Home > Pendapat > Adakah ini Gambar bogel / telanjang Pemimpin UMNO terbaru masa kini?

Adakah ini Gambar bogel / telanjang Pemimpin UMNO terbaru masa kini?

Satu gambar menceritakan berbagai makna. Satu gambar menafsirkan mengikut akal dan hati kita. Gambar boleh menaikkan maruah seseorang dan juga menghina hingga ke peringkat serendah-rendahnya. Namun ramai juga yang semakin popular meskipun gambar bogel dan lucah mereka semakin disebar dan dilihat seluruh penjuru dunia. Hingga ada banyak kes gambar sengaja atau tidak disebar agar populariti terus naik di ingatan peminat artis dalam dan luar negara..

Dari sudut agama gambar dikatakan tidak harus dan harus diambil..Banyak sebab dan ilat yang mengharus atau mengharamkannya. Namun pendapat popular berpendapat jika ia mendatangkan kebaikan seperti membuat kad pengenalan, lesen memandu, saat penting dan sebagainya, maka ia perlu. Lebih lebih lagi jika kita ingin menjadikan gambar tadi sebagai bukti kepada hakim atau pihak berkuasa .

Namun gambar memburukkan diri orang lain khususnya pemimpin negara telah menjadi amalan di negara kita. Gambar di atas adalah contoh bagaimana ia digunakan untuk tujuan menanam kebencian sesama Islam..walhal banyak lagi gambar yang boleh diguna jika ingin membuktikan pentadbiran kerajaan tidak cekap dan lemah…

Gambar yang  memalukan diri tentu sama dengan gambar yang menayangkan badan seseorang yang kita panggil gambar bogel..itu bogel anggota badan dan gambar di atas adalah bogel seluruh maruah dan harga diri dengan sewenang-wenangnya.Maruah seseorang sudah ditelanjangi  ke seluruh mata pembaca. Ibarat penjaja yang menayangkan gambar berunsur penghinaan kepada sesiapa yang ditemuinya.

Haji Hadi Awang yang selalu membaca harakahdaily tiap tiap hari, nampaknya tidak mengutuk dan meminta perbuatan tersebut dihentikan. Mungkin tidak perlu bagi beliau memandangkan Pak Lah bukanlah ulama setanding beliau selaku Presiden Parti Islam Malaysia hari ini dan ulama masyhur di Malaysia…..Gambar di atas masih lagi dapat dilihat di saluran utama media alternatif harakahdaily meskipun pilihanraya sudah tamat dan kemenangan 5 negeri sudah diperolehi pembangkang….

Itu menandakan sikap Hj Hadi selaku pemimpin utama PAS yang suka jika ada lawannya dimalukan…Namun beliau tentu tidak akan menerima jika gambar beliau dalam keadaan memalukan disiar ramai. Kita tidak mahu dan tentu tidak suka jika senario meletakkan gambar membuka aib dan kelemahan ditonjolkan di khalayak umum seluruh dunia. Dan UMNO tidak perlulah mengikut ahli parti PAS yang berkata mereka pejuang Islam sedangkan Islam tidak mengajar kita menghina apatah lagi membuka aib saudara seagama.

Gambar tadi jika sekilas dilihat seolah olah Pak Lah lemah dan teruk, hingga boleh tertidur di khalayak ramai. Beliau boleh dilihat sangat tidak pandai menjaga diri dan masa rehatnya hingga sentiasa tidur walaupun di majlis rasmi dan di hadapan rakyat

Tetapi terfikirkah kita bahawa sangkaan tadi jika diteliti adalah dari sangkaan kurang baik kepada beliau. Kita sedar atau tidak telah meletakkan buruk sangka di hati hingga terpedaya dengan gambar yang tidak disebut pula apa punca ketiduran Pak Lah ketika itu.

Sepatutnya gambar tadi menimbulkan kekaguman dan terharu atas kesungguhan Pak Lah mentadbir negara hingga terlalu letih dan penat menanganinya. Kesibukan menghadiri majlis di serata tempat di seluruh negara tentu tidak akan dapat dipenuhi dengan senang lenang tanpa usaha dan kudrat yang banyak diperlukan….Usaha menjaga negara memang memerlukan stamina dan kekuatan yang tinggi apatah lagi di usia sudah melebihi 60 an yang tentu sedikit sebanyak memakan juga kudrat manusia biasa seperti beliau. Lihat kenyataan Menteri Besar Kedah baru dari PAS yang berkata beliau sekarang sudah kurang waktu tidur seperti dulu setelah menjadi Menteri Besar walhal Kedah bukanlah sebesar Malaysia…Barulah ketika itu hati kita selamat dari dosa kerana bersangka baik dengan seluruh manusia.

Namun gambar tadilah punca kekurangan sokongan rakyat kepada beliau. Gambar tadilah telah menjadi salah satu program kempen pembangkang dan digantung di mana mana sahaja blog pembangkang di alam maya. Gambar tadilah telah menjatuhkan maruah dan kredibilit beliau selaku Perdana Menteri yang juga pengasas penjenamaan semula Islam melalui pendekatan Islam Hadhari.Gambar tadi telah membogelkan maruah dan harga diri seorang Perdana Menteri.

Beliau yang telah melancarkan alternatif kepada apa yang dibawa oleh PAS melalui Islam Hadhrai sehingga isu tadi telah diulang ulang dan diucap ratusan kali di setiap pelusuk dengan harapan rakyat tidak akan melihat kepada kerja dan kemajuan tetapi memandang sinis perbuatan tidur tersebut sehingga menenggelamkan segala apa yang telah berjaya dicapai selama ini.

PAS sangat bimbang mereka akan tenggelam dalam suara Islam Hadhari yang mana sangat efektif dan berkesan dalam mengangkat kembali ketinggian Islam di dalam mendepani globalisasi yang sangat menekan umat Islam hari ini.

Nampaknya politik kebencian peribadi masih menjadi agenda utama pembangkang. Mereka tetap suka melihat kekurangan dan kelemahan dan sangat takut jika kesempurnaan menjadi milik mutlak lawan. Mereka tetap mengutuk siapa sahaja yang naik takhta kerusi Perdana meskipun dari kalangan terbaik hingga dijolok dengan Mr Clean dan dari keluarga ulama asalkan motif politik mereka akan tercapai dengan kejian dan tohmahan.

Yang gembira hanyalah golongan bukan Islam khususnya YAHUDI dan NASRANI yang akan menarik nafas gembira melihat perlaksanaan Islam Hadhari gagal hasil putar belit dan tipu daya mereka dan Imam Hadhari akan tersungkur dikepung oleh segelintir Melayu Islam UMNO sendiri dan golongan Melayu Islam PAS dan Melayu Islam bekas UMNO dari PKR ….

Adakah pengganti Pak Lah , Najib lebih baik lagi dan mampu mempertahankan diri untuk sepenggal jika kes kes seperti Altantunya dibangkitkan ???

Fikirkanlah samada kita mampu berfikir dan ada kesempatan berfikir lagi sekarang ini !

Categories: Pendapat
  1. abudarwis
    2,July 2008 at 10:49 am

    Assalamualaikum tuan,

    “PAS sangat bimbang mereka akan tenggelam dalam suara Islam Hadhari yang mana sangat efektif dan berkesan dalam mengangkat kembali ketinggian Islam di dalam mendepani globalisasi yang sangat menekan umat Islam hari ini”

    PAS bimbang? saya silap baca ke tuan yang silap tulis.. Islam hadhari membimbangkan PAS? Efektif dan berkesan? Sbb tu org yang duk sokong Islam Hadhari ni kena bnyak belajar.. Jgn main taklid buta je.. Esok kalau ada Islam jelmaan lain pula, main sokon ramai2.. “Islam itu tinggi dan tidak ada tinggi melainkan Islam..” Konsep Islam hdhari itu namanya pun dah salah.. Yng betulnya “Hadharah Islamiyah”.. Kalu nak ada jgk hadhari tu, bolehlah tukar mcm “Pendekatan hadhari dalam mengangkat martabat Islam di malaysia”… Ada paham?

    Kena banyak belajar la.. Jgn rasa diri tu dah pandai..

    maaf yea.. Wallahualam..

  2. abudarwis
    2,July 2008 at 11:01 am

    “Yang gembira hanyalah golongan bukan Islam khususnya YAHUDI dan NASRANI yang akan menarik nafas gembira melihat perlaksanaan Islam Hadhari gagal hasil putar belit dan tipu daya mereka dan Imam Hadhari akan tersungkur dikepung oleh segelintir Melayu Islam UMNO sendiri dan golongan Melayu Islam PAS dan Melayu Islam bekas UMNO dari PKR ….”

    Satu lagi nih!

    Bukti apa yang mengatakan yahudi dan nasrani gembira tengok Islam hadhari gagal.. Jgn syok sendiri la..Mereka bertambah gembira sbnrnya sbb maksiat smakin bnyak kat malaysia! Tau tak, pernah ada seorang wanita cina nak masuk Islam hadhari sebab Islam hadhari ni mudah.. Xde penekanan tutup aurat katanya.. Bukan nak masuk Islam.. Lihat! betapa kelitunya non muslim.. Nak buat@ckp ssuatu biar terang dan jelas.. Jgn main belasah je..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s