Archive

Archive for July, 2008

Penulis politik Tarmizi Mohd Jam menulis : Anwar lebih teruk dari Pak Lah !!!

31,July 2008 2 comments

Beliau bernama penakan Sanggah Tok Sago. Kawan baik Mohd Sayuti Omar atau MSO. Beliau penulis lama dan berpengalaman. Blog beliau klik sini


Tarmizi Mohd Jam yang pernah menjadi Setiausaha Penerangan PAS Perak
dan Pengarang Lidah Rasmi PAS “Al-Ridhwan” menyifatkan takdir Allah
dengan kemenangan sedemikian rupa di Perak bukan sahaja mengangkat
Ir. Nizar sebagai Menteri Besar tetapi sekaligus akan memperkasakan
PAS negeri itu pada masa depan. ( blog asal sini )

Nada suaranya mirip suara blogger Fudzail di blog Adun KULIM ( klik sini ); tempat Anwar akan bertanding iaitu Zulkifli Nordin.

Adakah beliau orang yang sama ? Allah lebih tahu dari kita.

Lihat tulisan beliau di sini atau di bawah jika anda ingin mengetahui apa komen ‘pro PAS tegar’ ini berkenaan isu pilihanraya kecil yang telah diumumkan akan dibuat di KULIM bukan di kawasan lain samada Permatang Pauh, atau Lembah Pantai.

Seolah olah Anwar akan mengorbankan selain keluarganya sendiri jika kita perhati tulisan saudara Tok Sago di bawah.

Mengapa Anwar tidak pilih Permatang Pauh atau Lembah Pantai?

SUDAH ada ura-ura, desas-desus dan khabar angin tentang hasrat Anwar Ibrahim yang mahu bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baru, Kedah.

Maknanya, Zulkifli Nordin akan diminta meletakkan jawatan bagi membolehkan satu pilihan raya kecil berlangsung.

Secara peribadi saya tidak bersetuju. Ada dua kerusi selamat dan efisyen dari segi tindakan, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mewakili Parlimen Bandar Tun Razak atau Azmin Ali yang mewakili Parlimen Gombak, melapaskan kerusi tersebut bagi memberi tumpuan kepada Dun mereka.

Mengapa Zulkifli Nordin di Parlimen Kulim-Bandar Baharu mesti dikorbankan sedangkan dua kawasan parlimen tadi diwakili oleh orang yang bertanding juga diperingkat Dun. Khalid di Dun Ijok dan Azmin di Dun Bukit Angkasa.

Paling aneh, Parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh isterinya, Wan Azizah atau Lembah Pantai yang diwakili anaknya, Nurul Izzah tidak disentuh. Walhal, peranan Azizah sejak dua penggal lalu lesu dan tiada ketrampilan sebagai seorang politikus.

Azizah selama ini memang proksi Anwar dan menjadi tanggungjawab beliau untuk mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pilihan raya kecil. Tiada siapa mahu PKR menjadi parti anak-beranak dan laki-bini. Macam Kit Siang dan Karpal Singh.

Hatta Pak Lahpun hanya meletakkan menantunya, Khairy seorang sahaja tanpa terbabitnya anak-anak. Begitu juga Mahathir dulu. Mokhriz baru mula nak jadi Ahli Parlimen setelah bapanya undur dari Perdana Menteri.

Jika Anwar masih enggan untuk menerobos kerusi Bandar Tun Razak, Gombak mahupun Permatang Pauh dan Lembah Pantai, barangkali Anwar ada kekuatan menguji di Parlimen Kelana Jaya yang kini diwakili oleh “penangkap gambar video telefon VK Lingam” yang kurang fasih tegar berbahasa Melayu, dan tidak dihormati oleh beberapa pemimpin PKR hingga sanggup menempelengnya minggu lalu.

Anwar patut memberi jawapan tepat, segera dan bila untuk berbuat demikian. Politik hari ini, sudah juah berbeza. Telahan dan andaian kononnya 16 September ini, kerajaan baru Persekutuan akan dibentuk oleh Pakatan Rakyat kian merudum… Hanya akar umbi sahaja yang mengharapkannya terjadi dan berlaku.

0 ulasan

Tarmizi Mohd Jam ( gambar asal di sini )

Kesimpulannya :

Ia suara penulis sendiri dan juga pemimpin PAS yang lain ekoran isu isu yang berkaitan semasa ini. Ia tidak sahaja disebabkan isu liwat tetapi isu isu yang disebutkan di atas juga menggambarkan kerapuhan dan keretakan Pakatan Rakyat yang tidak disedari rakyat banyak.

Malangnya suara penulis politik ini tidak didengari dengan jelas di dada akhbar dan juga majalah serta blog blog UMNO.

Jika dipaparkan di media internet dengan meluas tentu rakyat akan cepat sedar bahawa muzakarah tidak hanya kerana isu agama sahaja tetapi melibatkan unsur unsur kronisme yang jelas mengalahkan UMNO seperti yang terjadi sebelum ini berhubungan dengan pemilihan calon parti PKR yang disertai sama isteri dan anak Anwar sendiri tanpa ada pula bantahan dari akar umbi samada PAS atau DAP atau PKR.

DAP pun sama juga iaitu Lim Guan Eng adalah anak Lim Kit Siang ! adakah DAP telus mulus ?

Tidak sebenarnya. Memaku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Categories: 1

Laporan Dr Pusrawi dan pandangan Dr Novandri

29,July 2008 1 comment

Tips Untuk Laporan Kesihatan Yang Sah Dan Kukuh Untuk Kes Sodomi

Dr Novandri Hasan Basri ( blog asal klik sini )

Pada pandangan penulis sebagai seorang doktor, laporan kesihatan Saiful Bukhari yang ter’bocor’ di Hospital Pusrawi, tidak boleh dijadikan bahan bukti terhadap kes liwat Anwar Ibrahim.

1. Ianya terlalu ringkas, tidak lengkap dan tidak mengikut prosedur seperti yang ditetapkan oleh pemeriksaan forensik.

2. Malah pemeriksaan ke atas Saiful Bukhari juga tidak lengkap. Hanya PR (per rectum) dilakukan iaitu menggunakan jari untuk memeriksa anal (dubur) pemuda tersebut. Prosedur sebenarnya lebih daripada itu iaitu termasuk memeriksa anal itu dengan alat proktoskop dan sebagainya.

3. Begitulah prosedurnya apabila seorang mangsa seksual datang ke klinik atau hospital swasta di mana kes-kes yang bakal dirujuk kepada pihak polis akan dirujuk segera kepada pihak hospital kerajaan.

4. Ini adalah kerana hospital kerajaan mempunyai kepakaran forensik serta lengkap dengan peralatan yang diperlukan.

5. Referral itu dimestikan kerana jika pemeriksaan tidak dilakukan dengan betul dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan, peliwat itu boleh dibebaskan di atas sebab bukti-bukti yang tidak kukuh atau pun technical fault.

6. Yang menimbulkan tandatanya kepada penulis ialah tulisan doktor itu yang hanya menulis bahawa Saiful di assault di satu sudut di hujung laporan itu selepas simptom-simptom yang lain.

7. Apakah kenyataan itu ditambah hanya selepas doktor tersebut melakukan pemeriksaan anal menggunakan jari (PR)?

8.Jika benar, penulis pasti PR yang dilakukan itu hanya dengan ringkas sahaja.

9.Dan yang menimbulkan persoalan ialah, setahu penulis, setiap doktor tidak akan membuat sebarang prosedur, sentuhan atau pemeriksaan fizikal yang boleh menjejaskan sebarang bukti yang ada KECUALI jika Saiful malu, takut atau tidak berterus terang mulai daripada awal.

10. Dan jika doktor tersebut tahu tetapi meneruskan juga pemeriksaan anal (dubur) ke atas Saiful, ianya menunjukkan doktor tersebut telah melakukan kesalahan yang besar dan tidak boleh dimaafkan KECUALI jika doktor tersebut mempunyai niat yang lain seperti untuk mengada-adakan cerita atau pun menidakkan cerita!

11.Dalam konteks ini, doktor tersebut telah tersalah langkah.

12.Memeriksa anal (dubur) pesakit tetapi doktor telah diberitahu yang pesakit mengatakan dia diliwat adalah satu tindakan yang tidak profesional dan memalukan para doktor sekalian!

13.Cuma yang betul ialah doktor tersebut menasihatkan Saiful ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan selanjutnya. Itu sahaja yang betul!

14. Dan yang menimbulkan satu persoalan lagi, hampir semua media termasuk media antarabangsa begitu cepat melaporkan isu ini TANPA mendapatkan kesahihan mengenai validity laporan kesihatan daripada Hospital Pusrawi.

15. Padahal, laporan tersebut tidak sekali-kali boleh dijadikan bukti untuk memaksa kerajaan menggugurkan kes liwat terhadap Anwar Ibrahim.

16. Dan yang menjadi mangsa sebenarnya ialah rakyat Malaysia kerana telah dikelirukan dan tidak mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai isu ini.

17. Memang benar, jika sekali imbas, isu ini pasti nampak meyebelahi Anwar Ibrahim dan rakyat akan marah.

18. Padahal penulis pasti, Anwar Ibrahim sendiri tahu bahawa laporan tersebut tidak bermakna apa-apa pun jika di bawa ke mahkamah.

17. Seperti kata penulis, laporan kesihatan daripada Hospitak Pusrawi tidak valid sama sekali

Untuk rujukan:-

MEDICAL EXAMINATION

General Information

1. All patients should receive a complete head to toe physical examination
2. It is the patient’s right to consent or refuse any aspect of the exam and evidence collection
3. The patient may have a support person (relative, friend, or advocate) present during the exam
4. If suspected or known oral sodomy, it is preferable that the patient does not eat or drink before the exam, but the patient’s comfort should not be compromised to achieve this
· Oral swabs, for example, should be obtained immediately if patient
is thirsty or wishes to rinse mouth
5. Use powder free gloves and change gloves frequently during exam and evidence collection

Examination Technique

Perianal bruising, petechiae, edema, discharge, bleeding, tenderness, abrasions, lacerations, erythema, inflammation, and visible anal laxity

1. Use good light source
2. Use magnification with otoscope, visor, or colposcope
3. Separate anal folds to visualize injuries
4. Digital exam is not indicated, except if concern for foreign body retention
5. Anoscopy is indicated only if there is active rectal bleeding or rectal pain
6. Lubricant should be used for anoscopy. To avoid contamination by lubricant, perform anoscopy only AFTER FORENSIC SWAB COLLECTION
7. Apply Toluidine blue to identify abrasions on skin surface only AFTER FORENSIC SWAB COLLECTION

Categories: Politik Malaysia

Faisal Tehrani , ‘orang itu’ dan parti yang kena tipu !

28,July 2008 1 comment

Alas Nasi Lemak Musalmah Lebar: ‘Siapa Kena Tipu?’

Apakah jenis Pakatan yang ditunjangi oleh sebuah parti multi-rasial? Mak Cik Musalmah Lebar yang selalu diunderestimate itu mengejutkan saya. Kata Mak Cik Musalmah Lebar, “Kau cari The Wall Street Journal Asia yang baru.”

“Fuh, Kak Sal baca AWSJ?”


Mak Cik Musalmah Lebar tersengih, “Beli daripada Kak Kumutha (bukan Kumutha Johor). Aku buat alas nasi lemak hari ni.”

Saya pun mencari dan membaca, khusus tentang bagaimana ‘orang itu’ berjaya menundukkan sebuah parti Islam dan sebuah parti Cina, gam untuk melekatkannya ialah sekularisme. Betul, sekularisme (tak silap sebut pun):

“We took some years to cement this relationship because I don’t want it to be seen purely as a politically expedient exercise,” he says. “We base it on a clear reform agenda. So what we did instead of using labels — Islam, secularism, liberal — we spell out what we want. So in the agenda, for example, we believe in ‘democracy and freedom.’ By this we mean freedom of religion, or worship, freedom of expression, freedom of conscience. Which means all laws to the contrary will have to be rejected.”

Nah, perwakilan parti Islam sekalian; ini mungkin juga menjadi alasan yang baik untuk merombak undang-undang melihat orang cross over agama seperti mana cross over parti digalakkan, merombak undang-undang melihat IFC dihalalkan (saya menulis sebuah buku tentang ini: Tuhan Manusia), juga melihat nama Allah dikongsi (yang mana dalam konteks Malaysia dapat menimbulkan kekeliruan dan masalah), melihat undang-undang untuk membenarkan katakan ‘apa sahaja’ demi memenuhi freedom of religion, or worship, freedom of expression dan freedom of conscience.

Oh tentang Iran, Pakatan yang ditunjangi oleh ‘orang itu’ kelihatannya berbangga mengenai hubungannya dengan Barat dan Amerika. Sehingga pada lapis lainnya, seolah-olah Iran diberi warning bahawa ‘well I know about democracy, and you dont have any’. Seperti yang kita semua tahu, dalam konteks berdepan dengan Barat dan Amerika yang memaksa kita menerima budaya mereka; hanya Iran dan sekutu tertentunya sahaja yang boleh diharap. Klik fail pdf ini untuk lebih memahami.

‘He thinks political change in Malaysia could reverberate outside the country’s borders, setting a “crucial” example for the rest of the Muslim world. But is the rest of the Muslim world ready to hear his message? What about Iran?

“I respect Iran as a nation, with such a great civilization, with great potential,” Mr. Anwar says, evading the question with a grin. But “they know my views on democracy. They know my engagement with the West and with the Americans.

Being pro-American isn’t popular in Malaysia, and Mr. Anwar is careful to stress his distance from Washington. “For example, the occupation of American forces in Iraq. I disagree, I totally disagree. But I don’t treat America as my enemy. And I believe that we would gain immensely by maintaining very good diplomatic and economic relations, trade relations, with America. But it doesn’t mean we must agree with them on many issues, or most issues.”

Oh juga, tok-tok guru tentu seronok dipimpin oleh tokoh yang dapat menjadi jambatan bukan? Jambatan yang dimaksudkan nampaknya ialah kepakaran menghafal lagu-lagu.

Mr. Anwar is unusually suited to bridge East-West divides. A Muslim, “though never typically very religious,” he chuckles, he is a good friend of Saudi Arabia and the U.S. alike — a man who memorized “hundreds of Elvis Presley, Paul Anka and Ricky Nelson tunes” in his youth, but also attended weekend religious classes and, in his 20s, founded the Muslim Youth Movement of Malaysia. He has never been afraid to argue that democracy and Islam are compatible forces — or to make that case to undemocratic Arab regimes.

Very nice, jambatan ini sudah dikultuskan menyamai Nabi dan Ummul Mukminin, jangan tak tahu!

Kata Mak Cik Musalmah Lebar, “Kalau alasan persekongkolan parti kau ini ialah untuk memerintah maka jemputlah masuk parti gabungan akak, memerintahlah puas-puas. Kalau alasan persekongkolan itu untuk menjaga Islam, bila kau baca apa yang dia cakap dalam majalah tu sudah menjadi alasan untuk menarik diri.”

“Entahlah Kak Sal, nak buat macam mana. Orang yang diharapkan pun dah mengkultuskan dia.”

Mak Cik Musalmah Lebar letak kampit beras depan muka pintu. “Kultus tu apa Zal, kaktus?”

Saya senyum pahit. Sangat pahit. Terima kasih Mak Cik Musalmah Lebar kerana berani muqabalah dengan saya untuk menyerahkan ‘alas nasi lemak itu’.

Tetapi saya juga ingin mengingatkan Mak Cik Musalmah Lebar bahawa ditendang oleh Karpal keluar dari Pakatan tidak bermakna PAS akan berguling berpeluk bergomol penuh berahi dengan parti Mak Cik Musalmah Lebar. Kerana semua orang pun tahu jenis apa pula ‘parti romlah’ itu.

Tak percaya, lihatlah keratan akhbar ini (diambil dari sini)

(Sumber walayat Amerika, klik sini)

Categories: 1

Bekas PM Kanada : Pejuang ( kes liwat ) Anwar Ibrahim Yang Halalkan Perkahwinan Gay dan Lesbian

27,July 2008 1 comment

Bekas PM Kanada : Pejuang Anwar Ibrahim Yang Halalkan Perkahwinan Gay dan Lesbian.

Dr Novandri Hasan Basri ( blog asal )

Mereka ialah bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin; Bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Michel Camdessus dan bekas Presiden Bank Dunia, James Wolfensohn.
- Siapakah mereka yang sebenarnya?
- Apakah kenyataan bersama mereka itu layak dipandang serius oleh rakyat dan kerajaan Malaysia?
- Apakah mereka benar-benar faham terhadap situasi dan undang-undang negara yang berdaulat seperti Malaysia?
- Apakah mereka itu hanya merupakan bekas-bekas pemimpin yang tidak lagi mempunyai maruah diri dek perbuatan silam semasa menerajui organisasi masing-masing?
ATAU
- Apakah pengikut-pengikut Anwar Ibrahim dan PKR patut berasa malu apabila Anwar Ibrahim mempunyai kaitan yang erat dengan ketiga-tiga pemimpin itu?
1. Paul Martin
Paul Martin merupakan bekas Perdana Menteri Kanada. (12 December 2003 – 6 February 6 2006) yang jatuh tersungkur dan menanggung malu apabila tiga parti pembangkang bersepakat untuk menjatuhkan beliau menerusi pengundian usul tidak percaya di House of Commons (Dewan Rendah).
Parti Liberal berhaluan tengah-kiri pimpinan Paul Martin ketika itu menghadapi pergolakan politik dan juga dihantui skandal rasuah.
Paul Martin hanya menjawat jawatan Perdana Menteri selama 3 tahun sahaja, satu sejarah baru bagi negara Kanada.
Yang menimbulkan persoalan besar mengenai gesaan beliau supaya Malaysia menghormati hak individu ialah pemahaman Paul Martin sendiri mengenai maksud hak dan konsep moral itu sendiri.
Dalam masa pemerintahan beliau yang singkat itu, Paul Martin telah meluluskan satu akta yang memualkan iaitu Akta Perkahwinan Awam (Civil Marriage Act) atau pun Bill C-38 pada 1 Februari 2005 di House of Commons.
Akta tersebut telah meluluskan perkahwinan sesama jantina kononnya di atas dasar hak asasi manusia!
Maksudnya, Paul Martin telah membenar dan menggalakkan perkahwinan lelaki dengan lelaki (gay) dan perempuan dengan perempuan (lesbian).
Dan Kanada merupakan negara keempat di dalam dunia ini yang membenarkan perkahwinan songsang itu.
Dengan wujudnya Akta yang songsang dan terkutuk ini, negara Malaysia sebagai negara Islam pastinya membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Paul Martin itu.
Dan orang yang menghalalkan perkahwinan songsang itu juga patut dikutuk dengan keras!
Dengan menyetujui akta perkahwinan sesama jantina, kita tentu dapat memahami penerimaan Paul Martin mengenai seks luar tabii yang pada pendapat beliau adalah satu bentuk seks yang lumrah di antara pasangan gay dan lesbian!
Dan untuk pengetahuan pembaca sekalian, encik Michael Hendricks dan encik René Leboeuf merupakan pasangan lelaki (gay) yang pertama berkahwin secara sah di Quebec, Kanada. (rujuk foto)
Tanya diri sendiri, tidakkah ianya satu akta yang memualkan?
Dan Paul Martin pula adalah sahabat baik Anwar Ibrahim yang kini disiasat kerana dituduh meliwat Saiful.

2. James David Wolfensohn

James David Wolfensohn merupakan Presiden Bank Dunia ke sembilan (1995 – 2005). Beliau dilahirkan di Sydney, Australia dan berketurunan Yahudi.
Beliau juga merupakan trustee kepada Rockefeller Foundation , satu sindiket kebajikan di mana pengasas-pengasasnya dikatakan berasal daripada Yahudi keturunan Sephardic ( Yahudi campuran Sepanyol dan Portugis) .
(Foto – Wolfesahn berpelukan dengan John Rockefeller)
Apabila Wolfensohn bersara pada tahun 2005, tempat beliau diganti pula oleh Paul Wolfowitz, seorang lagi sahabat baik Anwar Ibrahim.
Paul Wolfowitz adalah daripada keturunan Yahudi Poland yang dianggap tidak berhak memegang jawatan itu kerana beliau adalah pemimpin neocon – ekstrem berhaluan kanan yang menggubal dasar penguasaan dominasi AS di dunia, tidak langsung berminat memperjuangkan nasib golongan miskin dan juga memainkan peranan penting dalam pencerobohan negara itu ke atas Iraq.
3. Michel Camdessus
Michel Camdessus pula merupakan Pengarah Urusan Dana Kewangan @ International Monetary FundAntarabangsa (IMF) pada tahun 16 Januari 1987 hingga 14 Februari 2000.
IMF di bawah Camdessus pernah menyelar langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia bagi menangani krisis Mata Wang Asia pada tahun 1997. Seperti yang kita ketahui hari ini, Malaysia hampir menerima pakej bantuan IMF yang disarankan oleh Anwar Ibrahim (sahabat Camdessus) tetapi Dr Mahathir telah menolak pakej tersebut.
Oleh kerana tindakan Dr Mahathir itu, Malaysia terselamat, tahap ekonomi negara dapat dikekalkan dan rakyat tidak sengsara seperti di negara-negara jiran. (Dr Novandri : Masaalahnya ialah kerajaan hari ini dan ramai yang sudah terlupa jasa Dr Mahathir!)
Dan apabila Dr. Horst Koehler menganti IMF pada tahun 2000, beliau berkata: “Mahathir betul… prestasi ekonomi sejak krisis itu menunjukkan dia betul.”
Camdessus juga pernah campurtangan di dalam hal-ehwal negara Malaysia apabila beliau mencadangkan supaya kerajaan Malaysia menilai semula polisi kawalan harga ke atas petrol dan barangan keperluan asas termasuk beras, tepung, susu dan gula.
Cadangan ini dikritik dengan keras oleh pihak Malaysia kerana ia bermakna tiada lagi subsidi kerajaan ke atas barangan itu dan kemungkinan harga barang kawalan akan naik mendadak jika harganya ditentukan oleh kuasa pasaran.
Kesimpulannya, jika berdasarkan kepada matlumat-matlumat di atas, kita perlu berhati-hati. Sahabat-sahabat Anwar Ibrahim mempunyai personaliti dan motif yang amat mencurigakan.
Kita tanyakan kepada diri sendiri, apakah motif dan kaitan di antara Anwar Ibrahim dengan Paul Martin, pejuang kahwin sesama jenis, James David Wolfensohn, keturunan Yahudi dan Michel Camdessus, bekas ketua IMF yang hampir meranapkan Malaysia pada 1997?
Apakah kenyataan bersama ketiga-tiga pemimpin itu hanya merupakan satu kebetulan?
Atau ianya merupakan satu komplot terancang satu organisasi besar dunia yang memperalatkan Anwar Ibrahim?
Kepada rakyat dan pengikut-pengikut Anwar Ibrahim, sedarlah dengan segera.
Categories: Pendapat

Anwar ‘telanjangkan’ diri sendiri @ ‘berani mati’ ?

Biasanya susah kita hendak membaca kisah ‘lama’ Abang Anwar dan hubungan rapat dengan Amerika di blog blog anti Anwar dan Pakatan Rakyat. Meskipun di’auta’ kan dan dipusing pusing lebih dari keling, namun Azmin sahaja yang menyentuh tentang isu tersebut dengan memuji kehebatan Anwar berkenaan hubungannya dengan Amerika dengan mengaitkannya dengan kepimpinan Anwar peringkat antarabangsa yang patut dibanggakan oleh kita. Dan se.mpat juga dihina pemimpin negara kerana ‘tiada’ talian akrab tersebut yang hanya dimiliki Anwar ; seorang bekas TPM Malaysia yang dipenjara kerana salah guna kuasa dan liwat

Sepatutnya bukan masalah bangga tetapi masalah curiga dengan keakraban tersebut. Maklumat lanjut tidak perlulah saya jelaskan kerana dengan satu klik di sini sahaja anda dapat membaca semua maklumat berkenaannya dengan mudah dan bersahaja..

Baca bagaimana ‘taktik’ mendedahkan diri sebelum ‘didedahkan’ oleh Masterdedah Blogger Barisan Hadapan Negara dengan menceritakan kisah lama beliau.Tentu ini ekoran serangan hebat blogger pejuang Alif Ba Ta terhadap kredibilit dan mentaliti Anwar dari dulu hingga kini. Yang boleh membahayakan ‘nyawa’ politik beliau yang digambarkan ‘sangat dekat’ sekarangan ini dengan ‘tangga’ Putra Jaya.

Baca sendiri ‘pendedahan berani mati’ Anwar Ibrahim terhadap dirinya sendiri yang ‘diniatkan’ – pada pandangan saya – bagi meningkatkan lagi kredibilit beliau di pandangan rakyat walhal rakyat sudah meluat dengan kes liwat dan juga ke’lewatan’ Anwar memberi pendirian berhubung isu isu sensasi lagi hangat tmelibatkan Pakatan Rakyat.

Seperti komen Ezam dan juga Saiful yang ‘dibiarkan angin lalu’ tanpa ada sebarang komentar bernas lagi berapi dari pihaknya.

klik sini jika ingin melihat sendiri artikel asal di bawah

25 Jul

Keyakinan Masyarakat Antarabangsa

NEW YORK, July 24, 2008

As many of those who have had the privilege to work with him or under his leadership in international institutions, we have heard with deep concern the charges filed against the honorable Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim, in spite of the fact that similar unsubstantiated charges filed ten years ago against him were overturned by the Supreme Court.

We would like, in such circumstances, to reiterate our full confidence in his moral integrity, as a man who has demonstrated, in the discharge of his national and international responsibilities, the highest ethical standards of leadership, fighting for international

We want also to express our confidence that whatever the present political circumstances, the Government of Malaysia will exert a particular restraint in the handling of this case and will demonstrate, by dropping the charges introduced against Dr. Anwar Ibrahim, an exemplary sense of respect for the rights of the individual which are so important to the international standing of
Malaysia.

Signed by,

– Paul Martin, Former Prime Minister of Canada and former Chairman of the G20

– Michel Camdessus, Former Managing Director and Chairman of the Board of the International Monetary Fund

– James Wolfensohn, Former President of the World Bank

NEW YORK, 14hb Julai 2008.

Kami yang pernah berpeluang berkhidmat bersama dan di bawah kepimpinan beliau di institusi antarabangsa, mendengar dengan penuh kebimbangan berhubung pertuduhan yang dihadapkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun pertuduhan yang sama dan tidak berasas yang dihadapkan ke atas beliau 10 tahun dulu telah pun ditolak oleh mahkamah tertinggi negara Malaysia.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan sekali lagi keyakinan kami terhadap integriti moral beliau, dalam menunaikan tanggungjawabnya terhadap negara dan masyarakat antarabangsa, beliau mengamalkan piawaan tertinggi dalam kepimpinan, sentiasa menekankan keadilan, keamanan dan pembangunan sejagat.

Kami juga ingin menyatakan keyakinan kami bahawa apa pun keadaan politik semasa, Kerajaan Malaysia tidak akan bertindak untuk mencampuri urusan kes ini, malah akan menggugurkan dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai satu contoh bahawa kerajaan ini menghormati hak individu. Ini amat penting buat Malaysia di mata antarabangsa.

Ditandatangani oleh:

—Paul Martin, Mantan Perdana Menteri Kanada and bekas Pengurusi G20

—Michel Camdessus, Bekas Pengarah Urusan dan Pengurusi Lembaga Tabung Kewangan Antarabangsa.

—James Wolfensohn, Mantan Presiden Bank Dunia.

Tambahan dari saya :

Tabung Kewangan Antarabangsa ialah IMF = Along Ceti Antarabangsa Yahudi

Categories: 1

Akhirnya Nik Aziz mengalah dengan syarat : guna nama Muqabalah

Mursyidul Am PAS vs Presiden PAS / Majlis Syura… Siapa menang ? tentu Presiden PAS dan Majlis Syura yang menang.

Nik Aziz tidak duduk di Kuala Lumpur. Hariannya di Kelantan dan pandangannya di Kelantan. Siapa boleh beri jaminan Nik Aziz membelek internet isu isu di blog berkenaan ‘kurang ajar’ DAP dan PKR berkenaan isu isu ketuanan Islam Melayu ?

Husam ? siapa dia Husam Musa ini?

Dia dinasihati oleh Syed Azidi Syed Azlan Al Bukhary. Seorang yang kenal Maya Karin dan mungkin usaha membawa ‘pontianak moden’ itu diatur Sheih Azidi siapa tahu ?

Cuma, keterbukaan PAS ini semakin bahaya. Kerana atas slogan PAS for ALL , PAS ingin menjadikan sokongan berbagai kaum dengan ‘ mengenepikan’ perkataan yang menakutkan bukan Islam.

Seperti Negara Islam, hudud, dan sebagainya.

Cuma keterbukaan ini membahayakan PAS sendiri kerana PAS turut terlibat dengan Pakatan Rakyat yang mana telah mendapat kemenangan yang besar di 5 buah negeri terkaya di Malaysia.

Adakah PAS tidak sedar ? Adakah Nik Aziz seorang sahaja yang tidak sedar ?

Keuntungan jika PAS bergabung dengan UMNO ialah ‘penyingkiran terhormat’ PKR yakni Anwar Ibrahim dari mendominasi Pakatan Rakyat.

Jika tindakan ini menyebabkan MCA dan MIC bergabung dengan PKR nescaya ia akan membuka ruang kerjasama dengan PAS dan UMNO serta MP Melayu Islam yang lain bagi pembentukan kerajaan yang benar benar berasaskan Melayu Islam.

Ini titik permulaan atau turning point yang penting kerana ia memudahkan usaha memartabatkan setinggi yang mungkin Islam di Malaysia tanpa ada halangan atau tekanan lagi dari mana mana ‘ parti kafir harbi’ yang menjadi batu penghalang kepada usaha menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Jika peluang ini disia siakan tentu PAS tidak akan mendapat lagi peluang seperti ini.

Categories: 1

Majlis Syura Ulama PAS restu sebelum pertemuan pertama denga Perdana Menteri !

Majlis Syura Pas restui muzakarah ( Utusan Malaysia )

KUALA LUMPUR 21 Julai – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menegaskan, usaha Pas mengadakan muzakarah dengan UMNO demi perpaduan umat Islam di negara ini telah mendapat restu Majlis Syura Ulama parti itu.

Beliau berkata, restu itu diberikan sebelum pertemuan pertama antara Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut beliau, pertemuan pertama antara kedua-dua pihak itu diadakan sejurus Pilihan Raya Umum Ke-12.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Abdul Hadi memberitahu, hasil pertemuan itu juga telah dilaporkan kepada Jawatankuasa Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama Pas.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Pas memenangi 23 daripada 66 kerusi Parlimen yang ditandingi calon-calon parti itu.

Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), Pas memperoleh 83 kerusi.

“Pas tidak menafikan ada pertemuan antara pucuk pimpinan tertinggi Pas dengan Abdullah bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

“Berikutan itu Majlis Syura Ulama Pas telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung Pas mempertingkatkan kesungguhan dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam,’’ kata Abdul Hadi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai reaksi Presiden Pas itu terhadap pendedahan Abdullah yang juga Presiden UMNO bahawa muzakarah UMNO dan Pas telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keagamaan dan orang Melayu.

Perdana Menteri berkata, UMNO ikhlas dalam menjayakan pertemuan dengan Pas demi perpaduan Melayu dan kepentingan masa depan umat Islam.

Bagaimanapun, Abdul Hadi menjelaskan, pertemuan Abdullah dengan pemimpin peringkat tinggi Pas itu tidak disertai oleh Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut beliau, susulan daripada pertemuan pertama itu, satu lagi perbincangan telah diadakan di bangunan Parlimen antara pucuk pimpinan Pas dengan Abdullah.

Pertemuan di bangunan Parlimen itu hanya membabitkan Timbalan Presiden Pas dan Perdana Menteri.

“Pertemuan ini juga telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulama,’’ ujarnya.

Categories: 1

PAS akui temui Perdana Menteri ! Harakah Daily

PAS mengakui bertemu Perdana Menteri

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sun | Jul 20, 08 | 11:57:32 pm MYT
PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam,YB Hj Abd Khalid Samad.

Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak.

PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia. – mr/mks.

20 Julai 2008,
Presiden,
Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Categories: 1

Islam Dipijak-pijak, Pas di Mana? – Pemuda Enggang

Oleh : Blog Pemuda Enggang ( klik sini )   dari pembangkang selangor.

Jika dahulu sambutan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) diumumkan dengan projek babi mega, hari ini pembinaan surau pun sudah mula dipertikaikan oleh wakil rakyat bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Kejadian Ahli Parlimen Kelana Jaya dari PKR ditampar oleh pembantu ADUN Seri Setia (PKR), semalam, kerana mempertikaikan pembinaan surau hanya mencerminkan sikap biadap wakil rakyat bukan Islam dalamPakatan Rakyat. Jika ia membabitkan Barisan Nasional pasti Pas sudah berceramah ke serata negara mengatakan Islam sedang dihina oleh BN dan UMNO.

Sebaliknya perisitiwa ini disenyapkan oleh laman utama Pas, Harakahdaily mahu pun laman-laman pro Pas yang lain. Mengapa? Inilah padahnya bila Islam dijual beli dengan kuasa.

Umum sudah mengetahui bahawa di sebalik adanya Parti Islam se-Malaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat, kedudukan Islam bukan sahaja tidak seperti dahulu, malah kian terpinggir hari ini.

Hari ini keputusan-keputusan kerajaan negeri dan PBT tidak lagi mengambil kira kedudukan agama slam sebagai agama rasmi persekutuan dan negeri Selangor.

Pas tidak berbuat apa-apa apabila EXCO dari DAP dan PKR mengumumkan bahawa rumah-rumah ibadat bukan Islam bebas dibina walau sebesar mana sekali pun. Justeru jika esok yang menjadi mercu tanda negeri bukan lagi masjid tetapi gereja, janganlah dikeluh kesah lagi. Dulu untuk membina gereja di Shah Alam pun dibantah oleh Pas, hari ini kerana kuasa segalanya sudah berubah.

Pas juga langsung tidak melenting apabila EXCO Kanan kerajaan Negeri, Teressa Kok membantu kempen mengutip tandatangan bagi mendesak suara azan diperlahankan atau tidak lagi boleh dilaungkan menggunakan pembesar suara.

Malahan Ahli Parlimen Shah Alam (Pas), Khalid Samad sanggup berucap dalam gereja di Shah Alam dan mengumumkan persetujuan Pas membenarkan risalah agama kristian dalam bahasa Melayu menggunakan nama Allah sebagai ganti nama tuhan.

Jika dahulu, Dr. Mohamad Khir Toyo dikutuk dan dikeji oleh Pas kerana masih membenarkan pusat hiburan wujud dalam keadaan terkawal, hari ini Pas bukan sahaja tidak menutup walau satu pun pusat hiburan seperti yang mereka laung-laungkan dalam ceramah sebelum ini, malah jumlah pusat-pusat hiburan dan rumah urut kian bertambah di Selangor.

Mungkin inilah konsep kesamarataan mengikut citarasa pemimpin Pas. Apa yang dulu mereka tentang untuk menjatuhkan UMNO, hari ini mereka sokong dan agungkan demi kuasa.

Categories: Pendapat Tags: ,

TRANSKRIP DEBAT SHABERY VS ANWAR 15 JULAI 2008

TRANSKRIP DEBAT SHABERY VS ANWAR

DEBAT

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK
MENTERI PENERANGAN MALAYSIA
&
Y.BHG DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
PENASIHAT PARTI KEADILAN RAKYAT

TAJUK

HARI INI BENTUK KERAJAAN, ESOK TURUN HARGA MINYAK

PERANTARA: Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Debat AgendaDaily ini membawa tajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, dua orang tokoh kami bawa khas untuk mendebatkannya. Debat ini mengambil masa sejam dan disiarkan secara langsung ke seluruh Negara.

Format debat ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Masing-masing juga telah menamakan seorang wakil yang bertindak sebagai ahli panel. Mereka akan menanyakan soalan kepada pendebat yang mencalonkan mereka selain soalan kepada pendebat yang seorang lagi. Jumlah soalan bergantung kepada keadaan masa. Saya sendiri akan menanyakan soalan kepada kedua-dua pendebat ini. Supaya berlaku adil, soalan yang sama akan ditanya kepada kedua-dua orang. Kedua-dua pendebat juga akan diberi peluang untuk bertanya satu sama lain.

Untuk pemula bicara atau opening statement setiap tokoh akan diberikan masa 4 minit. Loceng akan dibunyikan selepas 3 setengah minit. Setiap soalan lain mesti dijawab dalam masa kurang dari 3 minit atau loceng akan dibunyikan sebagai tanda peringatan. Setiap pendebat akan membuat penggulungan selama 3 minit.

Saudara penonton yang saya hormati sekalian, tugas saya hanyalah sebagai perantara. Maka itu, saya memohon kepada kedua-dua tokoh ini untuk mendebatkan isu ini secara terbuka, profesional dan beretika. Tanpa ragu-ragu, saya akan menegur mana-mana pihak ataupun pendebat yang menyimpang dari tajuk atau yang mengemukakan soal-soal yang tidak relevan dengan apa yang sepatutnya dibahaskan.

Dengan penuh hormat, saya ingin memperkenalkan kedua-dua tokoh pendebat kita malam ini. Di atas pentas itu, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia dan di sebelah beliau ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat atau PKR. Dua orang tokoh yang menjadi wakil pendebat ialah di sebelah kanan saya, Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dan Presiden Persatuan Universiti Malaysia dan di sebelah kiri saya, bagi pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Saudara Zulkifli Sulong dari Akhbar Siasah.

Saya mulakan debat AgendaDaily bertajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’ dengan mempersilakan Dato’ Seri Anwar untuk membuat opening statement selama 4 minit. Dipersilakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Johan dan AgendaDaily atas kesempatan ini. Dan penghargaan khusus kepada Dato’ Ahmad Shabery kerana memberikan ruang yang julung-julung kali diadakan.

Saya menerima pelawaan ini dengan senang hati untuk membuka wacana yang bebas dan segar. Walaupun pada peringkat awal saya memilih untuk berdebat dengan Perdana Menteri atau Timbalan, tetapi saya terima baik kerana saya nak menggunakan kesempatan ini untuk menjelaskan, kalau kesempatan Pakatan Rakyat memerintah hari ini, esok harga minyak tetap turun.

Saya cadangkan, berdasarkan perkiraan kekuatan makro ekonomi negara kita, pertumbuhan dan potensinya, penyusunan dan pengurusan pemerintahan yang lebih cekap dan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan jumlah yang kita fikirkan untuk diturunkan dalam kadar segera sebagai langkah awal ialah 50 sen.

Maknanya mulai esok seandainya kita memerintah malam ini, harga minyak ialah RM2.20. Saya pertahankan hujah ini kerana beban rakyat itu sudah tidak terkawal. Petani, nelayan, pekerja, peniaga peringkat menengah dan atasan itu mengalami satu keperitan yang luar biasa. Ini jarang sekali berlaku dalam sejarah Negara kita.

Kenaikan mendadak yang cukup membebankan orang-orang yang majoritinya Melayu lebih banyak menerima kesan. Semua perbicaraan tentang menyelamatkan orang Melayu dan membela nasib orang Melayu itu hanya omongan. Tetapi kenyataannya keperitan itu menimpa orang Melayu, termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak.

Bagaimana boleh dapat saya kumpulkan RM5 bilion ini? Saya akan jelaskan dan memperincikan berikutnya. Iaitu TNB sekarang umpamanya mempunyai standby capacity yang berlebihan. Reserve 40%, di antara paling tinggi di dunia. Siapa yang untung? IPP – Jana Kuasa Bebas. Untungnya sudah berbilion ringgit, ada lagi kapasiti yang begitu besar.

Mengapa kita harus berikan? PETRONAS rugi, TNB rugi… yang untung IPP. Dan kapasiti 40% itu saya usulkan untuk dikurangkan standby capacity itu kepada 20%. Dengan mengurangkan kapasiti itu sahaja kita telah mendapat RM2 bilion. Jadi kita kena cari RM3 bilion lagi. PETRONAS hari ini dalam financial announcement menyebut jumlah keuntungan yang besar bagi tahun 2008 yang baru selesai diumumkan hampir RM100 bilion.

Jangan kita bicara soal naik harga minyak. Naik harga minyak di pasaran dunia bermakna pendapatan dan dana Kerajaan bertambah …. meningkat besar. Jadi kalau kita mempunyai keuntungan begitu besar, sebahagiannya untuk PETRONAS dan saya tidak ganggu PETRONAS kerana PETRONAS mempunyai rekod yang cemerlang dan pengurusannya membanggakan. Masalahnya ialah manakala campur tangan politik, pengurusan politik yang sangat lemah membebankan negara.

Jadi oleh yang demikian, saya mengusulkan sebagai langkah awal kita turunkan 50 sen mulai esok. Walaupun sekarang Barisan Nasional memerintah, bermakna ini tidak mungkin. Tetapi kita turunkan 50 sen esok, Insya Allah dan saya akan jelaskan dalam masa yang diberikan nanti bagaimana kita boleh cari RM3 bilion. RM3 bilion ini untuk dana meringankan beban rakyat itu tidak terlalu besar.

Kerugian dan tanggungan PERWAJA sahaja RM13 bilion yang boleh ditampung oleh Kerajaan. Mengapakah harus kita menjadikan isu terlalu besar apabila RM3 bilion itu ingin diagihkan kepada rakyat jelata.

PERANTARA: Terima kasih Dato’ Seri Anwar. Saya mempersilakan YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Assalamualaikum w.b.t. Saya menerima jemputan AgendaDaily untuk berdebat malam ini atas kesedaran bahawa adalah tanggung jawab saya sebagai orang yang dipilih oleh rakyat dan juga seorang Menteri yang dipilih melalui proses yang sah. Dan saya bertanggung jawab untuk menyatakan bahawa apa-apa tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan, inilah cara yang terbaik untuk masa depan negara kita dan masa depan rakyat. Bukan pendekatan populis yang sering dilakukan dalam banyak negara yang tidak semestinya negara itu berakhir dengan keadaan ekonomi yang lebih baik kepada masyarakatnya.

Perlu saya jelaskan di sini bahawa kalaulah dikatakan pada hari ini 50 sen hendak diturunkan, sebenarnya ucapan ini saya dah dengar sebelum pilihan raya yang lepas. Jadi bermakna dia mesti bercakap pada harga sebelum pilihan raya iaitu pada harga RM1.92.

Tentangannya ialah menentang kadar kenaikan harga yang baru-baru ini. Kalau kita teruskan pada harga RM1.92, ini bermakna subsidi yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan ialah sebanyak RM50 bilion. Dan ini bermakna banyak program-program pembangunan, soal sekolah, soal rakyat, soal jalan, soal orang di FELDA, soal orang di kampung tidak dapat dilaksanakan hanya untuk menampung cara hidup yang berterusan yang ada pada hari ini.

Perlu saya jelaskan juga bahawa, kita perlu tahu bahawa kenaikan harga minyak sekarang ini bukanlah kerana kita. Kita mesti sedari hakikat bahawa kita berhadapan dengan krisis minyak seluruh dunia. Harga minyak naik bukan Kerajaan yang salah tetapi ini adalah kerana keadaan kenaikan harga minyak dunia disebabkan perang di Iraq, kemungkinan serangan di Iran, tentang permintaan China dan India yang semakin besar dan faktor-faktor lain yang dirasakan di seluruh dunia.

Dalam sejarah Negara kita, harga minyak dunia ataupun krisis minyak ini bukan kali yang pertama. Kali yang pertama ialah dalam tahun 1973 dan 1974. Pada waktu itu selepas perang Yunkipur atau Perang Ramadhan pada ketika itu, di mana orang-orang Arab – negara-negara Arab berpakat untuk mengenakan tindakan embargo minyak kepada negara-negara yang menyokong Israel pada waktu itu. Pada masa yang sama ia memberhentikan atau mengurangkan pengeluaran minyaknya.

Waktu itu juga, seluruh dunia menghadapi masalah inflasi yang teruk. Harga minyak naik mendadak 400% daripada 10 dolar setong hingga 40 dolar setong dalam masa 6 bulan. Memberikan kesan inflasi yang cukup teruk termasuk dalam Negara kita pada waktu itu. Tetapi saya ingat pada waktu itulah pentingnya, tahun 1974 ialah zaman Tun Razak.

Tun Razak menubuhkan PETRONAS pada waktu itu. Menubuhkan PETRONAS dalam keadaan yang tertekan kerana dunia luar menekan kita jangan ambil hak yang telah diberikan kepada SHELL pada waktu itu. SHELL telah diberikan oleh British sebelum meninggalkan negara kita. Kita tubuh PETRONAS pada waktu itu dan ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Sebab itulah pada waktu itu seluruh rakyat bersatu menyokong Tun Razak. Pada waktu itu polls khas menyokong Tun Razak. Pada waktu itu juga banyak parti-parti lain menyokong Tun Razak. Saya ingat pada waktu itu Saudara Anwar memilih untuk memalukan Tun Razak, berarak di jalan raya mengajak mahasiswa dan sebagainya.

Seperti dulu dan seperti hari ini, rakyat memang sempit tetapi saya melihat sama seperti dulu, Saudara Anwar suka mengambil kesempatan daripada kesempitan rakyat. Sebab itulah kita katakan bahawa, memberikan minyak yang murah bukan penyelesaiannya. Banyak negara ……. terima kasih.

PERANTARA: Terima kasih Dato Seri dan terima kasih Dato’. Kita masuk kepada pusingan yang kedua. Ini merupakan soalan saya yang saya tujukan kepada kedua-dua tokoh ini. Soalan saya ialah, pada masa ini PETRONAS hanya menguasai kira-kira 40% pasaran runcit petroleum. Sekiranya subsidi yang besar diberikan, maknanya Kerajaan juga harus menanggung subsidi untuk beberapa syarikat minyak raksasa yang ada di negara ini termasuk EXXON Mobil dan SHELL. Apa komen pendebat? Saya mulakan dengan Dato’ Ahmad Shabery Cheek.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Kita mesti mengakui bahawa kaedah subsidi adalah kaedah yang tidak boleh bertahan lama. Banyak subsidi ertinya kita mesti mengakui akan memberi kesan pertumbuhan ekonomi yang sebenarnya.

Kalau kita terus memberi subsidi yang banyak, kita akan mewujudkan satu keadaan bahawa wang Negara yang sepatutnya dilaburkan untuk kepentingan rakyat, untuk sekolah, untuk hospital dan sebagainya terpaksa digunakan hanya untuk menampung subsidi minyak yang sebahagiannya akan digunakan oleh orang-orang yang sudah kaya, yang sudah mempunyai kenderaan yang besar termasuk orang-orang dari luar negara. S

ebab itulah kita katakan di sini bahawa kalau kita terus memberi subsidi sebagaimana yang disebutkan tadi, ada syarikat-syarikat seperti EXXON Mobil, seperti SHELL dan sebagainya yang turut mendapat faedah daripada wang rakyat. Dalam soal ini, kenapa tidak kita berikan wang tersebut terus kepada rakyat dan ini yang dibuat oleh kebanyakan negara-negara maju yang lain.

Kalau disebutkan tadi kerana pengurusan yang tidak cekap, kerana ada rasuah dan sebagainya. Kita tanya Norway, Finland, tanya negara-negara maju yang lain yang dikatakan paling kurang rasuah, mereka juga tidak subsidi dan mereka telah menunjukkan prestasi ekonomi yang lebih baik dan Malaysia juga harus menuju ke arah itu.

PERANTARA : Dato’ Seri Anwar.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Debat ini masalah minyak, bukan Anwar dan Shabery. Oleh yang demikian, saya tidak memilih untuk menyentuh beliau walaupun beliau tokoh Semangat 46 dahulu. Itu tak apa.

Soalnya saudara, kita nak banding dengan Norway, pendapatan per kapita Norway 10 kali lebih daripada Malaysia. Kita bicara soal harga minyak ini, keperitan rakyat, petani, nelayan dan pekerja yang miskin. Jadi kalau kita nak bandingkan dengan kedudukan negara industri yang capai tahap yang baik, ini agak sukar. Nisbah dan basis perbandingan itu meleset sama sekali.

Saudara, soal minyak, soal bantuan, meredakan keperitan rakyat ini tanggung jawab mana-mana pemerintah. Lebih ramai orang miskin, lebih rakyat terpinggir, baik Melayu atau bumiputera Sabah, Sarawak atau segelintir Cina dan masyarakat India di estet, itu tanggung jawab kita. Soalnya, menaikkan kadar minyak dengan mendadak begini, cukup membebankan. Dan kalau pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sampai hari ini tidak sedar, saya fikir masa depan parti itu tidak begitu cemerlang lagi. Orang tidak akan yakin.

Saudara, ini realitinya. Saudara tahu, berapa ramai jumlah pengangguran? Itu akan saya sentuh. Sebab itu prinsip subsidi, bila nak tolong orang miskin, subsidi. Bagaimana tentang prasarana infrastruktur, berpuluh bilion ringgit yang disediakan untuk pedagang-pedagang untuk industri? Untuk pelabuhan? Bukankah itu bentuk subsidi?

Prasarana disediakan dengan jumlah yang besar, kita sebut insentif. Tolong rakyat miskin dengan subsidi minyak kita panggil subsidi. Jumlah nak tampung kerugian PERWAJA saya sebut tadi, dan MAS dan pelbagai bail-out , kita sebut bail-out, bantuan menyelamatkan ekonomi. Nak bantu nelayan, petani dan Melayu miskin namanya subsidi. Dan subsidi itu namanya cukup negatif dan busuk sekali. Saya tidak setuju.

Saya anggap tanggung jawab kita dalam mana-mana negara. Kita ada dana. Keuntungan PETRONAS, tak sentuh bahan sektor yang diperoleh daripada PETRONAS, itu perlu untuk pelaburan dan sebagainya. Ini soal dana yang besar yang diperoleh oleh Kerajaan. Memang betul untuk sekolah, tapi kalau kita ambil berbilion dari rakyat kemudian kita tingkatkan bangunkan sekolah, tanggung jawab dan boleh kita sentuh dalam round kedua. Insya Allah.

PERANTARA: Baik, terima kasih Dato’ Seri Anwar. Demikian saudara penonton sekalian, berakhirnya segmen pertama debat AgendaDaily ini. Kita akan bertemu lagi selepas pesanan iklan ringkas ini. Jangan ke mana-mana

PERANTARA: Saudara penonton yang saya hormati sekalian, kita sedang mengikuti Debat AgendaDaily mempertemukan YB Dato’ Shabery Cheek dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang membawa judul ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Kita sampai pada pusingan ketiga sekarang, saya mempersilakan wakil Dato’ Ahmad Shabery bertanyakan soalan kepada Dato’ Seri Anwar. Silakan Tan Sri.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Terima kasih Pengerusi. Sebelum saya mengemukakan soalan yang terbuka, saya ingin terlebih dahulu mendapatkan komitmen yang diucapkan oleh Dato’ Seri tadi, iaitu premis kepada cadangan apabila memerintah hari ini besok harga minyak akan turun 50 sen, bukan kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak, ya atau tidak?

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM:
Ya, Malaysia ialah negara pengeksport minyak.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Kerana Malaysia negara pengeksport minyak, itu sebabnya cadangan ini dikemukakan?

DATO’ SERI ANWAR: Ya.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Jadi apabila cadangan ini dikemukakan sedangkan dalam hujah telah menyentuh perkara-perkara lain yang bukan berkaitan dengan minyak iaitu yang berkaitan dengan IPP dan sebagainya. Jadi saya merasai …..

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: IPP itu ada hubungan minyak dengan gas.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Premis itu sudah bercampur-campur, jadi saya suka menyebut beberapa angka iaitu hasil ataupun revenue daripada minyak. Mengikut laporan tahunan yang telah diumumkan ialah RM223 bilion.

Dan daripada RM223 bilion ini yang merupakan hasil daripada minyak yang dikorek daripada Malaysia ialah 26% iaitu RM56 bilion, sedangkan PETRONAS telah mengembalikan wang sebanyak RM63 bilion, bermakna melebihi daripada duit minyak yang diperoleh daripada urus niaga minyak Malaysia sebanyak RM5 bilion lebih.

Jadi dengan demikian, seolah-olah apabila wang ini dilaburkan semula untuk perkembangan ekonomi, dan apabila Dato’ Seri memerintah hari ini, besok akan menurunkan harga minyak, Seolah-olah Dato’ Seri seumpama seorang anak yang telah kematian bapa akan membahagi-bahagikan harta ini yang telah dikumpulkan hasil keringat orang terdahulu, untuk mendapatkan keseronokan di kalangan kawan-kawan bahawa Dato’ Seri adalah pemimpin yang baik.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Terima kasih. Terima kasih atas ucapan pengulas. Saya fikir dia nak tanya soalan. Tapi mungkin kaunseling punya pengaruh.

Basic, pengetahuan basic bila kita sebut industri petroleum itu, termasuk minyak dan gas. Patut dapat taklimat awal. Tapi kalau yang disebut oleh PETRONAS ini, keuntungan besar dari pelaburan PETRONAS dan PETRONAS ini walaupun termasuk dalam di antara 100 syarikat minyak terbaik, tapi dari segi keuntungan termasuk di antara yang ke 10 terbaik.

Dan keuntungan ini ialah kerana operasi kebanyakannya itu dalam negara dan sebahagian kecil di luar. Dan dalam polisi kita tentunya kita menggalakkan PETRONAS untuk terus melabur sebahagian pendapatannya. Sebab itu kita tidak menyentuh dana yang diperoleh oleh PETRONAS. Kita nak menyentuh dana yang dipulangkan kepada Kerajaan kerana PETRONAS ini milik dan khazanah Negara. Berhak untuk rakyat, anak ni maknanya anak kita semua, itu hak mereka.

Jadi sebenarnya soal nak menyatakan pendekatan populis atau tidak, ya. Kita dalam pemerintahan ini nak jaga siapa? Nak jaga tauke besar dan kroni? Atau nak jaga rakyat? Kita jaga semua. Jadi oleh yang demikian, saya tekankan jumlah yang kita sebutkan 50 sen itu bukan jumlah yang keterlaluan. 50 sen turun, langkah awal.

Memang Dato’ Shabery, dia menyentuh … memang saya janji lebih, memang itu saya sebut itu langkah awal. Sebab apa saya nak menyebut langkah awal, sebab kekacauan, kemusnahan ekonomi, kerosakan akibat kenaikan mendadak keterlaluan, kerana naik begitu mendadak keterlaluan, tidak ada yang sokong, yang sokong hanya Ahli Parlimen Barisan Nasional. Kerana naik keterlaluan, kita terpaksa menurunkan ikut peringkat. Saya mengambil satu pendekatan bertanggung jawab, kalau benar populis saya umumkan saja, kita turunkan RM1 atau RM1.50, apa salahnya. Tetapi saya terpaksa mempertahankan dengan hujah dengan angka RM2 bilion selamat dari…… saya sambung kemudian.

PERANTARA: Saya mempersilakan Saudara Zulkifli Sulong untuk bertanyakan soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery.

SAUDARA ZULKIFLI SULONG: Assalamualaikum Dato’ Ahmad Shabery. Pada tahun 2006 lalu, Kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen. Hasilnya Kerajaan telah dapat jimat kira-kira RM4.3 bilion dahulu. Kerajaan berjanji ia akan digunakan untuk pengangkutan awam. Mengikut jawapan di Parlimen baru-baru ini, Kerajaan baru belanjakan RM834.72 juta sahaja, untuk prasarana pengangkutan awam sejak dari tarikh itu.

Kenapa perkara ini berlaku? Kerana dengan kenaikan ini pula, Kerajaan boleh jimatkan RM13 bilion. Jika RM4.3 bilion yang kita jimatkan dahulu itu sukar untuk dibelanjakan, sehingga kini tidak dapat nampak hasilnya tentang pengangkutan awam yang dijanjikan. Apakah yang akan berlaku dengan penjimatan yang agak besar yang akan kita hapuskan?

DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Terima kasih Saudara Zul. Sebenarnya Saudara mungkin tidak ikut perkembangan harga minyak agaknya. Pada waktu itu 70 dolar, sekarang 140 dolar. Senanglah nak cakap turun, siapa pun boleh, kalau tak memerintah. Saya duduk pembangkang mudah hendak cakap. Bagi free pun boleh.

Tetapi kita mesti bertanggung jawab dalam soal ini. Kita tengok dalam dunia sekarang ini pun, pertamanya kita perhatikan, dalam dunia sekarang ini, semua negara yang murah harga minyaknya, Venezuela paling murah, 10 sen sahaja. Saya baru ke sana minggu lepas. Tetapi inflasinya berapa? 30%, yang terburuk dalam negara Latin Amerika. Iran inflasinya yang ke 8 terburuk dalam dunia sekarang. Itu negara yang murah.

Kerana dalam masa yang sama kita kena ingat, bahawa harga minyak bukan sekadar menyebabkan harga minyak sahaja naik, tetapi bukan sahaja harga barang, tetapi termasuk krisis makanan.

Sekarang ini kalau kita tengok, negara kita mampu untuk mengatasi krisis makanan sekarang ini malahan kalau kita tengok beras kita lebih murah daripada beras Thailand. Ini antara bukti kemampuan kita mengatasi makanan. Sebab itulah kita katakan bahawa ianya hanya dapat diimbangi dengan cara sistem subsidi yang betul dan kita tidak perlu berarak di jalan raya.

Alhamdulillahlah kita dapat bersama hari ini, tidak berarak di jalan raya atau pun buat konsert yang tidak senonoh seperti baru-baru ini. Kita dapat berbincang dengan yang baik dalam keadaan sekarang ini.

PERANTARA: Sekarang saya akan minta supaya Saudara Zul menanyakan soalan kepada Dato’ Seri Anwar, silakan.

SAUDARA ZULKIFLI SULONG: Dato’ Seri, bercakap soal minyak ini, ia adalah harta masa depan kita. Seingat saya semasa Dato’ Seri menjadi Menteri Kewangan dahulu, Dato’ Seri pernah menubuhkan Tabung Warisan. Dan apa sebenarnya dalam pemikiran Dato’ Seri ketika itu, jika kita kaitkan dengan isu minyak yang juga harta rakyat masa depan sekarang ini?

PERANTARA : Silakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Dua Kumpulan Wang Amanah yang penting ialah Kumpulan Amanah Pencen dan Negara yang melibatkan kepentingan heritage. Kerana pada masa itu kita ada belanjawan lebihan, tidak macam sekarang deposit teruk. Masa itu kalau belanjawan lebihan, kita kumpulkan supaya kita simpan sebahagian daripada dana yang diberikan PETRONAS dan lebihan itu untuk masa depan Negara.

Malangnya, perkara itu tidak dikembangkan dan dana simpanan itu masih di peringkat yang dianggap agak kecil. Tetapi dalam isu minyak ini, kita tidak boleh kaitkan semata-mata dengan harga global. Kalau kita sebut Venezuela, Iran, benar inflasinya agak naik sedikit, tapi kalau kita kira inflasi yang disebut oleh Kerajaan.

Cuba pergi kedai beli ikan ke, bawang ke, ayam ke, ianya tidak naik 3%. Angka terakhir yang disebut oleh Gabenor Bank Negara 6% lebih. Semua bank sebut lebih 8%. Maknanya kebijakan ekonomi yang diumumkan menyebabkan inflasi melonjak tinggi kerana kenaikan itu pada tahap yang singkat terlalu tinggi menyebabkan kesan sampingan harga barang meningkat.

Jadi keprihatinan Pak Menteri meniaga barang di inflasi itu bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan. Naik minyak mendadak, inflasi tidak akan naik. Itu teori ekonomi siapa yang mengajar begitu?

Kenaikan yang mendadak, kenaikan barang termasuk minyak bila mendadak begitu akan membawa kesan yang parah. Kita sebut harga minyak global, memang benar. Harga minyak global meningkat tinggi tetapi setiap 1 dolar Amerika naik dengan pengeluaran minyak di Malaysia, kita peroleh RM360 juta.

Jadi naik harga minyak itu pulangan besar kepada kita. Ini hendak merunsingkan orang kampung, harga minyak global naik, di London, di Paris, di China, di India naik. Kita pengeluar minyak, memang naik berbanding 10 tahun lalu, tetapi tidak boleh bebankan rakyat dan yang saya nak tekankan sekarang ini, kenaikan begini menyebabkan ekonomi kian meleset.

PERANTARA: Saya mempersilakan Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi untuk menanyakan soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KORDI: Tadi saya telah menanyakan komitmen Dato’ Seri Anwar tentang adakah premis kepada penurunan harga minyak 50 sen itu kerana Malaysia adalah pengeluaran minyak. Selepas kita bacakan data bahawa sumbangan minyak dalam negara hanya 26%. Saya melihat bahawa isu yang dicadangkan oleh Dato’ Seri Anwar bukan isu minyak lagi tetapi memilih minyak sebagai sasaran untuk dikurangkan kepada 50 sen.

Tetapi mengapa tidak misalnya oleh kerana ia bukan semata-mata isu minyak bercakap mengenai pengurangan cukai seperti mana Kerajaan telah tidak mengenakan cukai kepada mereka berpendapatan di bawah RM2,000, mengapa tidak misalnya memberi bantuan sewa rumah kepada mereka yang miskin tinggal di bandar, tetapi mengapa memilih minyak, mengapa agaknya Dato’ Seri Anwar tidak berjanji untuk mengurangkan inflasi seperti katanya 80% kepada 30%. Jadi soalan saya kepada Dato’ Shabery ialah mengapa agaknya Dato’ Seri memilih minyak sebagai sasaran janji kepada rakyat apabila memerintah esok. Terima kasih.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Saya rasa soalan ditanya kepada saya kerana merasakan banyak premis yang salah tadi. Kita bercakap tentang kita ini sebagai negara pengeluar minyak. Saya hendak tanya, kita ini negara pengeluar minyak nombor berapa dalam dunia? nombor 1 hingga 20? Kita nombor berapa?

Tidak masuk pun. nombor 21 pun tidak. Kita kecil, jangan bandingkan dengan Arab Saudi, jangan bandingkan dengan Venezuela, jangan bandingkan dengan Iran, jangan banding dengan tempat lain. Kita kecil sangat, itu pun minyak kita telah diambil 100 tahun lamanya dan kita telah sampai ke peringkat penghujung. Kita masih nett exporter tetapi nett exporter yang kecil. Kita kena tahu dalam soal ini.

Dan kemudiannya dari segi keuntungan daripada minyak kita tidak benar tadi, sebenarnya hanya 26% daripada keuntungan yang disebabkan oleh PETRONAS hari ini, 26% hasil daripada minyak dalam negeri yang lain itu adalah pelaburan. Kalau kita kata tahun 2015 nanti waktu kita sudah tidak ada minyak, apakah waktu itu kita telah menjadi nett importer pada waktu tersebut. Apakah pada waktu itu kita baru hendak mengikut harga dunia, kalau orang hendak jual minyak pada kita waktu itu.

Kalau tidak jual bagaimana? Sebab itulah tanggung jawab PETRONAS dengan keuntungan yang ada walau sudah banyak diberikan kepada negara sepatutnya cari minyak di luar negara dan terima kasih di bawah Dato’ Seri Mahathir misalnya, sampai ke 33 buah negara yang dia terokai, PETRONAS kita sehingga kita menjadi salah sebuah negara yang mempunyai sebuah syarikat minyak antara yang ternama dalam dunia sekarang ini. Sebab itulah kita rasakan jangan menyebabkan PETRONAS menjadi lebih miskin dalam soal ini. Kita mestilah realistik, minyak kita bukanlah minyak yang banyak sangat, mungkin minyak urut, minyak atar tidak tahulah dalam soal ini.

PERANTARA: Terima kasih, kita akan pergi kepada soalan cepumas. Saya akan minta Dato’ Seri Anwar menanyakan satu soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery dan kemudian Dato’ Ahmad Shabery akan menanyakan satu soalan kepada Dato’ Seri Anwar. Saya mulakan dengan Dato’ Seri Anwar menanyakan soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM : Saudara Shabery, siapa yang bandingkan Malaysia dengan Venuezela dan Iran? Harganya 10 sen, 15 sen, 16 sen? Soalnya, kita bandingkan Malaysia sebagai negara pengeksport minyak, dan kita telah bagi perkiraan bahawa kenaikan yang mendadak itu membebankan rakyat dan menyebabkan kemerosotan, kemelesetan ekonomi negara.

Jadi kalau ini diketahui, mengapa Kerajaan setelah berjanji untuk tidak menaikkan minyak sebelum pilihan raya, dalam tempoh beberapa bulan sahaja telah memungkiri janji, mengkhianati janji dan menaikkan harga minyak yang membebankan rakyat dan mengatakan kita ambil dari dana PETRONAS? Siapa yang kata kita ambil dari dana PETRONAS? Saya kata kita jimatkan belanja, kita betulkan perjanjian kita dengan IPP dan kapasiti lebihan dan kita ambil dari dana Kerajaan yang bocor begitu banyak termasuk rasuah yang disebut Morgan Standly kehilangan RM300 bilion dan RM10 bilion.

Jadi saudara, saya cuma hendak sebutkan begitu, mengapa gunakan media termasuk media rasmi sebagai amanah memutar belitkan kenyataan kita? Kenyataan kita ialah mengapa kenaikan yang begitu mendadak dan membebankan? Dan mengapa kita tidak boleh mengurus sumber khazanah yang kita miliki untuk meringankan bebanan rakyat dan memajukan pertumbuhan ekonomi dengan meyakinkan?

PERANTARA: Terima kasih, saya minta Dato’ Ahmad Shabery jawab.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Saya kira ini sekali lagi ucapan yang populis sifatnya. Seolah-olah menafikan bahawa segala-galanya dikaitkan bahawa punca kenaikan harga minyak kita ini kerana tidak ada penjimatan dan soal rasuah dan sebagainya.

Ini boleh kita terima sekiranya kenaikan harga minyak negara kita adalah sesuatu yang terpencil daripada negara lain. Seolah-olahnya Saudara Anwar menafikan bahawa seluruh dunia berhadapan dengan soal harga minyak yang tinggi sekarang ini, seolah-olah dikatakan bahawa minyak mahal di Malaysia sahaja.

Ini sama saya katakan seperti dalam tahun 1974 dahulu, Saudara menggerakkan MASSA, menggerakkan mahasiswa mengatakan orang kaya raya, orang miskin papa kedana. Sedaplah kita bercakap waktu itu, bercakap tentang orang Baling pada waktu itu. Tetapi pada waktu yang sama kita rasakan bahawa

Saudara Anwar waktu berada dalam Kerajaan, tidak selesai pun tentang soal orang di Baling. Bercakap mudah dalam soal ini, sebab itulah sebahagian daripada masalah yang kita ada, soal IPP ialah semasa zaman Saudara Anwar berada dalam Kerajaan. Susah kita hendak ubah kontrak-kontrak yang ada sekarang ini kerana antara kontrak itu dipertahankan semasa Saudara Anwar berada dalam Kerajaan.

Saudara Anwar kata media suka memutar belitkan. Saya rasakan sekarang ini tidak pernah berlaku kalau Saudara Anwar berada dalam Kerajaan diberi peluang yang begini kepada seorang pemimpin pembangkang. Saya rasakan bahawa kalau mengikut cara Saudara Anwar sewaktu menyelesaikan masalah krisis kewangan tahun 1997, memilih cara yang digemari oleh IMF.

Pada waktu itu yang menjerut rakyat dan tidak pernah pun di cakap kita membuat tentang kepentingan rakyat, kadar bunga yang dinaikkan dengan cara yang cukup tinggi pada waktu itu, NPL dipanggil daripada enam bulan kepada tiga bulan, ramai peniaga kecil SME dan sebagainya bankrap disebabkan oleh Saudara Anwar.

Kita bercakap mudah bila kita di luar, tetapi hakikat yang sebenarnya tidak semudah dapat kita hayati dalam keadaan yang sebenarnya dalam negara kita pada hari ini. Tetapi percayalah sebagaimana yang saya katakan tadi, dalam kesusahan yang ada sekarang rakyat cukup makan.

Kalau disebutkan tentang soal kebocoran dan sebagainya, kita cubalah lihat, Saudara Anwar cubalah lihat bandingkan statistik yang ada sekarang ini, semua negara-negara yang dianggap murah minyaknya juga mengalami keadaan inflasi yang tinggi kecuali boleh dibuktikan satu negara yang memberikan subsidi yang tinggi, inflasinya tidak berlaku, tunjuk dan buktikan, Iran, Venezuela, Saudi Arabia, Qatar semua ini negara-negara minyaknya tetapi inflasinya adalah jauh lebih tinggi daripada Malaysia.

Sebab itulah saya katakan bahawa jangan kita sempitkan pemikiran kita dalam mengelirukan rakyat semua.

PERANTARA: Sekarang, saya mempersilakan Dato’ Ahmad Shabery mengajukan soalan kepada Dato’ Seri Anwar.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Soalan saya mudah sahaja. Kalau kita mengajar rakyat kita dengan harga yang murah walaupun pada hakikatnya harga minyak antarabangsa adalah tinggi, tahun 2015 kita akan menjadi nett importer. Mungkin beberapa tahun lagi kita tidak akan ada minyak lagi. Apakah subsidi begini akan diteruskan? Atau pada waktu itu baru nak naik mendadak serta merta daripada apa yang ada sekarang?
PERANTARA: Silakan Dato’ Seri Anwar.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Ya, terima kasih. Sekurang-kurangnya, soalan itu tadi kembali kepada mauduk. Yang lain itu, soal demonstrasi 1974 belum habis demam pun lagi.

Saudara, siapa yang bagi angka kata ada deflation? Ada kehausan sumber minyak pada 2015? Cuba kalau baca betul-betul laporan PETRONAS. Disebut, mengikut perkiraan sekarang, seandainya 10 tahun dari sekarang tidak ada sama sekali telaga minyak yang baru, maka …, bacalah bagi habis. Maknanya, kapasiti tidak terencat.

20 tahun yang lalu atau 30 tahun yang lalu, kapasiti kita berakhir pada 2005. Keadaan itu berkembang. Baiknya PETRONAS ini, kerana dia tidak hanya memilih untuk cari gali dalam negara. Dia pilih luar negara untuk mencari sumber yang lain. Sebab itu, saya pertahankan PETRONAS.

Yang saya kritik ialah Kerajaan Barisan Nasional. Dia ada beza. Jadi, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen pun tak faham, problem kita. Soalnya, sekarang, kita bincang minyak. Tapi, pengurusan Kerajaan, kebocoran. Saya boleh bagi contoh, bukan saya bagi perkara yang tidak bertanggungjawab. Betul, IPP itu diluluskan di zaman saya menjadi Menteri Kewangan. Tapi, saudara harus honest to the truth.

Jangan bohong. Saudara boleh semak rekod. Semak surat Tan Sri Ani Arof, Pengerusi TNB. Dia pertahankan keputusan Kementerian Kewangan, dia bercanggah dengan EPU dan keputusan Perdana Menteri pada ketika itu.

Saya mempersilakan Saudara semak balik. Kita tidak bersetuju dengan harga yang ditetapkan. Itu sebabnya, mengapa Tan Sri Ani Arof meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi TNB. Betul. Tetapi, tak mengapalah. Dato’ Shabery kata Anwar salah. Tetapi, tahun 1990. Dan kamu buat apa tahun 2008 ini? Sekarang ini, dalam keadaan permulaan perjanjian IPP, rizab kapasiti 10, 15 tahun dulu, sekarang, kita teliti balik.

Untung IPP ini berbilion dan PETRONAS itu kerugian, termasuk TNB kerana beban perjanjian IPP. Sebab itu harus diteliti semula. Saya menganggarkan, kalau diteliti semula selain RM2 bilion rizab kapasiti kita boleh jimatkan RM1 bilion lagi. Dari kadar RM3 bilion, kita hanya perlu RM2 bilion.

Tengok, bagaimana Kerajaan uruskan pembelian diesel. Diesel yang bocor, penyeludupan, dan penyelewengan, berapa? RM700 juta setahun. Kemudian, Kerajaan tubuh syarikat kroni, Teras Kimia, RM117 juta. Sudahlah rugi RM700 juta, ambil syarikat geng dia, bantu pula RM100 juta. Rakyat? Jadi, ini sebab Saudara, saya minta dengan baik, ikhlas, betulkan ini. Kalau kita dapat jimatkan yang ini, setiap proses satu persatu, kita boleh jimatkan. Ini disebut tiris dan bocor. Sekiranya ini dapat dilakukan, kita lihat ini dari segi kerangka ekonomi makro keseluruhannya.

Saudara boleh bangkitkan, umpamanya, ini pendekatan naik minyak mendadak, cadangan siapa? Ini preskripsi IMF World Bank. Dan beri satu contoh. Jangan guna ini sebagai istilah politik biasa. Saya sedia tepat, soal krisis ekonomi 1997, 1998 dengan pakar ekonomi lain pun tak apa. Tetapi, dengan syarat, bagi ruang. Bahawa adalah satu fitnah besar seperti fitnah berterusan terhadap saya bahawa kita tunduk kepada prinsip IMF.

Saudara, tidak mengapa. Soalnya sekarang, kita beri satu kebocoran yang saya sebutkan tadi. PETRONAS umumkan, ada dividen khas selain daripada beberapa bilion tadi ni, dividen khas tahun ini kepada Kerajaan sebanyak RM6 bilion. Tak bolehkah saya ambil RM1 bilion untuk tampung, supaya kos minyak turun 50 sen?

Apa, bagi Ahli-ahli Yang Berhormat, berat sangat ke? Allah, bagaimanakah, takut bayangkan Kerajaan nak bagi RM1 bilion. RM1 bilion, untuk redakan masalah ini. Saudara percayalah, dua bulan, tiga bulan sekarang. Ini bukan soal penangan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat satu wadah. Ini soal, rakyat. Kalau kita nak teruskan kebijakan ekonomi, sekarang ini, apa yang akan berlaku ialah kemelesetan, pengangguran yang sekarang setengah juta akan mencecah hampir 1 juta orang. Ini beban kepada rakyat.
PERANTARA: Terima kasih, Dato’ Seri. Saudara penonton yang saya hormati sekalian. Demikian tadi berakhirnya segmen yang kedua dalam perbincangan kita pada malam ini. Kita akan bertemu lagi selepas pesanan iklan ini. Jangan ke mana-mana.

PERANTARA: Saudara penonton yang saya hormati sekalian, saudara sedang mengikuti Debat AgendaDaily. Dua pendebat yang di undang ialah YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Judul perdebatan kita pada hari ialah ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Kita sampai kepada pusingan yang kedua terakhir. Saya akan mengemukakan soalan ini, pertama kepada Dato’ Seri Anwar dan kemudian akan dijawab oleh Dato’ Ahmad Shabery Cheek.

Soalan saya ialah, Dato’ Seri, rasanya tidak perlulah jadi Perdana Menteri untuk membantu meringankan beban rakyat. Kenapa tidak sumbangkan idea bernas untuk tujuan itu pada masa ini. Tanpa perlu, misalnya cakap-cakap mengenai menukar Kerajaan. Silakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Terima kasih. Ini yang sebab saya ikut serta ni. Saya bukan Perdana Menteri, bahkan nasib saya satu dua hari ini, belum tentu ke mana. Tetapi saya memilih untuk hadir kerana saya rasa, Kerajaan juga, kawan-kawan saya dalam UMNO dan Barisan Nasional harus beri peluang untuk dengar.

Ini bukan satu soal yang partisan hanya khusus untuk Pakatan Rakyat. Kalau cadangan ini diterima dan dilaksanakan, kita akan menyokong tindakan mereka. Tetapi soalnya sekarang ialah apakah ada kesediaan pemimpin-pemimpin Kerajaan dengar dan cuba melaksanakan.

Saudara Johan, Profesor Arif, MIER, umpamanya menyebut, Februari 2006 naik 30 sen, inflasi bulan berikutnya 4.8%. Sekarang naik mendadak, belum sempat satu bulan, naiknya 8%. Jadi jangan sibuk perhati di Iran dan Venezuela, kita pun sudah menuju cepat ke arah itu. Bezanya dia harga minyak rendah, inflasi tinggi.

Kita, harga minyak tinggi, inflasi lagi tinggi. Ini bukan boleh sudah dikatakan populis atau tidak, saya bimbang kerana, kalau kita tidak membawa arah baru dalam pengurusan ekonomi negara, lebih baik, lebih mendekati prinsip ekonomi pasaran, lebih meyakinkan dengan pengurusan yang cekap, lebih bersih kepada daripada kebocoran, ketirisan dan rasuah. Lebih menghormati rule of law dan negara hukum. Ini semua akan menjejaskan.

Kita tewas dengan persaingan kita, dengan banyak negara. Jangan banding dengan Somalia dan Zimbabwe. Bandingkan dengan negara-negara yang dulu kita setara. Singapura, Taiwan, Korea Selatan dan negara di ASEAN sendiri. Mengapa kita tewas? Dari segi pelaburan asing, dari segi daya saing. Ini semua ada kesan bila kita ambil apa-apa kebijakan ekonomi.

Saya masih yakin, Malaysia dengan kekuatan yang ada, sumber, termasuk kekuatan dari minyak dari petroleum, itu mempunyai potensi yang besar. Dengan syarat pengurusan Kerajaan itu cekap dan bersih dan sedia mendengar dan mengorak cepat untuk bersaing dengan negara-negara lain.

PERANTARA: Terima kasih Dato’ Seri. Silakan Dato’.

DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Ya. Kalau tadi IPP dia salahkan Dr Mahathir, tapi selepas itu saya pernah mendengar Saudara Anwar cakap, Dr Mahathir pemimpin yang paling hebat. Pernah dia kata, kalau boleh dipintal awan di langit, akan ku pintal dengan nama Dr Mahathir dan Siti Hasmah pada waktu itu.

Ada orang kalau dia tak setuju, dia letak jawatan pada waktu itu. Tapi kalau saya katakan populisnya begini. Kalau sebelum pilihan raya, dia katakan bahawa, kalau memerintah sebelum pilihan raya nak turun bawah daripada RM1.92. Sepatutnya tidak timbul sekarang ini nak bercakap di bawah 50 sen sahaja daripada harga yang ada sekarang.

Kita mesti kembali pada asas. Ucapan ini dibuat berasaskan kepada ucapan sebelum pilihan raya. Sebelum pilihan raya. Kalau langkah awal, langkah seterusnya semakin murah semakin murah, di waktu harga minyak semakin mahal semakin mahal. Apakah kita bercakap harga minyak di Malaysia semakin murah semakin murah ertinya kita akan membebankan Negara dengan subsidi yang lebih tinggi dan ini sama sekali bertentangan dengan mana-mana prinsip ekonomi yang sihat.

Kalau kita tidak mengikut prinsip ekonomi yang sihat, kita akan menyebabkan Negara kita akan terus dibebankan dengan beban baru. Adakah kita hendak berhutang selepas ini? Dan kalau kita berhutang, dengan siapa kita hendak berhutang?

Kalau tidak dengan peminjam-peminjam atau ‘ah long-ah long’ antarabangsa. Sebab itulah kalau dikatakan tentang menggunakan wang PETRONAS, misalnya. Tahu tidak, daripada apa yang Kerajaan dapat sekarang ini, sebenarnya daripada keuntungan PETRONAS Berhad. Jangan kita cakap tentang PETRONAS Group atau Kumpulan PETRONAS yang termasuk Cari Gali, PETRONAS Dagang dan sebagainya yang melibatkan saham-saham orang lain.

Daripada keuntungan PETRONAS itu, sebenarnya yang telah diberi kepada Kerajaan ialah sebanyak 91% telah diberikan. Apa lagi yang hendak kita ambil dari PETRONAS selepas ini? Dan kita kena ingat bahawa PETRONAS kuat dan maju sekarang ini dan selama ini, kerana siapa? Kalau tidak kerana Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Apakah kita hendak nafikan kehebatan yang dibuat oleh PETRONAS selama ini adalah kerana dorongan yang diberikan oleh Kerajaan. Kita tidak bebankan PETRONAS, kita benarkan PETRONAS untuk melabur kembali dan kita tidak mengambil segala-galanya yang ada pada PETRONAS.

Kalau dikatakan penyalahgunaan kuasa, selalu saya beritahu tadi, ianya kalau kita terpisah daripada negara-negara lain hanya negara kita saja yang minyaknya naik, boleh kita katakan demikian. Tetapi kita menerima realiti dan hakikat, masalah ini adalah masalah global yang tidak boleh kita lari.

PERANTARA: Kita sampai kepada pusingan akhir, saya mempersilakan Dato’ Seri Anwar untuk membuat penggulungan. Kita ada waktu yang cukup terbatas, kira-kira satu setengah minit. Silakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Terima kasih. Di antara negara pengeksport minyak, harga minyak di Malaysia keterlaluan tinggi. Itu faktanya. Tidak saya mahu bandingkan dengan Venezuela. Itu yang pertama.

Kedua, harga minyak memang tidak menentu. Tetapi berapa ramai kajian dan pakar minyak menyebut sudah ada break point. Atau besar kemungkinan harga minyak itu menetap dan mula menurun.

Ketiga, kita mengemukakan cadangan ini, gagasan ini dengan penuh tanggung jawab. Kerana kita mahu ekonomi kita kukuh, kerana saya yakin di bawah pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, belum tentu sampai bila, kalau diteruskan dengan dasar yang ada sekarang, dalam tempoh dua bulan atau tiga bulan lagi, kedudukan ekonomi kita akan jauh lebih parah daripada kedudukan yang parah sebelumnya. Ini kenyataannya. Saudara tidak setuju, tidak apa.

Tapi saya minta teliti dengan baik dan objektif. Sebab itu saya komited, Insya Allah, kita dalam Pakatan Rakyat akan terus menjelaskan kepada rakyat dan saya sebab itu, saya tidak mahu hak saya dinafikan dan untuk meneruskan agenda ini walaupun Saudara Shabery memilih untuk menyerang secara peribadi, saya tidak mahu jawab. Kerana ini bukan ruangnya. Kerana ruang dia di RTM masih banyak lagi.

Dan saya tidak mempunyai ruang selepas ini. Tetapi percaya, fitnah ke, khianat ke, ada batasnya. Saya diberikan sebaik ada pilihan, Insya Allah saya akan bertanding dalam pilihan raya dalam masa sesingkat yang mungkin.

PERANTARA: Saya minta Dato’ Ahmad Shabery.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Percayalah. Kalau kita perhatikan bahawa, Saudara Anwar tidak berubah seperti dulu. Dalam sejarah yang banyak memberi sumbangan kepada Negara untuk membina PETRONAS daripada apa yang ada sekarang, sebaik-baiknya kepada satu syarikat yang mencapai tahap yang begitu tinggi sekali.

Kalau dahulu, orang yang membina PETRONAS seperti Tun Razak, sudah ditentang. Tun Mahathir yang mengembangkan PETRONAS sampai ke peringkat dunia, ditentang juga. Kita selalu sebutkan bahawa pada waktu sekarang Pak Lah tidak mengambil lebih daripada apa yang sepatutnya. Maka tidak ada sebab untuk kita menentang.

Dan apakah kita nak sekarang ini, dalam keadaan sekarang ini, kita terus hendak mainkan sentimen-sentimen mengajak orang ke jalan raya sebagaimana yang dibuat dalam tahun 1974 dahulu, akan menyelesaikan masalah kita. Dan kita ingat, kalau ingin kita terus menyebabkan menekankan supaya wang yang banyak diambil daripada PETRONAS misalnya, untuk membantu mensubsidi negara kita, maka kita akan katakan bahawa kita membenarkan ia menjadi semakin miskin dan mungkin kita hendak membenarkan orang lain akan mengambil PETRONAS satu masa nanti.

Percayalah dalam soal ini, kita lihatlah dalam negara-negara lain, Malaysia adalah negara yang terbaik. Growth atau pertumbuhan kita kekal ke angka 6% setahun lebih baik daripada banyak negara yang ada di sekitar sini. Saya percaya, bahawa perdebatan sebegini rupa adalah bukti keterbukaan Kerajaan kita yang ada sekarang yang tidak mungkin diperoleh sewaktu Saudara Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, satu ketika dahulu.

PERANTARA: Terima kasih Dato’ Ahmad Shabery. Demikian tadi saudara penonton yang saya hormati sekalian, berakhirnya Debat AgendaDaily dengan membawa tajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan yang bersedia berdebat dengan isu ini. Kepada kedua-dua wakil pendebat Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi dan Saudara Zulkifli Sulong, saya ucapkan terima kasih. Semoga kita mendapat manfaat dengan pertemuan ini. Saya akhiri dengan Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat malam.

sumber asal : waksapo

Categories: 1
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.