Archive for April 10th, 2008

Tapak tangan Dr. Mahathir dah sejuk…!

Thursday, April 3, 2008

sumber : ( klik sini )

Jika diikutkan hati, sebenarnya saya tidak mahu lagi menulis apa-apa yang melibatkan mantan Perdana Menteri ‘kesayangan’ saya ini. Tetapi oleh kerana sejak sehari dua ini nampaknya beliau semakin aktif dan nampak lebih bertenaga mengkritik kepimpinan negara, maka saya pun nampak gayanya tidak boleh berdiam diri jugalah !

Sebenarnya, sehari selepas 5 buah negeri jatuh ketangan parti pembangkang dalam PRU-12, saya telah menulis dalam blog saya dan menytakan bahawa kemelut politik yang melanda negara kita sekarang ini adalah berpunca dari Tun Dr. Mahathir. Di mana Pak Lah cuma mengambil alih sebiji ‘kanser’ yang hanya menunggu masa untuk pecah dan meletup sahaja. Kini kanser itu telah pun pecah dan meletup.

Saya juga hairan dan tertanya tanya kenapa sejak akhir-akhir ini Tun Dr. Mahathir nampak begitu bersemangat saja bila mengkritik dan menghentam kepimpinan negara yang ada pada hari ini. Pada pendapat saya kenapa dia jadi begitu kerana 3 sebab berikut:

1. Pertama – Mungkin dia betul-betul mahu Pak Lah letak jawatan sebagai PM. Kemudian disusuli pula dua hari lepas, dia berkata ‘Datuk Najib dah tak layak jadi PM’. Pada pandangan saya pula kenapa beliau berkata begitu mungkin kerana mahu anaknya naik lebih cepat sikit.

2. Kedua – Adakah dia kini merasa ‘gelabah’ kerana tarikh ‘Raja Burung’ bebas untuk terbang ke sana dan ke sini sudah semakin hampir. Bukan apa saya dah nampak nanti kita akan tengok Raja Burung ini akan terbang dan hinggap di atas kepala-kepala ‘beruk’, mak beruk, bapak beruk dan tok wan beruk semuanya lalu berkata kepada semua suku sakat beruk ini…’Hello, how are you beruk…’ (hahaha…aku nak habis tulis ayat ini tergelak 4 kali…kau orang macam mana berapa kali pula)

3. Ketiga – Mungkin tapak tangan Dr. Mahathir dah sejuk kot. Faham-faham sajalah wahai semua Pemimpin Umno jika tapak tangan dah sejuk nih..?

Bagi saya Dr. Mahathir memang seorang Doktor belit no.1 negara sekarang ini. Manakala Arkitek belit no.1 negara pula yang berada di Sg. Siput, Perak? Sepatutnya semasa Berita Harian dan TV3 mengadakan Malam Anugerah Bintang Popular pada 30 Mac 08 baru-baru ini, pihak penerbit patutnya menambahkan lagi 2 anugerah seperti yang saya sebutkan tadi iaitu anugerah Dr. Belit paling popular dan anugerah Arkitek Belit paling popular.

Bila saya mengkaji ’style’ lakonan belit beliau, saya nampak beliau ada persamaan dengan pemain bolasepak Chelsea iaitu Didier Drogba. Pemain ini jika kita perhatikan betul-betul lakonannya.. ‘Yang kena bentes adalah kaki kanannya tetapi dia meraung sakit kaki kirinya..’? Ini semua dilakukan hanya sekadar untuk menarik perhatian pengadil perlawanan.

Jadi kepada semua Pemimpin dan Ahli Umno, saya minta Tan Sri, Datuk-datuk dan saudara-saudara semua agar diam dan pekakkan saja telinga saudara itu. Usah ambil hati dan berilah ‘peluang terakhir’ untuk Perdana Menteri kesayangan saya itu untuk bercakap apa-apa pun.

Bukannya apa saya takut nanti ‘riwayat’ mantan PM kesayangan saya ini akan berakhir sama tarikh dengan jatuhnya kerajaan BN/Umno.

Add comment 10,April 2008

Pak Lah – Gorby Malaysia

OLEH : Hishamuddin Rais  ( malaysiakini )

Apabila para ahli sejarah yang bukan dari acuan Khoo Kay Kim melihat kembali peranan Abdullah Ahmad Badawi, maka tidak dapat tidak, sosok yang dipanggil Abdullah Ahmad Badawi ini akan disamakan dengan Mikhail Sergeyevich Gorbachev, bekas presiden Kesatuan Soviet.

Mikhail Gorbachev lebih manja dipanggil nama Gorby. – sama juga dengan Abdullah yang memiliki nama pop Pak Lah yang amat disenangi oleh beliau sendiri.

Perestroika dan glasnost pada asasnya dasar penstrukturan baru dan dasar keterbukaan yang diajukan oleh Gorby kepada rakyat Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR). Gorby bertanggungjawab membuka ruang demokrasi dengan memperkenalkan glasnost pada tahun 1988.

Revolusi Bolshevik yang dipimpin oleh Lenin ( GAMBAR BAWAH ) pada 1917 telah merudum dan merosot. Hukum-hukum sejarah dan hukum-hukum sosial telah melencongkan cita-cita suci revolusi pertama kaum buruh dan tani Rusia. Selama 70 tahun falsafah dan ideologi komunisme telah menjadi lucah. Kaum komunis dan kader komunis di USSR dan di Blok Timur telah menjadi aparatchik dan birokrat daulah. Aparatchik ini begitu berat untuk dipikul dan menjadi satu beban negara. Rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa menjadi budaya harian.

Semua ini tidak jauh bezanya daripada apa yang terjadi kepada United Malays National Organisation. Parti yang didukung dan disokong oleh kuasa kolonial British ini, selama 50 tahun, telah menjadi begitu merosot sekali. Kalau di USSR, parti yang dipimpin oleh Gorby sekurang-kurangnya cuba bersandar dengan teori dan falsafah Marxisme dan Leninisme.

Bayangkan betapa merosotnya United Malays National Organisation yang tidak memiliki apa-apa ideologi atau garis politik yang tepat. Beberapa ketika parti ini mengakui menjadi parti nasionalis. Tiga empat hari kemudian menjadi globalis dan sebulan kemudian menjadi parti Islam pula. Kemudian menjadi parti Melayu kembali. Parti ini semakin tidak tentu hala tujuan.

Pada April tahun ini, ahli-ahli United Malays National Organisation sedang melihat bagaimana telah terlucutnya kuasa politik dan kuasa ekonomi (baca: rasuah) mereka yang selama 50 tahun ini dianggap harta turun-temurun pusaka datuk nenek moyang mereka.

Hasilnya, suara-suara menuntut Abdullah meletakkan jawatan semakin lantang kedengaran. Suara-suara siapakah ini?

Suara pertama ialah suara contract junkies – pemadat kontrak – yang merasakan diri mereka pasti kehilangan ‘peluang perniagaan’. Selama ini ‘perniagaan’ mereka bukan berasaskan ilmu atau kecekapan berniaga, tetapi kerana mereka taat setia membodek ‘orang orang’ tertentu dalam struktur pucuk pimpinan United Malays National Organisation.

Mereka sedar, apabila tuan-tuan yang mereka bodek hilang kuasa, maka mereka tidak memiliki kemampuan untuk melakukan persaingan perniagaan. Atau, mereka tidak tahu bekerja untuk mencari makan dengan titik peluh sendiri. Mereka pasti akan mati tegak. Suara merekalah yang lantang menuntut Abdullah meletakkan jawatan.

Suara-suara juga kedengaran dari bekas bekas Yang Berhormat United Malays National Organisation yang kalah. Mereka gagal untuk menilai taraf fikrah mereka. Mereka tidak berkeupayaan untuk melihat diri sendiri. Mereka tidak pernah mencermin diri. Mereka hanya tahu menyalahkan orang lain. Orang lain itu — Abdullah.

Dalam budaya United Malays National Organisation, tanpa memiliki kerusi YB, maka tidak mungkin mereka atau penyokong mereka mendapat kontrak. Tanpa kontrak, maka bekas YB-YB ini akan menjadi bangkai bernyawa. Di kawasan-kawasan mereka yang pada satu ketika dahulu menggunung kuasa mereka, kini mereka menjadi tunggul — pergi tersepak pulang terlanggar. Sosok-sosok yang kalah ini menyalahkan Abdullah sebagai sebab utama kekalahan mereka. Lalu mereka juga bersuara menuntut agar Abdullah meletak jawatan.

Ada lagi satu lagi kumpulan agak kecil tetapi memiliki kuasa yang besar kerana mereka berselindung dan berpayung dalam struktur parti. Dengan kuasa yang dimiliki, banyak kerenah jahat dan rompak samun mereka dapat ditutup daripada pengadilan. Hutang-piutang mereka tidak dipungut. Pinjaman dari bank tanpa diselidiki. Banyak tanah milik orang ramai dirompak dan dijarah. Mereka ada kepala semua ejen komisen yang mengambil peratus daripada apa sahaja projek negara yang diluluskan.

Justeru sosok-sosok jenis ini tidak dapat tidak akan terus ingin berkuasa. Tanpa kuasa, kesemua mereka berkemungkinan diheret ke mahkamah. Mereka juga mahukan Abdullah pergi.

Satu lagi kumpulan yang suara mereka kedengaran sayup-sayup. Mereka ini kumpulan polong tidak bertuan. Biasanya mereka juga ejen komisen. Tukang cari projek yang kemudian bertanggungjawab memperkenalkan para YB ini dengan tauke Cina itu. Polong-polong ini sedang lari larau kerana banyak tuan mereka telah tidak bertelur lagi.

Kesemua kumpulan ini ada yang secara terbuka, ada secara berbisik-bisik ke hulu ke hilir menuntut Abdullah meletak jawatan. Ada pula dengan senyap-senyap mengarahkan orang lain untuk bersuara. Dalam bacaan politik mereka, banyak kerusi YB United Malays National Organisation lupus kerana sosok Abdullah Ahmad Badawi.

Ini sebenarnya tidak betul.

Kalau kita melihat Gorbachev dan USSR, maka kita akan faham kenapa Gorby membawa perestroika dan glasnost. Sebelum Gorby mengambil alih, selama 18 tahun USSR dipimpin oleh Leonid Ilyich Brezhnev ( GAMBAR BAWAH ). Satu masa yang begitu lama sekali. Apa kena-mengena Brezhnev dengan Abdullah Badawi?

Jawabnya sama. Sebelum Abdullah mengambil alih pimpinan United Malays National Organisation, parti ini dikepalai oleh Mahathir Mohamad – tidak jauh bezanya 18 tahun era Breshnev dan 22 tahun era Mahathir yang autokratik.

Penolakan rakyat terhadap United Malays National Organisation dalam pilihanraya 2008 bukan disebabkan empat tahun pentadbiran Abdullah. Busuknya United Malays National Organisation bukan bermula daripada Abdullah. Penolakan itu hasil lebih daripada 22 tahun budaya yang telah ditanam oleh Mahathir dalam tubuh badan United Malays National Organisation.

Seperti Gorby, Abdullah merasakan telah sampai masanya ruang demokrasi dibuka dan satu penstrukturan baru wajib dilakukan.

Abdullah sedang melihat jalan buntu di hadapan Putrajaya. Apa yang sedang kita lihat hari ini adalah hasil empat tahun dasar perestroika dan glasnost Abdullah.

Memang betul rasuah masih berleluasa. Memang betul Abdullah belum membebaskan dirinya daripada kronisme kaum keluarga. Memang betul banyak lembaga daulah masih berselirat dengan aparatchik dan birokrasi yang menghabiskan beras. Memang betul media masih belum bebas. Memang betul banyak dasar sorong-tarik sedang berlaku.

Tetapi suara-suara yang menuntut Abdullah mengundur diri tidak pernah menyebut, mengusik atau menilai ruang demokrasi yang dibuka oleh Abdullah. Seperti di USSR pada zaman Gorby, mereka bernostalgia dengan sistem kuku besi yang hanya bertugas untuk melarang. Itu dilarang ini dilarang. Ini tidak boleh dan itu tidak boleh.

Mereka, yang menuntut Abdullah mengundur, bernostalgia dengan Mahathir yang autokratik. Mahathir yang membuat keputusan tanpa perbincangan. Mahathir yang ditakuti. Mahathir yang beraja di mata dan bersinggahsana di Petronas.

Ahli-ahli parti United Malays National Organisation, kerana begitu lama di bawah cengkaman Mahathir, menjadikan akal fikiran mereka bonsai. Ruang demokrasi yang terbuka hari ini menakutkan mereka. Mereka tidak memiliki keupayaan untuk belayar bebas dalam ruang demokrasi.

Inilah dilema manusia yang tidak pernah berasa bebas – dengan tiba-tiba berhadapan dengan kebebasan. Mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk mendapat manfaat dari kebebasan. Begitu lama fikrah mereka dipenjara. Begitu lama mereka tidak menggunakan akal fikiran untuk hidup.

Apa yang mereka tahu hanya menerima arahan. Dengan hanya menurut arahan, otak mereka tidak lagi berkeupayaan untuk berdebat mencari salah benar. Mereka tidak lagi memiliki fikrah yang kritikal. Otak mereka telah begitu lama terbengkalai. Mereka terus bermimpi siang dan malam untuk menjemput Mahathir.

Glasnost dan perestroika yang dibawa oleh Abdullah hanyalah permulaan. Seperti glasnost dan perestroika di USSR, kita semua akan berhadapan dengan pilihan. Membuat pilihan memerlukan fikrah. Membuat pilihan memerlukan tanggungjawab. Ahli-ahli parti United Malays National Organisation juga perlu membuat pilihan.

Ahli-ahli United Malays National Organisation boleh mengundurkan Abdullah dan kembali kepada era Najib Razak klon Mahathir. Jika ini pilihan mereka, maka kita semua akan kembali ke zaman gelap di mana pucuk pimpinan negara dikaitkan dengan kes pembunuhan.

Memilih Tengku Razaleigh Hamzah bermakna memilih agenda pencen ketuanan Melayu dan perpaduan Melayu.

Saya yakin rakyat akan mempertahankan glasnost dan perestroika untuk memunculkan Vladimir Putin dengan parti barunya. Pilihan rakyat ini akan membuka era pencerahan di Malaysia.

Add comment 10,April 2008

Analisis: Ke mana Anwar selepas 14 April 2008?

KL POS.COM
Oleh G. Manimaran / Mstar
Khamis, 10 April 2008
PADA November 2006, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan yang beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-12, yang telah diadakan baru-baru ini. Impiannya tidak kesampaian.

Pilihan raya umum 8 Mac telah berlangsung awal berbanding tanggal 14 April. Tempoh larangan bertanding yang dikenakan terhadap Anwar, 61, berakhir Isnin ini.

Di sebalik teka-teki kerusi Permatang Pauh dan Bandar Tun Razak dikosongkan untuk Anwar berterusan, bekas Menteri Kewangan ini juga dua minggu lalu telah dilantik sebagai pemimpin untuk mengepalai barisan pembangkang atas nama yang baru – Pakatan Rakyat. Nama Pakatan Rakyat menggantikan nama barisan alternatif.

Selepas dibebaskan daripada penjara empat tahun lalu. Apakah langkah Anwar selepas ini?Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, sebenarnya telah menjangkakan akan berpeluang besar untuk menyaingi kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-12.

Isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang bertindak sebagai Presidan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sejak parti itu ditubuhkan setelah Anwar ditahan dan dipenjarakan, mengumumkan akan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam suku kedua tahun ini bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen.

Wan Azizah menyandang kerusi itu sejak kali pertama bertanding pada tahun 1999 dan sebelum itu ia dimenangi Anwar ketika berada dalam UMNO.

Selain Wan Azizah, anak Anwar Nurul Izzah juga kini merupakan Ahli Parlimen.

Pendirian memberi laluan yang diluahkan oleh Wan Azizah berdasarkan kedudukan beliau sebelum pembangkang memenangi 82 kerusi Parlimen – pencapaian terbaik pihaknya dalam mana-mana pilihan raya.

Pada pilihan raya umum 2004 PKR hanya memiliki satu kerusi Parlimen tetapi hari ini ia merupakan parti pembangkang yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

Malah, pada hari ini dua anggota keluarga Anwar berada di Parlimen.

Apakah Anwar masih mahu bertanding menjadikan tiga anggota keluarganya menganggotai Dewan Rakyat?

Jika dua bulan lalu Wan Azizah mengatakan beliau sanggup memberikan laluan kepada Anwar, kini wujud desas-desas Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga Menteri Besar Selangor pula bakal mengosongan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dimenanginya.

Khalid menafikan akan berbuat demikian. Jika Khalid sanggup berbuat demikian bermakna Wan Azizah yang baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen akan kekal di Permatang Pauh.

Di sebalik teka-teki kerusi Permatang Pauh dan Bandar Tun Razak dikosongkan untuk Anwar berterusan, bekas Menteri Kewangan ini juga dua minggu lalu telah dilantik sebagai pemimpin untuk mengepalai barisan pembangkang atas nama yang baru – Pakatan Rakyat. Nama Pakatan Rakyat menggantikan nama barisan alternatif.

Anwar yang kini dilihat sebagai ‘king maker’ bagi barisan pembangkang juga dikatakan tidak mahu bergopoh dalam pergerakan politik dalam suasana semasa.

Anwar yang kini dilihat sebagai ‘king maker’ bagi barisan pembangkang juga dikatakan tidak mahu bergopoh dalam pergerakan politik dalam suasana semasa.

Penyusun strategi dan penyokong Anwar menyedari bahawa Anwar tidak seharusnya bertindak ghairah apabila melakukan gerakan politik semasa.Kemungkinan Anwar lebih selesa dianggap sebagai ‘king maker’ berbanding kedudukannya selaku ‘king’ ataupun perdana menteri.

Memang wujud spekulasi pembangkang khususnya PKR sedang berusaha untuk memancing sekumpulan Ahli Parlimen untuk menyertai parti itu, sekali gus membentuk kerajaan. Sabah dan Sarawak telah pun menafikan akan berbuat demikian.

Perlukah Anwar melakukannya? Wajarkah Anwar bertindak sedemikian untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri ketika ada pihak yang menganggap beliau sebagai “bakal Perdana Menteri” (‘leader in waiting’)?

Adakah Anwar sanggup menerima sebuah kerajaan yang dibentuk menerusi pintu belakang? Pemerhati-pemerhati juga menyimpulkan Anwar tidak mahu jawatan Perdana Menteri yang diterima menerusi kerja lompat-melompat.

Anwar dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 dengan mengetepikan Tun Ghafar Baba, sekali gus menjadi orang nombor dua dalam kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pada tahun 1998 beliau disingkirkan oleh Mahathir.

Selepas perselisihan pendirian kedua-dua mereka, pemerhati juga berperdapat salah satu punca yang membawa kepada kejatuhan Anwar ketika itu, yang turut dilabelkan sebagai “bakal Perdana Menteri”, ialah sikap gopoh Anwar sendiri.

Anwar dikatakan didesak oleh orang keliling dan penyokongnya supaya bergerak dengan cepat untuk menggantikan Mahathir.

Malah sikap beliau ini juga pernah digambarkan oleh satu karikatur yang disiarkan dalam majalah mingguan antarabangsa ketika Anwar memangku jawatan Perdana Menteri. Itu senario kira-kira 11 tahun yang lalu.

Hari ini Anwar dikatakan sudah berubah. Anwar bukan lagi pemimpin yang bergopoh merebut jawatan.

Malah, rakyat sudah mula menilai kemampuan pembangkang untuk melaksanakan program yang dijanjikan dan janji-janji dilontarkan semasa kempen pilihan raya.

Tanggungjawab politik Anwar sebenarnya lebih berat selepas 14 April ini. Selain berupaya mengekalkan keutuhan Pakatan Rakyat yang baru ditubuhkan, Anwar perlu memastikan barisan pembangkang kekal dalam hati para pemilih menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pembangkang juga menyedari sebahagian undi yang diterima mereka adalah ekoran rasa marah terhadap parti pemerintah, dan bukannya pemilih mencinta barisan pembangkang bulat-bulat.Justeru, gerak-geri Anwar selepas 14 April lebih penting agar beliau sekali lagi tidak dicap sebagai pemimpin tidak sabar.

Tanggungjawab politik Anwar sebenarnya lebih berat selepas 14 April ini.

Selain berupaya mengekalkan keutuhan Pakatan Rakyat yang baru ditubuhkan, Anwar perlu memastikan barisan pembangkang kekal dalam hati para pemilih menjelang pilihan raya umum akan datang.

Malah, ada desas-desus menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal – kemungkinan dalam tempoh tiga tahun.

Tempoh tiga tahun ini bukan sesuatu yang lama. Ia kurang daripada 1,000 hari.
Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mempunyai tempoh yang terlalu singkat untuk memikat penyokong dalam pilihan raya umum ke-13.

Jadi, Anwar dilihat akan menggunakan tempoh yang sedia ada untuk mengukuhkan kedudukannya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang berbanding menjadi Perdana Menteri menerusi jalan belakang dalam keadaan tergopoh.

Anwar juga tetap mahu mengikut jejak Lim Guan Eng yang bertanding buat kali pertama selepas larangan politik selama lima tahun. Beliau kini Ketua Menteri Pulau Pinang – negeri kelahiran Anwar.


Add comment 10,April 2008

surat tun mahathir kepada Ehud Barak – satu pendedahan berani

di sini surat petikan dari blog Tun Telanai… Apa komen anda ?

adakah Tun Mahathir mempunyai hubungan dengan Israel ???

1 comment 10,April 2008

petikan komen dari blog -Nanti Rakyat Selangor masak nasi guna letrik dari gas babi

Antara isu terkini dan terhangat di Malaysia, isu berkaitan agama, bangsa, dan sensiviti kaum…

Isu ternakan BABI dan lokasinya di SEPANG iaitu kawasan majoriti Melayu…dan berharga RM100…banyak dan besar TUHHHHHHHHH

Ia  amat amat mengecewakan semua pihak….

Langkah sumbang Pakatan Rakyat dalam menarik perhatian penyokong atau memusingkan kepala mereka dari isu manifesto pilihanraya yang baru sahaja selesai bulan lalu..

Di bawah sedikit artikel boleh dibaca semua tentang pendapat dari blog ini ( klik sini )

Nanti Rakyat Selangor masak nasi guna letrik dari gas babi

Jika sesuatu perkara yang Tuhan haram…ia tetap haram. Keluarlah 101 dalil pun yang cuba membolehkan benda haram itu diteruskan, ia tetap akan menjadi masalah dipenghujungnya. Manusia tetap tidak berupaya untuk menghalalkan sesuatu yang Allah telah mengharamkannya.

Dalam isu ternakan babi rm100juta ini, saya bersetuju dengan kenytaan Datuk Noh Omar. Katanya kenapa projek itu tidak dibuat di Pulau Ketam di mana tempat itu diduduki ramai masyarakat Cina. Kenapa perlu dibuat di Sepang yang majoritinya kaum Melayu.

Selain kata Datuk Noh Omar, jika teknologi tinggi yang akan diguna pakai untuk memproses kumbahan untuk menjadi gas bagi menjana letrik berhasil dan berkesan, maka sudah tentu Singapore akan melaksanakannya lebih awal dari negara kita. Kenapa Singapore tidak melakukannya?

Harap-harap jangan nanti rakyat Selangor masak nasi guna letrik yang dijana oleh gas babi pulak? Kemudian goreng ikan…goreng sayur….guna dapur gas dari gas babi?

Percayalah benda haram tetap haram. Ia tetap akan menjadi masalah jika ia cuba ‘dibolehkan’.

komen pembaca :

Assalamualaikum Saudara,

Saya tinggal di Shah Alam dan amat bersetuju dengan apa yang saudara tulis. Datuk Noh Omar berani bersuara dan memang patut Ternakan ba alif ba ya itu dilaksanakan di Pulau Ketam atau Kawasan Si Puteh, Teresa Kok. Ahli exco DAP yang mengharap sangat nak jadi Timbalan MB Selangor. Sentiasa disebelah MB.

Teresa Kok dalam Utusan Malaysia kata dia lihat di Tumpat Kelantan babi berkeliaran dan orang di situ tak kisah pun. Mungkin dia boleh sarankan babi berkeliaran pula di kawasan dia, Si Puteh. Tengok pula apa reaksi penduduk si Puteh. Kalau dia orang suka makan dagingnya tak kan lah bela mantang manatang tu tak suka kot. Tak kan nak bela di kawasan Sepang, kawasan Melayu pulak.

PKR Jangan lari dari isu tunaikan Manifesto Pilihan raya dengan mengalihkan ingatan rakyat Selangor dengan isu ba alif ba ya pulak.

Mana dia habuan RM75 setiap murid tadika? RM100 setiap ibu tunggal? dan RM1,000 pada setiap pelajar Selangor yang dapat ke University. Tidak lupa juga penghapusan cukai cukai pintu dan tingkap. Kami menanti.

Add comment 10,April 2008

10 DALIL KENAPA MOHD SABU TIDAK LAYAK MENJADI PIMPINAN PAS

Oleh : Abu Ezzadi (abu_ezzadi@yahoo.com) dipetik dari ( http://pasitusyiah.blogspot.com )

1. PEGANGAN/AMALAN SYIAH

Mohd Sabu dikenali ramai sebagai salah seorang yang begitu meminati dan mengkagumi perjuangan Hizbullah di Lubnan dan revolusi Islam Iran sejak dari dulu lagi. Minat, sokongan dan kecenderungan beliau diterjemahkan dengan kerapnya beliau berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali menggunakan contoh perjuangan mereka di dalam ceramahnya. Namun sedarkah kita bahawa minat, sokongan dan kecenderungan beliau telah mula bertukar kepada pegangan agama dan aqidah? Tanyalah beliau tentang aqidah ataupun amalan orang Syiah, nescaya beliau akan dapat menghuraikannya dengan panjang lebar dan begitu terperinci. Tanyalah orang-orang syiah di Malaysia nescaya mereka akan menganggap Sdr. Mohd Sabu adalah sebahagian daripada mereka. Mungkin atas sebab itulah kita jarang melihat beliau solat jamaah bersama-sama kita. Malah diakui oleh pimpinan peringkat tertinggi bahawa mereka juga tidak pernah melihat beliau solat jamaah bersama (walaupun diimamkan oleh Tn Guru Hj Hadi). Dan yang lebih malang sekali, beliau telah mula menyebarkan fahaman ini kedalam parti, terutamanya ke atas golongan pemuda kita. Pernah dilaporkan apabila beliau membawa petugas-petugas Kuala Kedah melawat Thailand, mereka telah berhenti solat dimasjid-masjid yang dikenali ramai sebagai masjid orang syiah di sana.

Mungkin ada yang masih ingat beberapa siri demonstrasi di hadapan keduataan Amerika Syarikat dan Wisma Denmark sewaktu ketika dahulu. Ingatkah anda ada satu golongan syiah yang datang membawa sepanduk dan poster besar Imam Khomeini/Khameini sambil membaca selawat cara Iran dengan lahjah Iran. Dan tahukah anda bahawa semua itu ditaja oleh Sdr. Mohd Sabu dan di dalam kelompok tersebut juga terdapat beberapa pemuda PAS daripada Kuala Kedah!

Bukan setakat itu sahaja, malah ahli-ahli perhubungan negeri P.Pinang dan kebanyakan jawatankuasa kawasan di Pulau Pinang juga telah mula diresapi pengaruh syiah. Mereka cukup kagum dengan Mohd Sabu dan syiahnya.

Secara nyata Mohd Sabu telah menggunakan pengaruh dan jawatannya untuk mengembangkan ajaran dan pegangan syiah dikalangan ahli PAS. Sebab itulah tidak hairan kenapa beliau kerap berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali beliau membawa ahli-ahli kita dan pemuda bersama-samanya. (Kadangkala kita tertanya-tanya daripada mana mereka memperolehi wang yang banyak untuk kerap berkunjung ketempat tersebut.) Dan seringkali juga beliau menolak dan mengelak untuk melawat ke Lubnan dan Tehran bersama-sama pimpinan PAS yang lain, kerana mungkin dikhuatiri tembelangnya akan pecah.

Suasana ini bukan lagi menjadi rahsia kepada ahli dan pimpinan PAS yang lain. Semoga satu tindakan yang tegas dapat diambil untuk membendung gejala ini yang kalau tidak disekat akan menjadi barah dan nanah yang bisa memecahbelahkan perpaduan di dalam Parti.

2. MENYAMAKAN PIMPINAN PAS DENGAN UMNO

Di dalam Ijtimak Jihad Pemuda PAS Kedah, sewaktu memberikan ucapannya, Sdr. Mohd Sabu telah menyamakan Pimpinan PAS dengan UMNO melalui kata-katanya :

Sekarang perangai pemimpin PAS dengan UMNO sama. Beza di antara Pemimpin PAS dengan Pemimpin UMNO 3 perkara sahaja – pemimpin PAS tak minum arak, pemimpin PAS tak berzina, pemimpin PAS tak main judi. Lain pada tu sama! Berebut harta, rasuah, nepotisme, pembaziran? sama!

Ucapan dan tindakan ini amat keterlaluan. Sekiranya ianya datang dari ahli UMNO mungkin masih boleh diterima dek akal walaupun biadap. Dan sekiranya datang dari ahli PAS memang sah biadap dan tidak ada wala terhadap pemimpin. Tetapi, apa yang menyedihkan, ianya datang dari seorang pemimpin PAS sendiri yang berjawatan Naib Presiden suatu jawatan yang amat tinggi yang sudah menggambarkan pemimpin pelapis dan masa depan PAS.

Cuba kita bayangkan wajah Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Nasharudin, Hussam Musa, Dato Hassan Ali, Ust Harun Taib dll, adakah wajah mereka sama seperti yang digambarkan oleh Sdr Mohd Sabu?

Apakah mereka berebut harta, mereka rasuah atau mereka nepotisme? Astaghfirullah?. Kalau kita bercakap mengenai pemimpin UMNO, ada logiknya juga, kebanyakannya sudah ada bukti mahupun pertuduhan/perbicaraan. Tetapi, dengan menuduh kepimpinan ulama PAS sedemikian rupa tanpa sebarang bukti, adalah suatu dosa yang sukar diampunkan.

Apa sudah jadi dengan Sdr. Mohd. Sabu sehingga beliau sanggup dan tergamak untuk meletakkan taraf pemimpin PAS begitu rendah dan hina, serendah dan sehina pemimpin UMNO. Ataupun, mungkin juga pemimpin PAS yang beliau maksudkan itu adalah diri beliau sendiri?

3. PENGGUNAAN BAHASA YANG TIDAK MENCERMINKAN AKHLAK ISLAM

Tidak dapat dinafikan bahawa beliau adalah crowd puller bagi PAS. Ceramah beliau seringkali mendapat sambutan orang ramai, baik ahli PAS mahupun UMNO. Tetapi seringkali juga ceramah beliau menjadi fitnah kepada PAS. Umum mengetahui, beliau sentiasa nampak hebat dengan gaya bahasa yang kasar dan kesat, kadangkala mencarut dan selalunya mencerca dan memaki pihak lawan sesuka hati. Ramai orang suka (terutamanya ahli PAS) tetapi terlebih ramai yang benci dan meluat (terutamanya dikalangan orang awam dan ahli UMNO). Sebab itulah beliau dilarang berceramah di kebanyakan tempat yang menjadi kubu kuat UMNO termasuk di dalam beberapa pilihanraya kecil kerana dikhuatiri menjadi fitnah kepada parti dan ramai orang akan lari dari mengundi pembangkang. Ceramah beliau bukan membawa kepada kesedaran Wai Islam ataupun pembentukan Syakhsiyah Islamiyah tetapi hanya menyemai dan menyubur perasaan benci dan marah kepada mereka-mereka yang sepatutnya menjadi madu kepada kita.

4. FITNAH KEPADA IMEJ ISLAM

Sesungguhnya kita memerlukan saf kepimpinan yang mencerminkan akhlak dan syakhsiyah Islam supaya jamaah kita senantiasa berada di atas landasan yang betul dalam mengejar suruhan dan keredhaan Allah. Janganlah disebabkan oleh hanya seorang yang tak sepatutunya berada di dalam saf kepimpinan, Allah tidak merahmati jamaah dan parti kita. Sebab itulah kalau kita perhatikan sirah dan sejarah perjuangan golongan terdahulu, mereka amat menitikberatkan soal akhlak dan syakhsiyah pemimpin. Mana-mana pemimpin yang ada walau syubhah dalam peribadi dirinya akan ditolak dan diturunkan daripada jawatannya.

Kalau hendak mencungkil dan mendedahkan segala cela keperibadian Sdr. Mohd Sabu, dikhuatiri akan memalukan dan mengaibkan diri kita sendiri. Cukuplah kita mengingati kembali peristiwa khalwat beliau sewaktu menjadi ahli Parlimen di Kelantan. Kes tersebut walaupun dibuang oleh Mahkamah Syariah atas sebab-sebab teknikal, semua orang tahu tentang kebenarannya. Kalau tidak masakan Al Marhum AlFadhil Ust Fadhil Nor memarahi beliau pasai apa nak pi cari penyakit?. dengan membenarkan perempuan bukan muhram memasuki bilik hotel beliau??

5. KEHIDUPAN MEWAH

Beliau seringkali menyarankan kita didalam ceramahnya supaya sentiasa hidup sederhana. Tetapi sayangnya beliau sendiri tidak dapat melakukan apa yang disarankannya sendiri. Mungkin kita boleh bertanyakan beliau tentang rumah banglo di Bukit Merah, sebuah kereta Naza Ria dan sebuah kereta Perdana apakah ini corak hidup sederhana yang dimaksudkan? Dalam keadaan beliau tidak ada pendapatan tetap, bagaimana mungkin beliau dapat memperolehi kesemuanya itu? Bayangkanlah kehidupan sederhana yang bagaimana beliau akan zahirkan sekiranya PAS memerintah dan beliau adalah salah seorang daripada Menteri Kabinet?? Patutlah beliau menyamakan pimpinan PAS dangan UMNO kerana rupa-rupanya pimpinan PAS yang beliau maksudkan itu adalah diri beliau sendiri!

6. KUAT MELOBI & BERMAIN POLITIK

Tidak salah untuk dipilih sebagai pemimpin. Tetapi, jika sehingga lobi melobi, mengatur strategi dan menyusun langkah semata-mata untuk memastikan kemenangan diri sendiri, ini adalah sesuatu yang menjengkelkan dan merupakan amalan yang tak dapat diterima sama sekali bagi sebuah Jamaah/Parti Islam. Sepatutnya usaha dan tenaga ditumpukan untuk kemenangan parti bukannya kemenangan individu di dalam parti.

Kita tahu bagaimana Sdr Mohd Sabu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan dirinya dipanggil semaksima mungkin untuk merasmikan mesyuarat agung kawasan, dengan harapan dirinya akan dicalonkan untuk sekurang-kurangnya Naib Presiden.

Kita juga tahu bagaimana beliau menggunakan orang-orangnya untuk turun kawasan melobi perwakilan untuk diberi undi kepadanya kelak. Orang-orangnya juga faham bahawa undi mereka untuk Naib Pesiden PAS hanyalah untuk beliau seorang dan tidak perlu bagi mereka mengundi calon yang lain.

Dan kita terlebih tahu bagaimana beliau menggunakan wartawan harakah untuk mengangkat dirinya dan pada masa sama melakukan serangan peribadi terhadap pimpinan yang lain yang bukan didalam kelompoknya.

Budaya ini adalah budaya UMNO yang amat merbahaya dan mengundang bala. Semoga anasir seperti ini dapat kita padamkan sama sekali tanpa diberi peluang untuk berkembang dimasa hadapan.

7. TERLALU INGIN KEPADA JAWATAN

Sesiapa yang ada kesempatan bertemu dengan Sdr. Mohd Sabu kebelakangan ini (terutamanya perwakilan) pasti mendengar cakapan beliau tentang pemilihan Muktamar kali ini. Secara terbuka beliau menagih simpati meminta untuk diberi undi kepada beliau sebagai Naib Presiden. Dan apa yang kita sebutkan di atas sudah cukup untuk menggambarkan betapa beliau meminta-minta jawatan Naib Presiden untuk diri beliau.
Sedangkan amalan tersebut adalah dilarang dan dicela di dalam Islam. Sepertimana sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis :

Dari Abu Musa r.a. katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam hadis yang lain (riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Rasulullah SAW menasihati sahabatnya Abd Rahman Bin Samurah : “Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu”

Tuan Guru Hj Hadi juga (seolah-olah menyedari senario yang sedang berlaku) telah menegaskan di dalam wawancaranya bersama harakah pada 21 Mei, 2007 : Mereka yang konsisten dan istiqamah dalam parti, boleh berada dalam kepimpinan dan syarat yang terpenting ialah seseorang itu tidak boleh meminta jawatan. Dalam Islam kita tidak boleh meminta jawatan…

8. GAGAL SEBAGAI PESURUHJAYA P.PINANG

Pulau Pinang adalah diantara negeri yang malang mempunyai Sdr. Mohd Sabu sebagai Pesuruhjaya mereka. Harapan untuk melihat P.Pinang maju dan bersatu dalam mengerjakan amal jamai hanya tinggal harapan. Kenyataanya, perhubungan negeri P.Pinang hampir lumpuh. Ramai ahli perhubungan negeri sudah hilang thiqah dan telah nekad untuk tidak menghadiri sebarang mesyuarat perhubungan. Timbalan Pesuruhjayanya juga telah bertindak meletakkan jawatannya. Bagi mereka Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang hanya dikuasai oleh golongan pro-syiah.

Beliau seringkali gagal menghadiri mesyuarat perhubungan negeri dan selalunya menyerahkan kebanyakan tugasan kepada Setiausaha Perhubungan tanpa penglibatan Timbalan Pesuruhjaya yang sepatutnya lebih berperanan besar. Setiausaha Perhubungan dilihat lebih berkuasa dalam banyak hal dan seringkali gagal menjemput ahli perhubungan yang bukan dari kelompoknya untuk menghadiri mesyuarat.

Mohd. Sabu juga dilihat lebih banyak menghabiskan masa dengan ceramah diseluruh pelusuk Negara tanpa mempedulikan nasib negerinya yang sepatutnya menjadi amanah daripada Jamaah. Kadangkala kita pun hairan kenapa beliau lebih mementingkan ceramah daripada urusan negeri (mungkin juga untuk pengaruh peribadi dan duit poket beliau!).

Sebab itulah nasib PAS P.Pinang diibaratkan oleh ahlinya sebagai parah menanti rebah akibat dari penyelewengan, kelemahan dan salahguna kuasa yang telah dilakukan oleh Mohd. Sabu dan rakan-rakannya. Kini, rungutan dan sungutan kedengaran di sana sini supaya P.Pinang diberi Pesuruhjaya yang baru supaya mereka boleh kembali bernafas dengan segar dan nyaman. Dan yang pastinya udara itu mestilah udara Ahl Sunnah Wal Jamaah!

9. BOCOR MAKLUMAT RAHSIA PARTI

Adalah menjadi prinsip amalan bagi pimpinan untuk melaksanakan konsep kerahsiaan dan keterbukaan dalam gerak kerja harakah. Ada perkara-perkara yang perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum mahupun ahli parti atas dasar maslahat umum terutamanya hal-hal berkaitan penyusunan dan perancangan. Namun konsep ini seolah-oleh tidak dimengerti oleh Sdr. Mohd Sabu. Jika tidak masakan maklumat rahsia Parti boleh bocor ke tangan pihak ke tiga. Beberapa kali dilaporkan orang syiah P.Pinang terlebih dahulu tahu mengenai beberapa keputusan di peringkat pimpinan daripada ahli parti sendiri! Sedarlah bahawa suasana ini amat merbahaya dan menjadi ancaman kepada parti dan gerakan Islam keseluruhannya.

10. TIDAK AMANAH

Di antara ciri-ciri terpenting yang perlu ada dalam diri pemimpin ialah sifat amanah. Tetapi, sayangnya sifat ini sudah mula terhakis dari diri Mohd Sabu. Kalau tidak masakan ada ahli-ahli PAS di Pulau Pinang yang begitu nekad dan sanggup menulis surat kepada Presiden PAS untuk menceritakan perbuatan Mohd Sabu yang telah menyelewengkan wang perhubungan PAS Negeri P.Pinang.

Di dalam surat tersebut, Mohd. Sabu telah dituduh menyelewengkan wang Perhubungan PAS Negeri dan wang Badan Khairat Kematian PAS Negeri untuk kegunaan peribadinya. Beliau juga dituduh menyelewengkan wang Tabung Mangsa Tsunami dan Dana Pilihanraya yang telah disumbangkan oleh PAS Pusat. Mungkin atas sebab itulah kenapa beliau tidak dapat menyediakan dan membentangkan laporan kewangan negeri dan gagal melantik Bendahari Badan Perhubungan Negeri P.Pinang. Dan tidak hairanlah kenapa orang ramai sudah mula hilang kepercayaan terhadap PAS P.Pinang hinggakan mereka tidak mahu lagi menyumbangkan wang ataupun infaq kepada perhubungan negeri.

Ketahuilah, pertuduhan ini amat serius. Ianya adalah pecah amanah. Dan jika sesiapa membawa kes ini ke pihak polis, nescaya ianya akan menjadi kes jenayah yang amat berat. Mudah-mudahan kes ini tidak akan berpanjangan sehingga ke peringkat tersebut. Jika tidak, nescaya PAS akan hilang mukanya dibumi Malaysia!

KESIMPULAN

Saya sayang Mohd Sabu….tetapi saya lebih sayangkan kesucian Gerakan Islam.

1 comment 10,April 2008

The day Catholics welcomed a man from PAS in Shah Alam

petikan dari FORUM MALAYSIA DI www.isuhot.com ( klik di sini ).

Author Message
zorro
Moderator
Moderator

Joined: May 31, 2007
Posts: 806

PostPosted: Mon Apr 07, 2008 12:35 pm Post subject: Pas Benarkan Tuntutan Gereja Guna Kalimah Allah??!!! Reply with quote

The day Catholics welcomed a man from PAS in Shah Alam PDF Print E-mail
Posted by kasee
Saturday, 05 April 2008

Khalid Samad gets standing ovation from Church of Divine Mercy congregation
The Malaysian Insider
Partai Islam SeMalaysia or PAS often conveys a fundamentalist, hard-line image to non-Muslims. Getting behind the rhetoric, Insider’s DEBRA CHONG shows there’s a more engaging, even openly embracing, side to some PAS politicians.

“BETTER the devil you know than the angel you don’t”. Those familiar with this phrase by Ethiopian satirist Hama Tutu usually hear it advocated in the face of change, when those in power anticipate a revolt.

In Shah Alam, however, some 2,000 Christians have learnt that it’s better to embrace the unknown entity than to put up with and suffer a known demon.

On March 27, Khalid Abdul Samad became the first elected Muslim Member of Parliament to step into the Roman Catholic Church of the Divine Mercy since it was completed in 2005. The congregation gave him a standing ovation.

Perhaps more stunning is that Khalid is from Parti Islam SeMalaysia and was the one to initiate contact. And he reassured the Christians in attendance that they could continue to use the word “Allah” in their worship without fear of persecution.

Previously, the federal government had banned Christians from using the word “Allah” in referring to God in their worship for fear that it would confuse the Muslim Malays and lead them astray from Islam. Bibles printed in the national language were also seized. This was reversed sometime last year, but the damage was already done.

Khalid said that in all Arabic-speaking communities, “Allah” just means “God”, therefore it is not “unique to Islam”. He had once attended church in the Middle East and heard a Christian priest preach in Arabic with no trouble.

“For us, the problem is we’re not an Arabic-speaking country. Therefore some people question why non-Muslims have to use this word when it is not really necessary. People then make all sorts of speculations about idealogy. But there’s no reason for the word to be banned from Christian worship. We’re quite

happy if people use it.

“It’s not just my personal opinion but is consistent with the party’s view. Basically it shouldn’t be any problem. And I made it quite clear to the people in church that night,” Khalid explained over the phone yesterday.

The parishioners were especially impressed that Khalid was the one who approached them.“It was his own initiative. He contacted our parish priest, Father Paulino Miranda, and said he wanted to come and talk to us,” Joseph Victor, chairman of the church’s parish pastoral council told The Malaysian Insider on behalf of Fr Paulino who is away on sabbatical till April 18.

“That’s a good sign. Everybody was very happy. This is the first time a Pas MP is coming to a Catholic church. It shows they’re not against Catholic churches,” he added.

It was the first time an MP for Shah Alam had, unasked and unaided, actively engaged the non-Muslim community in public discourse in their own backyard, at least on this side of the peninsula.It spurred a parishioner, Tony Yew, to blog about the experience on his website (www.muststopthis.blogspot.com).

“What was evident from the points raised by those who could get their voices heard was crystal clear, abundance of local council issues and the fear of ’subtle religious’ persecution.

“With no one to turn to, YB Khalid took all the questions one by one and stressed that the newly-formed coalition government of PKR-Pas-DAP (in no order) was one of consensus by nature,” he wrote.

But Khalid was quick to disclaim credit for the unprecedented move. He said the discourse was made possible because of the mixed effort on both sides.

“Our people working in the (Shah Alam) area heard that the parish priest was campaigning for change in the elections and advocated the congregation to use their votes to bring about change,” said Khalid.

He recounted that he wanted to speak to them, to thank them for giving the Oposition their mandate for change. “I tried my best to answer most of the questions. We talked about government policies, about discrimination – there shouldn’t be any! – enforcement and implementation, which would require more detailed explanations, but I just talked about it in short.”

A 9-minute video clip of the dialogue has been made availble on YouTube (http://www.youtube.com/watch?v=vpwAAWPK6pQ).

Back to top
View user's profile Send private message <!–

if ( navigator.userAgent.toLowerCase().indexOf(‘mozilla’) != -1 && navigator.userAgent.indexOf(‘5.’) == -1 )
document.write(‘ ‘);
else
document.write(‘</td><td>&nbsp;</td><td valign=”top” nowrap=”nowrap”><div style=”position:relative”><div style=”position:absolute”></div><div style=”position:absolute;left:3px;top:-1px”></div></div>’);

//–>

pu3saadong
Newbie
Newbie

Joined: Jun 07, 2007
Posts: 1138

PostPosted: Mon Apr 07, 2008 12:41 pm Post subject: Reply with quote

Satu lagi bukti nyata Pas sanggup menjual agama demi kepentingan peribadi dan politik… Evil or Very Mad
Back to top
View user's profile Send private message <!–

if ( navigator.userAgent.toLowerCase().indexOf(‘mozilla’) != -1 && navigator.userAgent.indexOf(‘5.’) == -1 )
document.write(‘ ‘);
else
document.write(‘</td><td>&nbsp;</td><td valign=”top” nowrap=”nowrap”><div style=”position:relative”><div style=”position:absolute”></div><div style=”position:absolute;left:3px;top:-1px”></div></div>’);

//–>

zorro
Moderator
Moderator

Joined: May 31, 2007
Posts: 806

PostPosted: Mon Apr 07, 2008 12:47 pm Post subject: Reply with quote

Pas akan benar kan apa saja demi kepentingan politik mereka. Jika dahulu mereka anti babi kecuali Nik Aziz yang bersusah payah membela penternak babi di Bukit Pelanduk, sekarang ini kita boleh nampak sekali lagi pas jadi tukang angguk apa bila benar kan Selangor menjadi hub babi dengan kelulusan 100 juta untuk kandang babi!!!

Nampak nya pas susah hilang berjuang untuk bina negara islam tp sekarang pas berjuang untuk bina kandang babi.

Back to top
View user's profile Send private message <!–

if ( navigator.userAgent.toLowerCase().indexOf(‘mozilla’) != -1 && navigator.userAgent.indexOf(‘5.’) == -1 )
document.write(‘ ‘);
else
document.write(‘</td><td>&nbsp;</td><td valign=”top” nowrap=”nowrap”><div style=”position:relative”><div style=”position:absolute”></div><div style=”position:absolute;left:3px;top:-1px”></div></div>’);

//–>

pu3saadong
Newbie
Newbie

Joined: Jun 07, 2007
Posts: 1138

PostPosted: Mon Apr 07, 2008 1:05 pm Post subject: Reply with quote

Patutlah isu babi di Melaka pun langsung tidak dikomen oleh Pas… Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu… Ingin menjaga hati DAP rupanya….

Maklumlah bini muda! Harus dijaga hatinya….

Sudah terang lagi bersuluh.

Back to top
View user's profile Send private message <!–

if ( navigator.userAgent.toLowerCase().indexOf(‘mozilla’) != -1 && navigator.userAgent.indexOf(‘5.’) == -1 )
document.write(‘ ‘);
else
document.write(‘</td><td>&nbsp;</td><td valign=”top” nowrap=”nowrap”><div style=”position:relative”><div style=”position:absolute”></div><div style=”position:absolute;left:3px;top:-1px”></div></div>’);

//–>

zorro
Moderator
Moderator

Joined: May 31, 2007
Posts: 806

PostPosted: Mon Apr 07, 2008 1:14 pm Post subject: Reply with quote

Nampak nya kian lama kian nampak jelas betapa melayu2 dalam pas dan pkr telah menjadi boneka kepada pihak lain!!

Satu-satu perkara2 yang susah untuk tertunai seperti isu2 yg kita kemukakan ini di zaman BN dahulu telah menjadi perkara yg cukup mudah di zaman BA sekarang!!

Apa pun kita tunggu, apa kah lagi yang kerajaan BA laku kan. Yg pasti sensitif org melayu kian dimain2 kan!!!

Back to top
View user's profile Send private message <!–

if ( navigator.userAgent.toLowerCase().indexOf(‘mozilla’) != -1 && navigator.userAgent.indexOf(‘5.’) == -1 )
document.write(‘ ‘);
else
document.write(‘</td><td>&nbsp;</td><td valign=”top” nowrap=”nowrap”><div style=”position:relative”><div style=”position:absolute”></div><div style=”position:absolute;left:3px;top:-1px”></div></div>’);

//–>

SwaMPMan
Newbie
Newbie

Joined: Jan 30, 2008
Posts: 856

PostPosted: Mon Apr 07, 2008 1:34 pm Post subject: Reply with quote

yang ni dah dibenarkan @ belum??
Back to top
View user's profile Send private message <!–

if ( navigator.userAgent.toLowerCase().indexOf(‘mozilla’) != -1 && navigator.userAgent.indexOf(‘5.’) == -1 )
document.write(‘ ‘);
else
document.write(‘</td><td>&nbsp;</td><td valign=”top” nowrap=”nowrap”><div style=”position:relative”><div style=”position:absolute”></div><div style=”position:absolute;left:3px;top:-1px”></div></div>’);

//–>

zorro
Moderator
Moderator

Joined: May 31, 2007
Posts: 806

PostPosted: Mon Apr 07, 2008 1:59 pm Post subject: Reply with quote

Quote:
SwaMPMan = “yang ni dah dibenarkan @ belum??”

hai buat2 tanya pula!!! sekarang ini pas kian terbuka. Kalau dulu senang2 kata org gembala babi..sekarang apa macam???

Dalam isu ini, apa saja keadaan..pas telah beri lampu hijau!!!

Nampak nya pas lebih berat kan gereja di selangor dari masjid di kelantan!!

Add comment 10,April 2008


AHLI BLOGGER PEMBELA NEGARA

Online sekarang !

web tracker

Terbaru di sini

Anda tetamu ke

  • 102,778 di sini

Lain lain di sini

Top Clicks

Komen Terbaru

Hj Hadi, Harun Taib … on Nik Aziz kata Nuzul Quran lebi…
cybross on Teoh Beng Hock dikatakan nak k…
penulis_cyber on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Pendirian Mahathir isu PPSMI …
shafifah on Kerajaan Lawak PR bersidang ba…
penulis_cyber on Kerajaan Lawak PR bersidang ba…
rmf7 on Akhirnya Pak Lah melepaskan …
Perkongsian Ilmu … on Hukum Mengumpat – Naib K…
penulis_cyber on Mahathir sudah sasau dan risau…
rmf7 on Mahathir sudah sasau dan risau…
penulis_cyber on Rakyat Perak baca sini, jangan…
aberamly on PAS perlu sertai BN – sa…
aberamly on Disebalik Kelakuan Si Kha…

RSS Berita Malaysia Kini

 

April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

RSS Pedang Berbisa

RSS Panglima Cyber

RSS Ustaz Moden

RSS Raksasa BN

RSS Anwar Ibrahim.com

RSS Che Det @ Tun Mahathir

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Warong Kopi

RSS KPMU

Simpanan Artikel

Jejak Pengunjung