Ali Tinju PVTM Proksi Pakatan Rosakkan Barisan ?
Kenali Prebet Ali Tinju Yang Tunjuk Bontot Kepada Ambiga
Prebet Ali Tinju telah ‘masuk askar’ – Rejimen Askar Melayu Diraja pada 20 Oktober 1990 dan telah menamatkan perkhidmatan pada 29 September 1998 (7 tahun 340 hari). Setahu saya, anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan kurang dari tempoh 10 tahun khidmat adalah mereka-mereka yang mempunyai masalah disiplin dan kes-kes berat yang mengakibatkan mereka diberhentikan dari perkhidmatan. Prebet Ali Tinju mempuyai kes disiplin sewaktu berkhidmat dahulu. Jangan lupa ya kes pergaduhan (sewaktu sedang mabuk Guiness Stout) dengan Lans Koperal Nazri bin Ibrahim sewaktu berkidmat di Sabah? Seingat saya, cerita pergaduhan tersebut telah berlaku dari Bandar Sandakan telah berlarutan sehingga berantai dan berparang di dalam kem. Panas baran juga ya Prebet Ali Tinju kita ni. Saya turut difahamkan bahawa selain telah muflis, Prebet Ali Tinju juga handal ‘bertinju’ kerana pernah beristeri tiga! Namun, kesemuanya telah berakhir dengan penceraian dan hidup terabai. Kini saya dengar-dengar cerita, Prebet Ali Tinju sudah ‘pasang lain’?
Di Facebook, Prebet Ali Tinju seringkali menggelarkan dirinya sebagai JENERAL ALI atau JENERAL ALI TINJU. Bukankah itu satu tindakan yang amat keji kerana menggelarkan diri anda sebagai seorang Panglima? Sebagi seorang bekas tentera, anda mungkin tahu betapa signifikannya pangkat seorang Panglima dan untuk meraih populariti, anda sanggup menggunakan pangkat tersebut sesuka hati? Jika dahulu anda pernah mengaku bahawa anda telah membohongi ramai pihak dengan gelaran Dato’, kini janganlah sewenang-wenangnya mahu menggunakan gelaran Panglima.
Artikel ini bukanlah bertujuan untuk membuka pekung Prebet Ali Tinju namun, berharap agar Prebet Ali Tinju sedar dengan tindakannya yang hanya akan memberi ruang kepada pihak-pihak berkepentingan untuk terus memperalat bekas tentera untuk tujuan politik mereka. Hasrat murni Prebet Ali Tinju untuk memastikan kebajikan bekas tentera terus terbela harus dipuji namun, ia harus dilakukan mengikut prosedur dan cara yang betul. Apa yang pasti, KEMENTAH sentiasa merencana perlaksanaan terbaik untuk memastikan kebajikan bekas tentera sentiasa terbela. Jika benar Prebet Ali Tinju merupakan pendukung aspirasi kerajaan, maka nasihat saya hentikanlah pelawaan demonstrasi di hadapan KEMENTAH yang saudara ingin anjurkan. Populariti murahan ini akan memakan diri saudara satu hari kelak.
Anda mungkin tidak sedar bahawa tindakan anda akan hanya dijadikan sebagai tindakan auto-pilot pihak pembangkang kerana dengan sendirinya cita-cita mereka untuk memecah-belahkan bekas tentera akan tercapai. Adakah anda sanggup menjadi ROBOT DEMONSTRASI PEMBANGKANG?
Sumber dari Rakan Blogger di MINDEF, Askar Setia.





What do we expect of a former private and a *Batman* (budak suruhan)…..i mean his IQ? Im a critic of PBTM, too…..but, i never deny the fact that PBTM has done some goodness for the Veterans too. But….not enough and they could have done better. But for this joker (so-called Ali Tinju)…..I am lost of adjectives to describe him. Probably this one and only adjective is suitable……orang gila!
Talking about *orang gila*….reminds me of one individual …..still remember HITLER? We all know that Hitler was a Lance Corporal and a *despatch rider* in the german army. I am not saying that this Ali Tinju has got Hitler’s capabilities….no way! What i am trying to say is that…..one was a Lance Corporal and the other a private. I reckoned both has got a very minimum IQ…….and both are crazy. In the end….Hitler committed suicide. As for Ali Tinju….i do hope he doesn’t.
I do sympathise with the PVTM members. Come on veterans…..you must be crazy, too, to have this joker as your president. C..U..B..A..A..N! Ha3!