan pejabat MB pasal isu ladang babi mega ini.

Itu yang saya tertanya-tanya ni, faham ke dia orang ni? Entahlah, siapa yang babi ni? Walaupun babi ni makhluk haram, bila dia marah anak atau kawan,tak pernah disumpahnya anak atau kawannya itu “menatang babi!!”Percaya lah, dia tak sumpah cam tu!


as syirazi
as syirazi Send Private Message
Author
RE: Selangor dan babi? 22 of 34

farzy_1409
Posts: 25
Location: Iran
Joined: 31.01.08
Status: Offline
Posted on 10-04-2008 11:13

Cerita sebenar di sebalik projek ternakan babi!

TERKEJUT betul saya apabila mengikuti rancangan ulasan akhbar daripada TV1 RTM awal pagi tadi mengenai Projek Ternakan Babi di Selangor yang kononnya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Pengulas berita dengan penuh aksi dan gaya telah memetik kenyataan Exco PAS, Dr. Halimah Ali dengan menuduh yang bukan-bukan kepada PAS kerana menyokong projek berkenaan.

PAS dianggap telah lupa perjuangan dan sanggup menjual agama kerana kepentingan politik. Malah pengulas “kuda kayu” ini tidak segan silu menasihatkan PAS bahawa daging babi adalah haram dimakan bersandarkan ayat-ayat Al-Qur’an dan juga petikan kitab Injil. Selanjutnya beliau menfitnah PAS dengan menyatakan bahawa dengan projek ini kelak PAS akan membenarkan pula jualan daging babi di tepi-tepi jalan. Macam mana mentaliti orang-orang RTM ini pun saya tak faham. Kita ingatkan apabila dah kalah pilihanraya dan dapat Menteri baru mereka akan berubah dan akan menjalankan tugas dengan lebih profesional. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Kalau dah UMNO tu tetap UMNO, dulu, kini dan selamanya.

Berbalik kepada cerita ternakan babi tadi. Apa yang RTM sibuk sangat tentang ternakan babi? Bukankah selama ini pun terdapat ribuan babi di mana-mana di Malaysia.

Lupakah mereka kepada isu babi di Negeri Sembilan dan Melaka dahulu yang bukan setakat melibatkan kaum Cina tetapi juga pimpinan UMNO di dalam mengaut keuntungan. Dan jangat kita lupa bagaimana beberapa pimipim menyalahguna duit derma mangsa-mangsa penyakit bawaan babi (JE) untuk kepentingan mereka.

Perlu diingat bahawa negara kita terdiri daripada berbilang kaum dan agama, dan ada di kalangan rakyat yang makan daging babi. Justeru itu binatang ini perlu dipelihara bagi mendapatkan dagingnya.

Ketika RTM asyik menghentam keromo PAS, perlu diingat bahawa ternakan babi terus berjalan tanpa ada usaha konkrit untuk mengawalnya daripada mencemar alam sekitar. Kita berterusan menghadapi pencemaran air yang akhirnya membawa bencana kepada umat Islam sendiri.

Saya kebetulan tahu benar tentang projek yang dimaksudkan oleh YB Teresa Kok dan YAB Menteri Besar Selangor. Ini kerana projek ini ditawarkan oleh syarikat kawan baik saya beberapa bulan yang lepas.

Untuk makluman RTM, projek ini diluluskan oleh kerajaan Khir Toyo 2 minggu sebelum pembubaran parlimen. Walaupun saya orang kuat PAS, saya menyetujui projek yang dicadangkan oleh rakan saya ini kerana selepas menelitinya secara terperinci, saya dapati ia amat berguna di dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam yakni isu pencemaran air.

Projek berteknologikan Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada kitaran ini.

Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution) akibat ternakan babi selepas ini. Pihak Jabatan Haiwan dan juga pegawai-pegawai kerajaan lain telah membuat kajian mendalam mengenai kesesuaian projek ini termasuk membuat lawatan ke Jerman untuk melihat sendiri bagaimana keberkesanannya. Mereka begitu kagum dengan apa yang mereka lihat dan bersetuju melaksanakannya di Selangor, dan jika berjaya akan dikembangkan pula ke seluruh negara.

Seperkara lagi perlu disebutkan bahawa usaha ini adalah di bawah pembiayaan swasta. Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek. Orang-orang bukan Islam perlukan daging babi sementara kita perlukan air yang bersih dan persekitaran yang nyaman. Bukankah projek ini satu kompromi yang amat hebat untuk rakyat negara ini?

Mungkin RTM tak peduli itu semua kerana yang penting bagi mereka ialah melepaskan geram pada Pakatan Rakyat. Cerita benar atau palsu bukan ukuran penting bagi mereka.

Kalau babi tu kita boleh maafkan sebab mereka dijadikan Allah tanpa akal, tetapi yang manusia kat RTM ini diberi akal tetapi masih tak mahu menggunakannya! Cuba anda fikir, mana lebih teruk?


as syirazi
as syirazi Send Private Message
Author
RE: Selangor dan babi? 23 of 34

ap0 nAk JADi
Posts: 9
Location: Malaysia
Joined: 08.04.08
Status: Offline
Posted on 10-04-2008 11:16
ha…
ni smue salah si khir toyo tu la…
die yg open dulu…
penyapu la,makan tempe stiap hari la….
ish2x…
mentang2,khir toyo jd pembangkang,sue nak diperbesarkan…
time die dulu jd mb,orang kecoh2,die ckp,org tu x open minded…
ermmmm….aku dok selangor…
paham sgt…
bekas yb kat dun ni..
brape byk kete die?
siap belikan wife die jaguar lg…
beli lot kedai brape byk…
projek turap jalan pun byk x siap…
buat rosak je krete…
alhamdulillah,skrg ni tmpt aku PAS yg ambil alih…
insyaAllah,ade perubahan..
biar skit2 wat perubahan..spy dpt wat perancangan ngan teliti…
x r mcm khir toyo dulu,smue nak siap sekaligus,…
sa2 pape pun x jd…
clap
Send Private Message
Author
RE: Selangor dan babi? 24 of 34

pearl_iman
Posts: 245
Location: Malaysia
Joined: 07.12.07
Status: Offline
Posted on 10-04-2008 14:19
hmm…bila pembangkang dah menang baru nak mengelabah..
sepatutnya kerajaan kena ubah perangai utk tarik kepercayaan rakyat..
tp takde apa2 tindakan..nmpknya barisan nasional ttap tak berubah..
sampai isu babi ni pun nak di besarkan..
betul2 tak faham ngan dorg ni…. *pissed*


lautan muhibah pengikat ukhwah,
kasih bersemi mesra abadi,
begitu indah ukhwah fillah,
wasilah mendamba cinta ILAHI..
pearl_iman84 iman_syifa Send Private Message
Author
RE: Selangor dan babi? 25 of 34

farzy_1409
Posts: 25
Location: Iran
Joined: 31.01.08
Status: Offline
Posted on 10-04-2008 14:48
Berkenaan kes Ternakan Khinzir di Selangor

“Berkenaan kes Ternakan Khinzir di Selangor.Tolong jangan salah faham… kita semua tahu propaganda dari BN yang menggembar-gemburkan perkara yang sensitif begini. Sudah menjadi lumrah kepada mereka yang kalah kerana mereka tiada jalan lain untuk menghentam Pakatan Rakyat.

Dari itu, yang pertama-tama sekali, kita sebagai warga yang cerdik-cerdas harus bersikap lebih tenang dalam menterjemah maklumat yang kita terima. Soalanya di sini, yang mana lebih baik ?

Diulangi, yang mana lebih baik ?

A) Lebih dari 10 tempat pembiakkan khinzir di merata ceruk selangor sehingga apabila JE atau pencemaran barulah diketahui akan kem-kem khinzir ini dan semestinya pencemaran berlaku sewenangnya kerana pertumbuhan ladang ternakan ini tidak terkawal & tidak mengikut prosedur alam sekitar.

B) Dengan Peruntukan 100juta, hanya satu tempat dimajukan untuk penternakan khinzir ini dan dibangunkan dengan sistemetik serta sistem perkumbahan yang membantu dalam konteks alam sekitar.

Dapatkah tuan2 yang bijaksana membezakan antara impak A dan B…?
Cerita pasal khinzir.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, penternakan khinzir ini bukan bermula dari tahun 2008 atau lebih tepat selepas 8 Mac 2008. Jangan kita lupa pada tahun 1999 kalau tak silap, penyakit JE melanda beberapa negeri di Malaysia dan negeri saya yang paling teruk dilanda wabak ini iaitu N.Sembilan di bawah Dato’ Seri Utama Tan Sri Isa Samad.Tahukah anda, mengapa di antara tauke lembu, tauke kambing dan tauke khinzir, kita akan dapati tauke khinzir 10 kali lebih cepat kaya dari tauke lembu dan kambing? Jawapanya mudah. Sekali khinzir beranak, sedozen keluar atau 12 ekor berbanding dengan lembu dan kambing iaitu hanya seekor. Oleh demikian, mana-mana pihak yang terlibat dengan penternakan khinzir ini semestinya untung besar. Jangan tak percaya bahwa dalam dunia ini ada juga orang Islam yang tutup mata pekak telinga demi untuk dapat keuntungan pantas sebegini. Diorang boleh cakap, “duit mana yang tak haram kat Malaysia ni…”

Berbalik semula kepada pertumbuhan ladang ternakan khinzir yang tak terkawal tadi, percayalah bahawa anda semua tidak ketahui di tengah-tengah ladang kelapa sawit yang agak terpencil, khinzir khinzir berkeliaran umpama lembu-lembu di New Zealand. Siapa tahu? Anda takkan tahu melainkan anda mempunyai helicopter atau ada sedara mara yang kerja di jabatan ukur. Dengan pertumbuhan yang tak terkawal ini jugalah pencemaran alam sekitar umpama tidak boleh dielakkan kerana poket-poket yang penuh itu tidak pernah membusukkan ‘mereka’.

Tidak terfikirkah anda semua, ‘mereka’ ini membuat keuntungan dari sini. Dari konteks ini mereka menjadi senang lenang. Dengan duit rakyat yang mereka songlap itu, mereka bertambah kaya lagi dengan cara yang mudah sebegini. Saya bukan bermaksud ‘mereka’ itu adalah melayu tetapi tak mustahil ada yang terlibat. Walau cina sekalipun, adakah kita sanggup membenarkan mereka menjadi tauke khinzir mencari untung yang mencemar keindahan alam??

Jadi, adalah menjadi satu kelebihan moral dan adalah sangat praktikal bagi kerajaan campuran negeri Selangor untuk memperuntukkan 100juta bagi membangunkan pusat penternakkan khinzir DENGAN teknologi baru yang boleh meng’nyah’cemar alam sekitar dari mana-mana aspek sekalipun.

Sama-samalah kita berdoa, agar dengan langkah ini, Selangor akan lebih baik dan saya yakin langkah yang di ambil ini adalah suatu yang positif.

Please think out of a box and believe WE can do better.


as syirazi
as syirazi Send Private Message
Author
RE: Selangor dan babi? 26 of 34

stacie
Posts: 8
Location: Malaysia
Joined: 03.11.07
Status: Offline
Posted on 10-04-2008 16:23
time kasih kat farzy_1409 dan yg lain2 jgk. pd mulanya sy melenting gak bila baca paper.

tp bila da tarik nafas pnjg2, n take times 4 thinking, sy nekad nak cari jwpn dr pihak

kerjaan selangor plak. sbb sy yakin ni mainan politik umno-bn yg semakin galak

memperbodohkn org2 melayu n rakyat Malaysia. media kt yg sememangnya x telus x kan

dedahkan tujuan n advantages sebnr projek ternakan babi rm100juta ni. diorg terus di

perlakukn sprt ‘lembu d cucuk hidung’. so izinkn sy copy pernyataan kat ats ni, utk sy

sedarkn kwn2 sy yg tertipu jgk… terima kasih..


salam ukhwah utk semua =P
Send Private Message
Author
RE: Selangor dan babi? 27 of 34

stacie
Posts: 8
Location: Malaysia
Joined: 03.11.07
Status: Offline
Posted on 10-04-2008 16:30
cuba kt pk sesuatu, kalo la kerajaan selangor halang @ stop this big projek, media kt

akan terus menggila dgn tuduh Pakatan Rakyat x prihatin terhdp hak bkn Islam.. yg jelas

diorg (umno-bn) akan terus cuba memecahbelahkan PR, memperbodohkan kaum Melayu n

rakyat Malaysia dgn isu2 sebegini dan dgn memanipulasikn media. jgn terus biarkan kt

tertipu lg…


salam ukhwah utk semua =P
Send Private Message
Author
RE: Selangor dan babi? 28 of 34

abduljabbar
Posts: 54
Location: Malaysia
Joined: 27.01.08
Status: Offline
Posted on 10-04-2008 16:58
salam akh farzy_1409…
bila ana baca…ia menampak lebih jelas tentang isu yg diperbesarkan dgn fakta2 salah dan secara mbutatuli sahaja…
perbincangan yg sihat dan perkongsian maklumat sebeginilah yg kita mahukan…clap
moga yg jelas itu menjadi lebih jelas dan tenggelamlah yg penipuan itu…insyaAllah…
syukran…pc
Send Private Message
Author
RE: Selangor dan babi? 29 of 34

imakubex
Posts: 193
Location: United Kingdom
Joined: 28.08.07
Status: Offline
Posted on 11-04-2008 18:44
*from MalaysiaKini.com

Christopher Yogaswaran: This project could be a catalyst if the co-generation of bio-gas via anaerobic digestion were to be successfully carried out. The electricity and bio-gas generated from that project could be given back to the people to enjoy at a discounted rate compared to the traditional coal co-generated electricity.

The new state government should first look into these options to make sure that the rakyat stand to benefit from this project. Furthermore, such a project would have a huge economical gain under the Clean Development Mechanism (CDM) with even the possibility of the local municipality benefitting financially.

Just imagine, if this project takes off, CDM is a success, then the pay-off would be big and that could be used to help the people in that municipality. Furthermore, if bio-gas is successfully produced, then the next thing to do is to get bio-gas fueled vehicles in. Remember that bio-gas is priced half the petrol rate. This project if given enough thought and research, could be a fantastic catalyst for other local municipalities.

Fear of this project is a normal thing as the rakyat have not been made aware of the knowledge and technology that is available to even convert pigs’ waste into money. Who is to be blame for this fear?

http://www.malaysiakini.com/news/81086
http://www.malaysiakini.com/news/81211


http://imakubex.blogspot.com/

http://imakubex.iluvislam.com/


Edited by imakubex on 11-04-2008 18:45
magius_ceaser@hotmail.com muhammadimranmustafa@yahoo.co.uk http://wwwhttp://kazekagesama.multiply.com/ Send Private Message
Author
RE: Selangor dan babi? 30 of 34

shearer
Posts: 193
Location: Malaysia
Joined: 19.02.08
Status: Offline
Posted on 11-04-2008 21:59
ana boikot malaysia nyer media… seperti TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, 9TV…Nespaper Utusan, Berita Harian, Sinar, The Star… sbb depa habis dikonker ngan UMNO a.k.a. kerajaan BN yg memerintah skrang!!

so ana cari sumber lain melalui Youtube.com, TV PAS, Malaysiakini dan Harakah website/newspaper… utk cari beri yg shahih dan lebih tepat…

p/s: ana kesian pd sesape yg xde internet utk mencari sumber yg shahih lg benar, kerana antum telah ditipu bulat2 dan diputar belitkan oleh media BN/UMNO hanya utk menyalahahkan Pakatan Rakyat (PR). Bagi adik2 yg masih baru, bangkit lah drpd dunia yg menipu diri kite sendiri…. cari kebenaran dlm hidup ini… kebenaran yg hakiki…

wallahu’alam….





Edited by shearer on 11-04-2008 22:00
syurga_firdaus@hotmail.com firdaus_9 http://www.firdausluct.blogspot.com/ Send Private Message
Author
RE: Selangor dan babi? 31 of 34

iqlass
Posts: 2
Location: Malaysia
Joined: 11.04.08
Status: Offline
Posted on 12-04-2008 00:09
ASSALMKM,

wahai saudara2 sekelian, memang benar berita ladang babi itu.
Penting dinyatakan disini ini bukanlah masa untuk menyalahkan sesiapa tapi masa untuk saling membetulkan semua keaadan yang pincang .PKR telah biberi peluang oleh rakyat untuk membetulkan kesilapan ,kesalahan,kepincangan, ketamakan pemimpin Umno YANG beragama islam.

Tidak akan mendapat apa2b kerugian kpd MB Selangor jika dapat menghalang isu ini.Peluang dibagi untuk membuktikan anda wakil yang adil……bukanya menuding kesalahan keatas kesilapan lalu……

Saya berpendapat bahawa MB tidak dapat menahAN tekanan drpd xco yang kbanyakknya bukan muslim.APAKAH PKR mampu melawan tekanan jika dapat memerintah kerajaan pusat nnanti jika diperingkat ngeri pun pada awal2 penubuhan telah tewas./..

BERJUANGLAH DEMI ISLAM,TAKUT AKAN TUHAN

ingatlah surah AL MAIDA AYAT 44

“MAKA JGNLAH ENGKAU TAKUT AKAN MANUSIA DAN TAKUTLAH KEPADA KU”


melayu-totok.blogspot.com
melayu-totok.blogspot.com Send Private Message
Author
RE: Selangor dan babi? 32 of 34

gaman
Posts: 2
Joined: 12.04.08
Status: Offline
Posted on 12-04-2008 11:38
ana rasa.. kalau PR memerintah malaysia.. malaysia boleh no 1 dalam semua bidang di dunia..

terutamanya dalam industri export babi.. ini kerana PR itu ditunjangi oleh DAP..

Send Private Message
Author
RE: Selangor dan babi? 33 of 34

gaman
Posts: 2
Joined: 12.04.08
Status: Offline
Posted on 12-04-2008 11:50
sejauh manakah PR akan bertahan… ana rasa sangsi dengan pakatan ini…

DAP (-) – dasar penubuhannya untuk menuntut hak sama rata kononnya (padahal mereka ini menjadi malaysia sebagai sebuah negara kedua ala singapore..

-apa mungkin DAP akan setuju Hukum hudud dilaksanakan di Malaysia..? kemungkinan adalah amat mustahil..

PAS(+) – satu perjuangan untuk Islam dan ingin Hukum hudud dilaksanakan di malaysia..
– tapi seakan2 mustahil impian itu tercapai selagi sepakatan dengan DAP…

PKR(agak neutral)
-lebih menuntut kepada keadilan dan kesaksamaan.. tapi motif utamanya hanya untuk kepentingan peribadi… malang sekali ia dipimpin oleh seorg pemimpin yang licik dan penuh kepura-puraan….

Send Private Message
Author
RE: Selangor dan babi? 34 of 34

Tsaqif
Posts: 74
Location: Malaysia
Joined: 31.12.07
Status: Offline
Posted on 12-04-2008 11:53
apasal bebal sangat…..
korang ni internet dah ada tapi dok percaya jugak
dengan utusan meloya tu….
korang tau tak, kerajaan PR akan memusatkan penternakan khinzir di satu tempat saja,
dengan kata lain semua ladang-ladang lain akan ditutup dan para penternak akan beroperasi di debuah ladang saja iaitu di sepang!!!!

Tidak timbul isu MB selangor mendapat tekanan drpd exco2 china,,
tetapi kerajaan PR membina ladang khinzir tersebut untuk tujuan yang lebih baik iaitu kebersihan alam sekitar…..

Ada boleh mendengar sendiri pjeasan drpd tvpas.com

Categories: 1 Tags: ,
  1. penulis_cyber
    12,April 2008 at 1:24 pm

    bagi penulis_cyber , isunya ialah lokasi itu di kawasan melayu.. Jika mahu dibuat elok diubah ke kawasan bukan melayu yang sangat suka dengan hidangan babi ini ..

    kita tidak marah dan benci dengan babi kerana ia makhluk ciptaan ALlah juga tetapi kita merasa UMAT MELAYU ISLAM sukar hidup di kawasan yang mempunyai ternakan babi yang banyak kerana bimbang udara itu tercampur dengan gas gas najis babi atau bau bauan tidak harum kesan dari ternakan beratus ratus ribu babi tadi.

    Kerana Islam tidak membenar kita menyentuh dan memakan babi DAN ia sudah menjadi adat warisan zaman berzaman…

    Justeru situasi sukar tentu akan timbul jika berhadapa dengan kilang ternakan babi ini di DEPAN rumah kita.

    Elok alihkan ke tempat yang lebih kurang 5 jam masuk ( seperti di German ) ke dalam HUTAN untuk mengelak ia dari DILIHAT> DIHIDU > DIRASA > DIBENCI oleh penyokong PaKatan Rakyat….apatah lagi pembangkang…

    Memandangkan usia pakatan baru beberapa hari sahaja menerajui kerajaan di sebuah negeri termaju di Malaysia, tentu tidak rasional diLULUS projek sebegini jika kita tidak mahu BERTARUNG dengan BARISAN NASIONAL di dalam media…

    JANGAN ADA ORANG MENGGELAR PKR ; PARTI KHINZIR RAKYAT sudahlah selepas ini..

    Hidup Keadilan Islam !!!

  2. kerana babi
    12,April 2008 at 2:10 pm

    http://bulanpenuh2012.blogspot.com/

    Bila Umno jadi pembangkang di Selangor, barulah kita sedar bahawa banyak benda yang boleh dijadikan modal untuk berdemonstrasi. Walaupun pernah menggelarkan demonstrator sebagai beruk, Khairy Jamaludi melalui Khir Toyo sebagai proksinya di Selangor, menyalurkan duit saku dan upah kerja kepada ketua2 cawangan Umno di Selangor yang sanggup untuk berdemo tak kira apa pasal sekalipun.

    Leman (bukan nama sebenar), kawan lama saya masa kat UK dulu. Dah lama tak jumpa, no telefon pun entah kemana hilangnya. Tup tup buka TV tengok berita pukul 7 malam semalam (NTV7) muka dia keluar betul2 kat belakang ketua kampung yang tengah merusuh pasal projek ladang babi moden kat Sepang yang Khir Toyo luluskan bulan Januari 2008 dan kini diteruskan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI).

    Wow! dulu dia ni pemalu betul, lar ni dah pandai demo pulak, mungkin sebab dalam 20 orang ajer pasal tu tak segan sangat.

    Cari punya cari jumpa gak nombor dia kat Yellow Pages. Lepas tanya khabar terus saya tanya pasal babi. Rupanya dia AJK Umno kat Langat. Demo babi tu memang bawak rezeki bergolek kat si Leman ni.

    RM2,000 untuk hadi dan bertempik ala kadar, RM2,000 lagi untuk buat banner dan poster (bijak gak Leman, beli marker pen ngan manila kad, disuruhnya budak tadika kemas melukis gambar babi, tak banyak kos, lebih Leman sapu). RM1,000 lagi untuk kumpul 15 orang budak motor. Jumlah besar RM5,000. Lumayan beb!

    Budak2 motor tu leman bagi RM50 seorang campur saguhati Dunhill 20’s sekotak (duit lain pulak). Ketua kampung kau tu dapat berapa, Leman? Kalau aku dah RM5,000, dia paling kurang dapat RM10,000. Berbaloi, kerja tak sampai sejam. Siapa bagi duit? KJ murah hati masa ni, Khir Toyo telefon beritau nak buat demo, cakap ajer berapa nak, mesti duit sampai punya. Siapa hantar duit? Kau bukan tak tau, budak2 JASA sekarang ni dah jadi petugas PosLaju untuk KJ kirim duit.

    Rupanya si Leman ni demo nak duit ajer, bukannya ikhlas. Tapi Leman cakap, tok ketua kampung yang muncul kat TV tu memang marah betul kat TSKI.

    Khir Toyo dulu dah janji, setiap seekor babi yang keluar hasil, cawangan Umno kat ladang babi tu dapat RM10/=, konon2nya memenuhi tanggungjawab CSR sykt ladang babi tu. Tup tup TSKI dah tau. Lar ni syarikat boleh derma kat tempat lain, bukan bayar cukai kepala per hasil babi kat ketua-ketua kampung yang dilantik Umno kat Selangor. Pasal ni lar ladang2 babi tradisional bersepah2 kat Selangor masa Khir Toyo dulu. Selagi tokey bayar kat ketua kampung, tiada tindakan diambil.

    Biasa berapa tok ketua kampung dapat kalau ladang babi dibuka kat kawasan dia? kandang kecil2an boleh dapat jual sampai 5,000 ekor setahun, jadi duit ufti boleh cecah RM50,000 setahun. Memang lumayan, kata Leman. Jadi kau jangan terperanjat kalau lepas ni ramai lagi ketua kampung yang dilantik Umno akan berdemo sebab marah hilang hak mengutip cukai babi ni.

    Habih hang sokong ke apa yang TSKI buat? Mestilah senuanya baik dan terancang, guna teknologi moden lar pulak, hasil kumbahan dikitar semula, tak bagus apa lagi? Hang jangan tanya banyak, hang nak makan apa aku boleh belanja sebelum duit ni habih.

    Final soalan Leman, kat Kedah hang berani demo? Har har har! Hang bagitau kat Ustaz Azizan bukak ladang babi besar2 kat Kedah. Dah tentu aku dapat demo ngan upah lagi banyak. KJ memang tak kedekut masa ni. Duit mesti sampai punya, asalkan kau sanggup demo, kat Pulau Batu Puteh pun takper, har har har!

    Hampeh…….

  3. Islam ad-din
    12,April 2008 at 5:00 pm

    Salam,

    penulis_cyber, anda bercakap mengenai Islam tak membenar umat Islam menyentuh babi. Cuba terangkan ayat mana dalam Al-Quran Karim yang mengharamkan umat Islam menyentuh babi? Setahu saya, umat Islam diharamkan memakan babi. Anda perlu menulis dengan pengetahuan bukan dengan emosi.

    Islam mengajar umat Islam supaya mempunyai toleransi dalam hal2 sebegini. Memang sepatutnya kerajaan Selangor perlu menerangkan pelan mengenai lokasinya. Jelas sama sekali, untuk projek-projek sebegini, perlu mematuhi undang2 alam sekitar dah perlu lulus EIA (Environment Impact Analysis) yang mengambil kira hal rakyat. Saya berharap, apabila kita membuat komen jangan membuta tuli menyalahkan kerajaan, tak kirala BN atau PR, tapi berfikir dengan minda yang telah Allah SWT kurniakan.

    Lagi satu, Umat MELAYU ISLAM. Perlukah kita mengaku yang ISLAM itu adalah hak Melayu sahaja? Islah adalah hak semua dan yang penting ialah menunjukkan bahawa Islam adalah yang terbaik. Mengapa rakyat Malaysia yang bukan Islam takut dengan negara Islam yang diperjuangkan PAS? Kerana ramai yang tidak memahami hal ini. Adakah anda memahami hal ini? Bolehkah anda menunjukkan satu contoh negara Islam yang wujud di dunia ini? Semestinya tiada. Tidak ada negara Islam yang ideal mengikut Al-Quran dan Sunnah pada zaman ini. Jadi tak hairanlah ramai yang tak faham mengenai hal ini. Saya sarankan supaya kita mendalami hal ini sebelum bercakap lebih lanjut untuk mengelakkan salah faham dengan rakan2 kita yang beragama lain

  4. izzan
    12,April 2008 at 5:05 pm

    Kerajaan PR di Selangor bukannya buka ladang babi baru dikawasan tersebut, tetapi mengatasi masalah penduduk di kawasan tersebut dengan menyediakan ladang babi yang moden dgn kawalan alam sekitar dan tiada pencemaran.

    Pada pandangan saya, penduduk disitu tidak harus melatah dan dipergunakan oleh pemimpin UMNO yang ingin menonjolkan bahawa mereka adalah pembela bangsa (Seperti yang ditunjukan di Pulau Pinang, walhal selama BN/UMNO perintah Pulau Pinang Melayu terus terpinggir/dipinggirkan).

    Sepatutnya penduduk di kawasan tersebut menyokong/ memberi sedikit peluang kepada kerajaan PR untuk menyelesaikan masalah babi di selangor bagi mengelakkan serangan JE di Selangor (seperti yang berlaku di N.Sembilan dan Melaka di bawah kerajaan BN/UMNO yang menghabiskan duit dengan merawat bukannya mencari cara mengecah)

    Sejauh mana jawapan Khir Toyo mengenai projek babi mega yang tidak di akui olehnya bahawa hasil kelulusan kerajaan UMNO? Jawapan kepada wartawan cukup samar-samar dan boleh dipertikaikan. Mengikut berita yang disiarkan oleh TV (Medium penyampai dakyah BN/UMNO) mengenai kenyataan Khir Toyo, projek tersebut belum diluluskan dan dalam kajian (Ya ke?). Jika benar projek tersebut adalah kelulusan kerajaan Khir Toyo, mengapa pemimpin UMNO sekarang tidak bersetuju dengan projek tersebut? (Mungkin bila dah jadi pembangkang, memang kerja membangkang sahaja).

    PAS bukan mengadaikan perjuangan ISLAM mereka, tetapi pada saya projek ini adalah satu cara untuk membantu penduduk melayu dan pengusaha industri belacan, homestay dll di kawasan yang telah lama terjejas dek kerana masalah ladang babai ini semasa diperintah zaman UMNO. (Kenapa zaman UMNO penduduk/TV tidak menyampaikan masalah babi ini kepada kerajaan?) Sokongan PAS mengenai projek ini bukan sebagai talam dua muka untuk memancing/memenangkan hati bukan Islam tetapi itu adalah tanggungjawap pemimpin yang dipilih bukan hanya membantu pengundi PAS sahaja tetapi seluruh rakyat dibawah tanggungjawapnya. (Sedangkan BN/UMNO hanya membantu/memberi imbuhan orang yang mengundi UMNO sahaja, sedangkan wang/perbelanjaan yang digunakan bukan datang dari kantung UMNO tetapi duit rakyat tidak kira penyokong BN, PAS, PKR, DAP dll.)

    Jadi, kepada orang melayu janganlah mudah terpengaruh dengan dakyah pemimpin UMNO yang mengaku pejuang melayu (Tetapi kenapa sudah 50thn merdeka, melayu masih mundur? tengok jer Bersamamu di TV3 sebagai bukti depan mata. Sedangkan pemimpin UMNO dan orang terdekat bertambah kaya.)
    Fikir-fikirkan lah, bak kata nabil dalam raja lawak, lu pikirlah sendiri!

  5. penulis_cyber
    12,April 2008 at 5:59 pm

    sila rujuk komen di sini tentang BOLEH KE TIDAK MENYENTUH BABI / ANJING ….baca dan FIKIRLAH sendiri…

    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/b609bc17df553916482574020017817a?OpenDocument

  6. 12,April 2008 at 7:19 pm

    Tempat kerja saya dulu apabila dapat tahu saja ada pekerja bawa makanan mengandungi babi,akan melenting suruh Jabatan Sumber Manusia samak semua pinggan-pinggan, dulang, sudu, cawan dan lain-lain alatan.Tetapi sekarang dah terbalik ,jadi penyokong kuat ternak babi dan tidak mustahil penyokong yang bawa makanan babi tidak perlu lagi samak pinggan-pinggan sebab jaga hati kawan.Saya kuatir suatu hari nanti akan ada yang cuba-cuba makan babi dengan cara berbagai alasan darurat,ini tidak mustahil.Kawan pun akan naik kepala lah dah ada penyokong kalau dah ada tempat ternak terbesar takan nak jual sorok-sorok ,mesti lah terang-terang macam jual ikan.Makan pun tidak menyorok lagi mesti boleh dimana-mana, maka akan ada yang termakan tapi tak mengapa tak sengaja, ini lah alasan diberikan kelak.Dulu
    bangkang tapi sekarang sokong.

  7. sivagami
    12,April 2008 at 7:42 pm

    I am a Hindu and vegetarian. At work place, my colleaques eat meat and other non vege food. I do not mind as long i do not touch or eat it.

    So, i think ‘babi’ has equal right like humans to live like other animals and human being. One saudare above said that ‘babi’ are also ciptaan Tuhan. Rather than letting these pathetic animals wandering around at many places, it’s better to keep them at one place in a systematic manner. That’s my personal view.

    My Malay friend told me that muslims are allowed to consume ‘babi’ during darurat. I was shocked to hear that. Our chinese friends’ main dish is pork. We should consider them as well. So, the only option is through this system.

    I am sure PKR will do it properly if not they will loose next election.

  8. 13,April 2008 at 12:08 am

    Saya syorkan PAS dan PR menyaman media milik UMNO/BN dan RTM kerana membuat berita yang tidak benar dan tidak berusaha untuk mendapatkan komen dari pihak PAS/PR dalam isu ini. Ini boleh dikategorikan sebagai fitnah. Kalau takan boikot, tidak memberi kesan terutama ramai yang bergantung kepada media tersebut sebagai sumber maklumat. Jadi kalau disaman, mereka akan lebih berhati hati mulai dari sekarang untuk menabur fitnah lagi… GIVE THEM NO MERCY.. terus saman!!!

  9. Manusia Bodoh
    13,April 2008 at 1:31 am

    Yang kotor tu MANUSIA!!! Kita la pencemar alam ciptaan Tuhan dan menyebabkan Global Warming paling teruk. Tunggu la, satu hari Day After Tomorrow akan menghapuskan semua Manusia di bumi ini. Antara Babi dan Manusia, Babi lebih “environmental friendly” di mana, manusia dengan tamak halobanya menebang pokok pokok and membunuh haiwan haiwan ciptaan Tuhan untuk kesenanganya. Apa la guna, risaukan janggut, sedangkan kepala sudah nak di potong…..politik AMNO memang BABI!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s