Home > 1 > Gambar diubah menjatuhkan maruah !

Gambar diubah menjatuhkan maruah !

Sabda Nabi Muhammad s.a.w : Barangsiapa yang menutup aib saudaranya maka Allah Taala akan menutup aibnya di hari Kiamat.

Begitu juga barangsiapa membuka aib saudaranya pasti Allah Taala akan memalukannya di akhirat nanti.

Artikel yang ditulis Naib Ketua Pemuda PAS PUSAT (sila lihat artikel hukum mengumpat ) sendiri menjelaskan hukum mengumpat dengan jelas dan nyata. Di mana jika berlaku perbuatan yang tersembunyi dan tidak secara terang-terangan maka ia tidak boleh diumpat. Begitu juga memburukkan orang lain tidak ada suruhan di dalam Islam. Apatah lagi mencaci dan memaki sepenuh hati, seolah olah kita adalah perfect guy !

Tetapi beliau turut menuduh dan mengatakan bahawa perbuatan pemimpin UMNO dilakukan secara terang-terangan. Kita tidak pasti apakah perbuatan maksiat yang dilakukan secara terang-terangan itu. Apakah menampakkan rambut ( sebagai contoh ) dikira ARAHAN pemimpin UMNO atau sikap pemimpin itu sendiri yang tidak mahu kerana belum dibuka pintu hidayahnya??

Namun kebanyakan pemimpin PAS tidak terjumpa barangkali artikel ini dengan mereka telah nyata melanggar hukum di atas sehingga tidak lagi MENGHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH. Mereka dengan bangga mendedahkan keburukan orang dan mengangkat kebaikan diri sendiri dengan mengatakan bahawa UMNO menolak Islam dan membangkang usaha PAS ingin mendaulatkan Islam.

Sedangkan sudah 50 tahun kemerdekaan kita lihat dengan nyata dan jelas Islam diletakkan di kedudukan TERTINGGI dengan semua pihak harus menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia dari awal kemerdekaan hingga ke hari ini.

Sudah tentu UMNO lah yang bertungkus lumus menjayakan proses kemerdekaan tersebut dan hingga hari ini Islam terus subur di tengah 27 juta rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama dengan tiada sebarang masalah yang berlaku. Meskipun ada yang telah terpesong dengan ajaran sesat dan agama lain namun jika dinisbahkan dengan suasana akhir zaman yang begitu mencabar iman dan juga pergaulan bebas hasil dari kekurangan perhatian dan didikan agama ibubapa sudah tentu ia menjadi faktor pendorong kepada keruntuhan akhlak dan gejala murtad di negara ini.

Namun ia bukan salah pemimpin semata-mata kerana pemimpin memerintah tidak pernah MENGHALANG DAN MELARANG agama dipraktikkan di Malaysia samada Islam atau agama lain. Meskipun tuntutan tertentu terus mendesak agar keistimewaan Islam sebagai agama rasmi dicabul namun UMNO lah yang terus komited meskipun dituduh dengan berbagai tuduhan dan penghinaan namun mereka tetap setia dan yakin dengan agama Islam sebagai pegangan.

Walau bagaimanapun keadaan hari ini gambar Pak Lah dengan Michelle Yeoh yang tidak diketahu oleh sebilangan besar masyarakat telah digunakan dengan meluas di dalam kempen pilihanraya lepas. Banyak blog-blog menyiarkan gambar tersebut dalam blog kendalian mereka. Ini menyebabkan maruah Pak Lah selaku pengasas Imam Hadhari telah tercemar sedangkan kita tidak tahu apakah gambar tersebut betul betul atau di’superimpose’kan oleh pihak tertentu yang ingin mengaibkan Perdana Menteri Malaysia. Hinggakan pengundi yang tidak melihat internet turut menerima gambar tersebut yang dipos ke rumah mereka bagi tujuan kempen dengan gambaran bahawa inilah Imam Hadhari yang cakap tidak serupa bikin….Sedangkan gambar Nik Aziz dipaparkan sangat mulia dan khusyuk dengan gambaran bahawa Pak Lah amat teruk dan Nik Aziz amat baik….Perbuatan ini sudah sangat melampau kerana menggunakan isu peribadi bukan isu prestasi Parti bagi meraih sokongan pengundi….Dan ramai telah terpedaya dengan dakyah ini.

Jika betul sekalipun ia bukan beerti Pak Lah yang ‘gatal’ ingin menikmati usapan tangan aktres tersebut bahkan kita dapat lihat yang sebaliknya berlaku di mana perempuan tersebut mungkin ingin bersalam dan beramah mesra dengan Pak Lah. Ia tidak berlaku di tempat tersembunyi tetapi di khalayak ramai ..Sikap berbaik sangka sesama Islam amat dituntut dari sikap buruk sangka dan mencari cari keburukan dan keaiban orang lain..

Bahkan sikap mencari cari kesalahan dan keaiban seperti inilah yang jelas HARAM kerana menjatuhkan MARUAH dan MORAL seorang pemimpin ulung dunia Islam.

Jika perkara sebegini pun dibesarkan oleh pembangkan ia bermakna mereka sudah menganggap Pak Lah dari kalangan wali yang begitu suci dan tidak melakukan sebarang kesalahan atau kekurangan.

Mungkin lebih elok didoakan dan dibuat solat hajat beramai-ramai dengan harapan beliau akan mendapat keampunan dan diberi petunjuk agar sentiasa benar dan tetap di atas landasan agama yang suci…

Hati-hatilah kerana Firman Allah Taala : Dan sesungguhnya fitnah itu lebih teruk dari membunuh ( alquran : albaqarah 191 )

Kes-kes sebelum ini tidak ada yang dibuktikan oleh PAS atau parti pembangkang yang lain. Bahkan banyak yang kita lihat ialah tohmahan dan fitnah yang disebar dengan meluas ke seluruh negara dengan harapan pengundi akan terpedaya.

Di sini kesucian maruah dan peribadi pemimpin Barisan Nasional telah dicemari hingga menggugat kredibiliti dan mengganggu prestasi mereka.

Berapa banyak pendedahan dan pembongkaran yang dibuat hingga ramai yang telah dimalukan dan dihina dengan gambar mereka diubah suai dan ditunjukkan dalam keadaan memalukan. Pena Biasa yakin politik Islam palsu sebegini tidak akan mendatangkan keberkatan dan kejayaan bahkan akan menghasilkan porak peranda dan juga perebutan kuasa di kalangan mereka.

Jangan terkejut jika di hari akhirat nanti kita akan melihat berapa banyak golongan yang kita sangkakan baik namun mereka akan menduduki neraka jahanam dan berapa ramai juga yang kita SANGKA teruk akan dimasukkan ke dalam syurga.

Pemimpin UMNO / BN bukan dari kalangan Wali bahkan Nabi.. Justeru kekurangan akan ada. Begitu juga dari pemimpin PAS. Namun sikap menuding jari dan memburuk-burukkan lawan ini akan menjadikan berleluasa fitnah dan juga kebencian kepada sesama saudara seagama hingga tiada lagi sinar harapan untuk kita melihat perpaduan di kalangan masyarakat Islam.

Yang peliknya sikap mengubah gambar hingga memalukan dan menyebarkannya berlaku di kalangan penyokong parti

pembangkang dan direstui oleh pemimpin mereka menerusi paparan di internet..Lihatlah link link yang ada di laman pro pembangkang dan lihatlah apa yang ada di laman penyokong mereka…Sikap ini sudah bermula di zaman Tun Mahathir lagi dan sekarang diteruskan lagi ke zaman Pak Lah….Mungkin Najib perlu bersedia gambar beliau disuperimpose selepas ini jika dilantik menjadi Perdana Menteri..

Patutlah ‘jika guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari” dan jika ‘ guru kencing berlari maka anak murid akan kencing terbang barangkali…..

Renungkanlah Firman Allah Taala surah AlKahfi ayat 103 – 104 :

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.

Jika kita ingin menjadi pembangkang yang baik, gunalah pendekatan hikmah dan bijaksana dalam mengkritik dan bukannya mereka reka atau mencipta isu yang disensasikan agar rakyat akan menolak dan membenci saudara seagama kita juga.

Namun jika UMNO sudah dikira tidak di dalam agama Islam ( lantaran fatwa Kafir ) maka kita hanya mampu menadah tangan berdoa agar yang berkata tidak diHAPUSkan amalannya kerana menuduh saudara seagama sudah keluar dari Islam.

Nabi bersabda : ‘ barangsiapa mengkafirkan mukmin yang lain maka dia akan KAFIR ‘

Mungkin ini juga sebab semakin ramai ‘murtad’ kerana ada fatwa mengkafirkan umat Islam di negara kita hari ini.

Wala Haula Wala Quwwata Illa Billah !

Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s