Home > Politik Malaysia > Komen menarik di Blog Dr Khir Toyo

Komen menarik di Blog Dr Khir Toyo

Blogger Roshatika said…
Salam YB DS Khir,

Pada pandangan saya prestasi parti yang merosot tidak harus dibebankan sepenuhnya kepada YAB DS Abdullah sebagai Presiden Parti tetapi seharusnya dipertanggungjawabkan kepada seluruh ahli UMNO khususnya jentera parti yang ditugaskan membantu kemenangan.

Tidak dinafikan banyak undi-undi protes kerana isu-isu diperingkat nasional tetapi tidak kurang juga undi-undi protes kerana masalah-masalah parti di peringkat cawangan dan bahagian.

Oleh itu walaupun ada keperluan untuk melihat perubahan diperingkat tertinggi parti tetapi pada pandangan saya perubahan mestilah bermula diperingkat cawangan.

Walaupun seekor ikan itu, busuknya bermula dari kepala tetapi sepohon pokok tumbuh subur menghijau oleh kerana akarnya di baja.

Tidak ada gunanya Presiden dan barisan MT dilihat begitu teguh sedangkan di peringkat cawangan keadaannya begitu rapuh. Bak kata pujangga segagah mana pun sepohon tualang, akhirnya akan rebah juga kebumi jika akarnya tidak dijaga.

Bagi saya DS, akar umbi itu sangat penting. walaupun siapa dia sekarang, samada presiden parti atau ahli MT, sudah tentu dia juga bermula sebagai ahli biasa diperingkat cawangan.

Pemimpin-pemimpin cawangan dan bahagianlah yang berhubung terus dengan ahli-ahli diperingkat akar umbi.

Jadi untuk menstrukturkan semula parti, cadangan saya adalah cawangan-cawangan harus terlebih dulu di strukturkan. Pintu UMNO mestilah dibuka seluas-luasnya. Seharusnya tidak ada golongan yang mendominasikan parti dan menyekat kemasukan mereka yang lain.

Secara sedar atau tidak, pergerakan wanita UMNO diperingkat cawangan dan bahagian khasnya di bahagian saya Telok Kemang, dikuasai oleh kakitangan KEMAS yang secara amnya tidak begitu tinggi daya keintelektualannya.

Mereka menguasai parti dan menyekat golongan intelektual dan profesional dari bergiat aktif kerana bagi mereka golongan ini boleh mengancam kedudukan mereka.

Oleh itu apa yang saya nampak golongan ini beralih menyokong parti pembangkang dan dengan bantuan dan idea merekalah parti pembangkang berjaya menyaingi kita dari segenap aspek.

Pemimpin-peminpin cawangan dan bahagian juga, sebahagian besarnya adalah mereka-mereka yang dilantik semasa Tun Dr Mahathir. Oleh itu semasa PRU 12 yang lepas ada diantara mereka menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam kerana terpengaruh dengan kritikan-kritikan bekas prsiden parti tersebut. Mereka menerima perlantikan sebagai jentera parti tetapi tidak berkerja dengan bersungguh-sungguh.

Mereka-mereka ini sebenarnya telah biasa dengan politik wang dan amalan penyelewengan semasa di bawah Tun dan apabila YAB DS Abdullah bertegas memerangi politik wang dan rasuah maka mereka merasa tidak selesa dan
mula mengkhianati parti.

Bagi saya di akar umbi, masih lagi keliru dengan kritikan-kritikan Tun, apa yang saya fahami beliaulah punca nya parti kita berada pada kedudukan sekarang. Pada zamannyalah diperkenalkan peraturan-peraturan parti yang tidak demokratik. Selain sistem kuota selalu ada saranan supaya jawatan presiden dan timbalan tidak di pertandingkan.

Pada zaman beliau jugalah parti yang kita sayangi ini di haramkan, ketua hakim negara di pecat, ramai ahli-ahli politik di tahan di bawah ISA dan banyak lagi sekiranya ingin di perkatakan.

Beralih kepada soal pembangunan, saya rasa rakyat tidak menolak pembangunan. Apa yang menjadi masalah adalah cara perlaksanaan pembangunan tersebut khasnya yang melibatkan rakyat peringkat bawahan.

Pembangunan mestilah memberi keuntungan terus kepada rakyat dan pelaksanaannya mestilah dilakukan secara tersusun dan tidak sesekali menindas rakyat.

Rakyat memandang pembangunan yang dilakukan kerajaan khasnya pada zaman Tun Dr. Mahathir banyak yang membazirkan wang rakyat. Pembangunan seolah-olah nampak begitu megah walaupun pada hakikatnya hanyalah seperti buih-buih yang hanya dapat di pandang tetapi isinya kosong.

Negara terpaksa berhutang dan rakyat dibebani. Apalah gunanya negara dipenuhi jaringan lebuh raya sedangkan rakyat terpaksa menanggung bayaran tol yang tiada penghujungnya.Bagi saya Tun Dr. Mahathir memegang falsafah `Biar Papa asal Bergaya’.

Bagi saya DS, pembangunan mestilah sepadan dengan kemampuan kita dan tidak membebankan rakyat. Biar lambat asal selamat.

DS, satu lagi rungutan dari akar umbi yang saya dengar adalah banyak projek kerajaan yang diselewengkan. Projek yang sepatutnya boleh disiapkan dengan kos RM50,000 contohnya tetapi kerajaan terpaksa membayar sehingga RM200,000 kerana penyelewengan tersebut.

Perkara-perkara sebegini haruslah dibuat pemantauan yang rapi supaya niat murni kerajaan membantu rakyat akhirnya bertukar memberikan imej buruk kepada kerajaan dan parti pemerintah.

Itu saja untuk kali ini, sehingga jumpa lagi. Terima kasih.

ROSHATIKA BINTI ABU BAKAR
AJK Wanita UMNO Cawangan Bagan Pinang.

April 6, 2008 5:43 PM

Categories: Politik Malaysia Tags: , ,
  1. shazmi
    7,April 2008 at 3:52 pm

    Sy mmg dari keluarga umno. Mmg benar ramai pemimbin cawangan kuraang cerdik. kdg2 sekolah sampai darjah enam je. Hulur rm 50 dan anggap itu besar maknanya pd dia. Langsung tak berfikran terbuka. Setakat tengok tv dan suratkhabar perdana je memangla asyik kena tipu.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s