Home > 1 > SECEBIS NASIHAT BUAT TUN

SECEBIS NASIHAT BUAT TUN

Petikan dari Jasindaily
Oleh : Anak Bapa

Saya ada banyak mengikuti perkembangan UMNO dan Tun Mahathir kebelakangan ini. Entah kenapa insan yang sangat saya meluat sejak zaman berzaman lagi kini begitu lincah dan ligat di dalam memperjuangkan “kepercayaan politik” beliau. Sememangnya Tun merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang luarbiasa. Apabila kalangan ramai meramalkan beliau akan bersara daripada politik dan duduk diam menghabiskan sisa-sisa umurnya, beliau bingkas bangun bagai singa yang baru kebah dari demam menyerang Pak Lah bertubi-tubi. Semalam di dalam satu majlis anjuran “pemberontak-pemberontak” UMNO, Tun Mahathir telah membuat pelbagai tuduhan berat kepada Pak Lah dan seterusnya mengesa supaya PM meletak jawatan “demi keutuhan UMNO”.

Saya tidak berhajat untuk mengulas lebih lanjut kemelut UMNO kerana sekali imbas kita boleh mengagak bahawa usia UMNO sudah tinggal tidak berapa hari lagi, dan lagi di”usik” UMNO maka akan bertambah nazak keadaannya. Saya lebih berminat untuk mengulas beberapa kepelikan Tun Mahathir dan tindak tanduknya yang agak tidak konsisten.

Jika sebelum ini Tun begitu berminat menjatuhkan Pak Lah untuk diganti dengan Najib, tetapi semalam beliau jelas berpandangan bahawa Najib juga sudah tidak layak mengganti Pak Lah sebagai PM kerana alasannya Najib begitu mementingkan diri daripada parti. Soalan saya, pernahkah wujud seorang TPM yang secucuk dengan Tun? Mula-mula Musa Hitam lari malam diikuti dengan Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim, yang bukan saja dipecat tetapi dihina dan dimalukan dengan begitu dahsyat sekali. Lepas itu beliau lantik Pak Lah sebagai PM dan memberi syarat bahawa Najib jadi TPM. Sekarang Pak Lah pun dia tak mahu dan begitu juga Najib. Alahai tak tahu apa nak kata lagi, sampai tujuh lapan orang yang dikira terbaik di kalangan pemimpin UMNO pun Tun tak setuju, orang macam mana yang beliau nak lagi kita pun tak tahu. Jikalau seorang dua dia tolak mungkin boleh diterima lagi tetapi kalau dah sebegini ramai saya rasa kemungkinan masaalahnya pada Tun dan bukan pada orang lain. Cuba renung-renungkan …….

Allahyarham Ustaz Fadhil (gambar), bekas Presiden PAS pernah berkata bahawa Allah mungkin memanjangkan umur Tun Mahathir supaya dia boleh lihat sendiri bahawa segala usahanya yang sangat dibangga-banggakan akan dihancurkan atau didedahkan satu persatu ketika beliau masih hidup. Benar sekali ……..

Sebaik saja Pak Lah menjadi PM pelbagai projek mega Tun telah dibatalkan termasuk Jambatan Senget ke Singapura, Projek Keretapi Berkembar dan sebagainya. Tun meletakkan Pak Lah dan bukan Najib sebagai PM kerana dia beranggapan boleh mengawal Pak Lah dari luar. Ini kerana Tun tahu Pak Lah ini lemah orangnya dan dia dari jenis “saya yang menurut perintah” saja. Tekaan Tun tepat sekali Cuma Pak Lah tidak menerima pandangan daripadanya tetapi sebaliknya menerima arahan puak-puak tingkat 4 yang diketuai Khairy. Tentu Tun sangat kecewa dan marah dengan fenomena ini dan sejak itu menganggap puak-puak tingkat 4 sebagai musuh peribadinya.

Pak Lah, atas nasihat Khairy, menggunakan ruang yang ada untuk memalukan Mahathir termasuk membebaskan Anwar, memberi publisiti luas skandal VK Lingam, dan yang terakhir isu permohonan maaf kepada Tun Salleh Abas atas pemecatan beliau dahulu. Semua ini membawa malu kepada Tun dan sebagai seorang “kaki lawan” Tun tidak akan berdiam diri apabila diserang begini rupa. Saya yakin kemelut UMNO semakin hari semakin kusut dan keretakkan besar mereka sedang menunggu belah.

Cerita UMNO itu satu hal tetapi apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah tentang Tun Mahathir. Jika beliau betul-betul mahu buat kebajikan di akhir-akhir hayatnya sepatutnya beliau keluar UMNO dan mungkin masuk PAS. Bukankah sebelum ini Tun pernah berkata bahawa UMNO sudah tidak dapat dipulihkan lagi. Selepas mengalami kekalahan mega besar baru-baru ini, UMNO masih terkial-kial mencari sebab musabab kekalahan dan masih di dalam “denial mode” yakni sindrom penafian, apakah ada harapan UMNO boleh berubah? Tun masuk PAS dan guna kepakaran dan semangat juang Tun untuk membanyakkan bakti kepada masyarakat, dan sebagaimana Islam ajar kita bahawa apa saja amalan baik yang kita buat kerana Allah adalah dianggap sebagai ibadah dan diberi pahala besar oleh Allah. Percayalah cakap saya bahawa Tun tidak akan menyesal jika dituruti nasihat saya yang kerdil ini. Tetapi jika Tun berterusan macam keadaaan sekarang ini saya yakin Tun akan rugi di dunia dan mungkin juga di akhirat ……….

Anak Bapa: Kalau dah tahu kapal nak karam dan segala usaha menyelamatkan kapal telah gagal, buat apa ditunggu lagi. Mati katak nanti!!!!

Categories: 1 Tags: ,
  1. AYUB LUDIN
    15,April 2008 at 10:00 pm

    Bagi saya…., Mahathir tahu apa yang beliau lakukan dan beliau tidak pernah takut akan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau. Sekiranya beliau ada melakukan kesalahan dahulu….Sudah semestinya beliau mendiamkan diri sejak mula lagi dan terus membodek Pak Lah kerana beliau tahu beliau tiada kuasa lagi.

    Sebenarnya Allah memang melindungi beliau dan beliau memang insan yang di pilih oleh Allah untuk menjejakkan kaki kedalam Kaabah pada tahun 1988. Tidak seperti kita yang hanya berangan untuk memasuki kedalam kaabah untuk melihat kebesaran Allah dari dalam kiblat Islam!!

    Allah itu maha adil lagi maha mengasihani. Segala apa yang berlaku di dalam UMNO dan Pak Lah adalah sikap kurang ajar pemimpin tertinggi UMNO terhadap seorang tua berumur 90 tahun. Pak Lah lebih mementingkan keluarga dan kemasyuran diri daripada perjuangan membela Islam, bangsa dan negara.

    Memang benar Allah itu maha adil dan lagi maha mengasihani serta maha melindungi. ” Allah berjanji dan takan mungkiri” ” Janji Allah benar dan nyata. Allah berjanji bahawa doa yyang paling di makbul olehnya adalah doa para ulamak dan ambia, doa anak-anak yatim serta doa orang yang terinaya. Ketika Anuar Ibrahim di dalam penjara, ramai golongan ulamak dan rakyat membuat sembahyang hajat secara besar-besaran untuk menyelamatkan Anuar Ibrahim dan menimpakan bala terhadap Mahathir serta mendoakan Mahathir mati. Tetapi apa yang jelas, Anuar Ibrahim sentiasa sakit dan selalu keluar masuk hospital sehinggalah beliau di bebaskan ketika zaman pemerintahan Pak Lah! ” Cuba kita tanya diri kita doa siapa yang Allah makbulkan ketika itu?” “Adakah doa Mahathir atau doa Anuar Ibrahim?” Penulis buku SHIT yang mencarutkan Mahathir Puki Mak didalam buku beliau pun sakit dan sudah pun arwah begitu juga seorang pemimpin PAS yang menunduh Mahathir tengok filem lucah pun sakit dan sudah pun arwah!! Bagi diri saya, memang Allah sayangkan Mahathir dan melindungi Mahathir kerana di usia 90 tahun pun beliau masih bijak berfikir dan kuat bersuara demi Islam, bangsa dan negara. ‘ Jika bukan beliau yang bersuara tentang kesalahan yang di lakukan Pak Lah” Siapa yang berani menegur Pak Lah?”” Kenapa orang lain membisu apabila Pak Lah memilih menantu beliau sebagai calon ahli parlimen?” Kekalahan UMNO sebenarnya ada hikmah yang nyata dan sebabnya ada pada Pak Lah!!!!

    SEKIAN. PEJUANG KEMAJUAN ISLAM

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s