Archive for April 16th, 2008

DEB dari pandangan pakar ekonomi Dr Asyraf Wajdi

Dasar Afirmatif Selaras Keadilan Islam

SEMENJAK berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, semakin ramai ahli politik yang mula menyuarakan pandangan untuk memansuhkan dasar-dasar kerajaan bersifat afirmatif terutamanya Dasar Ekonomi Baru (DEB). Gambaran yang sering dicorakkan seolah-olah DEB merupakan satu dasar zalim yang menafikan hak kesamarataan setiap warga Malaysia dari pelbagai kaum.

Ternyata dasar afirmatif seperti DEB merupakan satu dasar yang memberi sedikit keistimewaan kepada kaum peribumi dengan menyediakan peluang dan ruang kepada mereka untuk menyertai sektor ekonomi secara lebih efektif. Namun, DEB tidak sesekali menyampingkan kaum-kaum lain untuk turut terlibat aktif dan berkongsi kekayaan ekonomi negara.

Matlamat DEB hanyalah untuk mengurangkan jurang ekonomi di kalangan masyarakat terutamanya di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Hakikat yang harus kita sedari, kesan peninggalan penjajah British yang menggunakan dasar pecah dan perintah dalam sistem pentadbirannya telah mengakibatkan status sosial dan ekonomi masyarakat daripada pelbagai kaum menjadi tidak seimbang.

Status

Jurang ekonomi dan status sosial yang begitu melebar di antara masyarakat peribumi berbanding kaum pendatang yang dibawa masuk oleh Inggeris adalah manifestasi sikap penjajah yang berusaha merenggangkan hubungan, merungkai persefahaman dan memecah perpaduan antara kaum.

Sebab itulah selepas merdeka, walaupun pembentukan persefahaman melalui apa yang dinamakan kontrak sosial yang menjamin beberapa hak dan keistimewaan bumiputera dan bukan bumiputera termeterai, isu perpaduan masih menjadi topik yang belum benar-benar mampu dijiwai secara tuntas. Malah pintu prejudis dan perasaan tidak puas hati sering menjadi faktor pencetus kerenggangan hubungan antara kaum.

Peristiwa 13 Mei 1969 umpamanya, telah melakar titik hitam dalam lipatan sejarah negara apabila perasaan tidak puas hati dan prejudis sesama rakyat dimanifestasikan dalam bentuk pergaduhan berdarah sehingga negara terpaksa diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) dan Parlimen digantung buat beberapa ketika.

Selepas diselidiki, penyebab utama tercetusnya tragedi ini ialah perasaan prejudis dan tidak puas hati yang membuak-buak di antara kaum lantaran ketidakseimbangan yang ketara dalam ekonomi dan status sosial. Sebab itulah munculnya Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Bahasa dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menjadi tindakan afirmatif kerajaan bagi menzahirkan perpaduan negara yang sejati.

Dari perspektif Islam, dasar-dasar afirmatif seperti ini merupakan sebahagian daripada tuntutan siyasah syariyyah yang memberikan keluasan kepada pimpinan untuk menggunakan kebijaksanaan dalam mentadbir urusan rakyat secara berkesan. Yang penting prinsip keadilan harus sentiasa dijunjung manakala keamanan dan kestabilan hendaklah dipertahankan.

Jika dikaji sejarah, Rasulullah s.a.w. sendiri pernah menggunakan dasar afirmatif iaitu memberikan keistimewaan kepada golongan kurang bernasib baik bagi mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Umpamanya dalam peristiwa pembahagian harta fai’ yang dirampas daripada kaum Yahudi Bani Nadhir.

Rasulullah menggunakan kebijaksanaan politik dengan membahagikan harta tersebut kepada kaum Muhajirin dan bukan kepada kaum Ansar kecuali kepada dua orang di antara mereka yang miskin iaitu Sahal ibn Hanif dan Abu Dajanah. Selaku ketua negara, baginda membuat percaturan sebegitu demi menegakkan keseimbangan ekonomi dalam masyarakat Madinah.

Rampasan

Nabi s.a.w. telah menjadikan harta rampasan (fai’) tersebut sebagai satu peluang untuk bertindak secara afirmatif bagi meningkatkan taraf ekonomi kaum Muhajirin dan merapatkan jurang perbezaan antara mereka dengan saudara-saudara mereka dari kalangan Ansar. Tujuannya bagi memastikan keadilan dan kestabilan mampu dikecap dalam suasana Madinah yang dilatari dengan struktur masyarakat dari pelbagai kaum dan kabilah.

Peristiwa ini kemudiannya dinukilkan Allah dalam al-Quran: Apa sahaja harta rampasan (fai’) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk bandar maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya di kalangan kamu sahaja (Al-Hashr:7).

Demikianlah, dasar afirmatif yang pada hakikatnya memenuhi aspirasi keadilan dalam Islam. Apa yang pasti prinsip keadilan bukanlah bermakna semua orang harus diperlakukan sama-rata. Sebaliknya kezaliman pula yang akan menjelma apabila rakyat yang berlainan taraf sosial dan ekonomi diperlakukan secara sama.

Sebab itulah keadilan yang hakiki wajar mengambil kira pelbagai faktor termasuk latar situasi dan realiti setiap orang sebelum melaksanakan sesuatu tindakan demi menjamin kelangsungan kebaikan dan kesejahteraan. Walau bagaimanapun penilaian dan proses pembaikan harus sentiasa dilakukan agar setiap dasar yang dilaksanakan tidak pula disalahgunakan sehingga menimbulkan keresahan rakyat.

(Artikel sudah disiar pada 6 April 2008 dalam kolum saya di Mingguan Malaysia)

2 comments 16,April 2008

Apa khabar PKR kelantan ?

Posted on Wednesday, April 16 @ 16:20:11 MYT by SongkokPutih
Komentar Oleh akulaa

“Pilihanraya telah berlalu,keputusan telah di ketahui-suara rakyat mendominasi landskap politik dan Parti Keadilan Rakyat kembali bernafas di Kelantan .Ironisnya Parti Keadilan masih malu-malu menunjukkan mukanya di bumi bertuah kelantan darulnaim.

Entah dimana silapnya,apa masalahnya parti keadilan masih membisu dan sepi dari meyusur tsunami politik kelantan.Apakah kerana terlalu berterima kasih pada PAS maka pimpinan negeri mahupun bahagian di kelantan tidak teruja dengan ruang dan peluang yang terhidang atau pimpinan negeri mahupun bahagian masih terkejut dengan kemenangan rakyat hingga tiada program susulan yang di susun.Barangkali juga pimpinan Keadilan di kelantan terus selasa dengan menerima jemputan dari program PAS tanpa perlu bersusah payah mengatur program sendiri.

Khabar terbaru yang tersebar secara bisik-bisik bahawa Pengerusi Perhubungan Negeri-Nik Mahmood telah mengundurkan diri dari mengepalai Parti peringkat negeri.Dan pengunduran ini khabarnya bersama adinda tersayangnya yang sering mengatur percaturan politik KeAdilan negeri.

Perkhabaran ini juga disusuli dengan berita bahawa YB machang telah mengambil alih tugas pengerusi perhubungan negeri.Sejauh mana kebenaran khabar ini wallahualam kerana pimpinan negeri sibuk dengan program yang di atur oleh jentera PAS hingga lupa pada ahli peringkat bawah yang terpingga-pingga dengan hala tuju keADILan negeri kelantan.

Barangkali telahan UMNO kelantan memang tepat. keADILan kelantan hidup atas ihsan PAS.

petikan : Tranung Online

Add comment 16,April 2008

Hubungan Yahudi dan Anwar , satu pendapat !

Pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramah di Padang Awam Ketereh, Kelantan pada 18 Mei 2007 mengakui bahawa dia pernah menemui Paul Wolfowitz selepas keluar dari penjara. Tetapi apakah hubungan dua orang tokoh besar ini hanya setakat itu sahaja?

Ramai penyokong pembangkang terutama dari PKR telah terpedaya dengan olahan cerita Penasihat PKR dalam ceramah tersebut. Kononnya Anwar hanya pernah berjumpa Wolfowitz pada ketika itu sahaja, tidak lebih dari itu, malah ketika pertemuan itu dia kononnya telah menegur tindakan Amerika Syarikat (AS) menyerang Iraq. Maka timbullah anggapan bahawa isu hubungan Anwar-Wolfowitz itu hanyalah propaganda dan mainan media massa arus perdana yang dikuasai oleh UMNO.

Sesungguhnya, bukan menjadi rahsia lagi bahawa Anwar Ibrahim mula mengenali Paul Wolfowitz semasa bekas Presiden Bank Dunia itu menjadi Duta AS di Indonesia. Hubungan baik Anwar dan Wolfowitz berkekalan sehingga Anwar dipenjara dan dibebaskan.

Perlu diingati, Wolfowitz adalah bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS yang merupakan arkitek utama Perang Iraq yang menyebabkan kematian ratusan ribu umat Islam tidak berdosa sehingga sekarang. Semasa Anwar dipenjarakan, dia adalah pelobi dan pendukung kuat kempen membebaskan kawan baiknya itu di luar negara terutama di AS.

Selain Wolfowitz, terdapat beberapa lagi tokoh Yahudi yang berdiri di belakang kempen membebaskan Anwar di Barat seperti James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia), Madeline Albright (bekas Setiausaha Negara AS) dan William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan AS)

Selepas Anwar dibebaskan, Wolfowitz adalah antara dua orang pemimpin dunia terawal yang menziarahinya sebaik sahaja menjalani pembedahan tulang belakang di Munich, Jerman. Wolfowitz dilaporkan sanggup terbang dari AS ke Jerman serta merta sekalipun mempunyai jadual ketat semata-mata untuk berjumpa kawan baiknya itu.

Hubungan Anwar dengan Yahudi Neo-Con yang pro Zionis Israel bertambah erat selepas itu apabila dia menetap di AS. Perkara ini turut disedari oleh media massa Barat termasuk BBC, CNN dan ABC, sehingga banyak kali Anwar ditanya tentang hubungan rapatnya dengan tokoh Yahudi yang bertanggungjawab merangka pelan polisi unilateral AS yang bernama The Project for the New American Century (PNAC).

Pembaca sendiri boleh menonton satu temubual dengan Anwar dalam rancangan BBC HARDtalk, di mana Anwar mengakui bahawa Wolfowitz sebagai kawan baiknya.

http://www.youtube.com/watch?v=siJWFJOl40o

Semasa di AS, Anwar turut menjadi pensyarah pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) di Johns Hopkins University di mana Wolfowitz pernah menjadi dekannya.

Perlu juga diingat, Anwar merupakan satu-satunya pemimpin dunia beragama Islam yang menyokong kuat pelantikan Wolfowitz yang merupakan dalang utama peperangan ke atas dunia Islam sebagai Presiden Bank Dunia selepas Presiden George W. Bush menamakannya.

Berikut adalah petikan berita mengenai isu pencalonan Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia pada tahun 2005.

——————————————————————

‘Passionate’ Wolfowitz Backed by Anwar for World Bank

March 24 (Bloomberg) — Paul Wolfowitz, President George W. Bush’s nominee to lead the World Bank, won backing for his candidacy from Anwar Ibrahim, Malaysia’s former deputy premier and one of Asia’s most prominent Muslim politicians.

————————————————————————————-

http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=10000080&sid=aHoszlZxfKws&refer=asia

Atas hubungan baik dan sokongannya itu, Wolfowitz telah melantik Anwar sebagai Konsultan Bank Dunia semasa dia mengepalai Bank Dunia. Malah dikatakan bahawa pelantikan Anwar sebagai Pengerusi The Foundation for The Future juga hasil pengaruh dan lobi Wolfowitz. Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanahair dan luar negara, pastinya sudah lama mengetahui hubungan rapat Anwar dengan tokoh Yahudi Neo-Con tersebut sebelum isu ini dihebahkan di media arus perdana kebelakangan ini lagi.

Sementara itu bagi kebanyakan orang di negara ini, mereka hanya didedahkan mengenainya berikutan terbongkarnya skandal Wolfowitz dengan teman wanitanya, Shaha Riza yang turut dikaitkan dengan Anwar. Skandal tersebut telah menjadi tajuk hangat media massa di dalam dan luar negara sehinggalah Wolfowitz mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Bank Dunia.

Hubungan rapat Anwar dengan Wolfowitz membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana seorang yang diangkat oleh sesetengah pihak kononnya sebagai pemimpin hebat yang berjiwa Islam, boleh terlupa atau sengaja melupakan ayat Allah di dalam kitab suci al Quran berkenaan mengangkat orang kafir sejahat Wolfowitz, dalang dalam perang ke atas umat Islam di Iraq sebagai teman rapatnya!?

Allah Taala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.” [Surah Al Maidah: 51]

Penulis menyerahkan kepada para pembaca untuk membuat kesimpulan sendiri tentang watak Anwar Ibrahim. Apakah dia betul-betul pemimpin atau pejuang Islam yang tulen atau hanya seorang manusia hipokrit seperti musang berbulu ayam, yang boleh bertukar rupa dan wajah hanya untuk meraih kepentingan sendiri. Manusia hipokrit yang sanggup bersekongkol dengan musuh Islam demi mencapai cita-cita politik dan nafsu duniawinya. Renung-renungkanlah.

Wallahua’lam.

petikan : web isuhot.com

Add comment 16,April 2008


AHLI BLOGGER PEMBELA NEGARA

Online sekarang !

web tracker

Terbaru di sini

Anda tetamu ke

  • 103,142 di sini

Lain lain di sini

Top Clicks

Komen Terbaru

Hj Hadi, Harun Taib … on Nik Aziz kata Nuzul Quran lebi…
cybross on Teoh Beng Hock dikatakan nak k…
penulis_cyber on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Pendirian Mahathir isu PPSMI …
shafifah on Kerajaan Lawak PR bersidang ba…
penulis_cyber on Kerajaan Lawak PR bersidang ba…
rmf7 on Akhirnya Pak Lah melepaskan …
Perkongsian Ilmu … on Hukum Mengumpat – Naib K…
penulis_cyber on Mahathir sudah sasau dan risau…
rmf7 on Mahathir sudah sasau dan risau…
penulis_cyber on Rakyat Perak baca sini, jangan…
aberamly on PAS perlu sertai BN – sa…
aberamly on Disebalik Kelakuan Si Kha…

RSS Berita Malaysia Kini

 

April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

RSS Pedang Berbisa

RSS Panglima Cyber

RSS Ustaz Moden

RSS Raksasa BN

RSS Anwar Ibrahim.com

RSS Che Det @ Tun Mahathir

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Warong Kopi

RSS KPMU

Simpanan Artikel

Jejak Pengunjung