Home > Blog Agama, Politik Malaysia > Hukum Mengumpat – Naib Ketua Pemuda PAS PUSAT

Hukum Mengumpat – Naib Ketua Pemuda PAS PUSAT

Mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian samalah hukumnya dengan mengumpat.

Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang muslim itu akan didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para muslim untuk menyembunyikan aib seseorang. Namun di dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam.

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi[4] mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak.

Kesimpulannya adalah seperti berikut

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

– Soalan Pena Biasa : adakah ceramah Pas boleh digambarkan seolah-olah situasi antara yang dizalimi dengan pemerintah tatkala mereka mendedahkan aib orang ? Adakah pengadu kepada Khalifah mengadu di khalayak ramai atau secara bersendirian??

2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran “Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut”. Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

Soalan Pena Biasa : Adakah rakyat ada kuasa mencegah kemungkaran ? bukankah kes – kes syariah dikendalikan oleh Jabatan agama manakala jenayah oleh Pihak Polis atau Badan Pencegah Rasuah ? Kenapa diceritakan kepada rakyat jika betul ingin menghentikan kemungkaran? Menyebarkan aib kepada rakyat bertujuan menghasut sebenarnya agar mereka menolak kerajaan parti Barisan Nasional atau UMNO secara keseluruhannya.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya “Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?”

 

Soalan Pena Biasa : ini juga tidak melibatkan khalayak ramai dan tidak timbul tersebar aibnya antara manusia. Kerana ia tidak disebutkan syarat di buat soalan dengan disaksikan ramai orang.

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

– Soalan Pena Biasa : bukankah ia juga perlu dilakukan secara tertutup dan setelah sahih maklumat dan kemungkarannya?? Adakah kita perlu berteriak dan menjaja keburukan mereka yang melakukan kejahatan di mana mana ??

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

Soalan Pena Biasa : adakah ada pemimpin pro kerajaan yang menunjukkan kemungkarannya ? yang ada ialah fail fail dan surat sulit yang didedahkan bukannya kenyataan terbuka dari pemimpin tersebut. Ini jelas melanggar etika dibolehkan mengumpat mengikut Islam yang sebenar.

 

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.

Soalan Pena Biasa : maksud Imam Ghazali ini perlu difahami dengan mendalam kerana tidak ada suruhan untuk kita menggelar orang dengan gelaran buruk…Kajian lanjut perlu dibuat dengan melihat fatwanya dalam bahasa Arab dan juga petikan dari kitab kitab ulama muktabar lain berkaitan masalah ini. Kerana jika dilihat dengan lebih lanjut memang ada tegahan menggelar sehingga menimbulkan kemarahan mereka yang digelar seperti yang ditanda garisan di atas.

Kesimpulannya : Pena biasa melihat Islam tidak membuka sedikitpun ruang menjatuhkan maruah lawan atau kawan kerana urusan di atas yang dibolehkan adalah dibuat secara bijaksana dan bukan terang-terangan sebagaimana yang dibuat oleh pembangkang zaman sekarang. Kerana Islam menjaga Maruah, keturunan, harta, nyawa dan

 

Kesimpulan

Hasil daripada 6 keadaan yang dibolehkan mengumpat ini, kita dapati bahawa mendedahkan kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah UMNO pada hari ini adalah dibenarkan oleh Syarak atas sebab-sebab berikut:

1. Kemungkaran yang dilaksanakan oleh pemimpin UMNO pada hari ini seandainya tidak didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat akan tertipu dengan zahir kebaikan mereka lantas mereka akan memilih UMNO sebagai parti yang memerintah. Namun apabila penyelewengan pemimpin-pemimpin UNMO didedahkan kepada masyarakat, maka ia akan mendorong mereka untuk menggantikan pemimpin-pemimpin lain yang amanah terhadap Islam dan rakyat. Ini bermakna tindakan mendedahkan kesalahan mereka adalah kerana ingin mengelakkan masyarakat daripada ditimpa oleh kejahatan mereka yang tidak mahu meletakkan Islam sebagai pemutus kepada setiap keputusan negara.

Maka kalaulah pada zaman Khilafah Islamiah, seseorang rakyat boleh mendedahkan kepada Khalifah keburukan para menteri yang berada dibawahnya yang tidak amanah dengan harapan khalifah dapat menegurnya ataupun menggantikannya dengan menteri yang baru, maka kita pada hari ini boleh untuk mendedahkan kepada rakyat kezaliman pemerintah dan tidak amanahnya mereka terhadap Allah dan rakyat kerana rakyat berkuasa untuk menjatuhkan pemimpin seperti ini di dalam pilihanraya di bawah sistem demokrasi pada hari ini.

Jawapan Pena Biasa : di sini juga jelas menunjukkan kaedah sebenar membasmi kemungkaran dengan rakyat mengadu kepada Khalifah bukan mencerca dan mencela di dada blog akhbar dan ceramah politik di seluruh negara.


2. Kemungkaran yang dibuat oleh pimpinan UMNO pada hari ini kebanyakannya dibuat secara terang-terangan. Maka ketika itu Islam tidak melarang mana-mana individu untuk mendedahkan kejahatan yang dilakukan secara zahir tersebut kepada rakyat dan orang awam. Maka ini dengan jelas membuktikan bahawa pemerintah yang zalim, mendedahkan kezaliman mereka adalah dibenarkan agar masyarakat dapat selamat daripada kezaliman mereka. Pemerintah yang zalim juga telahpun membuat kezaliman tersebut secara terang-terangan. Dari konsep kenegaraan pada hari ini, menyelamatkan masyarakat daripada kezaliman pemerintah adalah dengan cara tidak memberikan undian kepada mereka pada musim pilihanraya.

Soalan Pena Biasa : apakah yang dilakukan terang-terangan tidak dijelaskan di sini. Tentu tidak jelas juga maksud yang dibolehkan kerana ilat ( sebab ) telah kabur maka hukum juga turut kabur disebabkan kekaburan ilat tadi… Jika ada orang Islam mencuri maka Islam tidak boleh dikaitkan dengan keburukan perbuatan tersebut. Begitu juga jika ada yang melanggar hukum Islam di kalangan pemimpin kerajaan maka ia bukan dasar atau arahan Kerajaan pimpinan Barisan Nasional bahkan bersifat peribadi yang pasti akan menerima hukuman pengguran serta merta jika terbukti dengan kesalahan. Jika tidak, tentu balasan di neraka pasti lebih dari cukup membakar sesiapa yang jelas merompak dan mencuri harta dan khazanah negara. Janganlah kita risaukan kerana Allah Taala Maha Adil dan Saksama.


3. Pendedahan kejahatan para pemerintah pada hari kepada masyarakat adalah atas sebab kita ingin meminta bantuan masyarakat untuk mengubah kezaliman pemerintah dengan cara menjatuhkan mereka di dalam sistem demokrasi yang digariskan oleh perlembagaan Malaysia.

Soalan Pena Biasa : Ini menunjukkan makna bahawa mereka ingin menjadi pengganti pemerintahan bukan sekadar memberi nasihat dan membuat pendedahan. Berlainan dengan ulama zaman dahulu yang ikhla membuat teguran tanpa ada niat mendapat kerusi atau jawatan dalam kerajaan bahkan sanggup dicabuk kerana menolak jawatan kerana takutkan Tuhan.

Susah kita ingin melihat ulama seperti Imam Abu Hanifah yang teruk diuji namun itulah tanda sebenar kehebatan ulama yang TAKUTKAN Allah Taala lebih dari takut memalukan diri atau parti…

 


Penutup

Walaupun kita dibenarkan mendedahkan kepada rakyat kejahatan dan kezaliman para pemimpin yang zalim, namun keharusan ini hendaklah atas dasar ingin mencegah kemungkaran.

Namun, seandainya kemungkaran yang dilakukan oleh para pemimpin adalah kemungkaran tertutup yang hanya berkait antara dia dan Allah yang tidak melibatkan sebarang kezaliman kepada rakyat , maka HARAM hukumnya kita mendedahkan kejahatan yang disembunyikan oleh pemimpin tersebut kerana dengan menyebarkan kepada masyarakat umum, ini akan mendedahkan aib seseorang itu. Selagi mana kemungkaran itu tidak dilakukan secara terang-terangan maka kita tidak boleh mendedahkannya kepada masyarakat.


footnote

[1] Ini adalah kerana pertembungan PAS & UMNO bukan kerana nafsu merebut kerusi dalam pilihanraya , tetapi melibatkan soal prinsip dan dasar iaitu Islam demi mendaulatkannya di Tanahair ini sementara UMNO membangkang usaha tersebut .

[2] Antara orang – orang yang zalim ialah mereka yang enggan melaksanakan hukum Allah swt sekalipun mereka telah memiliki mandat untuk berkuasa . Ianya berasaskan firman Allah swt : . . Rujuk Surah al Maaidah : Ayat 45

[3] Saya dengar khabar , Sohibus samahah Mufti Negeri Perlis Dr. Asri Zainal Abidin juga ingin mengeluarkan fatwa berkait industri hiburan ini , jika benar apa yang saya dengar, harapan saya bila keluarnya fatwa itu nanti kerajaan dan kabinet tidak lagi menolak mentah – mentah fatwa tersebut.

Oleh: Ustaz Haji Nasruddin Tantawi ( Naib Ketua Pemuda PAS Pusat ) http://www.naunganalquran.blogspot.com/

Keterangan lengkap bab ini boleh dibaca di http://tasekpauh.blogspot.com/2006/11/hadis-bab-256-riyadus-solihin.html

 

  1. No comments yet.
  1. 11,February 2009 at 8:57 am

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s