Home > Politik Malaysia > Adun DAP dakwa ditawar RM65 juta

Adun DAP dakwa ditawar RM65 juta

sumber : Malaysia Kini
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V. Sivakumar hari ini mendakwa ada pihak membuat tawaran sebanyak RM65 juta supaya beliau meninggalkan DAP dan menyertai parti komponen Barisan Nasional.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ipoh, beliau berkata tawaran itu jumlah  tertinggi daripada pelbagai tawaran yang diterimanya sejak 9 Mac lalu, sehari selepas pilihanraya umum, daripada beberapa pihak yang mendakwa mewakili BN.

“Kalau saya setuju masuk BN, mereka tawarkan saya wang tunai antara RM10 juta dan RM65 juta serta jawatan exco dan jika saya bimbangkan keselamatan diri, mereka turut menawarkan kawalan polis 24 jam dan membantu saya berpindah ke luar negara bersama keluarga pada bila-bila masa,” katanya.

Bernama memetik Sivakumar sebagai berkata beliau mengambil keputusan membuat laporan polis kerana tertekan dengan gangguan yang diterima terutama sejak akhir-akhir ini.

Beliau mendakwa semakin kerap panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) diterimanya termasuk apabila ada pihak yang dikenalinya berkunjung ke rumahnya di Taman Kledang Emas.

Beliau membuat laporan polis pada jam 11 pagi ini dengan ditemani naib pengerusi DAP M Kulasegaran serta beberapa wakil rakyat parti itu.

‘Jadi orang tengah’

“Saya berharap pihak polis akan mengambil tindakan segera menyiasat perkara ini kerana perkara sama turut dialami oleh ramai wakil rakyat PAS dan PKR.

“SMS terbaru diterima semalam yang menyebut bahawa seorang wakil rakyat DAP dan seorang wakil rakyat PKR sudah menyertai BN dan menjemput saya supaya turut serta,” katanya.

Kulasegaran yang juga ahli parlimen Ipoh Barat turut mendakwa beliau telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin BN dikenalinya yang membuat tawaran RM5 juta supaya menjadi orang tengah untuk memujuk wakil-wakil rakyat DAP menyertai BN.

“Panggilan berkenaan diterima dalam tempoh beberapa hari selepas pilihanraya umum lepas tetapi selepas saya beritahu akan membuat laporan polis, mereka tidak lagi menghubungi,” katanya.

Kulasegaran berkata wakil-wakil rakyat DAP bukan untuk dijual dan perkara seperti ini adalah gangguan yang serius dan diharap polis akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan.

Beliau berkata laporan polis akan turut dibuat oleh beberapa wakil rakyat DAP berkenaan perkara yang serupa selepas ini.

  1. penulis_cyber
    7,April 2008 at 10:12 am

    Orang tengah gosip Anwar nak beli Adun Bn di Sabah dan Sarawak, tiba tiba muncul pula kes ni di Perak. Hari tu pun buat kecoh jugak.

    Adun di Perak jugalah minggu lepas yang keluar DAP sekejap tak sampai sehari.

    Memang taktik politik nak alih isu kot…

    DAP memang pandai cipta isu nak ambik perhatian ramai.

    Adun dia ( rasa macam sandiwara dan pura pura ) tak nak bertanding PRU lepas pun kecoh jugak satu negara…

    kalu anwar kena tahan kes tawar wang utk beli Adun BN tentu ramai terkejut…Tapi Anwar sheih yang dinanti semua ….Harap bukan macam sheih arab yang dot dot dot..

    tunggu nanti apa pulak kejutan selepas ini

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s