Taktik berulang : tuduh kerajaan tangguh kenaikan tol demi pilihanraya -Malaysiakini
27,February 2009
Kabinet hari ini menangguhkan kenaikan harga tol di lima buah lebuhraya yang diumumkan semalam.
Hari ini Menteri Kerja Raya mengumumkan mengenai perkara tersebut.
Penangguhan ini adalah disebabkan oleh pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang akan berlangsung pada 7 April ini.
Semalam, perdana menteri yang hampir bersara, Abdullah Ahmad Badawi sendiri meminta kabinet Malaysia memikirkan semula tentang kenaikkan harga tol ini.
Apakah Najib tidak terfikir sebelum ini?
Sememangnya kenaikkan harga tol memang tidak sesuai dalam keadaan kapitalisme dunia mengalami krisis.
Akan tetapi penangguhan kenaikkan tol ini bersifat sementara. Ianya akan kembali dinaikkan setelah semua pilihanraya kecil yang tertangguh selesai.
komen saya :
- taktik sama….tuduh semua perkara baik dibuat kerajaan demi pilihanraya dan pilihanraya…. memang hampeh keje diorang ni.
lagi menarik link ini ( sila klik ) dakwaan beliau Amin Iskandar diupah DAP
http://perakbangkit.blogspot.com/2009/01/blogger-amin-iskandar-adalah-penulis.html
Entry Filed under: 1. .


Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed