Archive for April 14th, 2008
artikel berkaitan HUDUD ; isu besar pejuang Islam zaman sekarang !
- Merdeka’s Eye Sparkling Promotion, 33/per jug, 340/nett per bottle, Special free drink for ladies,
- Hidup Punk! Hidup Black Metal! hidup Skinhead! Untuk pengetahuan, gambar ini dirakam pada malam merdeka di Kota Bharu, bukan di Kuala Lumpur.
- Sedih surau Kelana Jaya jadi sarang gay
- Inilah pengikut2 Black metal yang rata2 adalah anak2 muda kita, melayu, ada bin dan binti. Ada antaranya yang masih bersekolah lagi.
- Inilah ketaksuban anak2 muda kita yang berjiwa black metal berhibur seperti dirasuk suyaitan [L], pengikut pula headbanging menggila [R]
- Syaitan dalam MUZIK
KAMI SEMBAH SYAITAN DAN BAKAR AL-QURAN DI PORT DICKSON.
Petikan majalah MASTIKA November 2005
————————————————————————–
Falsafah Perlaksanaan Hukum Hudud Dalam Masyarakat 1992
MUKADDIMAH
Saya ingin turut memperkatakan tentang persoalan yg mencabar ini.Walaupun selama ini saya kelihatan dingin terhadap persoalan HUDUD dan QISAS itu, namun selaku umat Islam yg bercita-cita memperjuangkan hukum-hakam ALLAH secara lengkap, saya sebenarnya mempunyai pandangan tersendiri tentang bagaimana mungkin hukum ini dapat dilaksanakan.
Diam tidak bermakna tidak mahu dan tidak tahu. Membisingkan sesuatu kalau bukan pada tempatnya, tidak juga akan membawa hasil yg baik.
Selama ini saya membisu terhadap persoalan ini ialah kerana pada saya, untuk melaksanakan nahi mungkar agar manusia jadi baik, hudud bukanlah langkah pertamanya.
Bahkan HUDUD ialah langkah paling terakhir yg patut dikenakan kpd seorang penjahat setelah segala cara-cara lain tidak lagi boleh mendidiknya. Macamlah seorang yg berhadapan dgn isteri yg derhaka, menceraikannya bukanlah jalan awalnya. Menjatuhkan talaq hanya mungkin sesudah segala usaha-usaha damai tidak berkesan.
Alangkah kejamnya sesorang yg menceraikan isteri sebelum berusaha mendidiknya. Dan lebih2 lagi kejam jika seorang lelaki yg belum pun kahwin atau baru saja kahwin sudah berfikir bagaimana nak ceraikan isteri kalau siisterinya itu jahat.
Halnya ini samalah halnya dengan orang baru sahaja dapat negara atau belum dapat negara itu lagi tetapi sudah berfikir macam mana hendak hududkan rakyatnya.Saya yakin dalam Islam, bukan itu caranya. Islam agama selamat. Kedatangannya menyelamatkan umat. Mencegah kemungkaran seperti yg diajarkan dalam Al Quran ialah dengan:
” Serulah ke jalan Tuhanmu secara hikmah dan dgn contoh pengajaran ug baik. Dan berbahaslah dgn mereka dgn cara yang paling baik.”
(An Nahl:125)
Justeru itu, kejahatan yg berlaku dalam masyarakat mesti dihadapi dgn cara ini dulu. Sebab kebanyakan orang yg derhaka kpd ALLAH ini, bukan kerana sengaja tetapi kerana mereka terbiar, tidak diberi faham dan dididik dgn iman dan Islam, dgn wahyu dan sabda Nabi, secara dekat, serius dan berterusan.
Segala usaha dimulakan dengan dakwah dan tarbiah terlebih dulu. Hasil dakwah yang sungguh-sungguh, ternyata ramai umat Islam ini yg mahu kpd kebaikan-kebaikan yg ada dalam Islam. Cuma selama ini mereka jahil dan terbiar.
Diperingkat ini hudud bukanlah masanya. Bercakap tentang hudud dalam suasana masyarakat jahil dan terbiar samalah dengan orang yg memukul anak kecilnya yg memegang api kerana tidak tahu api itu panas.
Hudud hanya mungkin elok dilaksanakan pada sesorang bila kedegilannya sudah tidak ada ubat lain lagi. Anak boleh dirotan bila dia tetap nak main api bila telah diberitahu dan tahu api itu membahayakan dirinya. Islam tidak menyuruh kita menyeksa orang tetapi kita disuruh agar orang jadi baik terlebih dahulu.
Seksaan hanya dibenarkan ke atas orang yg nyata sengaja merancang dan melaksanakan kejahatan setelah melalui proses dakwah dan tarbiah secara serius dan berterusan
PRAKATA
Barangkali inilah masanya yg tepat untuk saya mula berfikir tentang permasalahan tentang hukum hudud ini. Sekalipun saya sendiri dhaif untuk turut campurtangan, kerana sebenarnya saya bukan pakar dibidang ini, namun kalau polemik ini terus dibiarkan, nampaknya HUDUD semakin disalahfahamkan atau disalahgunakan. Maka saya tidak boleh biarkan keadaan ini berterusan.
Hukum ALLAH mesti dibela. Kebenaran mesti ditegakkan.Saya kecewa dgn orang-orang yg ghairah sangat menggesa agar HUDUD dilaksanakan tetapi rupa-rupanya mereka tidak betul-betul serius bersedia dgn persiapan yg benar-benar konkrit, walaupun sudah berpuluh-puluh tahun berjuang.
Dan saya terkejut kerana ada pula segelintir umat Islam yg menolak terus hukum ALLAH ini tanpa hujah yg berasas. Daripada hujah dan penolakan yg dibuat itu nyata pada kita golongan ini tidak faham tentang Islam, agama yg dipilih untuk dianutinya itu. Mengapa mereka mengaku menganut Islam, tetapi kemudiannya mempertikaikan undang-undang Islam?.
Sepatutnya mereka study dulu Al Quran dan Hadis itu sehingga mereka yakin betul kebenarannya, barulah mengisytiharkan, “Saya orang Islam dan akan membelanya.”
Apa, mereka ingat ALLAH tidak fahamkah masalah-masalah yg bakal berbangkit akibat drp perlaksanaan hudud? Dan kalau ALLAH faham, apakah ALLAH tidak buat jalan keluar untuk masalah tersebut?
Kalau benarlah begitu, ertinya tidak lengkaplah ajaran Islam ini. Sebenarnya kitalah yg tidak faham Islam. Memang, kalau tidak belajar, mana nak faham.
Dalam Islam, sebarang masalah ada jawapannya. Dan logiknya jawapan Islam itu mengatasi semua logik akal yg terfikir oleh manusia. Logik yg ALLAH bekalkan dalam wahyu-Nya terasa luar biasa oleh kita, sebab kita tidak terfikir pun logik itu sebelumnya. Hingga kerana logik Al Quran ini, kita akan kagum dgn Islam dan merasa bertuah kerana kita menjadi penganutnya.
Saya dengan izin ALLAH akan cuba menjawab persoalan-persoalan yg berbangkit tentang HUDUD dalam buku ini. Ia itu jawapan untuk mereka yg terlau ghairah tapi melulu dan jawapan kpd mereka yang menolak kerana tidak tahu.
Moga-moga kita umat Islam akan mendapat jalan keluar yg paling baik dan tepat ke arah melaksanakan hukum-hukum Islam dalam hidup ini. Semoga dgn itu kita akan selamat di dunia dan Akhirat. Dan moga-moga oarang bukan Islam pun akan menghormati kita kerana mereka dapat melihat kebaikan dan kebenaran hukum Islam ini.
ALLAH SWT, sekalipun telah menetapkan hukum hudud namun Dia tetap seolah-olah mempunyai maksud yang hukum itu bukan untuk menghukum. Tetapi sekadar untuk menakut-nakutkan sahaja. Saya berani berkata begitu kerana melihatkan syarat-syarat untuk terlaksananya sesuatu hukum hudud itu begitu diperketatkan Nya. Hingga hampir-hampir hukum-hukum itu tidak boleh dilaksanakan kerana terlalu ketat syarat-syaratnya.
Untuk membuktikan kenyataan ini, saya suka membawa contoh hukuman hudud yg dikenakan kpd penzina. Yakni kesalahan yg mahkamah tidak boleh terima pemberiaan maaf oleh mana-mana pihak. Kalau sabit kesalahannya, pesalah mesti dihukum.
Sebab penzina bukan saja bersalah dgn manusia tetapi yg lebih berat ia bersalah kepada ALLAH. Jadi walaupun mungkin kedua-dua pihak sama-sama suka melakukan kerja terkutuk itu, namun mereka mesti dihukum. Begitulah ketentuan syariat.
Firman ALLAH:
“Perempuan yg berzina dan laki-laki yg berzina maka deralah tiap-tiap orang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kpd keduanya menegah kamu untuk menjalankan agama ALLAH, jika kamu beriman kpd ALLAH dan hari Akhirat, dan hendaklah (perlaksanakan) hukuman mereka disaksikan
oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”(An Nur: 2)
Tetapi mudahkah untuk menangkap seterusnya menghukum penzina? Saya rasa dgn melihatkan syarat-syaratnya, ia hampir-hampir mustahil boleh berlaku.
Syarat-syarat itu adalah seperti berikut:
1. Hakim mestilah adil dan bertaqwa
2.Mesti ada empat orang saksi lelaki yg adil.Saksi-saksi itu pula tidak mencari-cari,
mengintai-ngintai, tidak berpakat dan tidak merancang antara satu sama lain untuk menyaksikan kejadian terkutuk itu.
Saksi-saksi fasik tidak diterima kesaksiannya. Antara ciri-ciri fasiq ialah berjalan tidak menutup kepala, berjalan tidak berlapik kaki, makan atau minum berdiri atau berjalan, kencing berdiri dan orang yg melazimi duduk-duduk dan makan di kedai sedangkan rumahnya dekat.
Orang-orang ini walaupun tidak melakukan dosa, tetapi dianggap tidak senonoh dan tidak berwibawa. Jadi mereka tidak boleh jadi saksi. Apalagi kalau dia seorang yg melanggar syariat. Selain itu, kesaksian juga tidak diterima dari mereka yg berikut:
- Orang yg pernah dikenakan hukum hudud qazaf (membuat tuduhan palsu) sama ada telah menjalani hukuman atau belum. Kesaksiannya tidak diterima walaupun dia telah bertaubat.
- Orang yg murtad
- Orang buta
- Orang bisu
3. Saksi-saksi mesti menyaksikan dgn mata kepalanya sendiri akan perlakuan zina itu seperti melihat keris dimasukkan ke sarungnya. Tetapi kalau setakat melihat pasangan berada di dalam satu selimut atau bercium atau berpeluk-pelukan atau bersunyian dalam gelap, kesaksiannya ditolak.
Dengan syarat-syarat tersebut,mudahkah ditangkap seorang penzina untuk dihukum? Kalau saksinya ramai sekalipun senangkah nak cari saksi yg warak dan dapat melihat kejadian itu tepat-tepat.
Namun, Islam mensyaratkan wajib empat orang saksi. Kalau tiga orang saksi sahaja, tidak cukup, maka kes tersebut dibuang.
Kemudian senang kah nak ternampak betul-betul peristiwa ‘keris memasuki sarung itu?Yang mana biasanya hal itu berlaku sangat tertutup dan tersembunyi. Sekiranya saksi tidak dapat membuktikan betul-betul kesaksiannya atau kesaksiannya ditolak kerana dia dianggap fasik, bukan saja tuduhannya ituditolak oleh mahkamah, bahkan saksi berkenaan dianggap orang yg suka membawa fitnah atau suka membuka aib orang.
Maka akan dikenakan hukuman hudud keatasnya dgn hukuman rotan 80 kali. Siapa yg berani untuk mudah-mudah menjadi saksi kpd kes zina, kalau begitulah kemungkinan akibatnya. Dan siapa yg berani untuk mencari-cari kesalahan orang lain untuk dibawa ke mahkamah?
Pendek kata, kes zina ini memang susah untuk dikesan dan dihukum. Dalam sejarah yg kita tahu, terlalu sedikit orang yg kena dihukum kerana zina.Kalau ada pun penzina yg dihukum oleh mahkamah ialah kerana penzina itu sendiri yg menyerah diri dan
mengaku salah.
Yakni lelaki dan wanita yg baik tetapi terlajak melakukan maksiat. Kemudian ia menyesal. Akhirnya meminta dirinya agar diazab di dunia supaya selamat dari azab Neraka. Ertinya, pada zaman itu penzina adalah orang baik, yg terlajak oleh dorongan nafsu. Bukannya orang yg sengaja mahu berhibur-hibur dgn zina.
Atau yg mencari makan melalui zina dll. Bukti dia baik ialah dia rela menyerah diri padahal dia boleh lepaskan diri. Tetapi itu tidak dilakukannya kerana dia takut kpd ALLAH- Tuhan yg Maha Melihat dan Maha Mengetahui!
Dalam masyarakat hari ini, hukum hudud tidak sesuai untuk dijalankan. Sekalipun zina berleluasa. Ini disebabkan sukarnya mencari seorang hakim yg adil dan saksi yg warak serta adil. Bila tidak cukup syarat, maka hukuman tidak boleh dijatuhkan. Kiranya kes-kes zina itu walaupun memang berlaku tetapi tidak tersabit kesalahannya, sebab tak cukup syarat, maka penzina-penzina lainakan mengambil kesempatan untuk lebih berani melakukannya.
Kerana peluang untuk lari dari hukuman adalah besar. Sebab itu hukuman ini sebenarnya ALLAH turunkan di waktu masyarakat umum sudah baik-baik belaka. Penjahat-penjahat walaupun ada, hanya sedikit bilangannya. Itupun orang yg sudah baik atau sekurang-kurangnya sudah malu dgn anggota masyarakat umum yg sudah baik. Jadi kalaupun lepas dari kes zina, namun mereka ini sudah cukup malu dan insaf.
Sedangkan masyarakat hari ini, kalau penzina terlepas dari kes zina namun dia bukannya makin insaf, tetapi makin akan jadi berani. Sebab dia tak akan begitu malu pada masyarakat yg memang sama-sama tidak baik. Zina sudah lumrah.Tetapi kalau dia seorang saja yg berzina, orang lain tidak pernah didengar melakukannya, baru dia akan rasa malu, terhina dan tersisih dan insaf.
Mengapa ALLAH ketatkan syarat-syarat ke atas hukum zina? Itu tandanya ALLAH bukan mahu memalukan hamba-hambanya yg bersalah itu.
Sebaliknya ALLAh mahu tutup-tutup kesalahan itu supaya tidak terbuka kpd umum dan supaya pesalah tidak menanggung penderitaan yg menghinakan dari hukuman itu.
ALLAH mahu pesalah terdidik dan bertaubat dari kesalahannya. Yakni, bila sesorang yg melakukan zina itu ditangkap, kemudian dibicarakan, tetapi, oleh kerana syarat-syarat untuk dia disahkan berzina oleh mahkamah tidak cukup, kerana terlalu berat syarat-syaratnya itu, maka sipenzina terlepas dari hukuman.Maka apa yg sepatutnya dirasakan ialah, ALLAH telah melepaskannya dari azab yg mengerikan itu.
Tetapi sengaja ALLAH beri peluang untuk ia hidup lagi atau terlepas dari hidup terseksa. Hatinya tentu akan rasa berterima kasih yg tidak terhingga pada Tuhan Yang Maha Baik itu, lantas ia pun bertaubat dgn sebenar-benar taubat.
Bijaksananya ALLAH mendidik hamba-hamba-Nya secara halus dgn melepaskan penzina dari hukuman. Hingga kerana itu penzina mengalami kesan psikologi yg mendalam. Dia sangat insaf dgn perlindungan dan kasih sayang ALLAH. Sedangkan kalau dia dihukum, kesan tidak begitu dirasakan.
Cuma dia merasa patutlah dia terhukum sebab memang dia bersalah. Hal ini hanya mungkin berlaku pada pesalah yg hatinya sudah pernah tunduk pada kebenaran dan tarbiah. Cuma untuk seketika ia lalai dan terikutkan nafsu. Juga pada hati yg sudah dikepung oleh masyarakat yg soleh dan solehah.
Tetapi dalam masyrakat hari ini, yg hati-hatinya sudah degil dan ingkar, susah untuk insaf dgn didikan halus oleh ALLAH itu. Bahkan kiranya terlepas dari hukuman, mungkin dia rasa satu kemenangan.
Dan peluang untuk mengulangi kesalahan masih terbuka. Sebagai kesimpulannya, saya tegaskan sekali lagi bahawa sesungguhnya hukum hudud yg dikatakan menakutkan itu sebenarnya penuh kasih sayang, pendidikan, kebaikan dan keuntungan bagi masyarakat umum dan juga pada individu pesalah.
Ia sebagai satu kaedah pendidikan yg terakhir kpd sebahagian kecil anggota masyarakat Islam, yg tidak dapat dijinakkan nafsunya oleh dakwah dan tarbiah. Apabila pencuri dan pembunuh dimaafkan di mahkamah dan apabila penzina terlepas dari hukuman kerana syarat-syarat terlalu ketat, maka hal itu akan memberi malu dan menginsafkan pesalah-pesalah. Maka dgn cara itu terbinalah akhirnya sebuah masyarakat idaman yakni:
“Negara yang baik (aman dan makmur) dan Tuhan yang Maha Pengampun (penduduknya mendapat keampunan ALLAH) ( Saba’: Ayat 15)
Perlu diingat sekali lagi, bahawa hukuman ini sekalipun sudah ada dalam AL Quran sejak 1,400 tahun lalu, namun perlaksanaannya hendaklah dibuat sesudah program dakwah dan tarbiah selesai dalam masyarakat. Dan sesudah persediaan-persediaan lain diwujudkan seperti yg telah disusun atur oleh Rasulullah SAW dalam langkah-langkah perjuangannya. Dahulukan soal-soal fardhu ain dan fardhu kifayah yg utama.Ini
juga sudah lebih dulu ada dalam Al Quran.
Tertib ini jangan diubah-ubah demi tercapai hasil yg tepat. Bila kerja-kerja berhubung dgn fardhu ain dan fardhu kifayah yg utama selesai dan berhasil, barulah disempurnakan atau dipagari hasil-hasil baik itu dengan hukuman hudud. Segala yang saya bentangkan ini adalah rakaman sejarah.
Dan kalau kita mahu melihatnya dgn mata kepala sendiri, demi keyakinan yg mendalam, tidak cukup dgn cerita dan teori ini. Justeru orang lain pun boleh bercerita dan mencipta teori-teori ilmiah yg belum terbukti.
Maka supaya benar-benar menjadi pengalaman bersama, mari kita cuba laksanakan langkah-langkah perjuangan itu mengikut susun atur yg tertib secara istiqamah, sistematik dan syumul.
Disana nanti baru kita akan faham maksud-maksud tersirat ALLAH, hikmah dan falsafah yg mendalam tentang ajaran-ajaran dan hukum-hukum ALLAH. Tanpa praktik dan pengalaman, kita akan sentiasa berselisih disebabkan pendapat yg berbeza-beza, yg biasanya lahir dari nafsu, syaitan dan kejahilan yg kita pertahankan.
HIKMAH HUDUD
Sejarah telah mebuktikan bahawa hukum HUDUD adalah satu peraturan yg bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluar kpd masalah manusia. Dizaman kegemilangan Islam yg lampau orang kafir pun menerimanya. Bagi orang beriman, hukum HUDUD dirasakan satu anugerah yg mengandungi nikmat. Kerana ia memberi dua faedah yg besar:
1. Ia seolah-olah pagar yg mengawal tanam-tanaman dari serangan binatang-binatang yg hendak memakannya. Yakni HUDUD membersihkan masyarakat drp orang-orang jahat yg mahu mengganggu keselamatan dan kebaikan insaniah dan material yg mereka telah cetuskan.
2. Bagi orang-orang yg melakukan kejahatan sama ada sengaja atau tidak, mereka diberi jalan keluar untuk lepas dari hukuman Akhirat. yang mana dosa yg sudah dihukum di dunia (secara HUDUD) tidak lagi dihukum di Akhirat.
Disinilah menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaan hudud didahului dengan kesedaran iman dan kefahaman Islam. Sebagai pagar, maka hukum HUDUD hanya mungkin dilakasanakan setelah segala anak benih kebaikan selesai ditanam dan tumbuh dengan subur didalam masyarakat.Orang tidak pernah buat pagar dulu sebelum benih-benih tanaman ditanam.
Dan lagilah tidak pernah berlaku orang yang buat pagar untuk memagari lalang. Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakat yg sudah baik-baik demi mengawal kebaikan drp dirosakkan oleh orang-orang jahat yg sudah tidak
dimakan ajar.
Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan dalam masyarkat yg majoriti belum baik, maka fungsinya yg sebenar tidak akan berjalan. Sebaliknya hudud akan
jadi ‘bala’ dalam masyarakat, yakni masyarakat akan hiruk pikuk dengan hukum, denda, seksa dan lain-lain yg tidak kenal rehat. Hingga masyarakat itu nampak begitu kejam dan tidak ada kedamaian dan kasih sayang lagi.
Pagar hanya tahan mengawal dua tiga ekor lembu tapi kalau sudah beribu-ribu ekor lembu, pagar boleh roboh dibuatnya.Sedang dalam masyarakat yg sudah dididik iman dan taqwa, hukum hudud yg diancamkan itu akan benar-benar memberhentikan maksiat.
Cukuplah sekali tangan seorang pencuri itu dipotong dan dipamerkan untuk diambil pengajaran oleh orang-orang lain, maka hasilnya, tidak berlaku lagi sebarang kecurian dalam masyarakat itu.
Tapi hari ini, masayarakat masih liar, bukan saja tangan dipotong, kalau kepala dipotong pun nescaya tidak membuatkan orang lain “bercuti” dari kejahatan.
Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejek mengatakan Islam itu kejam, zalim dll.
ALLAH minta kita lakukan amar makruf dulu kemudian barulah nahi mungkar. Yakni tegakkan kebaikan dulu baru cegah kemungkaran. Bukannya ghairah sangat hendak menghukum penjahat sedangkan usaha-usaha mengajak kebaikan tidak diberi perhatian serius.Hukum hudud yg ALLAH sudah tetapkan dalam AlQuran adalah satu kaedah menghukum yg sungguh tinggi nilai dan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebih
adil dari “hudud-hudud duniawa” yg dicipta oleh manusia.
Contohnya dalam kes curi, ALLAH menetapkan hukumannya iaitu dipotong tangan.Manakala mengikut peraturan manusia, pencuri dihukum penjara atau denda.
Mana lebih bijak dan adil? Pencuri yg mencuri kerana sengaja bukannya terpaksa atau terdesak, tidak akan dapat diubat penyakitnya itu hanya dgn penjara atau
denda. Bagi pencuri yg pakar, hukuman denda mendorong dia untuk lebih kreatif dan aktif mencuri.Maka akan lebih ramai orang yg diseksanya kerana kehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuri benar-benar rasa betapa sakitnya orang-orang yg dicuri hartanya itu, sipencuri mesti disakiti dgn kesakitan yg setimpal. Yakni hilangkan atau ‘curi’ tangannya.
Tetapi ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri, walaupun kaki turut terlibat dalam mencuri. Sebab potong kaki agak keterlaluan, kerana itu mengambil atau menghilangkan kehidupan si pencuri kerana tidak boleh bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itu bukan sampai orang yg kena curi itu tidak boleh hidup lagi. Demikianlah sukatan hukuman hudud, ia betul-betul setimpal dan berpada dgn kesalahan seseorang. Jelas ini menunjukkan tujuan hudud ialah agar pesalah merasa kesakitan yg seimbang dgn kesalahannya keatas orang lain.
Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu sama timbangannya dengan kekejaman yg dilakukan oleh pesalah terhadap orang lain.Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yg lain dalam Islam. Sudah ALLAH sukat dan tetapkan dgn jelas dan terperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti, dirombak, dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan mencari hikmahnya untuk kita lebih yakin dgn hukum ALLAH.
Diantara hukuman-Nya yg telah tetap tidak boleh berubah-ubah lagi ialah
- Hukuman pancung kpd orang yg tidak sembahyang tiga waktu berturut-turut tanpa uzur syar’i sesudah dinasihatkan.
- Hukum qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka.
- Hukuman sebat kpd orang yg membuat fitnah
- Hukuman rotan 100 kali pada penzina yg belum kahwin, direjam sampai mati pada penzina yg sudah kahwin.
- Hukuman rotan 80 kali kpd orang yg menuduh orang berzina tanpa bukti yg cukup.
- Rotan 80 kali untuk peminum arak
Terhadap kesalahan-kesalahan yg ALLAH tidak tetapkan hukumannya, cuma menyerahkan kpd bijaksana hakim untuk menjatuhkan hukuman agar seimbang dgn
kesalahan, itu dinamakan hukum ta’zir. Yakni pesalah diberi malu. Cara-cara memalukan itu boleh berbeza-beza bergantung kpd siapa pesalah dan apa kesalahan. Hukuman ta’zir
yg biasa dilakukan ialah diarak keliling bandar serta diconteng mukanya. Atau dipamerkan, didenda, dikerah kerja berat, dipenjara, diikat ditiang tempat lalu lalang umum dll.
Tujuannya supaya dia benar-benar rasa malu dan terhina sehingga dia serik untuk mengulang kesalahan yg dilakukannya. Perlu diingat bahawa hukuman ini sama hebatnya dgn kesalahan yg dibuat.Jadi tak timbul istilah kejam dsbnya. Pesalah sendiri akan mengaku nanti:
“Beginilah hebatnya kekejaman yg aku lakukan. Dan hukuman di Akhirat lebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia.”
Sebenarnya ‘hudud dunia’ ini lebih kejam. Ada orang ditangkap tanpa dibicara. Hukum hudud bukan bermaksud menyeksa.Ia lebih bermaksud untuk mendidik orang-orang yg tidak terdidik dgn nasihat dan tunjuk ajar. Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham yg
sikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Baru dia dapat berfikir tentang perasaan dan keperluan orang lain.Sebagaimana dia tidak sanggup disusahkan, dimalukan dan disakiti, begitulah orang lain. Keinsafan ini hanya akan timbul kalau hukuman yg dikenakan
benar-benar menyakitkan dan seimbang.
Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan dan menginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam.Siapakah yg lebih bijak dari ALLAH dalam menetapkan lebih atau kurangnya sesuatu hukuman?
Sedangkan kita hendak menghukum anak yg kita sayangkan itu pun kita tidak pasti apakah hukuman benar-benar boleh menghentikan kejahatannya.
Susah kita hendak adil. Apa lagi terhadap orang yg tiada sangkut-paut dgn kita. Kalau begitu, janganlah terlalu berani untuk mempertikaikan ketetapan ALLAH!. Konon bangsa asing akan takut hudud. Inipun satu andaian tanpa asas. Yg lebih banyak salah dari betulnya.
Sebenarnya bangsa asing yg cerdik dan rasional lebih terbuka dalam menerima sesuatu hukuman drp orang Islam yg sudah rosak imannya.Buktinya,orang asing boleh terima hukum penjara, hukum bunuh, hukum sebat, hukum gantung dll yg dibuat di dunia selama ini. Kalau hukum bunuh pun dapat diterima, masakan hukum potong tangan dan rejam ditolak? Sedangkan kebaikan akan dapat dirasai oleh masyarakat lebih besar darinya dari tangan yg dipotong itu.
Bahkan saya yakin orang asing itu pun suka kalau pencuri dari bangsanya yg sudah tidak boleh diubat lagi, dipotong saja tangannya supaya harta mereka tidak dicuri lagi dan kesejahteraan masyrakat terjamin. Dalam sejarah Islam, hukum hudud yg dijalankan tepat mengikut cara dan peraturan yg ditentukan oleh Islam, telah memberi kesan yg sungguh baik.
Yakni sesudah hukuman dijatuhkan kpd pesalah yg menyerah diri, kesalahan yg sama tidak berlaku lagi dalam masyarakat untuk beberapa tahun. Keamanan dan
kestabilan dan ketenangan hakiki benar-benar dirasai oleh masyarakat. Inilah berkatnya hukum ALLAH dan sempurnanya peraturan hidup Islam.Tetapi kalau syarat-syarat tidak dipenuhi, tidak melalui tarbiah dan asuhan yg istiqamah, memang ia nampak terlalu berat dan mustahil.
Makan nasi pun kalau tidak ikut peraturan dari awal hingga akhirnya akan menyusahkan kita walaupun lauknya sedap. Demikianlah dgn hukum hudud. Ia jadi rahmat kalau dilakukan ikut caranya. Tetapi akan jadi aneh kalau diletak bukan pada masa dan tempatnya.
Pengertian HUDUD dan TA’ZIR:
HUKUM HUDUD ertinya hukum-hukum yg telah ditetapkan oleh ALLAH dalam AlQuran dan Hadis kadar hukuman-nya (seksaannya) keatas kesalahan-kesalah jenayah tertentu yg tidak boleh manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya. Adapun kesalahan-kesalahan jenayah yg ALLAH tetapkan ini adalah tidak banyak. Bukan semua jenis kesalahan jenayah yg manusia lakukan itu ditetapkan bentuk hukumannya oleh ALLAH. Lebih banyak dari jenis-jenis kesalahan itu yg ALLAH serahkan kpd kebijaksanaan tuan hakim untuk menjatuhkan bentuk hukuman.
Dengan syarat pesalah itu dimalukan atau disusahkan sepadan dgn kesalahan yg dilakukannya.Hukum jenis ini dinamakan hukum ta’zir.Bahkan kesalahan-kesalahan yg sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum ta’zir atau buang kes. Biasanya hukum ta’zir ini lebih ringan dari hukum hudud. Kesalahan yg sama oleh orang yg berbeza mungkin pula bebeza pula hukum ta’zirnya. Sebab taraf dan kedudukan orang tidak sama, jadi cara memberi malu juga tidak sama. Hal inilah yg sangat memerlukan kebijaksanaan hakim. Agar setiap pesalah benar-benar rasa malu terasa atau susah atau sakit sepadan dgn kesalahan supaya dia insaf dan kesal dgn perbuatannya.
Tapi kesalahan-kesalahan jenayah yg dihukum hudud, tidak boleh berbeza-beza hukumannya walaupun siapa pun yg terlibat.Tujuan ALLAH menurunkan hukum hudud dan hukum ta’zir ialah untuk menyelamatkan kebaikan yg telah diusahakan oleh majoriti masyarakat manusia drp diganggu atau dirosakkan oleh segelintir penjahat. Sebab kejahatan tidak dapat dihapuskan 100% melalui ilmu dan pendidikan. Sebahagiannya hanya dapat dibaiki dgn hukuman.
Sebab itu hukuman didatangkan sebagai jalan penyelesaian terakhir kpd segelintir masyarakat. Hukuman-hukuman ALLAH sama ada hudud atau ta’zir, jangan dipandang lahirnya yg menyakitkan.Tetapi lihat kebaikannya yg menyeluruh kpd masyarakat. Sepertilah bila doktor mahu membedah pesakitnya atau mahu potong anggota pesakit yg kencing manis/diabetis, jangan dilihat lahirnya yg menakutkan. Tetapi lihatlah natijah(hasil) baiknya yg penuh keselamatan bagi anggota-anggota yg lain.
PERSOALAN QISAS
Hukuman-hukuman ALLAH sebenarnya mempunyai kebaikan yg cukup banyak. Lihatlah firman-Nya:
“Sesungguhnya dalam qisas itu ada kehidupan, wahai orang yg mempunyai akal, moga-moga kamu bertaqwa.”
(Al Baqarah:179)
Saya akan cuba mentafsirkan ayat ini dgn menggunakan ilmu yg ALLAH berikan.
Ukuran kadar hukuman yg ALLAH tentukan itu boleh menghidupkan jiwa dan fizikal manusia. Proses terjadi adalah begini: Hidupnya jiwa dan fizikal ialah bilamana seseorang yg telah dijatuhi hukuman tiba-tiba dimaafkan oleh pihak yg menuntut bela itu.
Mulanya pesalah sudah kecewa sekali apabila nyawanya akan hilang atau tangannya akan dipotong.
Waktu itu jiwa sudah mati sebelum fizikalnya betul-betul dipengapakan. Tetapi dalam ajaran Islam, biasanya dan sepatutnya, pihak keluarga yg menuntut bela akan rasa bersalah untuk membenarkan mahkamah benar-benar menjalankan hukum yg berat itu pada pesalah. Kerana orang yg bertaqwa itu sangat suka memberi maaf kerana inginkan keredhaan ALLAH. Walaupun mereka itu juga telah disusahkan oleh pesalah, yg mana pesalah patut juga disusahkan, tetapi si Mukmin tidak punya sifat pendendam. Cukuplah pesalah diseksa dgn pembicaraan dan mendengar hukuman yg berat padanya itu. Itupun sudah menyeksakan. Maka atas pertimbangan itu, pihak yg mendakawa sudah dapat menerima bahawa taqdir yg berlaku adalah ujian ALLAH untuk mereka. Tentuhikmah ALLAH cukup banyak dgn menimpakan kemalangan itu kpd mereka. Kalau mereka membalas dendam, ertinya mereka tidak faham maksud baik ALLAH melalui kesusahan itu. Dan menolak peluang mendapat pahala memaafkan, yg amat besar di sisi
ALLAH.
Dengan itu akhirnya, seperti yg selalu terjadi dalam sejarah Islam di zaman salafussoleh, pesalah dimaafkan oleh pihak keluarga yg mendakwa. Dalam Islam, pemberian maaf diiktiraf oleh mahkamah terhadap kesalahan sesama manusia. Yakni hukuman ditarik balik. Kalau kena juga cuma hukuman ta’zir yg agak ringan.
Apabila pesalah mengetahui yg ia diberi maaf oleh orang-orang yg dia telah bersalah, jiwanya yg mati tadi hidup kembali bersama keinsafan yg mendalam. Kalau tadi,dia tidak menangis tetapi seelok dimaafkan pasti dia menangis. Kalau mata tidak berair tetapi hatinya hancur oleh keharuan dan kekesalan.
“Aku telah menzalimi orang-orang yg cukup baik padaku. Aku telah menyeksa mereka tetapi mereka telah memulangkan nyawaku, tanganku dan kehormatanku. Mereka telah membela keluargaku dari kehilangan aku dan akibat-akibatnya. Aku insaf wahai Tuhan. Aku bertaubat dan aku berjanji untuk menyelamatkan orang-orang yg telah menyelamatkan aku ini.”
Demikianlah lebih kurang hati manusia akan berbicara terhadap dirinya disaat-saat ia dilepaskan dari kematian dan kesusahan yg sudah pasti.
Itulah kehidupan yg ALLAH maksudkan. Dan ia bukan khayalan penulis tetapi realiti sejarah yg sering berlaku dikalangan masyarakat Islam dalam melaksanakan hukuman hukuman yg ALLAH tentukan itu. Kisah begini mungkin asing pada pembaca kerana ia
hampir tidak pernah berlaku dalam masyarakat kita. Lebih-lebih lagi mahkamah di Malaysia dan di dunia hari ini memang tidak menerima pemberiaan maaf ke atas
pesalah. Maka tidak pernah berlakulah pesalah diinsafkan oleh kemaafan pihak yg dia telah bersalah.
Sementelahan pula hari ini mana ada hati yg rela memaafkan kesalahan orang lain. Hati umat Islam sudah dirosakkan oleh sekularisme hingga mereka tidak mahu merebut pahala memberi maaf yg sangat ALLAH anjurkan. Sedangkan hukum hudud yg ALLAH turunkan itu ialah kpd masyarakat yg hatinya sudah cinta Akhirat lebih dari cinta dunia.
Mereka mengharap untung Akhirat lebih dari kepuasan dunia yg sementara itu. Sebab itu bila ada orang bersalah pada mereka, mereka mampu memaafkannya. Hasil dari tu pula pesalah turut diselamatkan dari terus dari jahat. Itulah maksud hudud yg sebenarnya.
Maha bijaknya ALLAH, menyembunyikan hukuman yg begitu besar disebalik
kesusahan yg ditentukan-Nya. Benarlah firman-Nya:
“Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.
Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.”
(An Nasyrah:5-6)
Sebaliknya, kiranya pesalah terpaksa menjalani hukumannya pun, kerana tidak dimaafkan, itu tetap membawa kebaikan padanya dunia dan Akhirat.
Di dunia, hukuman itu cukup menghina dan memalukan serta menyeksakannya sehingga ia serik, insaf dan terdidik sepanjang masa. Ukuran seksaan itu cukup-cukup untuk ia terasakan pendidikan itu. Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau lebih, dia dihantui oleh rasa tidak puas hati. Kalau kurang, dia masih berani untuk melakukan lagi.
Tetapi kalau tepat-tepat betul, dia tidak boleh mengelak dan mengakui kesalahan dirinya.
Hatinya akan merintih, ”Sebagaimana terseksa orang lain kerana aku, maka padanlah dgn apa yg kutanggung ini.”
Kata-kata inilah yg dinanti-nanti oleh ALLAH dari hamba-hamba-Nya melalui hukum hudud itu. Alangkah baiknya ALLAH kerana memberi perhatian kpd hamba-Nya yg bersalah untuk dibaiki-Nya. Jika tidak begitu, sihamba akan dibiarkan untuk hidup dibenci dan mati diseksa. Terima Kasih, Ya ALLAH, kerana kasih sayang-Mu yg mahal itu.
Dalam masa yg sama, hukum hudud yg dijalankan pada seseorang mendidik orang ain agar takut untuk membuat jahat. Mengapa hukum-hukum lain yg bukan hukum hudud hari ini tidak pun membuatkan orang lain takut untuk buat salah? Bahkan makin diketatkan, jenayah dan maksiat makin berleluasa. Kalau begitu apa dalilnya untuk kita mengatakan hudud mampu menakutkan penjahat lain dari membuat kesalahan?
Hujah saya begini:Hukum hudud ALLAH datangkan untuk masyarakat yg majoritinya sudah terdidik dgn dakwah dan tarbiah Islamiyah. Masyarakat yg baik-baik, yg telah mencetuskan bermacam-macam kebaikan dalam masyarakat sama ada tamadun lahir atau tamadun maknawiah seperti iman, ilmu pengetahuan, akhlak dll.
Maka untuk mengawal tamadun ini dari gangguan atau dirosakkan oleh penjahat-penjahat yg masih ada sedikit-sedikit lagi dalam masyarakat sama ada sengaja atau terdorong oleh nafsu, didatangkanlah hukum hudud. Dengan kata lain, hukum hudud datang untuk masyarakat yg sudah baik-baik, yg penjahatnya sudah tidak ramai. Yg peluang-peluang kejahatan juga tidak ada dan penjahat pun sudah tahu bahawa perbuatannya adalah kerja terkutuk. Dalam keadaan ini, bila dilihat saudaranya terhukum teruk akibat kejahatannya, dgn mudah saja menakutkandan menginsafkannya. Hatinya mudah untuk insaf dgn melihat hukuman itu. Akibatnya, masyarakat selamat dari kejahatannya, maka hiduplah jiwa, fikiran dan fizikal mereka.
Manusia boleh terus menyambung hidupnya. Ini satu lagi maksud yg terdapat dalam firman ALLAH di atas.
Tetapi dalam masyarakat hari ini, hukuman apa pun tidak akan membuat penjahat takut dan berhenti dari kerjanya.Sebab penjahat menganggap kerjanya baik untuknya. Dianggap bidang tugas yg patut diusahakan.Kejahatan dianggap baik.Kalau tutup satu pintu darinya, dia akan cari pintu kejahatan yg lain pula. Hatinya sudah cukup rosak.
Sebabnya, disamping tarbiah Islamiah memang tidak pernah didengarnya, dakwah pula disekat-sekat dan dibuat bermusim-musim. Keadaan sekitar juga membantunya. Masyarakat dilihatnya lebih kurang sama saja dgn dia. Masyarakat tidak membuat dia rasa terlalu bersalah. Bahkan kalau dia boleh lepas dari hukuman, itu nasib baik bagi dia.Dilihat ada orang yg bersalah dilepas dari hukuman kerana dia orang besar atau anak orang besar. Maka dendamnya pada ketidakadilan itu membuatkan dia lebih berani dan nekad untuk buat salah lagi. Kalaulah hukum hudud dijalankan dalam masyarakat hari
ini, yg majoritinya orang-orang jahat, saya kira dia tidak boleh berfungsi sebagaimana sepatutnya, seperti yg ALLAH maksudkan. Sepertilah kita pukul anak yg tidak sembahyang sebelum mendidiknya. Pukulan itu tidak bernilai jadinya. Bahkan anak itu rasa teraniaya dan ayahnya dikatakan kejam. Orang yg tidak faham pun simpati dgnnya dan turut mengatakan hukuman Islam tidak adil.Kalau begitu, jadikah hukuman itu amal soleh dan membawa kebaikan seperti yg diharapkan?
Lebih-lebih lagi dalam masyarakat hari ini, kalau hukum hudud dijalankan, maka ramailah orang besar-besar dan yg berkuasa yg akan terlepas. Tetapi golongan bawahan yg akan ramai terkena hukuman. Kerana tiada siapa yg hendak melindunginya.
oleh : Hamba Allah yang tiada mahu gelaran dan nama
Add comment 14,April 2008
Arah Anwar Ibrahim selepas 14 April hari ini
| KL POS.COM |
| Oleh G. Manimaran / Mstar | |
| Khamis, 10 April 2008 | |
| PADA November 2006, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan yang beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-12, yang telah diadakan baru-baru ini. Impiannya tidak kesampaian.Pilihan raya umum 8 Mac telah berlangsung awal berbanding tanggal 14 April. Tempoh larangan bertanding yang dikenakan terhadap Anwar, 61, berakhir Isnin ini.
Di sebalik teka-teki kerusi Permatang Pauh dan Bandar Tun Razak dikosongkan untuk Anwar berterusan, bekas Menteri Kewangan ini juga dua minggu lalu telah dilantik sebagai pemimpin untuk mengepalai barisan pembangkang atas nama yang baru – Pakatan Rakyat. Nama Pakatan Rakyat menggantikan nama barisan alternatif.
Selepas dibebaskan daripada penjara empat tahun lalu. Apakah langkah Anwar selepas ini?Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, sebenarnya telah menjangkakan akan berpeluang besar untuk menyaingi kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-12. Isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang bertindak sebagai Presidan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sejak parti itu ditubuhkan setelah Anwar ditahan dan dipenjarakan, mengumumkan akan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam suku kedua tahun ini bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen. Wan Azizah menyandang kerusi itu sejak kali pertama bertanding pada tahun 1999 dan sebelum itu ia dimenangi Anwar ketika berada dalam UMNO. Selain Wan Azizah, anak Anwar Nurul Izzah juga kini merupakan Ahli Parlimen. Pendirian memberi laluan yang diluahkan oleh Wan Azizah berdasarkan kedudukan beliau sebelum pembangkang memenangi 82 kerusi Parlimen – pencapaian terbaik pihaknya dalam mana-mana pilihan raya. Pada pilihan raya umum 2004 PKR hanya memiliki satu kerusi Parlimen tetapi hari ini ia merupakan parti pembangkang yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat. Malah, pada hari ini dua anggota keluarga Anwar berada di Parlimen. Apakah Anwar masih mahu bertanding menjadikan tiga anggota keluarganya menganggotai Dewan Rakyat? Jika dua bulan lalu Wan Azizah mengatakan beliau sanggup memberikan laluan kepada Anwar, kini wujud desas-desas Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga Menteri Besar Selangor pula bakal mengosongan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dimenanginya. Khalid menafikan akan berbuat demikian. Jika Khalid sanggup berbuat demikian bermakna Wan Azizah yang baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen akan kekal di Permatang Pauh. Di sebalik teka-teki kerusi Permatang Pauh dan Bandar Tun Razak dikosongkan untuk Anwar berterusan, bekas Menteri Kewangan ini juga dua minggu lalu telah dilantik sebagai pemimpin untuk mengepalai barisan pembangkang atas nama yang baru – Pakatan Rakyat. Nama Pakatan Rakyat menggantikan nama barisan alternatif. Anwar yang kini dilihat sebagai ‘king maker’ bagi barisan pembangkang juga dikatakan tidak mahu bergopoh dalam pergerakan politik dalam suasana semasa. Anwar yang kini dilihat sebagai ‘king maker’ bagi barisan pembangkang juga dikatakan tidak mahu bergopoh dalam pergerakan politik dalam suasana semasa.
Penyusun strategi dan penyokong Anwar menyedari bahawa Anwar tidak seharusnya bertindak ghairah apabila melakukan gerakan politik semasa.Kemungkinan Anwar lebih selesa dianggap sebagai ‘king maker’ berbanding kedudukannya selaku ‘king’ ataupun perdana menteri. Memang wujud spekulasi pembangkang khususnya PKR sedang berusaha untuk memancing sekumpulan Ahli Parlimen untuk menyertai parti itu, sekali gus membentuk kerajaan. Sabah dan Sarawak telah pun menafikan akan berbuat demikian. Perlukah Anwar melakukannya? Wajarkah Anwar bertindak sedemikian untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri ketika ada pihak yang menganggap beliau sebagai “bakal Perdana Menteri” (‘leader in waiting’)? Adakah Anwar sanggup menerima sebuah kerajaan yang dibentuk menerusi pintu belakang? Pemerhati-pemerhati juga menyimpulkan Anwar tidak mahu jawatan Perdana Menteri yang diterima menerusi kerja lompat-melompat. Anwar dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 dengan mengetepikan Tun Ghafar Baba, sekali gus menjadi orang nombor dua dalam kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pada tahun 1998 beliau disingkirkan oleh Mahathir. Selepas perselisihan pendirian kedua-dua mereka, pemerhati juga berperdapat salah satu punca yang membawa kepada kejatuhan Anwar ketika itu, yang turut dilabelkan sebagai “bakal Perdana Menteri”, ialah sikap gopoh Anwar sendiri. Anwar dikatakan didesak oleh orang keliling dan penyokongnya supaya bergerak dengan cepat untuk menggantikan Mahathir. Malah sikap beliau ini juga pernah digambarkan oleh satu karikatur yang disiarkan dalam majalah mingguan antarabangsa ketika Anwar memangku jawatan Perdana Menteri. Itu senario kira-kira 11 tahun yang lalu. Hari ini Anwar dikatakan sudah berubah. Anwar bukan lagi pemimpin yang bergopoh merebut jawatan. Malah, rakyat sudah mula menilai kemampuan pembangkang untuk melaksanakan program yang dijanjikan dan janji-janji dilontarkan semasa kempen pilihan raya. Tanggungjawab politik Anwar sebenarnya lebih berat selepas 14 April ini. Selain berupaya mengekalkan keutuhan Pakatan Rakyat yang baru ditubuhkan, Anwar perlu memastikan barisan pembangkang kekal dalam hati para pemilih menjelang pilihan raya umum akan datang.
Pembangkang juga menyedari sebahagian undi yang diterima mereka adalah ekoran rasa marah terhadap parti pemerintah, dan bukannya pemilih mencinta barisan pembangkang bulat-bulat.Justeru, gerak-geri Anwar selepas 14 April lebih penting agar beliau sekali lagi tidak dicap sebagai pemimpin tidak sabar. Tanggungjawab politik Anwar sebenarnya lebih berat selepas 14 April ini. Selain berupaya mengekalkan keutuhan Pakatan Rakyat yang baru ditubuhkan, Anwar perlu memastikan barisan pembangkang kekal dalam hati para pemilih menjelang pilihan raya umum akan datang. Malah, ada desas-desus menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal – kemungkinan dalam tempoh tiga tahun. Tempoh tiga tahun ini bukan sesuatu yang lama. Ia kurang daripada 1,000 hari. Jadi, Anwar dilihat akan menggunakan tempoh yang sedia ada untuk mengukuhkan kedudukannya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang berbanding menjadi Perdana Menteri menerusi jalan belakang dalam keadaan tergopoh. Anwar juga tetap mahu mengikut jejak Lim Guan Eng yang bertanding buat kali pertama selepas larangan politik selama lima tahun. Beliau kini Ketua Menteri Pulau Pinang – negeri kelahiran Anwar. |
Add comment 14,April 2008
Peralihan kuasa, adakah ia akan menjadi seperti kita impikan ?
PERALIHAN KUASA
Peralihan kuasa diperkatakan semua pihak sekarang dalam bentuk ungkapan yang lembut dalam membuat tuntutan Pak Lah berundur sekarang atau selepas keadaan reda dan stabil…Ia sangat penting kerana peralihan ini menentukan hidup dan matinya UMNO sebagai parti yang telah 50 tahun memerintah Malaysia. Ia juga boleh membangkitkan semangat para penyokong umno yang telah memprotes Pak Lah melalui undi hingga terhasil sabotaj dalaman dari ketua bahagian yang gagal dimasukkan dalam senarai akhir calon pilihanraya lalu…Mereka sebenarnya yang beria-ia mendesak agar pimpinan tertinggi ditukar..
Ia juga turut disuarakan oleh Pakatan Rakyat yang memang tidak puas hati semua perkara yang dirancang oleh Pak Lah selaku Perdana Menteri Malaysia. Mereka juga ingin mengambil kesempatan atas kegawatan politik yang belum tentu berulang pada masa akan datang seperti yang terjadi kini…..
Jika Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri ditukar kepada kepada Najib selaku calon pilihan tentu suasana akan kembali normal dan mengganggu usaha Pakatan Rakyat menjadi Pemerintah Malaysia selepas 50 tahun Malaysia ditadbir oleh Barisan Nasional.
Kenyataan Tun Mahathir bahawa UMNO akan hancur jika tidak ditukar kepimpinan sekarang ada asasnya ekoran kekalahan moral yang begitu teruk hingga telah kehilangan 5 buah negeri pada pilihanraya yang lepas. Ia juga kerana sudah jelas kedengaran merata tempat di Malaysia seruan menuntut Pak Lah menyerahkan jawatan kepada Timbalannya sekarang iaitu Najib .. ( meskipun kita tidak tahu siapa yang menggerakkan suara tadi di kalangan bahagian UMNO di seluruh negara ).
Namun Tun tidak sedar bahawa kehancuran tadi hasil tangan dan mulut Tun serta penyokong Tun dahulu yang telah mendapat bahagian dunia yang tidak sedikit atas apa yang mereka berikan dalam bentuk sokongan bersyarat satu ketika dulu. Jika syarat tidak dipenuhi mereka jugalah yang akan melompat parti atau menghunus keris melawan sesiapa sahaja yang gagal mengatur peluang keemasan untuk mereka..
BARISAN NASIONAL MASIH KUAT
Sebenarnya jika kita melihat kepada kejayaan mendapat 140 kerusi dari 222 kerusi Parlimen, ia satu keputusan yang kuat bagi pilihanraya kali pertama yang berlangsung dengan Peti Lutsinar yang telus dilihat oleh sesiapa sahaja.
Ia hasil cadangan pihak pembangkang sendiri di dalam pilihanraya yang ingin menjadikan ketelusan asas kepada perjalanan pilihanraya dan ia diterima dengan senang hati oleh kerajaan Malaysia pimpinan Pak Lah dan telah pun dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya pada pemilihan yang lalu..
Kerana sebelum ini berbagai andaian dibuat bahawa peti itu mungkin telah diisi dengan undi pengundi tertentu hingga membolehkan perbuatan memanipulasi keputusan pilihanraya tidak dapat ditolak sama sekali…
Mungkin Tun Mahathir ada jawapannya bagi gosip ini.
PERPECAHAN MERUGIKAN UMNO / BARISAN NASIONAL
Situasi sekarang yang menyaksikan perpecahan antara UMNO amat menguntungkan Pakatan Rakyat…Pasti Pakatan Rakyat ( jika sedar ) akan menahan Pak Lah dari berundur ( itupun jika mereka merasa Pak Lah masih relevan untuk kemenangan mereka ). Kejatuhan Pak Lah akan merugikan mereka dari satu sudut meraih peluang mendapat kuasa majoriti Malaysia.
Meskipun Pak Lah dikritik teruk kerana beliau masih menjadi modal kepada kebangkitan dan kemarahan rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional, namun tidak ramai yang terfikir bahawa Pak Lah sebenarnya menjadi mangsa kepada keadaan golongan yang kecewa, irihati, benci, tamak.
PAK LAH MEWARISI KERAJAAN BERMASALAH
Ia telah disebutkan oleh Hishamudin Rais dalam artikelnya bertajul Pak Lah Gorby Malaysia ( klik di sini ) . Beliau antara lain menulis tentang golongan golongan yang mendesak Pak Lah agar turun segera. Antaranya :
Suara pertama ialah suara contract junkies – pemadat kontrak – yang merasakan diri mereka pasti kehilangan ‘peluang perniagaan’. Selama ini ‘perniagaan’ mereka bukan berasaskan ilmu atau kecekapan berniaga, tetapi kerana mereka taat setia membodek ‘orang orang’ tertentu dalam struktur pucuk pimpinan United Malays National Organisation.
Mereka sedar, apabila tuan-tuan yang mereka bodek hilang kuasa, maka mereka tidak memiliki kemampuan untuk melakukan persaingan perniagaan. Atau, mereka tidak tahu bekerja untuk mencari makan dengan titik peluh sendiri. Mereka pasti akan mati tegak. Suara merekalah yang lantang menuntut Abdullah meletakkan jawatan.
Suara-suara juga kedengaran dari bekas bekas Yang Berhormat United Malays National Organisation yang kalah. Mereka gagal untuk menilai taraf fikrah mereka. Mereka tidak berkeupayaan untuk melihat diri sendiri. Mereka tidak pernah mencermin diri. Mereka hanya tahu menyalahkan orang lain. Orang lain itu — Abdullah.
Dalam budaya United Malays National Organisation, tanpa memiliki kerusi YB, maka tidak mungkin mereka atau penyokong mereka mendapat kontrak. Tanpa kontrak, maka bekas YB-YB ini akan menjadi bangkai bernyawa. Di kawasan-kawasan mereka yang pada satu ketika dahulu menggunung kuasa mereka, kini mereka menjadi tunggul — pergi tersepak pulang terlanggar. Sosok-sosok yang kalah ini menyalahkan Abdullah sebagai sebab utama kekalahan mereka. Lalu mereka juga bersuara menuntut agar Abdullah meletak jawatan.
Ada lagi satu lagi kumpulan agak kecil tetapi memiliki kuasa yang besar kerana mereka berselindung dan berpayung dalam struktur parti. Dengan kuasa yang dimiliki, banyak kerenah jahat dan rompak samun mereka dapat ditutup daripada pengadilan. Hutang-piutang mereka tidak dipungut. Pinjaman dari bank tanpa diselidiki. Banyak tanah milik orang ramai dirompak dan dijarah. Mereka ada kepala semua ejen komisen yang mengambil peratus daripada apa sahaja projek negara yang diluluskan.
Justeru sosok-sosok jenis ini tidak dapat tidak akan terus ingin berkuasa. Tanpa kuasa, kesemua mereka berkemungkinan diheret ke mahkamah. Mereka juga mahukan Abdullah pergi.
Satu lagi kumpulan yang suara mereka kedengaran sayup-sayup. Mereka ini kumpulan polong tidak bertuan. Biasanya mereka juga ejen komisen. Tukang cari projek yang kemudian bertanggungjawab memperkenalkan para YB ini dengan tauke Cina itu. Polong-polong ini sedang lari larau kerana banyak tuan mereka telah tidak bertelur lagi.
Kesemua kumpulan ini ada yang secara terbuka, ada secara berbisik-bisik ke hulu ke hilir menuntut Abdullah meletak jawatan. Ada pula dengan senyap-senyap mengarahkan orang lain untuk bersuara. Dalam bacaan politik mereka, banyak kerusi YB United Malays National Organisation lupus kerana sosok Abdullah Ahmad Badawi.
Ini sebenarnya tidak betul.
Begitulah pendapat Hishamudin Rais yang telah disiarkan dalam Malaysia Kini ( klik sini ) …
AGENDA PERIBADI SEBALIK DESAKAN UNDUR DIRI
Bagi Penulis, jelas kepada kita bahawa agenda mendesak Pak Lah turun adalah tidak ikhlas dan berlapik di atas kepentingan dan agenda masing masing.. Kerana telah banyak pembangunan dan kemakmuran dicapai di bawah pentadbiran Pak Lah yang telah ditimbus dan ditutup dengan mudah oleh golongan yang memainkan isu isu remeh dan kecil hingga merosakkan mood dan minat rakyat untuk terus berdiri di belakang Pak Lah selaku Perdana Menteri. Pemilihan beliau juga ( yang ditentukan oleh juara pengkritik beliau iaitu Tun Mahathir ) adalah berdasarkan rekod dan juga intergriti beliau yang sangat tinggi dan bersih sehingga AMAT MENAKUTKAN GOLONGAN YANG KECEWA ATAU BIMBANG AKAN MENJADI MANGSA KETELUSAN DAN INTERGRITI Pak Lah yang sentiasa komited melaksanakan keadilan dan kestabilan kepada semua kaum yang bernaung di Malaysia.
Agenda bekas YB dan ketua Bahagian yang diketuai Tun Mahathir, disokong pula oleh PAS, DAP dan PKR merupakan serangan yang bertalu talu tanpa belas kasihan kepada jasa dan projek yang telah dan akan dilaksanakan beliau . Walhal koridor koridor di luar bandar membabitkan bilion ringgit menerusi pembangunan meliputi semua kawasan di seluruh negara mencerminkan pembahagian adil bagi semua kaum di luar bandar yang telah sedikit ketinggalan dalam era kemodenan dan kemajuan dunia masa kini…Ini beerti bagi PAS PKR DAP mereka tidak memberi sokongan kepada projek mega koridor koridor di pantai timur dan barat kerana mereka hanya ingin satu, iaitu kuasa dan habuan dunia dalam menerajui kerajaan.
Jika benar PAS PKR DAP berjuang bagi keadilan dan kemakmuran rakyat semua kaum tentu mereka akan menyokong sepenuh hati projek di atas termasuk Wilayah Iskandar yang banyak memberi manfaat kepada semua penduduk yang semestinya dari golongan penyokong parti PAS PKR dan DAP..
Sikap kuku besi atau autokratik Tun Mahathir yang sangat suka menggunakan ISA dalam menjamin populariti dan sokongan kepada beliau tentu tidak mudah dilupa oleh kita yang ada pengalaman silam terlibat atau terlihat dengan kesan hukuman tersebut..
Yang turut dibimbangi juga ialah sokongan dari bukan melayu kepada Barisan Nasional sangat lemah dan hampir pupus …kecuali dari negeri ‘deposit tetap’ BN iaitu dari Sabah dan Sarawak.
Isu terkini iaitu Hindraf, IFC, pindaan artikel 121, hingga membawa kepada memorandum 9 menteri bukan Islam dalam Kabinet, pemilihan calon pilihanraya, keghairahan agenda Islam Hadhari turut menggoyangkan semangat perpaduan antara komponen BN..Ini memberi kesan positif kepada Pakatan Rakyat yang sentiasa mengintai peluang mencari ruang yang boleh diisi untuk menaikkan lagi sokongan dan dokongan rakyat kepada aspirasi pakatan mereka..
NAJIB BELUM SAMPAI MASA
Namun mungkin mereka juga terfikir bahawa bakal Perdana Menteri yang baru, iaitu Najib akan memudahkan lagi serangan mereka.. Tentu lagi mudah menyerang UMNO dan BN jika Najib nanti dipilih memandangkan banyak isu seperti komisyen pembelian kapal selam, kes bunuh altantunya yang sedikit sebanyak mencemar imej najib selaku bakal Perdana Menteri.. Lagipun kes bunuh Altantunya belum selesai dibicarakan lagi sekarang ini dan tentu perlantikan beliau di saat saat begini tidak membawa jaminan yang padu kepada keutuhan sokongan rakyat Malaysia kepada kepimpinan beliau…
Jika Pak Lah sendiri menjadi mangsa kecaman walhal sangat bersih , apatah lagi Najib yang telah teruk tercalar imejnya di mata rakyat.
Satu kemungkinan bahawa Anwar akan diberi peluang menjadi peneraju dan pewaris kepada jawatan Perdana Menteri dan Najib akan menjadi timbalan sementara menunggu masa dilantik sebagai Perdana Menteri boleh difikirkan juga..Tetapi desas desus mengatakan bahawa usaha Pak Lah ingin menerima kembali Anwar telah ditentang oleh Najib hingga memusnahkan usaha Pak Lah menyatukan suara perpaduan Melayu / Malaysia dalam mengukuhkan Kerajaan pimpinan beliau juga telah sampai ke telinga kita.
Sejarah Anwar melompat masuk UMNO tentu masih diingati oleh pengundi yang mengikuti setiap detik perjalanan politik di negara kita di mana beliau telah naik dengan mendadak ke jawatan kedua tertinggi negara. Kecuali generasi baru yang baru mengenali dan tidak mengetahui asal usul politik dari sejak zaman menuntu kemerdekaan hinggalah Malaysia telah maju sekarang.
Mereka inilah yang banyak terpengaruh dengan dakyah dan tohmahan palsu pembangkang hingga ke peringkat memburuk-buruk Pak Lah secara peribadi melalui internet, suratkhabar, email,sms dan juga surat yang dipos ke rumah… Kerana bagi golongan muda pengundi saluran 3- 4, mereka sangat obses dengan internet dan segala isi yang terkandung di dalamnya meliputi politik,agama, hiburan, berita dan sebagainya..
Tidak mustahil jika berjaya usaha membawa Anwar masuk UMNO, maka DAP dan PAS akan berlindung di belakang Anwar dalam pakatan kerajaan yang akan menyaksikan kerajaan campuran dibentuk dengan syarat mereka turut diberi peluang dalam kerusi Kabinet Malaysia selaku Menteri atau Timbalan Menteri.
Pakatan Rakyat di Selangor tentu menjelaskan lagi agenda Malaysia Malaysian tajaan DAP yang dari dulu ingin menghapuskan keistimewaan bangsa Melayu Islam di negara ini…Ia juga turut dikongsi oleh PKR yang menjamin keistimewaan Melayu akan dihapus untuk keadilan semua rakyat Malaysia walaupun para ustaz dan ulama dalam PAS masih malu-malu mengakui agenda Negara Islam mereka sudah hilang dibawa impian menjadi menteri dan mereka juga menyokong ternakan babi walhal mereka jugalah wakil Parti Islam Se Malaysia yang mengatakan sangat komited dengan agama dan sesiapa meyokong mereka besar harapan akan masuk ke syurga…
Meskipun mereka masih lagi bertelagah isu Negara Islam hangat diperkata oleh ahli pimpinan PAS yang nampaknya semakin panas didesak penyokong mereka agar berterus terang menzahirkan hasrat membina sebuah negara Islam berlandaskan undang-undang syariah iaitu HUDUD.
Jika Anwar tidak diterima masuk UMNO tentu perkara sebaliknya boleh berlaku di mana MP BN akan menyeberang ke PKR atau PAS.. Tetapi adakah Najib akan membenarkan Anwar memintas beliau yang telah taat setia selama ini kepada UMNO dan Barisan Nasional dan memberi peluang para MP BN bersatu dengan Anwar Ibrahim tentu tidak masuk akal sama sekali. Pembebasan Anwar Ibrahim dari berpolitik mulai esok akan menyingkap lebih lanjut babak babak menarik ketuanan Melayu di Malaysia yang akan ditentukan oleh kita semua..
Ketika itu Najib tentu akan kalah dan berundur bagi memberi peluang kepada Anwar menjawat jawatan tertinggi atau kedua tertinggi selaku Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri..
Justeru Najib perlu mencari strategi apakah yang akan dilakukan Pak Lah ( jika beliau ingin terus menerajui UMNO ) dan juga menduga apa pelan tindakan seterusnya Anwar Ibrahim yang sangat lincah percaturan politiknya..Meskipun ia dikatakan juga berjaya dengan bantuan kewangan yang sangat banyak dalam menarik sokongan golongan bawahan. Seperti isu dalam pemilihan jawatan UMNO bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO satu ketika dulu dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba.
Mungkin Muhyidin akan menjadi regu utama dengan Najib melawan Pak Lah dalam pemilihan UMNO Disember ini atau mencari regu baru dalam membina team sendiri mendaki puncak kuasa tertinggi selaku Perdana Menteri. Kenyataan akhbar hari ini sudah menunjukkan bahawa beliau telah memberi isyarat UMNO perlu berubah segera kerana Umno sekarang sedang mengalami kemerosotan teruk jika tiada penggantian segera pucuk pimpinan parti, kata naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia petanda yang jelas bahawa mungkin beliau ada cita cita menjadi teraju bersama atau yang terutama dalam hieraki kepimpinan parti UMNO dan Kerajaan Malaysia.
Atau mungkin bintang sedang bersinar ; Ku Li akan naik mendadak setelah sekian lama di Gua Musang mengumpul kekuatan..Kerana semalam kita juga turut membaca kenyataan terbaru dari Putera Mahkota Kelantan yang meminta perpaduan melayu dikukuhkan dan menjauhkan diri dari sifat membelakangkan kepentingan Melayu semata mata bagi menarik sokongan bangsa lain di Malaysia…
Kegagalan melawan Tun Mahathir hingga membawa kepada pengharaman UMNO dan melahirkan UMNO BARU adalah natijah keghairahan Ku Li satu ketika dulu dalam mendaki puncak tertinggi dalam UMNO…Beliau sanggu berkongsi pentas dengan sesiapa sahaja asalkan menjadi kuda tunggangannya dalam mendapatkan kuasa dan jawatan dalam UMNO.Buktinya Pilihanraya Umum 1990 Semangat 46 merampas Kelantan dari BN dengan bantuan PAS hingga kekal PAS memerintah sampai ke saat ini..Ku Li sudah lupa atau buat-buat lupa barangkali zaman gelapnya dulu hingga menyaksikan Angkatan Perpaduan Ummah telah bergabung membentuk kerajaan dan bertelingkah sesama sendiri..
Kali ini mungkin penamat kepada riwayat politik Ku Li yang memang ‘kamikaze’ ingin menjadi hero di tengah kemelut politik yang melanda satu negara..Hingga kini, sasarannya ialah Pak Lah, si lembek yang sangat dikritik oleh semua orang..Dan dikatakan punca UMNO hilang sokongan.
Pendirian tidak jelas ini juga dapat dilihat ketika Semangat 46 dibubarkan setelah Ku Li berdamai kembali dengan Tun Mahathir hingga membolehkan beliau masuk kembali di dalam UMNO..
Kenyataan pedas dan lantang dari Putera Mahkota itu tentu mengejutkan kita semua kerana kita tentu tertanya-tanya adakah ia dari idea Ku LI yang turut mengemukakan dirinya untuk melawan Pak Lah dalam persidangan UMNO akhir tahun nanti..Atau ia dari diri baginda sendiri selaku Institusi tonggak perpaduan Melayu Islam yang pasti turut meneliti perjalanan mutakhir politik Malaysia.
Apa apa pun boleh berlaku dalam dunia politik dan sesiapa pun boleh bertukar sekelip mata dari lawan kepada kawan dan kawan menjadi lawan.. Sejarah menunjukkan sedemikian dan kita tahu ia akan berulang dalam bentuk dan suasana berlainan meskipun watak yang sama akan beraksi di depan kita semua..
Semuanya kerana KUASA ! yang diselindung di belakang nama KETUANAN MELAYU, ISLAM, UMNO dan lain-lain…
Moga agama dan bangsa Malaysia tidak akan hancur dek ketamakan dan kepentingan diri sendiri … Kerana kita yang membina mungkin juga menjadi antara yang meruntuhkannya juga.
Yang bertepuk tangan ialah pihak yang ingin melihat kejatuhan sebuah kerajaan yang agak cemerlang dari segi pencapaian agama, sosial, ekonomi, sains teknologi berbanding negara negara Asia yang lain khususnya negara Islam seperti Brunei dan Indonesia. Yang memiliki tipu muslihat , kuasa, wang, strategi yang hebat dalam menaik atau menjatuhkan mana mana pemimpin di mana mana tempat di dunia. Yang pandai mencatur urusan dalaman negara yang menjadi sasaran mereka dan membuat sesebuah negara itu porak peranda dari muncul sebagai kuasa besar dunia Islam !
Kita sudah kehilangan Singapura semasa era pemerintahan Tunku Abd Rahman dan kita telah melihat hasil kehilangan kuasa politik orang Melayu Islam di sana hingga Singapura telah jauh dari menjadi negara yang turut diperintah oleh bangsa asal penduduk di sana iaitu kaum Melayu Islam…
Pendapat penulis secara peribadi berpandangan, semua pihak yang CINTAKAN KEADILAN, KETELUSAN, INTERGRITI perlu menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi dan perlu menentang keras usaha dari dalam atau luar UMNO yang ingin menjatuhkan kerajaan secara tidak adil ekoran desakan kekalahan teruk yang menjadi ulangan kepada kekalahan Tun Mahathir pada tahun 1999 yang lalu.. Jika Islam ingin ditegakkan dengan Hikmah dan Mauizah Hasanah maka pilihan terbaik dan terkini kita miliki ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi cucu kepada Ulama masyhur Malaysia Syeikh Abdullah Fahim.
Jika Tun Mahathir mengambil masa beberapa tahun memulihkan Parti UMNO tentu peluang yang sama perlu dibuka juga kepada Pak Lah yang sentiasa berkhidmat dengan gigih dalam menaikkan Malaysia dari peringkat cemerlang, kepada gemilang dan terbilang ! Slogan bekerja bersama saya adalah motivasi ikhlas dari beliau yang sangat suka menghormati kakitangan beliau dan menjadikan mereka sama sama satu pasukan dalam memacu Malaysia ke tahap yang lebih baik.
Jangan biarkan usaha dari Parti PAS PKR DAP meruntuhkan keindahan negara Islam Malaysia yang perlu diberi peluang mentadbir negara mengikut acuan dan perkiraan terkini pimpinan yang dibarisi oleh penasihat-penasihat berwibawa yang sangat tulus berkhidmat mempertahankan negara Islam Melayu yang terulung di kalangan negara Islam yang lain..
Jangan kerana ketakutan sesetengah pihak dan dendam kesumat mereka yang telah disingkir dari jawatan atau yang bertopengkan agama dalam mencari habuan pangkat dan jawatan menjadi taruhan kita dalam meruntuhkan kerajaan Islam Hadhari yang telah mula menjadi kuasa Islam utama yang disegani semua negara Islam dan non Muslin di seluruh dunia. Kejayaan angkasawan pertama islam berpuasa di angkasa lepas jangan kita lupa dengan cacian dan makian pembangkang yang mengatakan ia satu projek membazir dan merugikan wang rakyat…
Akhir kata, ini sedikit doa dari penulis !
Ya Allah tolong selamatkan Malaysia dari bala bencana berupa perpecahan, fitnah , pergaduhan antara kaum, perebutan kuasa, dan gejala sosial.
Biarkan pemimpin terbaik menjadi penguasa di dalam menjaga kebajikan dan keamanan negara Malaysia dari tergadai kepada pemimpin yang sanggup menjadi hamba kepada kuasa asing dalam atau luar negara.
Amin 1000 x 1000 = sejuta amin !
Inilah pendapat saya dan anda berhak memandang sebaliknya !
oleh ; Penulis _ Cyber
Add comment 14,April 2008

