Home > Blog Agama, Pendapat, Politik Malaysia > LKS Perlu Faham : Kalau PAS hendak negara Islam dah lama bersama UMNO

LKS Perlu Faham : Kalau PAS hendak negara Islam dah lama bersama UMNO

PETIKAN : TRANUNG ONLINE

Posted on Saturday, April 05 @ 14:19:59 MYT by greenboc
Komentar Oleh ahmadhadeed

a
Konsep menggabung parti dalam politik demokrasi di Malaysia masih di peringkat ‘infancy’ atau baru. Sebab itulah politcian lama saperti Lim Kit Siang dan Karpal masih tak faham dan sentiasa membuat desakan karut. Mengapa DAP begitu sensitif sngat dengan matlamat perjuangan Negara Islam PAS.  Kalau lah mereka takut PAS kerat tangan mereka,  DAP tidak di asaskan untuk mencuri harta rakyat.

Kalau DAP takut PAS menang menegakkan negara Islam, DAP PERLU TAHU JALAN YANG PALING CEPAT UNTUK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM DI MALAYSIA IALAH DENGAN BERGABUNG DENGAN UMNO BUKANNYA BERGABUNG DENGAN DAP. Sebab PAS tak bergabung dengan UMNO , itu panjang ceritanya..

Kita tidak tahu apa yang DAP curigai terutama pemimpin lama nya saperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Saya menganggap DAP terlalu di kuasai oleh dua pemimpin lama ini seolah olah mereka adalah Lee Kuan Yew Singapure. Mungkin mereka terlalu taasub kepada konsep secular socialist chinese dominated state sehingga mereka tidak dapat memberi ruang langsung kepada muslim majoriti di Malaysia. Ini adalah fahaman yang sangat tidak sihat dan kurang mendapat tempat di Malaysia.

PAS lebih liberal dan telus kerana mereka tidak berselindung dengan mana mana agenda. Agenda PAS hanyalah berpakat dengan sebarang parti yang dapat menerima apa yang mereka perjuangangkan dalam ruang lingkup demokrasi. PAS mahu mencegah kemunkaran peringkat pemerintahan dan ideally penyelesaian pAS ialah islamic state dan oleh kerana Islamic state masih tidak di fahami oleh DAP dan PKR kerana fitnah dari umno, maka PAS menggunakan istillah negara kebajikan. Itu saja.

DAP perlu memahami bahawa dalam pakatan politik semua parti memegang dan terus dengan idea, kepercayaan dan matlamat mereka sendiri tanpa perlu di paksa itu membuang kepercayaan mereka. PAS tidak memaksa orang DAP masuk Islam untuk berpakat dengan PAS. Pakatan itu hanya pakatan untuk tidak membazir undi, pakatan untuk bersatu menentang salah laku BN dan pakatan untuk menafikan dua pertiga dengan harapan BN menjadi lebih adil. Itu saja.

DAP perlu ingat bahawa gagasan rakyat serupalah gagasan tiga orang manusia, cina socialist, muslim melayu dan western liberal. Kalau tiga orang ini mahu berniaga, mereka tak perlu membuang ugama mereka dan jadi murtad kerana itu tidak perlu dalam satu pakatan politik

Kalau DAP tidak boleh berpakat secara parti pembangkang kerana PAS tidak mahu murtad atau meninggalkan perkara yang wajib ia itu negara islam, maka eloklah DAP bersendirian dan PAS juga bersendirian. Tetapi yang untung nya BN kerana mereka telah dapat terus menzalimi rakyat.

Jika DAP merasa terlalu susah untuk berpakat maka elok lah DAP bergabung saja dengan BN, habis cerita. PAS boleh mencari rakan lain untuk bergabung.Yang peliknya mengapa perkara ini tidak di sebut sebelum pilihanraya.

Mengapa DAP begitu sensitif dengan matlamat perjuangan Negara Islam PAS itu kita tidak tahu. Kalau lah mereka takut PAS kerat tangan mereka, DAP tak perlu takut kerana DAP tidak di asaskan untuk mencuri harta rakyat. Kalau DAP takut PAS menang menegakkan negara Islam, DAP PERLU TAHU JALAN YANG PALING CEPAT UNTUK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM DI MALAYSIA IALAH DENGAN BERGABUNG DENGAN UMNO BUKANNYA BERGABUNG DENGAN DAP.

Ini adalah rungutan Lim Kit Sing tapi masih kita tidak faham mengapa mereka begitu merunggut tentang matlamat PAS untuk menegakkan negara Islam.

Kenyataan yang dimaksudkannya termasuklah yang dibuat timbalan menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakub bahawa “PAS wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah Negara Islam.”

“Kenyataan-kenyataan dalam tempoh tiga hari ini membangkitkan persoalan sama ada ketiga-tiga parti ini benar-benar telah mengambil iktibar daripada krisis BA pada 2001, ketika DAP meninggalkan gabungan itu kerana sikap tidak berganjak PAS untuk menunaikan matlamat negara Islam, yang tidak termasuk dalam manifesto BA,” kata Lim dalam satu kenyataan, semalam.

  1. penulis_cyber
    5,April 2008 at 9:26 pm

    Nampaknya isu pokok tidak selesai lagi ketika ini. Sedangkan rakyat sudah menunggu dan menanti tindakan pro-aktif pakatan rakyat melaksanakan kempen mereka dan tidak bertelagah sesama sendiri.

    Mungkin ada akan berkata’ ah, sama sahaja semua.Pas pura pura nak buat negara Islam, DAP pura pura baik hubungan denga PAS dan PKR mendapat sokongan menjadi teraju utama pakatan rakyat ‘

    Memang manusia tidak dapat sembunyikan macam mana dan apa yang tersirat di hatinya. Lambat laun akan jelas juga akhirnya.

    Umno perlu melihat bagaimana perpecahan kian melebar dalam pakatan rakyat yang belum lagi dibuat keputusan muktamad sedangkan Barisan Nasional masih utuh walau goyah sedikit akibat serangan bertalu-talu pembangkang pilihanraya lepas.

    Apa kita nak buat sekarang ?

    Mungkin doa ini bagus dan sesuai :

    Ya ALlah jangan menyiksa kami sekiranya kami lupa atau salah, Tuhan kami, jangan bebani kami dengan dosa orang sebelum kami, maka maafkanlah kami dan ampunkan kami dan rahmatilah kami Engkaulah Maulana maka bantulah kami atas orang orang kafirin
    ( menolak Islam dengan kebencian )
    ——>>>> akhir Al Baqarah

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s