Home > 1 > Surat Nik Aziz kepada Hj Hadi – ingatan ikhlas ?

Surat Nik Aziz kepada Hj Hadi – ingatan ikhlas ?

Berikut merupakan surat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadidipetik dari Tranung Online :

 YB Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PASYB Datuk Seri,
Alhamdulillah. Allah SWT. yang memiliki seluruh alam semesta serta sekalian kerajaan langit dan bumi telah memakbulkan doa dan munajat kita.

Setiap butir air mata umat yang telah gugur selama ini telah semakin terjawab sebahagiannya. Berkat kepimpinan Yang Berhormat Datuk Seri, yakinlah kita bahawa tentu ada sesuatu yang tepat antara apa yang kita ikhtiarkan dan hajati selama ini dengan apa yang tersimpan “di atas sana” buat kita.
Bagaikan bersamaannya paksi Ka’abah dan Baitul Makmur, maka bersahut jualah akhirnya persamaan itu dalam pilihan raya pada 8 Mac 2008 lalu.

Antara hajat di bumi dan takdir di langit yang tersusun rapi dalam satu persetujuan itulah kita kini sedang sama-sama tunduk, menangisi sebuah kesyukuran justeru terlalu khudhu’ menerima ujian kemenangan.Tahniah yang sejujurnya buat Datuk Seri dari saya.

Dalam meneruskan fasa perjuangan berupa pengisian di negeri-negeri 5+1, saya masih terasa akan perlunya kita untuk lebih berhati-hati.

Terkini, setelah membaca dan mengikuti rentak respons rakan-rakan pimpinan kita di dalam PAS dan BA pada umumnya, yang mengatur langkah apa yang dinamakan sebagai ‘era pembaharuan 100 hari’, mungkin ada baiknya kita menyegerakan langkah mewujudkan badan penyelaras peringkat pusat.

Ia wajar berfungsi sebagai badan penentu keutamaan program bertindak mengisi pelaksanaan manifesto “negara berkebajikan” mengikut marhalah di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.
Apa yang mustahak diawalkan harus didahulukan dan apa yang mungkin kurang prioriti bolehlah dikemudiankan. Mungkin, jika hikmahnya sesuatu itu tidak disebutkan, maka ia seeloknya didiamkan saja buat sementara waktu.

Dalam keghairahan menerima kemenangan, kita perlu cermat di sini. Sesungguhnya, ini saya kira terlalu penting kerana kehadiran kita terkini cukup diikuti oleh seluruh lapisan rakyat dan seteru kita.

Buat diri saya sendiri, InsyaAllah; saya akan lebih berhati-hati untuk mendokong roh kesedaran ini.

Semoga keadaan kita yang sering saling pesan memesan ini akan sentiasa dipimpin oleh petunjuk dan keredhaan dariNYA jua.

Wallahua’lam.
Nik Abdul Aziz Nak Mat
Mursyidul Am PAS

Categories: 1
  1. penulis_cyber
    7,April 2008 at 10:23 am

    sila rujuk artikel yang dihitamkan :
    Mungkin, jika hikmahnya sesuatu itu tidak disebutkan maka ia seeloknya didiamkan saja buat sementara waktu.???

    apakah ertinya ????

    adakah ia prinsip Negara Islam yang boleh DIDIAMKAN buat sementara ????

    Mungkin yang menulis memahaminya !!

  2. Atok
    7,April 2008 at 8:31 pm

    inilah sikap orang kita.. hanya mengambil sebahagian daripada keseluruhan ayat.. apakah yg hendak didiamkan??

    saudara yg memberi komen.. jadiksn al-quran & hadis sebagai panduan hidup.. saya juga tidak faham apa yg dimaksudkan oleh beliau tetapi BERBAIK SANGAKA itu kan lebih baik.

    mungkin beliau bermaksud apa2 perkara yg tidak dibangkitkan ketika ini yg perlu didiamkan buat sementara waktu @ mungkin apa2 yg tidak dijanjikan di dalam manefesto tidak diberikan keutamaan buat masa ini.

    Wallahúálam.. Allah jua yg lebih mengetahui.

  3. penulis_cyber
    7,April 2008 at 9:19 pm

    Saya tidak tahu adakah baik sangka diajar oleh PAS…. kerana banyak buruk sangka dah dibuat oleh PAS kepada lawannya tanpa ada batasan lagi…ini pendapat saya. Mungkin kita ada pendapat yang sama?

    Apa komen anda?

  4. Atok
    8,April 2008 at 12:22 pm

    terima kasih saudara.. suka saya menyatakan bahawa saya bukan penyokong mana2 parti.. apatah lagi menjadi ahli.. saya adalah rakyat Malaysia dan menganut Agama Islam. Setiap ajaran Islam adalah pegangan saya InsyaAllah. Islam tertegak atas LIMA RUKUN dan dikenali sebagai RUKUN ISLAM dan seterusnya dikuti pula RUKUN IMAN sebagai panduan menjalani kehidupan. Sebagai seorang Islam kita dituntut untuk menunaikan tanggungjawab kita.

    Kita bermula daripada Institusi Keluarga dimana kita diajar tentang Islam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Di sini bermulanya asas perkara / ilmu yang perlu kita ketahui baik secara formal @ tidak.

    Setiap Pertubuhan / Persatuan didokong oleh makhluk yang bernama manusia dan merekalah yang mencoraknya. Oleh itu asas pembentukkan manusia itu tadi memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorakkan sesebuah Pertubuhan / Persatuan.

    Saya tidak menafikan bahawa kadangkala MANUSIA yang berada di dalam PAS mahupun UMNO yang merupakan orang Islam bertindak melebihi batas. Persoalan yang selalu timbul ialah siapa yang lebih Islamnya. Sesunggunhnya hanya ALLAH yang mengetahui siapa dikalangan hambanya yang benar2 beriman dan ikhlas.

    Saya berpandangan bahawa semua pihak perlu muhasabah diri dan kembali pada ajaran islam yang hakiki.

    Boleh saya persoalkan niat saudara apabila menyatakan komen berkaitan surat tersebut? Kalau boleh saya nyatakan, tafsiran saya terhadap komen saudara tersebut lebih kepada PROVOKASI / MEMPERLEKEHKAN PRINSIP NEGARA ISLAM yang diperjuangkan oleh PAS.

    Mungkin tafsiran saya ini salah, begitu juga tafsiran saudara terhadap maksud DIDIAMKAN tersebut kerana ALLAH JUA YANG MENGETAHUINYA kerana itulah KELEMAHAN KITA SEBAGAI MANUSIA.

  5. penulis_cyber
    8,April 2008 at 1:48 pm

    saya membentangkan dan ANDA yang memikirkan ..

    Soal HATI adalah urusan ALLAH tetapi.

    Yang penting , anda dan saya hanya 2 undi yang tidak sama dengan ribuan undi lagi yang telah masuk ke dalam parti ORANG MENOLAK ISLAM.

    Siapa tu ? jangan kita tuduh sapa sapa…Cuma kita CARI jawapannya. OK?

    salam hormat

  6. Atok
    8,April 2008 at 9:57 pm

    Didalam diri Manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah akhlaknya…

    5:41. Wahai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, yaitu diantara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka:”Kami telah beriman”, padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) di antara orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong[415] dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu[416]; mereka merobah[417] perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: “Jika diberikan ini (yang sudah di robah-robah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini maka hati-hatilah.” Barangsiapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatupun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak mensucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar.

    3:64. Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah.” Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).”

    4:135. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia[361] kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

    ALLAH JUA YANG MAHA MENGETAHUI

  7. penulis_cyber
    9,April 2008 at 12:26 am

    SOALNYA KENAPA KEPADA LAWAN TAK BOLEH BERKAWAN DGN BUKAN ISLAM…

    BILA TIBA GILIRAN PAS, BOLEH PULAK>>??

    SOALAN YANG TIADA LAGI JAWAPAN !

    ADAKAH INI DINAMA ‘MENGHUKUM DGN HUKUM ALLAH’

    BUKAN DENGAN HUKUM NAFSU >????

    SAMALAH2 KITA MUHASABAH……

  1. 29,April 2008 at 12:02 pm

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s