Home > 1 > Tapak tangan Dr. Mahathir dah sejuk…!

Tapak tangan Dr. Mahathir dah sejuk…!

Thursday, April 3, 2008

sumber : ( klik sini )

Jika diikutkan hati, sebenarnya saya tidak mahu lagi menulis apa-apa yang melibatkan mantan Perdana Menteri ‘kesayangan’ saya ini. Tetapi oleh kerana sejak sehari dua ini nampaknya beliau semakin aktif dan nampak lebih bertenaga mengkritik kepimpinan negara, maka saya pun nampak gayanya tidak boleh berdiam diri jugalah !

Sebenarnya, sehari selepas 5 buah negeri jatuh ketangan parti pembangkang dalam PRU-12, saya telah menulis dalam blog saya dan menytakan bahawa kemelut politik yang melanda negara kita sekarang ini adalah berpunca dari Tun Dr. Mahathir. Di mana Pak Lah cuma mengambil alih sebiji ‘kanser’ yang hanya menunggu masa untuk pecah dan meletup sahaja. Kini kanser itu telah pun pecah dan meletup.

Saya juga hairan dan tertanya tanya kenapa sejak akhir-akhir ini Tun Dr. Mahathir nampak begitu bersemangat saja bila mengkritik dan menghentam kepimpinan negara yang ada pada hari ini. Pada pendapat saya kenapa dia jadi begitu kerana 3 sebab berikut:

1. Pertama – Mungkin dia betul-betul mahu Pak Lah letak jawatan sebagai PM. Kemudian disusuli pula dua hari lepas, dia berkata ‘Datuk Najib dah tak layak jadi PM’. Pada pandangan saya pula kenapa beliau berkata begitu mungkin kerana mahu anaknya naik lebih cepat sikit.

2. Kedua – Adakah dia kini merasa ‘gelabah’ kerana tarikh ‘Raja Burung’ bebas untuk terbang ke sana dan ke sini sudah semakin hampir. Bukan apa saya dah nampak nanti kita akan tengok Raja Burung ini akan terbang dan hinggap di atas kepala-kepala ‘beruk’, mak beruk, bapak beruk dan tok wan beruk semuanya lalu berkata kepada semua suku sakat beruk ini…’Hello, how are you beruk…’ (hahaha…aku nak habis tulis ayat ini tergelak 4 kali…kau orang macam mana berapa kali pula)

3. Ketiga – Mungkin tapak tangan Dr. Mahathir dah sejuk kot. Faham-faham sajalah wahai semua Pemimpin Umno jika tapak tangan dah sejuk nih..?

Bagi saya Dr. Mahathir memang seorang Doktor belit no.1 negara sekarang ini. Manakala Arkitek belit no.1 negara pula yang berada di Sg. Siput, Perak? Sepatutnya semasa Berita Harian dan TV3 mengadakan Malam Anugerah Bintang Popular pada 30 Mac 08 baru-baru ini, pihak penerbit patutnya menambahkan lagi 2 anugerah seperti yang saya sebutkan tadi iaitu anugerah Dr. Belit paling popular dan anugerah Arkitek Belit paling popular.

Bila saya mengkaji ‘style’ lakonan belit beliau, saya nampak beliau ada persamaan dengan pemain bolasepak Chelsea iaitu Didier Drogba. Pemain ini jika kita perhatikan betul-betul lakonannya.. ‘Yang kena bentes adalah kaki kanannya tetapi dia meraung sakit kaki kirinya..’? Ini semua dilakukan hanya sekadar untuk menarik perhatian pengadil perlawanan.

Jadi kepada semua Pemimpin dan Ahli Umno, saya minta Tan Sri, Datuk-datuk dan saudara-saudara semua agar diam dan pekakkan saja telinga saudara itu. Usah ambil hati dan berilah ‘peluang terakhir’ untuk Perdana Menteri kesayangan saya itu untuk bercakap apa-apa pun.

Bukannya apa saya takut nanti ‘riwayat’ mantan PM kesayangan saya ini akan berakhir sama tarikh dengan jatuhnya kerajaan BN/Umno.

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s