Home > Pendapat > PAKATAN PEMBANGKANG PKR – PAS,adakah melayu islam menang sorak kampung tergadai ?

PAKATAN PEMBANGKANG PKR – PAS,adakah melayu islam menang sorak kampung tergadai ?

 Mukaddimah

 

Parti Barisan Nasional telah kehilangan sebanyak banyak kerusi dengan mengalami penurunan yang banyak   dan peratusan yang tinggi berbanding pilihanraya 2004.. Faktor kenaikan harga barang, isu jenayah, video skandal seks menteri kanan MCA, kritikan keterlaluan terhadap Samy Vellu, telah menurunkan dengan drastik sekali sokongan rakyat…Mereka telah muak dan benci kepada Barisan Nasional dan bertindak memilih Barisan Alternatif yang dibarisi dari PKR PAS dan DAP… Pakatan tersebut telah mula memerintah di Selangor, Kedah, Perak,dan  Pulau Pinang..

 

Kempen Jom Ubah, tawaran Negara Kebajikan dan berbagai lagi telah menarik perhatian rakyat terhadap apa yang ditawarkan sehingga mereka sangat bangga memilih BA dari mengundi parti tradisi mereka iaitu BN. Meskipun belum lagi nampak janji tersebut dilaksanakan seperti janji janji yang dilontarkan semasa kempen pilihanraya lalu…

 

Apa yang nyata sekarang ialah Parti DAP telah menunjukkan belangnya hari pertama memerintah di Pulau Pinang. Mereka telah menjadikan dasar DEB sebagai punca kewujudan kronisme, neopotisme dan sebagainya… Mereka merasakan bahawa dasar tersebut tidak adil kepada rakyat bangsa Cina dan India.

 

Padahal selama ini DEB telah dilaksanakan sejak dari peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mencetuskan ketegangan kaum yang sangat teruk di seluruh negara. Fokus  DEB ialah membaiki kekurangan yang wujud agar semua akan turut mendapat kebaikan dari kemakmuran ekonomi negara.

 

Ketika itu hubungan antara kaum terus punah dan masing masing mula membenci antara satu sama lain. Mereka sudah lupa kebaikan jiran yang selama ini berada di sekeliling dan telah menjadikan perkauman sebagai timbangan kepada tindakan mereka meniupkan api kemarahan hingga membawa kepada kematian.

 

Mereka sudah lupa kebaikan kebaikan yang diperolehi hasil hubungan kaum yang terjalin selama itu sehingga masing masing telah mengecap kenikmatan yang tidak sedikit dalam mengecap kedamaian dari kejayaan pengurusan kerajaan memerintah.

 

Namun semua itu telah musnah dalam sekelip mata. Mereka terlepas kata dan tertikam saudara senegara. Mereka tidak lagi dapat membezakan antara kawan dan lawan. Antara saudara dan musuh negara. 

 

Hasutan dan khabar angin yang tersebar telah menjadi punca api kemarahan dan juga permusuhan sehingga mereka tidak dapat lagi menahan kemarahan hingga membunuh sesiapa sahaja tanpa ada lagi masa berfikir untuk seketika. Peristiwa tersebut terus diingati tatkala kita mengalami masalah antara kaum dan kurangnya sokongan dari kalangan rakyat. Ketika itu tiada lagi sms dan internet seperti sekarang ini yang boleh menjadi alat kepada propaganda jahat sesetengah pihak menjatuhkan maruah dan intergriti musuh mereka.

 

Pelik juga kerana kita tidak pernah mendengar pendedahan dari pihak kerajaan terhadap pembangkang padahal kerajaan sangat berkuasa dan mengetahu apa sahaja pergerakan mereka. Namun tiada dimomokkan kepada rakyat tentang kejahatan mereka meskipun ada yang akan marah jika disiarkan dengan berleluasa kejahatan mereka di media utama negara.

 

Sebenarnya PAS dan PKR adalah perti serpihan dari UMNO yang mana adalah pihak yang tidak berpuas hati dengan parti UMNO khususnya dari aspek penerimaan pendapat dan juga pendekatan yang dijalankan sehingga membawa kepada perpecahan… Mereka golongan serpihan yang terus meluahkan kemarahan dan kebencian sehingga sanggup berkata ‘ dengan syaitan pun ambo sanggup berkawan asal dapat jatuhkan BN. Mereka juga yang berkara kerajaan sangat zalim dengan gelaran Mahafiraun Mahazalim dan lain lain lagi….

 

Mereka juga dari golongan yang tidak akan mengenang budi meskipun Pak Lah selaku Menteri Dalam Negeri telah berbudi dengan melepaskan anak Mursyidul Am PAS dan juga Penasihat PKR dari terus meringkuk dalam penjara.. Mereka tidak akan ingat atau buat buat lupa… Kerana hasutan dari dalam agar terus melawan sehingga mereka mendapat kemenangan akan terus berkumandang bagi menjatuhkan kerajaan yang sedia ada ini…

 

Kita tidak kisah jika kerajaan hendak dijatuhkan jika zalim , korup, jahat, menindas, menentang hukum Allah Taala dan sebagainya. Namun tuduhan yang ada hanya tinggal tuduhan yang tidak dapat dibuktikan. Tuduhan yang tidak akan dapat mengaitkan apa apa dengan kerajaan. Bahkan ramai yang sudah digugurkan dari jawatan kerana gosip yang hangat diperkatakan walaupun tiada bukti mensabitkan mereka. Ini tanda kesungguhan dari kerajaan menentang usaha mengamalkan rasuah dan penyelewengan dari terus menjadi barah yang akan terus bernanah di dalam pentadbiran kerajaan…

 

Padahal PAS juga tidak menguatkuasakan HUDUD ketika memerintah di Kelantan dan Terengganu …Meskipun idea dan juga motto perjuangan mereka berteraskan ke arah mendaulatkan hukum Allah namun kita tidak melihat dengan jelas di mana kegagalan mereka melaksanakannya…

 

Mungkin ia sangat sensitif hingga didiamkan oleh kepimpinan mereka hingga sekarang takut pakatan rakyat yang baru nak merangkak ini akan tersungkur dan jatuh rebah. Padahal ketika inilah peluang mereka mendapat sokongan kaum lain bagi membentuk kerajaan idaman yang mereka impikan. Meskipun HUDUD ALLAH terpaksa diKORBANkan seketika dari diperkata.

 

Mungkin inilah dasar sesumpah yang menjadi mainan mereka yang ingin menjadi jaguh di kalangan orang Islam hingga lawan dimaki hamun dan diperleceh walaupun mereka juga tidaklah maksum dan takutkan Tuhan berdasarkan situasi terkini yang berlaku di negara kita….Mereka boleh menghalal seketika dan mengharamkannya di ketika lain pula….

 

Apakah begitu teruk sekali parti UMNO hingga jika PAS ditawarkan oleh syaitan untuk meruntuhkan UMNO pun sanggup diterima asalkan UMNO akan rebah???? 

 

Allah !!!  Mengapa teruk sekali kenyataan tersebut dibuat? Apakah kesannya kepada agama dengan kenyataan yang sangat mengejutkan kita tersebut? Apakah ia sekadar kata kata yang tidak membawa apa apa?? Apakah kita masih lagi buta dari melihat bahawa apa yang dikata itu sangat teruk dan menimbulkan seribu satu sangkaan yang sangat teruk kepada UMNO?

 

 

Meskipun tetap teguh mempertahankan agama bangsa dan negara dari dulu hingga kini dan selamanya apakah itu imbalannya? Apakah dosa UMNO hingga dikaitkan sangat teruk dari syaitan ? kerana jika UMNO lebih baik dari syaitan tentu tidak akan timbul kenyataan PAS sanggup berkawan dengan syaitan untuk menjatuhkan UMNO…

 

 Adakah menguruskan kehidupan rakyat dan menaikkan negara hingga dikenali ke peringkat dunia satu DOSA ? adakah memberi peluang pekerjaan dan tahap kesihatan yang memuaskan satu DOSA? Adakah menjadikan Islam sebagai agama rasmi Malaysia juga satu DOSA ?

 

Memang sukar memenuhi semua harapan dan hasrat penduduk Malaysia yang terdiri dari jutaan nyawa dan pegangan agama ….. Tidak ada yang akan menerima seratus peratus apa yang dilakukan. Namun usaha kerajaan tetap diteruskan dalam agenda melunaskan amanah yang terpikul di pundak mereka selaku pimpinan tertingi negara….Dan konsep itulah berdasarkan dasar musyawarah antara semua kaum dibuat dengan tekad ingin berganding bahu dengan semua kaum ke arah mengukuhkan negara hingga disegani di dunia.

 

Isu Vote Subsidi

 

Vote atau undi adalah rahsia. Sesiapa sahaja ahli warganegara boleh mengundi. Tanggunagjawab yang dilaksanakan sekali  bagi tempoh empat tahun..  

 

Isu undian melayu mengikut peratusan ????? Adakah perlu kita mengimbangi peratusan undian bangsa Melayu untuk memastikan kekuatan politik Melayu akan terus mendominasi arena politik negara ini….? Adakah kita tidak perlu buat apa apa untuk menyusun gerakan mengimbangi undian di kawasan kritikal Cina dan India??? Adakah tiap kali pilihanraya kita perlu bersusah payah pulang jauh semata mata menjalankan tanggungjawab mengundi walhal di bandar bandar utama masih kurang undian untuk bangsa Melayu  kita ??

 

Ini bukan untuk menaikkan kemarahan bangsa lain dengan mengemukakan idea ‘ vote subsidi ‘  ini tapi hanya ingin mengajak kita membuka sedikit minda terhadap apa yang sudah berlaku dan perlu diubah untuk masa hadapan. Kita tidak mahu idea dan pandangan yang baik akan hanya menjadi hak ekslusif sesetengah pihak sahaja dan tidak menjadi pendapat ramai hingga gagal melahirkan usaha padu mempraktikkannya….Jika tidak minda kita akan terus berada di takuk lama.

 

Bagi mengimbangi kuasa undi bangsa Melayu perlu membuat imbangan undian ke serata kawasan majoriti Cina. Ini kerana survival politik melayu memerlukan satu gerak kerja yang tersusun dan bijak beberapa langkah lebih dari percaturan oleh bangsa lain.

 

Adakah kenyataan ini berbaur perkauman ? atau ia bagi mengelak peperangan antara kaum ? atau sekadar cadangan yang hanya terlintas tatkala kita melalui gerbang pilihanraya?

 

Sebenarnya Melayu amat memerlukan imbangan undi di kawasan dan negeri majoriti bukan Melayu.. Menurut pendapat sesetengah pakar politik, BN sepatutnya kalah di 9 negeri tetapi masih lagi mendapat undian dari bangsa melayu yang tetap dengan perjuangan BN sebagai parti tunggak kerajaan kita hari ini. Jika senario ini berterusan kita risau majoriti bangsa Melayu akan kurang di kawasan peratusan tinggi bangsa lain di bandar bandar besar di seluruh negara….

 

Kerana undian dari kaum lain yang telah memihak kepada PAS dan PKR serta DAP hingga suasana berubah bak ditimpa tsunami yang tidak dijangka kehadirannya….Keghairan ingin mengajar BN telah mengakibatkan suasana tidak tenang dan huru hara timbul di sesetengah negeri sehingga membantutkan sedikit perjalanan awal penubuhan barisan Exco dan majlis mengangkat sumpah..Itu belum lagi episod akan datang yang entah tidak jelas kepada kita untuk memperkatakannya….

 

Jika imbangan tidak stabil tentu tidak ada lagi kekuatan politik Melayu/Islam selaku penghuni awal dan asal negara ini yang telah mendapat keistimewaan sebagai bumiputera.. Kita bimbang satu hari parti Melayu/Islam akan kehilangan imbangan undian kerana undi sudah berpecah tiga iaitu PAS dan PKR sehingga parti bangsa lain akan mendapat undian tinggi dan majoriti.

 

Ketika itu apa sahaja yang kita lakukan tentu sudah terlambat kerana hak demokrasi pemilihan pimpinan adalah dari apa yang kita perjuangkan selama ini dan tentu tidak boleh diubah sesuka hati.. Kerana jika Melayu berdaulat di negerinya sendiri tentu tidak akan timbul prejudis dan sangka buruk kepada bangsa lain walaupun keadaan ini tidak juga boleh dijadikan alasan untk mereka berdiam diri menggoyangkan kaki melihat tanpa berbuat apa apa memajukan negara mereka sendiri…

 

Inilah cabarannya ! adakah kita bersedia?

 

Abu Sofeyyah DM,

Sepang.

Categories: Pendapat
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s