Home > Link Berita Utama kita, Politik Malaysia > Sistem kuota masih relevan – Muhammad

Sistem kuota masih relevan – Muhammad

petikan : Sinar Harian

SHAH ALAM – Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, sistem kuota pencalonan untuk pertandingan pelbagai jawatan, termasuk Presiden dan Timbalan Presiden masih boleh digunakan dan tidak perlu dimansuhkan.

Katanya, sistem tersebut tidak mempunyai sebarang masalah sejak ia diperkenalkan 22 tahun yang lalu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, sistem kuota dalam pertandingan itu diwujudkan bagi memastikan calon yang layak untuk bertanding datang daripada kalangan mereka yang benar-benar serius untuk memikul tanggungjawab selain mendapat sokongan padu daripada setiap ahli parti.

“Sekiranya sistem kuota ini dihapuskan, sesiapa sahaja boleh bertanding walaupun tidak mendapat sokongan daripada majoriti ahli parti di peringkat bahagian.

“Saya tidak faham kenapa timbul soal ini kerana sistem kuota telah diperkenalkan sejak dahulu lagi. Malah, Tun sendiri bersetuju dan beliau sendiri mempraktikkan cara ini,” katanya.

Kelmarin, bekas Presiden UMNO, Dr Mahathir berkata, sistem kuota ketika ini kelihatan terbuka kepada penyalahgunaan kepada mereka yang mempunyai kuasa dan menghalang anggota parti daripada menamakan calon pilihan mereka.

Mengulas kenyataan itu, Muhamad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, sistem kuota itu diwujudkan supaya calon yang bakal bertanding mempunyai kewibawaan sebagai pemimpin.

“Kita tidak mahu mereka yang bertanding dalam mana-mana jawatan dalam UMNO ini terdiri daripada yang tidak serius, main-main serta kurang memiliki kewibawaan sebagai seorang pemimpin.

“Oleh yang demikian, tidak perlu untuk kita menghapuskan sistem ini kerana ia mampu memastikan UMNO mempunyai pemimpin yang benar-benar layak untuk membawa parti dan orang Melayu ke arah yang lebih baik,” katanya.

Tambah Muhammad, beliau tidak dapat melihat rasionalnya penghapusan sistem tersebut.

“Kenapa kita perlu mengubah sistem ini kerana jika difikirkan secara rasionalnya sistem ini telah diwujudkan sejak dulu lagi. Tidak perlu kita hapuskan walaupun presidennya orang lain.

Sebelum itu, Muhammad mengadakan perjumpaan bersama-sama 392 ketua kampung seluruh Selangor yang dilantik oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini bagi membincangkan masalah-masalah di peringkat tempatan.

Muhamad berkata, semua ketua kampung memberi sokongan padu kepada kerajaan BN serta akan bekerjasama dengan kerajaan Pusat walaupun Selangor kini dipimpin oleh kerajaan baru.

“Kerajaan negeri tidak mempunyai hak untuk menukar dan memecat mana-mana ketua kampung kerana elaun mereka dibayar oleh kementerian di bawah kerajaan Pusat.

“Malah dengan adanya sokongan padu ini, kita (kementerian) akan melaksanakan rancangan pembangunan di kampung dan luar bandar kerana mereka (ketua kampung) merupakan penghubung antara kerajaan pusat dengan rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s