Home > Politik Malaysia > SPR tetap dikutuk walau Barisan Rakyat sudah menang !

SPR tetap dikutuk walau Barisan Rakyat sudah menang !

Beberapa hari sebelum pilihanraya SPR telah menjadi sasaran parti pembangkan untuk dijadikan kambing hitam sekiranya mereka kalah dalam pemilihan piliharanya tidak lama selepas itu….

Tuduhan SPR menipu, menjadi alat kerajaan, dan sebagainya menunjukkan bahawa pembangkang memang ingin merosakkan reputasi SPR hingga tidak ada lagi ruang SPR mempertahankan diri dan menjawab segala fitnah mereka melalui media alternatif pilihan pengundi muda dan tua.

Selepas itu keputusan tsunami politik telah berlaku….Di bawah kendalian SPR itulah juga , barisan pembangkang pertama kali menang dengan mendapat 5 buah negeri tidak termasuk Wilayah Persekutuan yang majoritinya dimenangi gerakan pakatan pembangkang yang bertema Barisan Rakyat.

Hingga hari ini tiada ( seingat penulis ) ucapan maaf dan terima kasih dari pemenang pertandingan dewan undangan dan Parlimen di mana mana kawasan pilihanraya. SPR yang dituduh itulah juga yang menguruskan kemenangan pihak lawan dari PAS PKR dan DAP…Meskipun mereka yang selalu mengutuk SPR menjadi alat kepada kerajaan….

Saya sudah menulis berkenaan ini tetapi ingin mengupas dengan lanjut isu tersirat di atas. Itu menunjukkan satu perkara yang kecil tetapi melambangkan keperibadian dan akhlak parti alternati pilihan pengundi baru seluruh Malaysia. Gaya takabur, menghina, mencaci, mengutuk dan berbagai lagi ber … ber…. yang mudah disebut dan dituju kepada sesiapa sahaja yang diingini.

Tidak ada sebarang permintaan maaf dari mereka kerana tuduhan di atas bahkan masih ingin mengumpul bukti lagi akan penyelewengan yang berlaku walhal tidak pasti ia betul atau sekadar gimik panas pilihanraya. Itu tidak termasuk tindakan mengambil kad pengenalan pengundi seperti yang berlaku tempoh hari di Terengganu yang mengakibatkan demontrasi dan kekacauan berlaku hingga merumitkan keadaan dan membawa kepada penahanan anak Presiden PAS Hj Hadi Awang….

Jika perangai seperti ini masih menjadi permainan mereka kita pasti tentu sukar untuk mana mana ahli akademik, agama, profesional yang telus dan intigriti ingin menyokong sebuah perjuangan berlandaskan kebencian dan penipuan serta retorik semata mata. Pihak Pembangkan sekarang ini masih terkial kial lagi menjalankan pemerintahan di negeri yang dimenangi meskipun sudah beberapa minggu pilihanraya selesai dijalankan.

Kita sebagai rakyat akan melihat sejauh mana PKR PAS DAP akan mencorakkan idea pakatan pembangkan mereka dengan nama sebagai Barisan Rakyat yang perihatin dan berdaya saing. Memang benar bercakap perkara mudah dan melaksanakannya amat payah dan memerlukan komitmen yang tinggi oleh semua.

Kita tahu ini tempoh sangat penting bagi survival politik mereka yang sekarang diteliti dari atas ke bawah siang dan malam kiri dan kanan oleh penyokong dan pengundi mereka kali ini. Isu isu tempatan dan nasional mereka sudah berjaya menarik perhatian dan diterjemahkan kepada undian yang menghasilkan keputusan di luar dugaan bagi parti parti alternatif hingga mereka sedikit kekalutan merencana tindakan susulan melaksana segala manifesto yang dijanjikan.

Mungkin ini kali pertama dan terakhir penggal pemerintahan mereka kerana segala galanya telah bermula untuk rakyat menilai apakah salah atau betul keputusan undian mereka kepada pakatan alternati pembangkang yang menjanjikan negara kebajikan..

Dan tidak salah lagi bahawa sudah ramai yang merasa sangat menyesal memilih calon dari pembangkang kerana mereka nampak pakatan tidak stabil pembangkang telah merisaukan semua rakyat negeri negeri yang terlibat dengan perlantikan ahli kabinet kerajaan di negeri negeri yang dimenangi pembangkang..

Sama-samalah menunggu dan melihat apa yang akan terjadi selepas ini…..

Categories: Politik Malaysia
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s