Home > Politik Malaysia > pilihanraya ke 12, siapa akan menerajui kerajaan

pilihanraya ke 12, siapa akan menerajui kerajaan

Hari ini setelah menunggu sekian lama, akhirnya Pak Lah selaku PM Malaysia telah mengakhiri teka teki peminat politik serta ahli politik tentang tarikh yang dinanti kedatangannya 4 tahun sekali, iaitu pilihanraya umum ( PRU )…

Penulis selaku insan kerdil melihat dari sudut yang tidak luas merasa turut sama menikmati kehangatan pilihan raya ini yang akan menyaksikan siapakah yang akan dipilih oleh rakyat , hasil gerak hati dari Allah bagi meneruskan agenda membangun ummah dan menjaga kebajikan serta keamana negara….

Mungkin kelahiran web ini hari ini satu titik permulaan untuk penulis menyatakan fikiran dan pendapat dari apa yang dapat dikongsi bersama agar kita memiliki minda yang terbuka hasil bimbingan agama dan bukan dari was-was serta bisikan makhluk jahat yang lain….

Sesungguhnya selain Allah itu adalah sembahan dan Tuhan dicipta dan diagungkan oleh manusia… Mereka mengangkat darjat hina menjadi mulia di pandangan mata…sedangkan mata hati kita terang melihat kejelekan yang terkandung di dalamnya…

Tujuan utama web ini dilahir adalah untuk menjadi platform kepada penulis mengajak semua pembaca meneruskan usaha memelihara kepimpinan yang berkelayakan dan berkemampuan mentadbir negara agar tidak diganggu anasir luar yang mahu melihat perpecahan dan persengketaan di kalangan masyarakat khususnya antara sesama Islam…

Marilah kita membuang semangat politik yang membawa kepada pergaduhan, penghinaan dan perpecahan kerana kita akan menjadi tontonan bangsa / agama lain yang mahu mengambil kedudukan kita yang merupakan bangsa yang memiliki kuasa politik yang tidak pantas dipandang dengan sebelah mata….

Selamat mengundi dan moga anda mengundi calon dan parti yang mempunyai potensi menjalankan khidmat dengan cemerlang kepada rakyat di bawah jajahan kuasanya…

salam…..dari pena biasa

Categories: Politik Malaysia
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s