Home > Politik Malaysia > Komen artikel ; RAFIDAH : JAWATAN HILANG WIBAWA BERKECAI

Komen artikel ; RAFIDAH : JAWATAN HILANG WIBAWA BERKECAI


Posted on Wednesday, March 19 @ 20:26:53 MYT by greenboc

Oleh datozaini ( petikan dari : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=7786 )

Akhirnya Ketua Wanita Umno mengambil keputusan yang sangat menghibakan apabila berjanji akan terus mengekalkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia. Walaupun tiada pangkat dan tiada jawatan dalam Kabinet baru PM namun beliau masih setia bersama Umno/BN. Walaupun beliau juga merupakan pemimpin nombor satu seluruh wanita di Malaysia mencipta sejarah tidak diberikan jawatan dalam Kabinet, namun beliau tetap menebalkan muka yang sentiasa tebal untuk bersama-sama hanyut dengan kepimpinan PM. Inilah pengorbanan Wanita Umno nombor Wahid………..yang wajar dicontohi oleh semua wanita-wanita Umno yang lain agar semuanya akan terkumpul dalam lipatan sejarah Umno untuk dijadikan sukatan pelajaran sejarah beberapa tahun yang akan datang.

Sungguh tragis, penuh kejutan, tidak ada dalam mana-mana lipatan sejarah Umno untuk menidakkan jawatan dalam Kabinet untuk Ketua Wanita Mereka. Rafidah bukanlah kalah, beliau masih menang dan berstatus Ahli Parlimen di Kuala Kangsar. Kenapa beliau tidak dipilih menjadi anggota Kabinet? Kenapa Timbalan beliau pula iaitu Dato Seri Shahrizat yang tersembam di Lembah Pantai kepada Puteri Reformasi dilantik sebagai Penasihat PM bertaraf Menteri? Kenapa Rafidah dibuang oleh Pak Lah? Apa Dosa Rafidah kepada Pak Lah?

Rafidah banyak jasanya kepada Umno, tidak terbilang berapa banyak saham-saham dan AP yang beliau telah agihkan kepada semua juak-juak dalam Umno? Kenapa PM sanggup membuang Rafidah yang telah menghabiskan masa,jiwa dan raganya untuk Umno selama ini.Atau adakah ini hanya muslihat untuk meredakan tekanan kepada Umno atau BN yang kalah teruk dalam PRU 12? Kenapa Rafidah menjadi mangsa kambing hitam demi menyelamatkan orang-orang atasan Umno?

Teruk sangatkah mutu kerja Rafidah di Kementerian beliau dulu? Hebat sangatkah Rais Yatim yang suka membazirkan duit rakyat dengan pesta-pesta hiburan jika dibandingkan dengan Rafidah? Hebat sangatkah Muhammad Taib yang melarikan tunai RM 3juta jika hendak dibandingkan dengan Rafidah yang mempunyai nilaian AP yang beratus-ratus juta? Hebat sangatkah Noh Omar yang naik pangkat jadi Menteri sekadar menjaga bebudak sekolah sebelum ini jika hendak dibandingkan dengan Rafidah yang menjaga seluruh wanita di Malaysia? Hebat sangat Shaberry Chik,Shahrir Samad dan sekutunya yang pernah membuat pakatan menentang arus dalam Team B dulu jika hendak dibandingkan dengan kesetiaan Rafidah? Hebat sangatkah Dr.Mashitah yang dibuang jauh oleh rakyat Baling sehingga tidak menjadi calon pun namun dipilih PM menjadi Timbalan Menteri, hina sangatkah Rafidah?

Wahai kaum hawa, wanita Umno Malaysia, sedarlah………….ketua kamu diaaniayi, bangkitlah membela ketua wanita kamu. Kenapa kamu menyepi diri disaat Rafidah perlukan sokongan kamu. Ikutlah jejaj Dato Seri radzi Sheikh Ahmad yang meletak jawatan sebagai SU UMNO DAN BN kerana tidak diberikan jawatan dalam kabinet.Beliau cerdik kerana ini bermakna memang PM tak percayakan kerja-kerja beliau selama ini? Orang kanan beliau sendiri pun sanggup PM singkirkan! Malang sungguh nasib pemimpin Umno dekad ini. Ayuh bangkitlah, tetapkan pilihan anda, bersama rakyat sebelum terlambat. Salam Perjuangan.

————————————————————————————————————————

komen :

Pena Biasa melihat ini satu lagi contoh hasad dengki di atas keutuhan Barisan Nasional hingga sanggup bersusah payah menghasut yang digugurkan dan juga para penyokong menteri yang digugur agar memberontak di atas keputusan Pak Lah.

Entah mengapa keutuhan dan kestabilan kabinet Kerajaan Malaysia ingin diporakperandakan oleh makhluk yang tidak ada fikiran yang panjang di atas kesan yang boleh terjadi jika negara runtuh hasil artikel artikel seperti ini di alam maya. Artikel ini disokong pula oleh (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN) dengan meletakkannya di laman mereka…

Dengan jumlah pengguna internet di Malaysia yang sudah berjumlah jutaan pengguna tentunya melebihi dari media cetak dan eletronik yang terhad di Malaysia dan diikat dengan berbagai akta dan undang-undang…Namun kebebasan bersuara telah diguna untuk memperleceh dan menghina serta memburuk-burukkan negara dan pimpinannya. Mereka suka jika semua pimpinan jatuh dan tersungkur di tangan mereka walaupun mereka akan mengalami kesan yang buruk hasil kecelaruan dalam pentadbiran. Rakyat seharusnya menolak dan memprotes artikel seperti ini kerana kita tidak tahu siapa sebenarnya yang menulis…Kita kena hati-hati dan mengingatkan mereka sekeliling kita agar tidak terpengaruh…

Boleh jadi yang menulis dari golongan yang kecewa ( kerana tidak diberi habuan dunia )

Atau upahan musuh negara ??

Atau pihak yang ingin merosakkan keamanan Malaysia sebagai negara Islam ulung di dunia?????

Hati-hatilah membaca agar tidak merosakkan minda kita …….

Categories: Politik Malaysia
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s