Archive for July 12th, 2008

Wan Azizah yang tidak mengenang budi !

selepas suaminya dibebaskan dari tahanan selepas menjalani hukuman penjara kes liwat dan salah laku, beliau telah mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri dan anggota kabinetnya hari Khamis lepas 10 Julai 2008. Orang yang telah diberi ‘muka’ oleh Pak Lah tetapi mengecewakan beliau kembali… Usul yang ingin menguji lagi kesabaran seorang PM paling sabar bernama Abdullah Haji Ahmad Badawi…

Memang orang yang tidak mengenang budi ini memang tidak kisah langsung perasaan orang lain bahkan sanggup mengenakan usul tidak percaya terhadap kepimpinan negara kita sedangkan Malaysia masih lagi stabil dan makmur di bawah pemerintahan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Keperihatinan kerajaan tidak diendahkan dan segala beban diletakkan semuanya di atas pundak PM seorang diri sahaja. sedangkan Malaysia telah diberi nasihat oleh berbagai bagi jenis penasihat yang mahir di dalam bidang mereka masing masing demi kemakmuran dan kegemilangan negara kita….

Apa nak kata lagi ? ya kita mahu Pak Lah semakin tegas terhadap golongan pembangkang ini yang nampaknya semakin melampau lampau. Mereka tidak kisahkan apa yang kerajaan lakukan dan nampaknya lebih suka jika mereka dikenakan tindakan. Bagi pembangkang, kebaikan kerajaan tidak wajar diingat dan dikenang selagi mereka tidak dapat membentuk kerajaan sendiri meskipun Wan Azizah sendiri sanggup menodai maruah bangsa Melayu demi kepentingan sempit politik PKR yang jelas ingin memusnahkan keistimewaan orang Melayu  selaku penduduk asal negara kita sekarang ini.

Bukan sahaja keistimewaan Melayu, bahkan agama Islam juga tidak akan terpelihara di bawah PKR ini. Mereka telah membuat projek babi  yang ‘ menghiris hati’ orang Islam di Sepang, mengumumkan pembesaran kuil dan gereja, mendiamkan diri di kala Teressa Kok membuat petisyen berkenaan azan di Puchong dan berbagai bagai lagi. Ini menunjukkan ‘ belang’ PKR jika mereka mendapat kuasa lebih besar lagi pada masa hadapan.

Namun, realitinya mereka sendiri dalam huru hara memerintah. Berbagai bagai kes timbul dan mereka telah dilihat tidak amanah kerana duit kutipan derma disahkan oleh MB Selangor sendiri telah dimasukkan ke dalam tabung PKR. Ia berlaku tanpa pengetahuan PAS dan DAP hingga mengecewakan PAS sendiri yang bimbang jika ia berulang lagi pada masa hadapan dan dengan jumlah wang yang lebih besar.

Rasanya selepas ini episod lebih tegas akan dihabiskan Pak Lah sebelum ‘ memejamkan mata’ dari menjadi Perdana Menteri.. kita akan lihat nanti.

Add comment 12,July 2008


AHLI BLOGGER PEMBELA NEGARA

Online sekarang !

web tracker

Terbaru di sini

Anda tetamu ke

  • 103,054 di sini

Lain lain di sini

Top Clicks

Komen Terbaru

Hj Hadi, Harun Taib … on Nik Aziz kata Nuzul Quran lebi…
cybross on Teoh Beng Hock dikatakan nak k…
penulis_cyber on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Pendirian Mahathir isu PPSMI …
shafifah on Kerajaan Lawak PR bersidang ba…
penulis_cyber on Kerajaan Lawak PR bersidang ba…
rmf7 on Akhirnya Pak Lah melepaskan …
Perkongsian Ilmu … on Hukum Mengumpat – Naib K…
penulis_cyber on Mahathir sudah sasau dan risau…
rmf7 on Mahathir sudah sasau dan risau…
penulis_cyber on Rakyat Perak baca sini, jangan…
aberamly on PAS perlu sertai BN – sa…
aberamly on Disebalik Kelakuan Si Kha…

RSS Berita Malaysia Kini

 

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

RSS Pedang Berbisa

RSS Panglima Cyber

RSS Ustaz Moden

RSS Raksasa BN

RSS Anwar Ibrahim.com

RSS Che Det @ Tun Mahathir

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Warong Kopi

RSS KPMU

Simpanan Artikel

Jejak Pengunjung