Home > video klip politik > KLIP VIDEO KETUA BAHAGIAN DIUSIR CADANG ANWAR MASUK UMNO !

KLIP VIDEO KETUA BAHAGIAN DIUSIR CADANG ANWAR MASUK UMNO !

——————————–>>>>>>>>>> ———————————>>>>>>>>>>>>> —————-

SASNIZAM ADHAM: Ketua Pemuda Cawangan Parit 8 Sekinchan Dihalau Keluar Semasa Mencadangkan DSAI Masuk UMNO!Dihalau Keluar…Mahathir dan Gengnya Semakin Fobia Dengan Anwar – Malaysia Today

Posted by Raja Petra MALAYSIA TODAY
Wednesday, 02 April 2008
Seorang ketua pemuda Umno dihalau keluar dari forum anjuran kumpulan penyokong parti (Geng Mahathir) ketika beliau cuba membangkitkan persoalan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Belum sempat menghabiskan pertanyaannya, Hasnizan Adham disorak kuat sehingga gagal bersuara lagi di tengah-tengah laungan “keluar, keluar”. Pemimpin peringkat cawangan itu terus dibawa ke luar kawasan hotel tersebut, tempat berlangsung forum yang melibatkan tokoh-tokoh popular Umno – ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir.

Forum bertajuk ‘Umno Pasca Pilihanraya ke-12: Satu Penilaian’, anjuran MyKmu.net disusuli ucapan dan sesi soal-jawab dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Turut serta sebagai pembicara, ketua penerangan Umno Johor, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi.

Kira-kira 1,000 penyokong parti itu menyertainya – termasuk 300 di luar dewan dan lobi hotel.Suasana tidak menentu dan hingar-bingar selama beberapa minit sehingga peserta-peserta yang berang dengan soalan itu, termasuk menjerit-jerit dan memaki hamun, berjaya ditenangkan.

  1. zam
    7,April 2008 at 5:10 pm

    Ini lah budaya UMNO tak mahu mengaku kesilapan dan tak mahu menerima hujah dan pandangan dari peringkat bawahan terutama golongan muda.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s