Home > Blog Agama, Politik Malaysia > Perdana Menteri dihina dan dikeji , adakah sesiapa yang membelanya?

Perdana Menteri dihina dan dikeji , adakah sesiapa yang membelanya?

 

Bila seseorang itu dihina dan dikeji, kita tentu akan memikirkan kenapa dan apa punca dia dibenci. Ia akan menarik hati kita ingin mendekati si pembenci apakah yang telah dilakukan oleh yang dibenci moga moga kita akan jelas sebab bencinya. Jika tidak tentu kita akan melihat kebencian tanpa ada sebab yang kukuh yang hanya kerana terpengaruh atau terikut-ikut dengan orang lain….

 

Memang dalam politik dan kempen kita boleh menggunakan fakta dan isu yang relevan bagi memenangi undi pengundi. Ia telah menjadi situasi biasa dalam kempen mana mana parti. Dan kita tidak suka mengundi jika tiada maklumat terkini apa yang telah dan akan dilakukan oleh para calon yang mewakili parti yang bertanding.

 

Dalam keghairan pilihanraya penulis sempat menjelajah hampir kesemua laman utama penulis blog yang telah bertungkus lumus menyokong pembangkang Barisan Alternatif melalui artikel dan gambar serta video yang mana memberi kesan tidak sedikit di atas kejatuhan 5 negeri utama Barisan Nasional di Malaysia.

 

Namun kebebasan ini telah menjadikan kita sangat bebas dan tidak lagi terikat dengan akal yang sihat dan juga tata tertib selaku penganut agama Islam yang menjaga maruah penganutnya. Hingga pelbagai cacian dan makian dibuat dengan niat ingin menjatuhkan kerajaan tajaan BN yang telah dikatakan melakukan berbagai kesalahan dan kejahatan hingga tidak ada lagi peluang bagi meneruskan pemerintahan 2/3 majoriti seluruh kerusi yang dipertandingkan.

 

Tahniah kepada semua yang telah berjaya dengan strategi dan juga pakatan yang dilihat telah berjaya di dalam satu pilihanraya yang akan diingati sampai bila-bila yang mana dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) yang juga telah dikeji dan dicaci dengan begitu teruk lantaran isu setem duti, dan dakwat yang telah ditarik penggunaannya beberapa hari sebelum pengundian dijalankan.

 

Sehingga hari ini masih belum ada lagi ucapan maaf dan terima kasih kepada badan bukan kerajaan tersebut yang mana telah menjalankan tugasnya dengan begitu baik sekali sehingga kemenangan parti pembangkang dan pakatan alternatif tetap diberikan tanpa ada dendam di dalam hati atas apa yang telah ditulis diperkata sebelum ini tentang tuduhan sebagai alat dan proksi kepada kerajaan.

 

Kebebasan perlu dijaga dengan sempadan kebebasan yang dilaksana mengikut peruntukan undang-undangnya kepada mereka yang bersalah. Jika tidak maka banyak imej negatif hasil maklumat salah dan dimanipulasi hingga menjadikan banyak khabar angin menjadi berita utama walaupun ia tidak benar dan belum disahkan mana-mana pihak.

Siapa yang kenal penulis penulis politik di blog blog yang wujud di alam siber sekarang? siapa akan bertanggungjawab jika artikel tulisan mereka merosakkan perpaduan dan keamanan yang dinikmati selama ini? siapa akan menyesal membaca dan mempercayai apa yang ditulis sehingga mereka terpengaruh lalu memburukkan sama kerajaan yang banyak berjasa kepada mereka ? adakah sudah dibuktikan tiap tuduhan dan fitnah di mahkamah atau di mana mana ?? bolehkah kita menfitnah dan menyebarkannya pula kepada semua makhluk di dunia ?

 

Bahaya nya perkara ini ialah kuasa luar dan asing boleh menabur maklumat tidak betul hingga boleh memecah belahkan negara hingga menjadikan kita akan bergaduh dan berpecah di bawah kepimpinan tertinggi negara dan menyebabkan pelabur akan takut dan menjauhi dari melabur di negara ini.

 

Jika ini berlaku maka negara yang iri dengan kejayaan Malaysia akan menarik nafas lega dan gembira kerana usaha mereka berjaya sama ada langsung atau tidak. Ketinggian ilmu dan maklumat sekarang amat mudah di hujung jari menjadikan propaganda barat boleh merebak seluruh negara dalam sekelip mata.

 

Inilah barangkali yang dikehendaki oleh parti yang meniup semangat kebencian dan permusuhan dengan pimpinan negara dari Barisan Nasional hingga mereka akan menjadi orang yang digunakan oleh negara luar yang bercita-cita memusnahkan negara ini dari terus menaiki ke mercu kejayaan dan kehebatan seperti di zaman silam.

Pendekatan Islam Hadhari telah mengejutkan barat dan pihak Yahudi dan Nasrani. Mereka tidak akan diam kerana kejayaan Islam Hadhari ini akan menjadikan kita bangkit sebagai umat Islam yang hebat di dunia dan akhirat. Namun malangnya orang Islam sendiri yang menolak dan memperlekeh perlaksanaan Islam Hadhari ini …Mereka tentu rasa risau Islam yang mereka perjuangkan akan berakhir dengan Islam Hadhari cetusan idea Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi..

 

Tidak ada mata yang buta atau buat buat buta melihat segala kebaikan dan kejayaan pihak pemerintah sehingga kita telah menjadi bualan orang di seluruh dunia atas kejayaan di dalam bidang dunia atau akhirat….Yang berkaitan dengan bioteknologi , angkasa lepas atau pun prestasi kerajaan yang memerintah.

 

Namun gambar gambar negatif juga diperlihatkan melalui isu yang dibangkitkan seperti kes Altantunya yang dikatakan terlibat dengan Najib selaku Timbalan Perdana Menteri..Begitu juga gambar Pak Lah yang diambil ketika bersama dengan perempuan atau ketika terlelap telah digunakan secukupnya ketika berkempen samada dalam internet atau melalui surat ke rumah hingga menjadikan rakyat telah meluat dan menutup hati dari melihat kebaikan dan kejayaan Pak Lah selaku pemimpin tertinggi negara di dalam membawa Malaysia ke mercu negara yang lebih baik dari zaman sebelumnya.

 

Gambar yang diubah suai dengan perasaan begitu benci dan marah telah dipamerkan dengan begitu terbuka dan diselangi dengan nasyid yang memuji Rasul dan sarat dengan nasihat walhal ia satu perbuatan yang tidak patut jika difikir kembali dengan akal yang waras dan berperi kemanusian. Ia ditonjolkan juga dengan gambar khusyuknya Nik Aziz yang sedang berdoa memohon kepada Allah…..klik di sini jika anda ingin melihat antara contoh gambar tersebut

http://alhusseyn51.blogspot.com/2008/03/abdullah-badawi-lebih-baik-angkat-kaki.html

 

Inilah tingkahlaku pembangkang dan juga mereka yang mendakwa sebagai alternatif kepada kepimpinan sedia ada sekarang. Kemakmuran tidak penting jika kekuasaan tidak jatuh ke tangan mereka. Mereka juga telah mula membuat demonstrasi dan juga kekerasan kepada pihak keselamtan yang tidak pernah menjadi alat kepada mana mana pihak. Mereka juga telah berani menyerang polis dan kenderaan polis yang mana adalah harta rakyat.

 

Tahniah kepada mereka yang memilih PAS PKR dan DAP yang mana telah berjaya mengambil sebahagian besar undi dari rakyat hingga Barisan Nasional telah kalah teruk sepanjang usia 50 tahun kemerdekaan…..

 

Tahniah kerana kita akan melihat semakin banyak kekerasan dan perkauman serta huru hara di dalam negara seperti mana yang telah dijalankan sebelum ini ketika reformasi rakyat tahun 1999 dan juga sebelum ini di ibu kota….Undi

 

Itulah yang kita mahu melalui undi kita…. Dan kitalah yang membuka akal kita dengan menerima semua momokan pembangkang hingga tidak ada lagi ruang bagi menapis kembali apa yang telah dibaca dan diperkatakan.

 

Kata orang, sayang jangan terlalu sayang dan benci jangan terlalu benci. Namun biasanya yang sangat dibenci ada yang sangat menyayangi dan ada yang sangat berjasa dikutuk dan dimaki meskipu di sana ada juga yang sangat hebat luarannya namun amat keji di belakangnya…

 

Jangan marahkan sesiapa jika kedaulatan negara akan JATUH di tangan orang kita sendiri yang menjadi tunggangan musuh Islam yang bencikan Islam sejak dari dulu hingga sekarang.

 

 

 

Ya Allah ! Jatuhkanlah mereka yang berjuang samada sedar atau tidak di atas DASAR menanam kebencian kepada orang Islam yang lain….

Jadikanlah kata kata mereka peluru yang akan menembusi kepada mereka kembali…

Jadikanlah kebenaran mengatasi kebatilan….

Lenyapkanlah mereka yang telah nyata niatnya ingin menjadikan Malaysia huru hara dan sentiasa dalam perpecahan……

Matikanlah dan hancurkanlah sesiapa yang telah menjadi sahabat kepada pihak Yahudi dan Nasrani. Yang ingin memadam cahaya kebenaran Islam.

Peliharalah Islam di tangan hamba-Mu yang benar benar ikhlas dan amanah dalam menjalankan tugasnya..Walau ada yang tidak nampak dan buta mata dari memandangnya !!!!

 

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s