Archive for July 21st, 2008
PAS akui temui Perdana Menteri ! Harakah Daily
PAS mengakui bertemu Perdana Menteri
| Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Sun | Jul 20, 08 | 11:57:32 pm MYT |
|
| PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam,YB Hj Abd Khalid Samad.
Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS. Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam. Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak. PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia. – mr/mks. 20 Julai 2008, |
Add comment 21,July 2008
Islam Dipijak-pijak, Pas di Mana? – Pemuda Enggang
Oleh : Blog Pemuda Enggang ( klik sini ) dari pembangkang selangor.
Jika dahulu sambutan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) diumumkan dengan projek babi mega, hari ini pembinaan surau pun sudah mula dipertikaikan oleh wakil rakyat bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.
Kejadian Ahli Parlimen Kelana Jaya dari PKR ditampar oleh pembantu ADUN Seri Setia (PKR), semalam, kerana mempertikaikan pembinaan surau hanya mencerminkan sikap biadap wakil rakyat bukan Islam dalamPakatan Rakyat. Jika ia membabitkan Barisan Nasional pasti Pas sudah berceramah ke serata negara mengatakan Islam sedang dihina oleh BN dan UMNO.
Sebaliknya perisitiwa ini disenyapkan oleh laman utama Pas, Harakahdaily mahu pun laman-laman pro Pas yang lain. Mengapa? Inilah padahnya bila Islam dijual beli dengan kuasa.
Umum sudah mengetahui bahawa di sebalik adanya Parti Islam se-Malaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat, kedudukan Islam bukan sahaja tidak seperti dahulu, malah kian terpinggir hari ini.
Hari ini keputusan-keputusan kerajaan negeri dan PBT tidak lagi mengambil kira kedudukan agama slam sebagai agama rasmi persekutuan dan negeri Selangor.
Pas tidak berbuat apa-apa apabila EXCO dari DAP dan PKR mengumumkan bahawa rumah-rumah ibadat bukan Islam bebas dibina walau sebesar mana sekali pun. Justeru jika esok yang menjadi mercu tanda negeri bukan lagi masjid tetapi gereja, janganlah dikeluh kesah lagi. Dulu untuk membina gereja di Shah Alam pun dibantah oleh Pas, hari ini kerana kuasa segalanya sudah berubah.
Pas juga langsung tidak melenting apabila EXCO Kanan kerajaan Negeri, Teressa Kok membantu kempen mengutip tandatangan bagi mendesak suara azan diperlahankan atau tidak lagi boleh dilaungkan menggunakan pembesar suara.
Malahan Ahli Parlimen Shah Alam (Pas), Khalid Samad sanggup berucap dalam gereja di Shah Alam dan mengumumkan persetujuan Pas membenarkan risalah agama kristian dalam bahasa Melayu menggunakan nama Allah sebagai ganti nama tuhan.
Jika dahulu, Dr. Mohamad Khir Toyo dikutuk dan dikeji oleh Pas kerana masih membenarkan pusat hiburan wujud dalam keadaan terkawal, hari ini Pas bukan sahaja tidak menutup walau satu pun pusat hiburan seperti yang mereka laung-laungkan dalam ceramah sebelum ini, malah jumlah pusat-pusat hiburan dan rumah urut kian bertambah di Selangor.
Mungkin inilah konsep kesamarataan mengikut citarasa pemimpin Pas. Apa yang dulu mereka tentang untuk menjatuhkan UMNO, hari ini mereka sokong dan agungkan demi kuasa.
Add comment 21,July 2008

