Home > 1 > RM100 juta untuk ternak babi di Selangor

RM100 juta untuk ternak babi di Selangor

Petikan : Agenda Daily

Kontroversi penyiaran gambar lima ekor ‘babi panggang’ dalam laman web Ahli Parlimen Seputeh dan ADUN Kinrara, Selangor, Teresa Kok membawa kepada pengumuman oleh Teresa sendiri bahawa mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 2 April 2008 telah meluluskan peruntukan RM100 juta bagi tujuan pembinaan ladang ternakan babi moden.

Beliau yang mempersoalkan kenapa isu penyiaran gambar itu menjadi kontroversi melahirkan rasa gembiranya dengan keputusan kerajaan negeri itu memberitahu beliau mahu projek ini menjadi contoh kepada kerajaan negeri lainnya.

Dalam tulisannya juga beliau memberitahu, Exco yang bertanggungjawab dalam bidang pertanian ialah Yaakob Sapari dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan pakar dalam bidang pertanian moden.

Teresa memaklumkan keputusan mesyuarat Exco Selangor berkenaan ekoran kontroversi penyiaran gambar lima ekor ‘babi panggang’ di laman webnya semasa meraikan kejayaannya pada pilihanraya umum lalu di Salak Selatan.

Beliau melahirkan kehairanannya kenapa masyarakat terlalu sensitif dengan babi sedangkan katanya, beliau pernah melihat babi berkeliaran di kampung-kampung Melayu di Tumpat, Kelantan.

Namun, pemandangan babi berkeliaran di Tumpat biasanya hanya melibatkan perkampungan orang Siam yang beragama Budhha.

Penyiaran gambar tersebut telah mencetuskan komen-komen daripda pembaca yang mahu Teresa lebih sensitif dengan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Malah ada yang mengaitkan tindakan meletakkan lima ekor babi panggan seolah-olah menggambarkan kejayaan pembangkang menguasai lima negeri.

Tidak kurang juga yang menyifatkan penyiaran gambar berkenaan hanya menguatkan keyakinan orang ramai DAP yang mendakwa sebagai parti berbilang kaum sebenarnya adalah parti yang kuat `kecinaannya’.

Bagi mengikuti isu ini, sila baca Selangor State Exco: Our Team, Our Hope dan Residents of Salak South New Village Celebrate Elections Victory With Teresa dari laman web Teresa sendiri.

Namun, hasil bantahan banyak pihak, gambar tersebut telah diedit yang hanya memaparkan Teresa bersama pengundi sedang berpegang tangan tetapi gambar ‘babi panggang’ itu sudah dipotong cuma yang nampak adalah ekor babi berkenaan.– 5/4/2008

Categories: 1 Tags: , , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s