Archive

Archive for August, 2008

Komen Blogger tentang Malaysia Today Raja Petra

31,August 2008 2 comments

oleh blogger Jelapang

RAJA PETRA, TIADA SIMPATI BUAT MU!

BERTANGGUNG JAWABLAH DAN PELIHARALAH ISLAM!

Rocky’s Bru dan beberapa blogger lain menghentam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atas tindakan menghalang website Raja Petra Kamaruddin dari dilayari oleh pelayar-pelayar internet. (http://www.malaysiakini.com/news/88715)

Seorang blogger menggunakan perkataan “idiot” (tolol atau dungu) dalam mengkritik tindakan SKMM itu.

Rocky’s Bru pula memilih tajuk “Google, Go Away” seolah-olah meminta Google membatalkan cadangannya untuk membuka pengkalan datanya di Malaysia semata-mata kerana website Raja Petra dihalang dari dilayari pelayar-pelayar internet.

Apakah “dosa” Raja Petra sehingga beliau perlu di perjuangkan oleh blogger lain?

Setelah melayari website Malaysia Today, agak memeranjatkan pabila mendapati Raja Petra membenarkan komen-komen pelayar yang berunsur fitnah dan menghina agama Islam disiarkan di website beliau.

Persoalannya, bukankah tanggungjawab Raja Petra memelihara kesucian agama Islam dan mengelakkan unsur-unsur fitnah dan isu menyentuh perasaan orang Islam tidak disiarkan?

Di dalam satu artikel bertajuk “Not all Arabs are descendants of the Prophet”, perasaan Jelapang terguris pabila membaca komen-komen di dalam website Malaysia Today.

KEPADA RAJA PETRA, TIADA SIMPATI DARI KU BUAT MU.

Berikut ialah komen-komen pembaca yang dipetik dari article “Not all Arabs are descendants of the Prophet. (http://mt.m2day.org/2008/content/view/11707/84/

Komen 1: written by HARIMAU BIN ABDULLAH, August 24, 2008 12:53:40
Arabs are descendants of PIGS. That is why they do not eat pork, although many of the new generation eat pork, and drink pig’s urine. Some even **** and sodomise pig. They are all faked mulims, and now yet the people of bolehland blindly follow them.

Komen 2: written by Anti Jihadist, August 26, 2008 11:02:44
RPK’s title of the piece, “Not all Arabs are descendants of the Prophet”, of course assumes that his prophet, Mohammed, is a moral person. I suppose that depends on what your definition of ‘moral’ is. If ‘moral’ means supporting a religion by robbing others, consummating a marriage with a nine-year old girl, having critics and apostates executed, having a contemptible opinion of women, and raking in huge profits from the slave trade, then yes, Mohammed was a very ‘moral’ person. It appears, then, that Muslims like RPK are using the term “moral” in a very unique way. In this uniquely Muslim sense of the term, the word “moral” is defined as “whatever Mohammad does.” Thus, if Mohammad were to chop off the heads of hundreds of people (which he did), this act would still be defined as a moral act, since Mohammad did it, and anything Mohammad does is, by definition, “moral”.

If God’s greatest prophet is free to take part in murder, robbery, genocide, and slave-trading, can we really point a finger at people like Osama bin Laden and Saddam Hussein and say that they are evil? They killed many innocents, but so did Mohammad. Saddam tortured countless people, but so did Mohammad. In fact, one could make a case that Osama bin Laden is morally superior to Mohammad, for, while bin Laden killed thousands of people, he didn’t sell their wives and children into slavery, or have sex with a little girl, or marry more than a dozen women. The truth about Mohammad has been one of the world’s best-kept secrets. For centuries, it has been virtually impossible to raise objections about the character of Mohammad in Muslim countries, for anyone who raised such objections would (following the example set by Mohammad himself) immediately be killed. Outside the Muslim world, there has been little interest in Islam, and those who have been interested have typically relied on modern Muslim reports about Mohammad. But things have changed. Now many people are interested in Islam, and Muslims aren’t able to silence everyone. Moreover, with the advent of the Internet, it is now impossible to keep Mohammad’s life a secret. The facts about the founder of Islam are spreading very rapidly, and Muslims are frantically scurrying to defend their faith. But the information superhighway is paving over the ignorance that has for centuries been the stronghold of Islamic dogma. In the end, Islam will fall, for the entire structure is built upon the belief that Mohammad was the greatest moral example in history, and this belief is demonstrably false.


Komen 3: written by Lembing, August 27, 2008 06:23:07
ANTI JIHADIST Obviously you have chosen to ignore the various claims that :- 1. Mary was not a virgin 2. Jesus did not died on the cross, instead he migrated to somewhere in Europe and that his remains was found buried. That means he did not resurrect. What have to say to all these ridiculous and preposterous claims???

Komen 4: written by HARIMAU BIN ABDULLAH, August 27, 2008 13:13:17
Prophet committed a lot of sins, including forcing an underage girl to be his wife. The Arabs are worst, and committed even worst kind of sins. Needless to say those who ape the Arabs, including people from Swearland, are unfit to be human.

Categories: 1

Sila sebarkan artikel ini dengan segera ! Seruan untuk blogger Alif Ba Ta

Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September ?

.fullpost{display:inline;}

Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September?
Keterangan foto – Panelists, current and former members of NED’s Board of Directors, as well as representatives of NED’s core institutes and the Library of Congress pose for an official picture marking the donation of its founding papers by NED to the Library. L to R: Panelist Anwar Ibrahim, former NED Vice Chairman Tom Donahue, NED board member Judy Shelton, former NED Chairman and US Senator Bill Brock, IRI President Lorne Craner, panelist Zainab Bangura, NED Treasurer Robert Miller, NED Secretary and panelist Jean Bethke Elshtain, Solidarity Center Executive Director Ellie Larson, John Earl Haynes of the Library of Congress Manuscript Division, NED President Carl Gershman, NED board member Howard Wolpe, Former Senate Majority Leader and NDI board member Tom Daschle, US Representative and NED board member Gregory Meeks, NDI President Ken Wollack, CIPE Executive Director John Sullivan, US Representative and former NED board member Donald Payne.

Sumber foto klik di sini

Foto di atas adalah keluarga besar NED yang termasuk di dalamnya adalah tiga cabang lain iaitu IRI, NDI dan CIPE. Anwar termasuk salah seorang daripadanya yang dilantik menjadi perunding/ panel. Hanya Anwar dan Zainab Bangura (?), beragama Islam, sedangkan majoriti yang lain adalah Nasrani dan Yahudi yang menjadi pemain utama belakang tabir kerajaan Amerika berkaitan dengan dasar luar negara.

Sila klik pada foto untuk besarkan imej. Kertas Penamaan calon yang ditulis oleh Anwar semasa penamaan calon di Permatang Pauh baru-baru ini. Di dalam kolum pekerjaan, beliau menulis, pekerjaannya sebagai “PERUNDING”. Apakah maksud “Perunding”? Adakah bermaksud “Perunding” / Panelist NED, instrumen Amerika Syarikat ? Atau “Perunding”, CFR (Council on Foreign Relations), juga instrumen penting dasar luar negara Amerika Syarikat? . Tetapi dalam writ saman Anwar kepada Chandra Muzaffar, beliau menulis jawatannya sebagai ‘Visiting Diplomat’ di Council of Foreign Relations, New York. Klik di sini untuk melihat jawatan Anwar dalam writ saman mahkamah itu.

Artikel ini menganalisis peranan NED dan IRI dalam membantu Anwar menghadapi pilihanraya umum dan merealisasikan cita-citanya menjadi PM, 16 September ini.

Apa itu IRI ?

IRI atau International Republican Institute adalah ‘nonprofit organization’, kerajaan Amerika.

Menurut Presiden Bush semasa berucap di IRI (2005) IRI merupakan instrumen paling berkesan menyebarkan agenda ‘demokrasi’ di dunia.

IRI berfungsi melatih kader-kader baru (pro-Amerika) melalui proses pilihanraya.

Kata Bush, “I appreciate the work IRI is doing to advance the cause of liberty. For more than two decades, IRI has been at the forefront of democratic change in more than a hundred countries. You’ve trained the next generation of leaders, you’ve strengthened political parties, you’ve monitored elections, and you’re helping to build civil societies.”

“If the Middle East remains a place where freedom does not flourish, it will remain a place of stagnation and resentment and violence ready for export. The United States has adopted a new policy, a forward strategy of freedom in the Middle East; a strategy that recognizes the best way to defeat the ideology that uses terror as a weapon is to spread freedom and democracy.”

Berdasarkan ucapan Bush ini, tiga kaedah digunakan oleh Amerika untuk menyebarkan “demokrasi” ke negara-negara luar iaitu pertama menggunakan kaedah ‘penyusupan masuk’,kedua menaja parti dan individu tertentu dalam pilihanraya dan ketiga ‘peperangan’.

Salah satu boleh digunakan, mengikut kaedah yang lebih berkesan.

Mungkin sesetengah negara,(misalnya Indonesia dan Malaysia) memadai dengan cara ‘penyusupan’ dan bantuan dana dalam pilihanraya, tanpa melibatkan ketenteraan.

Manakala di Timur Tengah pula, seperti di Iraq dan Afghanistan, kaedah penyusupan dan ketenteraan didahulukan, kemudian diikuti dengan peranan IRI dalam menguruskan pilihanraya.

Dalam erti kata lain, selepas perang IRI akan berfungsi menaja calon dan parti untuk mengangkat ‘Presiden boneka’, yang pro Amerika Syarikat.

IRI ‘nonprofit organization’ kembar NED agenda terselindung Amerika

Term ‘nonprofit organization’ bermaksud organisasi yang tidak mementingkan keuntungan. Maksud ‘badan yang tidak mementingkan keuntungan’ adalah badan itu mendapat saluran dana daripada kerajaan Amerika yang digunakan untuk tujuan tertentu.

Taraf IRI tidak sama dengan NGO, kerana badan itu merupakan satu agensi yang diluluskan oleh kerajaan Amerika. NGO boleh dibuat oleh sesiapa secara sukarela tetapi agensi IRI merupakan badan yang disahkan oleh kerajaan Amerika. Semua urusan perlantikan Ahli Jawatankuasa, mestilah dipilih oleh kerajaan Amerika.

Sejarah awal penubuhan IRI sebagai merealisasikan ucapan Presiden Amerika Ronald Reagan pada tahun 1983.

Menurut Ronald Reagan, kaedah lama Amerika ‘menawan’ dunia sebelum ini menggunakan Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID) dianggap sudah ketinggalan zaman kerana kedua-dua agensi itu sudah dicop berwajah ‘hitam’.

Jadi menurut Reagan, Amerika perlu memikirkan satu kaedah baru yang berwajah ‘putih’ bertemakan ‘demokrasi’ yang akhirnya diterjemahkan dengan penubuhan dua badan penyumbang dana demokrasi iaitu NED dan IRI pada tahun 1983.

Maka NED adalah badan induk ‘demokrasi’, manakala IRI pula cabang NED yang berfungsi khusus dalam pilihanraya. Menurut Right Web NED, selain IRI terdapat tiga lagi badan yang bergerak yang turut membantu NED menyemai ‘demokrasi’ iaitu NDI (the National Democratic Institute for International Affairs), ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (the Center for International Private Enterprise)

NED President Carl Gerhsman (kiri), Lorne Craner,(dua dari kanan)

Peranan IRI dan NED dalam misi menakluk dunia telah dijelaskan dalam beberapa artikel sebelum ini; Bagaimana CIA & USAID menyeludup masuk dalam NED,(klik artikel ini). Bagaimana NED & IRI membantu individu dan parti yang bertemakan “reformasi” dalam pilihanraya (klik artikel ini) dan bagaimanakah NED membantu Anwar Ibrahim secara khusus untuk merealisasikan cita-cita menjadi PM, 16 September 2008 (klik artikel ini)

Bagaimana IRI membantu Anwar di luar negara ?

Sudah disimpulkan sebelum ini bahawa IRI adalah salah satu cabang NED. Bermakna setiap program yang dianjurkan oleh NED yang melibatkan Anwar, maka secara automatik, IRI juga akan turut serta.

Misalnya pada 22-23 April 2005, Lorne Craner,Presiden IRI, dalam program ’6th Annual Conference’, Center for the Study of Islam & Democracy (CSID), di Marriot Wardman Park Hotel, Washington, anjuran NED, berucap memuji-muji Anwar yang dianggap sebagai “hero baru dunia kini”.

Lorne Craner, Presiden IRI

Kata Lorne Craner, “Tonight, I am on the same platform as Anwar Ibrahim. The best part of being in my line of work is the people you get to meet, the heroes of our time. Anwar Ibrahim is a hero of our time”. Baca teks ucapan Lorne Craner di sini.

Pujian daripada Presiden IRI yang mewakili kerajaan Amerika kepada Anwar sudah tentu mempunyai makna besar. Tokoh-tokoh Amerika akan memuji individu yang disukainya seperti Hamid Karzai (Afghanistan) dan akan mengecam individu yang tidak disukainya seperti Saddam Hussein (Iraq).



Hamid Karzai, terus melawat Presiden Bush di Washington DC, sebaik sahaja dipilih menjadi Presiden Afghanistan yang baru.

Apabila Amerika mengecam Saddam, pelbagai usaha dilakukan untuk menjatuhkannya termasuk langkah terakhir menggunakan ketenteraan. Selepas kejatuhan Saddam, Amerika akan menggunakan agensi demokrasinya (NDI & IRI) untuk mengangkat Presiden boneka di Iraq. Menariknya Hamid Karzai merupakan Presiden Boneka Amerika di Afghanistan, selepas tentera Amerika berjaya memusnahkan rangkaian Osama Laden, Taliban di Afghanistan.

Saddam Hussein, Pemimpin Iraq, yang tidak disukai Amerika telah dihukum gantung. Paul Wolfowitz (kawan baik Anwar), yang ketika itu menjawat Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika banyak menghabiskan wang kerajaan Amerika semata-mata untuk membunuh Saddam Hussein.

Lebih menarik lagi pemikiran Anwar dan Amerika sehaluan, kerana Anwar juga mengecam Saddam Hussein dan memuji Hamid Karzai!

Anwar menerima gelaran tokoh “Muslim Democrat of the Year Award 2005” anjuran CSID dan ditaja NED.Tetamu yang hadir menyaksikan penyampaian anugerah kepada Anwar itu adalah, Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID), Carl Greshman (Presiden NED) dan Lorne Craner (Presiden IRI).

Pada 7 April 2006, Anwar dalam wawancara dengan Julia Kirby, Research Assistant, Pew Forum on Religion & Public Life, di Washington memuji langkah IRI, NED, USAID, NDI sebagai usaha menyemai demokrasi di Asia Tenggara, walaupun menghadapi kesulitan.

Kata Anwar, “I know of organizations being harassed, and people are worried that they are identified as a threat simply because of their religious beliefs or cultural background. The government can work to moderate and build trust with the people. I have cited organizations, such as USAID, the National Endowment for Democracy, the International Republican Institute, the National Democratic Institute, the Peace Corps and various other think tanks that take the more liberal, open view without compromising the fundamentals. You see, there is always this difficulty that one small incident will dismantle the entire fabric of our agreement, and this is really difficult for us to accept”

Kenyataan Anwar ini mengesahkan peranan agensi-agensi Amerika itu memainkan peranannya di negara-negara Asia Tenggara.

Klik di sini untuk ikuti wawancara penuh.

Bermakna peranan IRI dan NED adalah sebagai badan penaja dan pelobi Anwar di peringkat antarabangsa. Bahkan Anwar sendiri merupakan ahli panel perunding dan penceramah tetap NED (seperti yang ditunjukkan dalam foto di atas)

Klik pada foto untuk besarkan imej. Pemimpin-pemimpin PKR menghadiri kursus menghadapi pilihanraya umum yang dianjurkan oleh NDI, sebuah agensi Kerajaan Amerika yang pakar dalam menghadapi pilihanraya umum di seluruh dunia. Progam ini diadakan pada 20 November 2006, di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Antara pemimpin PKR yang hadir adalah Dr Xavier Jayakumar, Mustafa Kamil Ayub, Kamarul Baharin Abbas, Sivarasa Rasiah, Khalid Ibrahim, Johari Abdul, Amiruddin Shaari, Haniza Talha dan lain-laian. Foto ini disiarkan dalam organ PKR, Suara Keadilan terbitan 28 November – 12 Disember 2006

Sebab itu apabila, Anwar sekali lagi dilaporkan mempunyai kes liwat (2008), IRI dan NDI antara badan yang telah menghantar memorandum sokong Anwar.

Bagaimana IRI bantu Anwar di Malaysia ?

Dua NGO yang dibantu oleh IRI di Malaysia adalah Merdeka Center (badan penyelidikan) dan MAFREL (badan pemantau pilihanraya). Kedua-dua NGO ini mempunyai kaitan rapat dengan Anwar.

MAFREL

MAFREL atau ‘Malaysians for Free and Fair Elections’ diketuai oleh aktivis reformasi iaitu Abd Malek Hussin.

Selain itu AJK MAFREL terdiri daripada NGO yang menentang kerajaan seperti Syed Ibrahim Syed Noh (JIM) yang memegang jawatan Timbalan MAFREL.

Abd Malek sendiri mengakui MAFREL menerima dana daripada IRI sehingga mampu membayar bangunan pejabat dan tenaga pekerja serta pemantau pilihanraya. IRI sendiri mengakui melatih MAFREL dalam kursus-kursus pemantauan pilihanraya.

Sebelum ini, pernah ditulis sepintas lalu, kaitan MAFREL (Malaysia), ANFREL (Asia) dan IRI (Amerika). Baca artikel itu di sini.

Persoalannya benarkah MAFREL badan pemantau pilihanraya yang bebas, sedangkan aktivis-aktivis pendokongnya terdiri daripada penyokong Anwar ? Malah sebelum ini, setiausaha MAFREL adalah Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah), sekarang ini menjadi Naib Ketua Angkatan Muda PKR.

Bukankah IRI merupakan penaja Anwar di luar negara dan penaja MAFREL di Malaysia ?. Bukankah ini bermaksud ‘tangan’ Anwar berada di belakang MAFREL ?

Anwar Ibrahim dan Abd Malek Hussin, Pengerusi MAFREL. Ada dakwaan mengatakan segala dokumen sulit pilihanraya Malaysia yang dijalankan oleh MAFREL (tajaan IRI) akan diserahkan kepada Anwar untuk tindakan selanjutnya. Dakwaan ini dibuat berikutan penajaan MAFREL dan Anwar berasaskan sumber yang sama.

Tidakkah kemungkinan MAFREL bukan badan pemantau bebas, tetapi lebih bias kepada Anwar kerana berasaskan sumber dana yang sama iaitu Amerika ? Mungkinkah juga IRI digunakan sebagai saluran dana membantu Anwar di Malaysia melalui MAFREL ?

Semua persoalan ini mungkin boleh terjadi kerana Malek, sebagai Pengerusi MAFREL baru-baru ini dikhabarkan telah dilantik Setiausaha Politik kepada Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR.

Merdeka Center

IRI juga turut menaja badan penyelidikan bebas yang dinamakan Merdeka Center, yang ditubuhkan pada 2001, berpejabat di Bandar Baru Bangi.

Selain mendapat tajaan IRI, badan itu juga turut ditaja oleh dua badan penaja lain iaitu The Asia Foundation dan Fredrich Naumann Foundation (FNF). The Asia Foundation yang selalu bermain di sebalik tabir, turut menyalurkan dana kepada Merdeka Center untuk membuat kajian menentukan kecenderungan pengundi muda Malaysia.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center ialah Ibrahim Suffian.

Berdasarkan penajaan badan penyelidikan ini jelaslah, kesemua penaja itu merupakan penaja Anwar, sebab itu sering disebut Merdeka Center adalah badan penyelidikan di bawah seliaan Azmin Ali, Naib Presiden PKR.

Kesimpulan

Sumbangan IRI sangat besar membantu Anwar dalam pilihanraya Malaysia. Sumbangan tersebut dari segi pemberian dana, pemantauan pilihanraya dan kajian sikap. Kesungguhan IRI ini membayangkan kerajaan Amerika telah mensasarkan Anwar bakal diangkat menjadi PM Malaysia sepertimana yang pernah diramalkan oleh akhbar Israel, The Jerusalem Post.

Apakah cita-cita Amerika menaja Anwar melalui NED dan IRI ini untuk menjadi PM akan tercapai 16 September ini ?. Kalau berjaya, bermakna benarlah slogan Anwar, “MERDEKA”, sebagai menyahut seruan menjadi PM 16 September ini.

Tidak seperti di Afghanistan, Amerika terpaksa menghantar tentera untuk mengangkat Hamid Karzai sebagai Presiden, tetapi di Malaysia, sejarah “kemerdekaan” tidak melibatkan kuasa peperangan, tetapi sebaliknya melalui proses rundingan.

Tetapi di Malaysia, Amerika tidak memerlukan kuasa tentera, sebaliknya perlu menyuntik dana yang cukup untuk proses ‘rundingan’ dengan ahli parlimen BN yang bakal melompat parti.

AIDC
29 Ogos 2008


http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
Categories: 1

Pak Habib mengulas isu Anwar,liwat,agen Amerika,skandal rasuah di laman beliau.

Saya tidak mahu menyalin tetapi menyediakan ‘jalan’ ke sana.

Anda hanya tekan perkataan bergaris ini

SAY NO TO ANWAR

dan pasti akan sampai ke sana…..

Selamat membaca buah fikiran Pak Habib ini demi pencerahan minda baru anda sebagai muslim warga negara merdeka….

Salam Pagi Jumaat.

Categories: 1

Fatwa Mufti VS Jenaka Imam Linkin Park ; Ramlang Poringi

Sumpah Saiful: Mufti sangkal dakwaan Imam Masjid WP

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Dakwaan Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi bahawa sumpah Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak mengikut syariat adalah tidak berasas kerana dibuat tanpa merujuk kepada mana-mana kitab.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh-gambar- berkata, adalah menjadi kesalahan yang besar sekiranya seseorang memperkatakan mengenai hukum agama berlandaskan akal fikiran semata-mata.

“Ia tidak ada mana-mana rujukan, hanya berdasarkan pendapat peribadi dan ini salah besar… bercakap hal hukum berasaskan fikiran sendiri adalah kesalahan yang besar dalam Islam.

“Hukum ini (bersumpah) adalah hukum Allah yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunah dan dihurai serta ditafsir dalam pelbagai kitab,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Ramlang yang disiarkan beberapa laman web pro-pembangkang bahawa cara bersumpah Mohd. Saiful tidak boleh digunakan kerana tidak mengikut kaedah Islam.

Wan Zahidi berkata, Imam Ibnu Qayyim telah menjelaskan jika seseorang mahu memperkatakan mengenai hukum Islam, mereka mestilah bertanggungjawab terhadap Allah.

Katanya, bercakap mengenai hukum Allah dengan kepentingan lain selain daripada kebenaran adalah satu dosa yang amat besar.

“Malah dalam satu hadis ada diingatkan ‘sesiapa yang memberi fatwa dalam hal hukum tanpa merujuk kepada sumber ilmu yang muktabar, sedialah tempat (untuk mereka) dalam neraka’ kerana apa yang dicakapkan akan menjadi panduan masyarakat.

“Sebab itu apabila saya bercakap mesti ada kitab di depan saya. Tulisan saya ada rujukan, saya tak berani nak bercakap hatta melalui ingatan sahaja,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menyatakan rasa sangsi dengan kebolehan Ramlang memahami kitab-kitab fiqh kerana ia memerlukan latihan khusus dalam bidang itu.

Katanya, jika latar belakang pengkhususan seseorang imam itu adalah dalam bidang tajwid, dia tidak semestinya layak memperkatakan mengenai hukum.

Ditanya adakah tindakan Ramlang itu telah mengelirukan masyarakat, Wan Zahidi berkata: “Saya nampak begitulah, dia tidak membuat apa-apa rujukan dan saya sangsi beliau boleh baca kitab fiqh.”

Mengenai dakwaan Ramlang telah diarah pihak atasan untuk menghadiri majlis bersumpah pada 15 Ogos lalu, Wan Zahidi menjelaskan, ia adalah prosedur biasa dalam pentadbiran sesebuah masjid.

Katanya, sebarang majlis yang berlangsung di masjid memerlukan kehadiran pegawai bagi tujuan membuat laporan kepada pihak pengurusan.

Sementara itu, Wan Zahidi mengulangi pendirian bahawa sumpah yang dilafazkan Mohd. Saiful Bukhari sebagai harus dan tidak bercanggah dengan syariat Islam sebagaimana pendapat ulama seperti Al-Allamah Abu Bakar Othman Muhammad Syatta al-Dimyati al-Bakri dalam kitabnya, Hasyiah l’anah al-Talibin.

Katanya, Abu Bakar dalam kitab itu menjelaskan bahawa sumpah atau ‘yamin’ terbahagi kepada dua iaitu dalam perbicaraan di mahkamah dan kedua, di luar perbicaraan.

“Dalam bahagian kedua ini, sumpah sah dilakukan oleh seseorang yang mukalaf dengan pilihan sendiri.

“Perkara yang menjadi objek sumpah pula ialah perkara yang lalu atau yang akan datang, manakala perkara yang digunakan untuk bersumpah ialah nama Allah dan sifat-sifatnya dengan didahului oleh huruf qasam iaitu ‘waw’, ‘ba’ dan ‘ta’,” katanya.

sumber : UTUSAN
Lebih detail sila klik bawah :

http://www.pp44.com.my/main.php

Categories: 1

Imam naik pentas PKR, dakwa diarah hadir sumpah Saiful -diarah hadir atau kebetulan- mana satu yang betul ni ?- Malaysiakini

25,August 2008 1 comment
Imam naik pentas PKR, dakwa diarah hadir sumpah Saiful
Aug 24, 08 11:40pm
kemaskini 1:50am Seorang imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menyaksikan acara bersumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan, mencipta kegemparan hari ini apabila berucap di atas pentas PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808 01Ramlang Porigi (foto, kiri) menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah pemuda itu pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PKR di kawasan parlimen itu.

Seperti penjelasannya kepada Malaysiakini Khamis lalu, Ramlang yang juga seorang ahli Umno di bahagian Bukit Mertajam bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Imam itu juga meminta beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah Mohd Saiful (foto, kanan) kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang muncul lebih kurang 10 minit di satu ceramah besar anjuran PKR di Padang Ibu di Penanti menjelang jam 11.30 malam ini.

ramlang permatang pauh ceramah 250808 02Beliau tiba di majlis kempen pembangkang itu ketika pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyampaikan ceramahnya.
Tuan Ibrahim, bekas wakil rakyat Jengka, memberikan laluan kepada Ramlang sebelum menyambung semula ceramahnya.

Beberapa ribu penyokong pembangkang dan pengundi Permatang Pauh hadir.

Sebelum itu Ramlang, yang diiring dengan kawalan ketat oleh 10 lelaki, menyampaikan penjelasannya yang sama di satu majlis ceramah PKR di Kampung Belah Dua dalam kawasan parlimen itu.

Kira-kira 1,000 pendengar hadir di program itu.

Dalam sidang media bersama naib presiden PKR Mohamad Azmin Ali di Yayasan Aman, Penanti tengah malam ini, Ramlang mendedahkan arahan itu dikeluarkan oleh “orang atasannya” tetapi sekali lagi enggan menamakannya.

Seharusnya, tambah imam itu, kedua-dua pihak Mohd Saiful yang menuduh dan Anwar sebagai tertuduh hadir di majlis sumpah laknat.

Bersumpah boleh dibuat apabila pengadu tidak mempunyai bukti-bukti lain, kata imam itu lagi.

Beliau juga menyatakan kesediaan dikenakan tindakan disiplin oleh Umno kerana tidak memegang sebarang jawatan.

Ditanya sama ada beliau menyokong Anwar dalam pilihanraya itu, Ramlang menyatakan beliau tidak memihak kepada mana-mana parti.

Mengulas pertanyaan media sebab beliau membuat penjelasan malam ini, imam itu berkata beberapa hari selepas sumpah Mohd Saiful, beliau menerima banyak panggilan yang membuat tuduhan liar terhadapnya tetapi tidak ada pihak yang mempertahankannya atau memberi saluran untuk bersuara.

Selain Ramlang, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan bapa Mohd Saiful berada di masjid itu di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Latar belakang Ramlang menjadi bahan tohmahan dan perbincangan di internet sejak beberapa hari lalu, antaranya mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan pengundi di parlimen Permatang Pauh.

Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk.

Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh – pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.

Sewaktu bercakap kepada Malaysiakini, Ramlang mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808 03Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: “Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu”.

Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya “atas sebab-sebab tertentu”.

Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.

“Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah,” katanya.

Oleh itu, jelasnya, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut.

Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Ramlang bertugas sebagai seorang daripada sembilan imam di masjid tersergam indah itu sejak Jun 2005.

Pena Biasa : Hari tu sungguh sungguh kutuk imam ni. Kata minat Linkin Park. Demi menggambarkan imam tu tak dapat dipercayai.. Sekarang dah terbalik hingga Malaysiakini bersungguh sungguh pula menyiarkan kata kata imam tersebut.

Ini senang sahaja dibaca sebagai tindakan terdesak penyokong PKR di dalam menggunakan apa sahaja dan sesiapa sahaja. Apatah lagi semalam 200 ahli PKR Kedah telah keluar parti dengan bantuan Ezam.

Jadi, PKR sendiri menidakkan kredibiliti imam ‘Linkin Park’ tersebut dan kita tidak perlulah mencari lagi apa jua kecacatan imam yang diangkat dalam ceramah PKR tersebut.

Cuma, adakah sumpah saiful tidak sah jika Imam bernama Ramlan Poringgi tiada di situ ? adakah beliau dijadikan ‘umpan’ bagi menolak hujah Mufti Kedah dan alim ulama lain termasuk Nik Aziz sendiri tentang kesahihan sumpah yang menggunakan wallahi wabillahi watallahi ?

Adakah beliau telah ‘diugut ‘ sehingga dikepung 10 lelaki yang kita tidak pasti dari mana mereka ???

Kerana taktik ganas dan kasar adalah mainan PKR dan tidak mustahil Ramlan Poringgi ‘diugut’ hingga terpaksa mendaki pentas PKR bagi membersihkan nama Anwar bagi memastikan undi memihak kepada beliau ?

Adakah ini nasihat penasihat dari Amerika ?

Categories: 1

Harakah Daily pembohong – laman rasmi kempen P44

Harakah Daily Pembohong


(Bukti Ahli Puteri UMNO masih berbaju pink dan berjaket hitam)

Permatang Pauh 18 Ogos – Harakah Daily telah membuat pembohongan! Jika kita layari web tersebut, mereka telah menulis :-

Puteri Umno tukar imej untuk rayu undi
(Mohd Sabri Said)
Mon | Aug 18, 08 | 9:33:17 am MYT

PERMATANG PAUH, 18 Ogos (Hrkh) Puteri Umno yang ditugaskan ke kampung-kampung sekitar Parlimen Permatang Pauh untuk menarik undi akhirnya terpaksa bertukar imej daripada berbaju pink, bertopi dan berjaket hitam kepada berpakaian biasa berbaju kurung dan bertudung…..

Adalah sungguh memalukan apabila web sebuah parti yang kononnya berteraskan kepada syiar Islam, sanggup berbohong untuk mengaburi para pembaca mereka.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, ahli-ahli Puteri UMNO tetap memakai pakaian rasmi mereka apabila pergi ke kampung.

Sebelum ini juga, Harakah-daily juga telah banyak berbohong hanya semata-mata untuk mendapat sokongan para pembaca yang melayari web tersebut.

Mulai daripada hari ini, Webpp44.com.my akan terus membongkar pembohongan-pembohongan yang ditulis oleh Harakah-Daily.

Semoga kita mendapat kebenaran dan menolak kemungkaran

- Media web pp44.

Categories: 1

Video Kawan Anwar, Gus Dur yang menyokong kristianisasi di Indonesia !

Video diperolehi dari blog Anwar Dot Com ( klik sini )

Categories: 1

Bush di Permatang Pauh bersebelahan dengan Anwar !

Terbaru Gus Dur telah dipanggil untuk menjelaskan isu liwat setelah ia menjadi satu tragedi baru hidupan seorang ahli politik kesayangan Amerika Syarikat dan orang Yahudi dengan harapan baru menangkis segala tohmahan dari Barisan Nasional di pertarungan sengit antara hidup dan mati kerjaya politik Anwar.

Gus Dur yang tidak relevan di Indonesia telah diminta bantuannya membersihkan ‘najis terpalit’ di baju Anwar dan ia satu lagi ‘pencerobohan’ pihak luar terhadap negara kita Malaysia. Adakah ada rakyat memerlukan Gus Dur berfatwa sedangkan beliau adalah orang dari Indonesia ? Adakah tidak cukup alim ulamak Malaysia ? adakah Anwar memilih yang akan berbicara mengikut skrip yang beliau sediakan ?

http://www.indonesiamedia.com/images/dec99/dec99cover-b.jpg

Selepas hampir mendaki puncak kegemilangan politik dan disingkirkan dengan mendadak oleh Allah 10 tahun lalu, inilah percubaan kali kedua Anwar ingin mendaki ke atas kerusi PM dengan tidak menghiraukan lagi segala aturan kebiasaan, dengan menjadikan jalan belakang sebagai alternatif bagi merealisasikan hasrat beliau – dan bosnya ? – bagi memerintah negara Islam Malaysia…

Namun setelah didedahkan dengan begitu nyata dan jelas Anwar terpaksa memilih pendekatan ‘ menelanjangkan ‘ diri sebelum ‘ditelanjangkan’ oleh blogger Alif Ba Ta yang saban waktu memberikan maklumat penting dan berguna kepada suffers yang begitu ghairah mencari bahan berita dan ulasan berkenaan beliau saat ini seperti AnwarDotCom ( klik sini ).

Separuh rakyat Malaysia sekarang bergantung kepada internet kerana mereka telah dimudahkan kerajaan dengan prasarana internet yang luas termasuk penggunaan Broadband yang ditawarkan oleh Maxis, Celcom dan Digi termasuk juga hotspot Streamyx di merata tempat terutama di bandar bandar besar negara kita. Bermakna keputusan pengundian bergantung juga keberkesanan media siber menjalankan penerangan mereka….

Justeru penerangan di internet telah digiatkan dan inilah hasilnya apabila Anwar terpaksa meletakkan gambar semua kawan kawannya pemimpin besar dunia di pajero rasmi kempen beliau setelah banyak sokongan diterima dari Indonesia, Kanada, Amerika dan juga pemimpin agama Islam ala Amerika seperti Dr Taha Jabir Al Alwani, Orientalis terkenal di Amerika John Espotio dan John O Voll dan ramai lagi, dipromosi oleh kebanyakan media pro Anwar dan Pakatan Rakyat..

Akhirnya Anwar tahu dengan menayangkan gambar Bush Presiden Amerika semasa kempen Permatang Pauh, ANwar membuktikan segala tuduhan beliau baik dengan Amerika adalah betul dan beliau sendiri nampaknya bangga barangkali dengan hubungan tersebut walhal kita telah lama menerangkan kepada rakyat tentang hubungan istimewa tersebut yang tidak dimiliki oleh mana mana pemimpin Malaysia yang lain..


Meletakkan gambar Presiden Amerika ; Bush di Permatang Pauh menjadikan Anwar sebenarnya membunuh ‘ dirinya sendiri’ dan rakyat akan makin muak dengan Anwar ; bukan bangga dengan beliau. Kerana semua tahu yang mencetuskan huru hara di dunia sekarang ini ialah Amerika yang menggunakan segala agen dan institut tajaannya untuk Hegemoni Amerika di seluruh dunia. Bahkan tentera Amerika juga berada di mana mana tempat strategik di dunia dengan alasan mereka Polis Dunia yang perlu menjaga keamanan dunia, sedangkan mereka sebenarnya bercita cita menjadikan dunia di bawah kuasa mereka…

Lihatlah gambar Bush di Permatang Pauh dan anda fikirkanlah sendiri bagaimana Anwar semakin terdesak untuk menang di tempat paling kuatnya ketika ini sedangkan pengundi belum tentu memberikan undi mereka kepada Anwar seperti mana sebelum ini. Apatah lagi isu sumpah liwat sangat memberi kesan kepada ‘pengundi atas pagar ‘ yang belum tentu terpesona dengan gambar Bush di pajero kempen PKR dan Pakatan Rakyat tersebut.

Adakah anda masih percaya Bush tidak kenal Anwar seperti mana orang biasa macam kita ? adakah BUSH menjadi ‘tawassul’ Anwar untuk kemenangannya di P44 ( pukul mati mati – ikut bahasa cina ) 26 Ogos depan ????

Apa pun sebenarnya 31 Ogos depan akan menjadi lebih bermakna jika Anwar boneka Amerika berjaya disingkirkan kerana merdeka atau tidak kita selepas ini bergantung menang atau tidak Anwar nanti tidak lama lagi !!!

Berusahalah hingga titisan peluh terakhir demi mempertahankan Bangsa Agama dan Negara dari dijajah secara halus kali kedua…

Marilah kawan kawan, marilah semua rakyat Malaysia !

Merdeka !!!! Merdeka !!! Merdeka !!!

http://hardyw3b.files.wordpress.com/2007/08/merdeka.jpg?w=427&h=319&h=319

blog asal : http://pejuang-melayu.blogspot.com

Categories: 1

Apabila SH ALATTAS @Pak Habib mengherdik Raja Petra @ agen CIA – membela Pak Lah yang dibantu wali

Assalamualaikum

15/07 :  ANTARA ABDULLAH BADAWI & TOK SAMY BUDDHA

PaklahChedet.jpg

Macam-macam cerita anda sudah dengar tentang Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang lebih dikenali sebagai Pak Lah saja. Tapi tahukan anda apakah maksud perkataan atau gelaran “Pak Lah” itu?

Pelik… Ketua Pemuda UMNO pula yang sepatutnya bangun membela tak buat apa-apa kerana sikapnya yang lembik, lemah, longlai, terumbang-ambing bila berhadapan dengan perjuangan bangsa Melayu tapi bila bersyarah berapi cium keris, medan pahlawan yang ada sakti lepas itu sejuk macam salji.

Tahukah anda kenapa, mengapa, sapa saja nak pukul Perdana Menteri boleh berbuat sesuka hati, seolah-olah pemimpin negara kita tak ada harga diri, silakan, bantai, ‘pukullah’? ‘Maruah’ kita bubuh dekat mana? Kita macam tak ada muka lagi, boleh diam. Dulu kalau ada Pemuda biadap macam Mukriz anak lelaki Tun Mahathir tentu membisu sudah kena sumpah jadi batu macam Si Tanggang derhaka?

Kehancuran bangsa dan negara dalam sejarah kita adalah disebabkan oleh petualang-petualang, musuh dalam selimut, lipan bara dalam kain, lintah dan pacat dalam seluar, agas dan nyamuk dalam kereta, ular sawa dalam bumbung rumah sendiri. Kata kawan saya seorang ahli UMNO dari Melaka, akibat ramai sangat yang memikirkan kepentingan diri mereka tak peduli adanya ahli parti yang sanggup membunuh Presidennya sendiri tanpa menggunakan saluran demokrasi.

Jika Pemuda sentiasa berjaga-jaga, berwaspada, berjaya mengenal pasti ‘musuh dalam selimut’ tentu lintah dan pacat yang ada dalam seluar dihapuskan dahulu sebelum mereka mahu menghumban Presiden UMNO.

Sebagai orang Melayu yang beragama Islam mempunyai keadaban, kesopanan dan kesusilaan, hormat-menghormati sesama insan sepatutnya Pemuda seperti Mukriz tak ‘biadap’ seperti bapanya Tun yang sepatutnya Tun memberi pandangan, nasihat, teguran yang bersopan. Orang yang egonya besar macam Mahathir mana mempedulikan adab sopan Melayu, ‘bapa borek anaknya rintek’.

Bukannya main ikut sedap mulut saje. Orang tua kata kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa. Jangan sampai kerana mulut negara dan bangsa binasa. Nak ke negara jadi porak peranda?

Bab ini untuk orang-orang yang khusus, yang meminati sejarah politik dan ‘penjajahan minda’ kerana perkara-perkara yang akan dibincangkan ialah perkara-perkara yang khusus mengenai ‘penjajahan minda bentuk baru’. Ia cuma boleh difahami oleh siapa saja yang mahu mempelajari selok-belok bagaimana kebanyakan manusia yang merasakan dirinya ‘hebat’. Egonya lebih besar dari dirinya namun mindanya masih dijajah oleh penjajah semasa kita dijajahnya dahulu. Tanpa disedari ‘minda’ mereka ini masih terus menerus dijajah tidak terkeluar dari kotak seperti yang disarankan oleh Dato Sri Abdullah Badawi untuk menjadi modal insan.

Apakah tak mustahil ada agen rahsia yang menggunakan orang kenamaan yang sanggup menjualkan ‘roh’ mereka kepada setan yang menyebabkan mereka tak takut mengkhianati perjuangan bangsa dan agama? Mereka lebih takut pada tuan dari tuhan. Lebih taat perintah tuan dari perintah tuhan.

Sambil memandu kereta berseorang menuju ke Wadi Hussein, Janda Baik, Bentong, Pahang, saya berhenti di stesen minyak untuk minum secawan kopi. Anda yang sudah membaca kisah saya dengan Norza “Antara Anak Guru Sekolah Dan Anak Perdana Menteri” mungkin mahu tahu cerita selanjutnya kerana ceritanya panjang. Maka kenalah berehat dahulu. Kalau kepala terasa panas, hati perlu ‘dingin’, kalau ‘hati’ panas, kepala perlu dingin.

Kita perlu menghidupkan ‘mata hati’ supaya ada rasa ‘peduli’ dalam diri. Jangan tengok kemungkaran buat tak peduli. Kita jangan takut berdepan dengan petualang bangsa. Kita mesti berani berkata ‘benar’ sekalipun pahit. Setiap rakyat mesti mengingatkan orang ramai supaya berbuat ‘baik’, jadi orang ‘baik’, jangan melakukan kerosakan. Dan membuat maksiat berulang-ulang kali supaya dicontohi.

Patutkah kita biarkan Perdana Menteri dibuli tanpa ada rasa peduli? Patutkah kita membiarkan dia dipukul, dibuli sesuka hati kita tak peduli? Mentang-mentanglah kita berada di pihak pembangkang, bagaimana kalau Ketua Pembangkang yang jadi Perdana Menteri jika dilakukan sedemikian rupa? Apakah mereka tak marah? Perdana Menteri yang dihina tu bangsanya Melayu.

Negeri kita ada undang-undang, aniayakan orang yang tak melawan jangan lebih-lebih. Nasib baik Allah melindunginya. Mungkin ada para wali Allah sentiasa berada di sampingnya. Anda tak percaya tak apa. Anda mungkin tertawa membaca. Apa sudah jadi dengan Pak Habib ini, di waktu orang ramai mahu menurunkan Perdana Menteri dia menaikkannya? Kerja siapa menurun dan menaikkan, menghidup dan mematikan? Hanya Allah yang boleh menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup? Tak bergerak sesuatu melainkan gerak dari Allah - Al-Quran. Itulah susahnya, kitab yang boleh membawa rahmat kepada sekian alam kita ketepikan.

Nampaknya kita tak pernah serik walaupun berkali-kali dihukum oleh sejarah. Cuba kita toleh kembali sejarah. Kita dijajah selama 446 tahun oleh Portugis, 1511-1641 (130 tahun), kemudian Belanda, 1641-1795 (154 tahun), selepas Belanda East India Co., 1795-1818 (23 tahun) kemudian balik Belanda 1818-1824 (6 tahun), kemudian British lagi, 1824-1942 (118 tahun), lepas itu Jepun, 1942-1945 (3 tahun 8 bulan) sebelum British sekali lagi. Kemudian Komunis Bintang Tiga pula selama 14 hari. British III 1945-1957 selama 12 tahun lagi. Tanggal 31 Ogos 1957 kemerdekaan tanahair tercinta tercapai dan sudah 51 tahun sehingga sekarang kita merdeka. Tak takut ke kemerdekaan kita ini hilang akibat kita bergaduh sesama sendiri dan masing-masing nak tunjuk dialah yang lebih pandai dan yang sepatutnya jadi PM akibat membiarkan minda kita dirasuk oleh para petualang yang lidahnya bercabang tiga tak bertulang?

Kekalahan Melaka adalah disebabkan oleh Si Kitol dan Raja Mendaliar. Dalam politik Melaka ketika itu pun banyak mereka yang berketurunan Mamak. Menurut buku Sejarah Melayu, SiKitol dan Raja Mendeliar memfitnah Bendahara Ali kerana dia mengamalkan nepotism sehingga ramai puak-puaknya menjadi orang besar Melaka. Tapi tak tahulah apa cerita yang sebenarnya. Tapi apakah didalam UMNO tak ada Si Kitol, Raja Mandaliar dan Tun Mutahir, serta Si Tanggang derhaka?

Lupakah kita Tun Dr. Mahathir menangis teresak-esak apabila membuat pengumuman perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional di akhir penggulungan Perhimpunan Agong UMNO dahulu. Orang yang mula-mula mendekatinya ialah Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Rafidah Aziz. Kenapa Tun Dr. Mahathir menangis? Sudah tentu banyak perkara yang beliau sendiri memendam dan disimpan atau apakah ada perkara yang sepatutnya untuk pengetahuan ramai terutama ahli-ahli sekalian tapi Mahathir tak bagi tahu? Apakah pemimpin dan ahli UMNO terlupa macam mana Pak Lah berperanan menenangkan dan mendingin serta menyejukkan suasana yang bergelora di dalam dan di ruang legar PWTC? Saya sendiri ketika itu berada di PWTC sedang jual buku “Mahathir Mudah Lupa.”

Apakah kerana akibat dilalaikan dengan ‘sihir’, manderam, pelali, Tun Mahathir yang pandai bermain sandiwara, yang berjaya menindoktrianasikan dalam minda Melayu dengan perkataan Melayu mudah lupa, mudah lupa akhirnya kita lupa Allah Tuhan kita? Nabi Muhammad SAW, Nabi dan Rasul kita? Kata-kata Mahathir jadi ikutan. Pernah baca buku saya “Sunnah Nabi Muhammad SAW vs Sunnah Mahathir Mohamad?

Melayu lupa Tun Mahathir telah mengekori sejarah Dato Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, semua bekas Presiden UMNO mati di luar UMNO, kenapa? Kenapa mereka tak mahu mati dalam UMNO tapi anak cucu mereka mahu dikekalkan untuk menguasai UMNO? UMNO ini milik keluarga feudal, elite atau Melayu Marhain? Apa sudah jadi? Kenapa lama sangat tertidur?

Setiap penyakit ada ubatnya. Yang penting kita perlu tahu punca penyakit. ‘Orang kita’ sedang ‘sakit’, kita yang ada rasa ‘peduli’ tak boleh buat ‘tak peduli’, kena beriktiar dan berdoa pada Allah sebelum terlambat. Sebelum bangsa kita jadi pengemis dalam negerinya sendiri, kita kena sedar diri, jangan tak sedar diri. Bila lagi hendak kenal diri. “Kenal diri kamu rata-rata sebelum kenal Tuhan yang nyata.

Sampai bila jenis manusia yang tak tahu mengenang budi, kacang lupakan kulit yang tak ada rasa ‘peduli’ atau mementingkan diri dan keluarga dibiarkan bersultan di mata, beraja di hati? Perlukah mereka dibiarkan bermaharajalela dalam UMNO dan dalam politik kita? Kemana menghilangnya jiwa ‘patriotik’ anak bangsa kita?

Anuar.jpg

Apakah kerana perangai orang kita yang terpedaya dengan pepatah mentimun dan durian, digolek luka, kena golek apa tah lagi menyebabkan mereka takut apa hendak tanya? Tanya Anwar Ibrahim, lu siapa? Siapa lu sebenarnya? Betul ke lu raja liwat? Kalau tidak, junjung Quran sumpah dalam masjid, sedomi lu tak buat, lu makan Indomee saja.

Chedet.jpg

Cuba tanya Mahathir pula, lu siapa? Takut apa dengan manusia jika kita takut pada Allah? Bisik hati kecil saya. Apakah kerana Mukriz anak Tun Mahathir atau kerana Hishamuddin pun anak manten Perdana Menteri dan maka mereka berdua boleh main sandiwara seperti Mahathir dan Anwar, kita terus dibiarkan jadi mangsa?

Sampai bila rakyat mesti dibiarkan dengan cerita Najib dan Anwar? Sampai bila kisah mereka berdua yang menyebabkan rakyat yang tak berdosa terus berada dalam kebingungan? Ada pun guru, ustaz yang ceramah di surau dan masjid tunjuk pandai baca ayat Al-Quran dan hadis tapi tak tunjuk jalan keluar dari kemelut yang membuatkan rakyat ‘sakit’.

Sampai bila rakyat sekadar menjadi pemerhati? Betul juga kata Tan Sri Sanusi Junid, tak ramai dalam UMNO yang berani berkata benar di depan pemimpin yang dianggapnya berkuasa biarpun yang sudah jadi ‘botol kosong’. Masakan Dato Syed Ali Al-Habshi, Dato Norza Zakaria saja yang berani, yang lain buat apa? Kasihan. Merdeka apa benda namanya?

Nasib baik juga Dato Seri Abdullah tak pakai nombor Pulau Pinang P4. P ‘pukul’, 4 dalam bahasa Cina ertinya ‘mati’, pukul sampai mati. ‘Hai ya sila’. ‘Haddi pak’ kata orang India pula. Kasihan, apa dosa Pak Lah yang dia mesti dipukul sampai mati? Rupa-rupanya ada juga Melayu yang ‘perut hijau’ pinjam kata orang utara mengenai manusia yang tak ada ‘hati perut’, kejam macam Presiden Bush yang menjadi alat zionist.

Abdullah Badawi suka nombor 13, itu rukun sembahyang. Kita perlu ada ilmu ‘tauhid’ sebelum menunaikan ibadat ‘solat’. Mereka yang menggunakan ‘abjad’, numerology, yang percaya pada kuasa para normal dan mistik takut dengan nombor 13 kerana 1+3=4 ‘mati’. Pelik. ‘Takut mati’ sedangkan yang hidup mesti mati. ‘From dust to dust’. Ramai manusia yang takut dengan nombor 13 mungkin terpengaruh dengan filem “Friday the 13th“. Banyak bangunan yang tak guna nombor 13 sebagai alamat atau tingkat.

Menurut Ibnu Arabi, Tuhan suruh matikan dirimu sebelum kamu mati. Dan orang-orang sufi yang memahami erti syahadat mengosongkan diri mereka ‘la’ ertinya tak ada ‘kosong’, ‘zero point’, infinity, yang hidup hanya ‘asma Allah’. 99 nama Allah yang diketahui oleh kita bermula dengan Alif Lam Lam Ha. ‘La illa hail lallah. Apa pun tak ada selain Allah. Kita yang hidup ini pun boleh ditidak adakan dan diadakan semula. Mungkin Abdullah mempunyai keyakinan yang sama. Allah saja yang Maha Kuasa.

Pak Lah dengan sifat ‘sabar’ yang luar biasa yakin Allah berserta dengan orang yang ‘sabar’. Apakah anda tak percaya mujizat yang dianugerahkan pada para awlia, karamah pada para ‘wali Allah’ dan kecerdikkan kepada manusia yang berakal? Di waktu terdesak akan datang pertolongan Allah. Para ambia dan aulia menerima ujian yang jauh lebih besar namun sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah.

Menung
, fikir dua tiga kali apa yang anda sudah baca. Politik, politik juga. Tuhan jangan lupa. Bila lagi mahu kenal diri rata-rata sebelum kenal Tuhan yang nyata. Hidup ini sementara, jangan pisahkan politik dari agama, biarpun dunia belum kiamat. Kita sudah berada di penghujung, tanda-tanda dunia akan kiamat sudah dekat. Tahukah anda bencana yang menimpa bangsa dan negara kita hari ini akibat memisahkan politik dan agama? Kita lupa pada kekuasaan Allah yang Maha Kuasa. Bila lagi mereka yang sesat di hujung jalan mahu kembali ke pangkal jalan? Sampai bila kita menyembah ego, harta, wanita dan manusia durjana? Bila lagi mereka yang ‘sakit’ mahu mencari ubat, yang berdosa mahu bertaubat?

Mengikut Dato’ Norza ada orang kata, budi pekerti Pak Lah macam Tok Sami Buddha. Pak Lah mudah percaya setiap orang yang datang mengadu masalah mereka kepadanya, dia cuba tolong. Pak Lah seperti Tok Sami walaupun yang datang itu perompak dan penyamun dia layan dengan baik. Anak cucu ‘ulama’ keturunan orang baik-baik mesti ada sikap ikhsan, dia mudah kasihan, sikap ‘khusnuzan’, sentiasa berbaik sangka, hidup dihati dia. Betul ke dia tak tahu yang dia kena main, dia kena tipu dengan ‘penyamun tarbus’? Saya berfikir, dia sendirian atau orang dikelilingnya tak buat apa-apa, tak jaga boss, ada yang macam ‘penyamun tarbus’?

Akibat mudah mempercayai kata-kata orang jahat kononnya mereka teraniaya, bila permintaan mereka tak dapat dilayan sepatutnya akhirnya dia yang teraniaya dan dizalimi. Apakah kerana mahu jadi orang baik yang menyebabkan dulu dia Mr. Clean man, Mr. Nice Man ditukar oleh tukang ‘sihir’ menjadi ‘public enemy’ atau ada hikmah, hanya Allah saja yang tahu.

Hidup menjawab soalan, mati pun nanti mesti menjawab soalan di depan Tuhan. Sudahkah anda membuat persiapan? Mari kita melatih diri kita supaya tidak terlibat dengan penyakit fitnah yang lebih dahsyat dari ‘dadah’ dan lain penyakit sosial yang sedang menyerang bangsa kita, terutama penyakit ‘suka berbohong’ dengan cerita ‘half truth’ separuh benar, separuh bohong, cerita ong-ong.

Kenapa ‘orang kita’ mudah dibohongi dan mudah terpedaya dengan manusia yang suka berbohong, yang cakap kosong dan ‘ceklat angin’? Mungkinkah kerana kita lebih percaya siapa yang berkata dari apa yang dikata? Jangan tanya siapa yang berkata, yang penting apa yang dikata?

Apakah akibat malas membaca? Atau penyakit mengutamakan jenama sedangkan kita tahu jenama jeans atau baju yang kita pakai itu barang tiruan, palsu? Jenama punya pasal kita tak peduli kita kena tipu.

Orang yang tak berilmu begitu mudah dijadikan alat oleh mereka yang mungkin tak dapat projek, tak dapat sesuatu atau yang bersikap prejudis ditambah sikap P.H.D yang dikaitkan dengan bangsa Melayu? Sampai bila sikap ini mahu diubah?

Kita makhluk yang bernama manusia adalah makhluk yang berakal. Kenapa tak guna ‘akal’ dan fikiran kita atau akal dijadikan Tuhan akibat kurangnya ilmu kerohanian?

Bangsa kita ‘sakit’ akibat di serang selsema, ‘fitnah’. Sindrom wabak ‘fitnah’ mudah menjangkiti orang yang tak beriman. Patutkah kita berpeluk tubuh tak buat apa-apa? Apakah anda tidak mahu menyumbang sesuatu pada bangsa anda? “Ask what you can give to your country not what your country can give you” – John F. Kennedy.

Apakah kita tak merasa malu membiarkan diri dijadikan seperti ‘anjing’? Seekor anjing menyalak semua anjing lain menyalak sama. Apakah anda tak tahu adanya pemimpin kita yang sudah jadi seperti anjing kurap yang ada penyakit gila sanggup mengigit orang yang tak berdosa dengan kita?

Kita bukan anjing. Kita adalah ‘insan’ sebaik-baik makhluk kejadian Tuhan. Kita ada agama, Al-Quran, kita buat apa? Sunnah Nabi Muhammad SAW bubuh kat mana? Cuba mengucap dan beristighfar. Ajak kawan-kawan yang kita rasa tersesat, berselawat ‘Allah humma soli ala Muhammad wa ala Ali Muhammad’.

Kenapa kita biarkan kisah empat manusia ini menjadikan negara bercelaru dan haru biru? Menung dan fikirkan siapa yang menentukan untung nasib manusia?

Kita yang sepatutnya berzikir menyebut nama Allah, berselawat “Allah huma soli ala Muhammad waala Ali Muhammad“. Rasulullah SAW adalah Penghulu segala ambia yang membawa rahmat kepada sekian alam. Kenapa Najib-Anwar, Najib-Anwar menjadi zikir? Anwar-Najib, Anwar-Najib? Kenapa Pak Lah mesti dijadikan ‘the moving targets’? Agenda siapa kalau bukan Mahathir?

Saya berfikir sendirian, kalau cerdik sekadar putar alam, jadi ‘ceklat angin’, ada blog dibaca oleh berjuta tapi tidak boleh mendekatkan manusia pada Tuhannya buat apa? Hanya Allah Tuhan yang Maha Kuasa saja yang boleh menyelamatkan bangsa kita.

Che Det dulu tarik imuniti dari raja-raja Melayu, tembelangnya kini sudah terbuka bila terbukti dia dan keluarganya setelah memiliki ‘kekebalan’ bermaharajalela. Senasib dengan Anwar Ibrahim, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya terjatuh ke dalam jamban tahi.

Sampai bila tukang karut Kitol dan Sang Rajuna Tapa yang macam lanun dulu kala di Selat Melaka menabur ‘fitnah’ suka hati mak dia? Siapa pun tak boleh buat apa-apa termasuk raja-raja. Kasihan raja-raja. Perlukah saya tulis “Ampun Tuanku“. Tuanku sekelian tidak takutkah Anwar jadi Presiden Republik Malaysia. Baca buku terbaru saya “Dunia Belum Kiamat 1.”

Saya kenal Tun Mahathir semasa 22 tahun jadi PM. Saya tulis lebih dari 30 buku termasuk “Memo Untuk Perdana Menteri 1992” mengenai politik Tun. Bijaknya Tun bermain politik, rakyat tak nampak politik Tun yang mengutamakan kepentingan keluarga dan puak yang menyebabkan UMNO pecah dua.

Dulu Tun Musa Hitam dipilih untuk mendapat sokongan guru sekolah untuk mengalahkan Ku Li kerabat diraja. Kemudian Arwah Tun Ghafar Baba diguna untuk menyelamatkan suasana, lepas itu Tun Daim dan tokoh korporat ciptaannya dengan lampu Aladdin yang membantunya untuk menjadi kaya raya. Anwar yang ada pengaruh agama, bila Anwar menderhaka Anwar cuba dibunuhnya. Melayu mudah lupa, mana ingat ini semua?

Bila dia tak berjaya menggunakan Pak Lah yang dianggapnya ‘lembik’, lembik di luar, keras didalam, tak macam kura-kura keras di luar lembik didalam. Itu sebabnya Mahathir menyinga, telinga Pak Lah tak dapat ditariknya.

Cerita jambatan bengkok, ‘gentleman agreement’ antara dia dengan Pak Lah yang tak ada pasal pada bangsa dan negara dibesar-besarkannya dan seluruh negara dilibatkan sama. Manalah rakyat tak huru hara. Dia relaks gembira.

Ingatlah bahawa Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum melainkan kaum itu sendiri - Al-Quran.

Yang perlu diubah ialah sikap kita. Hendak ubah sikap perlu mengubah cara kita berfikir. Kita tak boleh berubah tanpa ilmu dan amal dan yang terpenting ikhlas. “Saya tidak ragu bahawa berbohong adalah perbuatan patut dicela dalam kebudayaan manapun, dan anda tentu tidak mahu dibohongi.” Ahmadinejad dari bukuDavid di Tengah Angkara Goliath Dunia

Kalau anda tidak suka dibohongi, jangan berbohong. Siakap senohong, gelama ikan duri, selalu sangat cakap bohong, hilang kerusi Menteri. Apatah lagi mahu jadi Perdana Menteri.

Saya bimbang nasib dan masa depan Melayu jika UMNO masih mengamalkan politik feudal dengan hanya anak-anak Perdana Menteri yang kaya raya terus berkuasa didalam negara yang berbilang bangsa, yang memberikan keutamaan kepada ‘presepsi’ bukan ‘meritokrasi’. Memilih yang terbaik dikalangan yang terbuang bukan yang terbaik dikalangan yang terbilang. Apa lagi jika mereka merasakan diri ‘above the law’, tak makan saman, hidup ‘double standard’. Merdekakah kita?

Macam mana rakyat tak kecewa dan akhirnya menolak UMNO dan tak mustahil memilih bukan Melayu sebagai Perdana Menteri mereka? Tengok di Dewan Rakyat, akibat berpecah belas Parlimen riuh rendah Melayu hilang maruah oleh segelintir pembangkang.

Apakah kerana perangai Pak Lah yang macam Tok Sami Buddha yang sentiasa berbaik sangka dan mudah percaya pada sesiapa atas sifat ikhsannya sehingga tak sedar ada perompak, dan penyamun? Orang kampong pun tahu siapa sebenarnya ‘penyamun tarbus’ yang macam membakar ‘kemian hantu’. Inilah aroma kemian yang telah membuatkan ahli UMNO ‘mati kutu’ atau orang kita ‘sakit’ akibat permainan ‘fitnah’ oleh ‘kacang hantu’?

Apakah kita perlu salahkan Pak Lah kerana sifat ikhsannya? Bukankah sifat ikhsan ini sifat Nabi SAW? Bolehkah kita salahkan Sami Buddha kalau memberi nombor ekor pada kaki judi? Yang salah bukannya Sami Buddha tetapi kaki judi akibat terkena asap ‘kemian hantu’. Berjudi terus menerus lupa perkataan ‘Tuhan’ diterbalikkan jadi ‘hantu’.

Saifulabah i.jpg
Saiful Bukhri bergambar bersama Saiful Bukhri

Bersambung……..

Categories: 1

Anwar akan reka lafaz sumpah – Malaysia Hari Ini

Laman Malaysia Hari Ini
Saturday, 16 August 2008

ImageBERITA Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan semalam menyaksikan pelbagai reaksi dari terutama umat Islam di negara ini khasnya.  Ia juga pastinya menarik perhatian Amerika Syarikat yang sentiasa mengikuti perkembangan isu kes liwat Anwar-Saiful dan akan memberi komen negatif terhadap apa yang berlaku.

Tindakan Saiful itu serius dan memberikan impak baru kepada Anwar yang sedang rancak berkempen di kawasan Permatang Pauh sambil menyelit makluman bahawa semua tuduhan terhadap dirinya mengenai kes liwat itu adalah satu perancangan dari Barisan Nasional (BN).

Pastinya Anwar semakin takut menghadapi tindakan Saiful yang padanya satu ancaman yang bukan lagi andaian kerana keberanian Saiful amat terserlah apabila melakukan upacara bersumpah di masjid bersaksikan imam, ayah dan Al-Quran serta memohon dilaknati Allah hingga ke hari kiamat sekiranya perkara Anwar meliwatnya tidak benar.

Anwar pula awal-awal lagi sudah menyambut tindakan Saiful itu sebagai satu cara untuk dengan sengaja mahu menghalang beliau menang di pilihan raya kecil Permatang Pauh nanti.  Beliau juga menyatakan semua yang berlaku adalah semuanya sehari sebelum seperti dia di dakwa di mahkamah sehari sebelum SPR umumkan tarikh pilihan raya kecil dan Saiful bersumpah sehari sebelum penamaan calon di Permatang Pauh.

Kalau Anwar berani melafazkan sumpahnya seminggu sebelum hari penamaan calon, perkara ini tidak berlaku sehari sebelum.  Saiful memang menunggu tarikh akhir atau menetapkan dateline penting untuk bertindak sesuatu.  Nescaya sehari sebelum pilihan raya kecil nanti, Ezam pula ‘meletupkan’ sesuatu yang lebih besar dan Anwar seharusnya bersedia untuk menerima hakikat akan berlaku sehari sebelum peristiwa.

Kebetulan memang bagus Saiful membuat upacara bersumpah itu sehari sebelum hari penamaan calon supaya penyokong Anwar boleh membuat keputusan sama ada mahu terus menyokong Anwar atau undur sebelum tergolong dalam kumpulan bersubahat dan menerima imbasan musibah yang bakal Anwar tanggung.

Tidak dinafikan ada yang taasub pada Anwar masih mengatakan tindakan Saiful itu adalah karut semata-mata.  Kenyataan dari mereka ini dengan sendirinya menafikan kebesaran Al-Quran.  Soal Saiful betul atau tidak, soal lain.  Tetapi menafikan tindakan Saiful itu satu perkara yang karut, kufurlah orang itu kerana itulah satu-satunya jalan keluar untuk umat Islam menyatakan akuannya menurut jalan Allah.

Menafikan akuan sebegini adalah sesuatu yang luar biasa bagi orang yang mengucap dua kalimah sahadah.  Pada haknya, Anwar juga tidak boleh memandang perkara ini ringan kerana nama beliau ditujukan khas orang yang memasukkan zakarnya ke dalam dubur Saiful.

Malahan, untuk Saiful mendedahkan Anwar meliwatnya juga sudah cukup kita fikirkan betapa Saiful seorang yang berani kerana ia mendedahkan maruahnya sama dengan gambarnya tersebar luas di mana-mana.  Sesiapa yang mengenalinya akan dengan mudah meletakkan Saiful seorang yang turut sama jijik, tetapi demi kebenaran, Saiful terpaksa bertindak kerana kalau bukan beliau yang sanggup melakukan pendedahan itu, siapa yang berani lagi kerana Anwar bukan meliwat Saiful seorang.  Ada lagi yang mungkin tidak terbilang, tetapi antaranya Saiful yang paling berani.

Alang-alang sudah terdedah dan Anwar masih dengan bongkak mengatakan dia di pihak yang benar, Saiful mengambil langkah tepat dengan bersumpah di Masjid bersaksikan ayahnya, imam dan Al-Quran.  Perkara inilah satu-satunya yang Anwar belum mampu buat kerana jauh dalam hatinya beliau tahu dia membuat kerja terkutuk itu.  Itulah pandangan orang ramai.

Tetapi tidak kurang yang menduga tidak mustahil Anwar dengan cara terdesak akan melakukan sepertimana Saiful yang mungkin dengan perubahan ungkapan yang tidak serupa dengan lafaz Saiful sehari sebelum hari mengundi di Permatang Pauh untuk semata-mata menipu dan mengaburkan mata pengundi.

Kalau berlaku, Anwar akan reka ayatnya sendiri.  Yang penting bagi Anwar ialah dengan memegang Al-Quran, dilakukan di masjid dan bersaksikan anak isterinya dengan kata-katanya sendiri.  Ini semua tidak mustahil boleh berlaku.  Mungkin sekarang pun Anwar sedang mereka-reka ayat apa hendak digunakan dalam lafaz bersumpah itu nanti.

Anwar akan pasti meniru trend peristiwa ‘sehari sebelum’ semata-mata mahu menunjukkan terutama kepada Amerika yang beliau juga berani melakukan apa dilakukan oleh Saiful.  Inilah juga akan menjadi alat pertunjukan terakhir bagi Anwar untuk pengundi Permatang Pauh merealisasikan angan-angan beliau merintis jalan ke Putrajaya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Categories: Politik Malaysia
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.