Home > Politik Malaysia > Awasi puak desperado main kotor hantar SMS fitnah Harakah

Awasi puak desperado main kotor hantar SMS fitnah Harakah

Harakahdaily
Fri | Apr 04, 08 | 4:22:56 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 April (Hrkh) – Kalangan peminat dan pembaca Harakah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan fitnah yang dilakukan oleh puak desperado dengan menghantar SMS fitnah kononnya, dari Harakah.Pihak Jabatan Pengarang Harakah menerima aduan dari orang ramai. wujudnya sebaran-sebaran yang dikatakan dari media rasmi PAS Harakah dan Harakahdaily.

Antara SMS fitnah tersebut dinyatakan “Kit Siang akan menentang Sultan kerana wakil DAP tidak dipilih menjadi Speaker Dun Selangor. Di manakah letaknya kedaulatan Melayu??? Apa kata PAS dan PKR – Harakah”.

Setakat ini ramai pengadu yang memaklumkan mereka tidak terpedaya dengan SMS-SMS fitnah, bagaimana pun meminta Harakahdaily membuat penafian segera jika SMS berbentuk sedemikian disebarkan lagi.

Pihak Jabatan Pengarang Harakah meminta orang ramai tampil membuat aduan dan merekodkan nombor telefon yang menghantar SMS fitnah, untuk pihak Harakah mengambil tindakan susulan. – mr

Categories: Politik Malaysia
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s