Archive for April 9th, 2008

Anwar tolak negara Islam Pas ?? Mari kita lihat bersama !

Anwar tolak negara Islam Pas ??

http://www.youtube.com/watch?v=KGSMfikLFJY

Anwar dikatakan Munafik?

http://www.youtube.com/watch?v=VjhbZVJyp3o

Anwar berceramah sebagai bakal PM !

http://www.youtube.com/watch?v=JX0TyvrY4WY

Anwar bakal bintang Indonesia Idol ?

http://www.youtube.com/watch?v=8RYCao5pZ2U

Anwar bakal juara sehati berdansa ?

http://www.youtube.com/watch?v=PyXTA-JpaP8

ANwar diwanwacara Metro TV Indonesia

http://www.youtube.com/watch?v=V9v1ASft_Lw

ANwar menafikan tidak sabar menjadi PM

http://www.youtube.com/watch?v=RfFZiDynK2s

1 comment 9,April 2008

Ulamak Pas VS Sekular PAS – KOMEN ANDA ?

MASTERDEDAH

Pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamar parti itu 1 Jun ini sekali lagi akan menyaksikan pertembungan antara pemimpin aliran ulama dengan profesional. Beberapa kawasan PAS di Kedah telah mencalonkan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib (atas), 63, untuk menentang penyandang jawatan itu, Nasharuddin Mat Isa, (atas) 45, dalam muktamar kelak.
Dalam muktamar lalu, beberapa jawatan utama dimenangi golongan bukan ulama yang beraliran sekular seperti timbalan presiden dan ketiga-tiga Naib Presiden – Datuk Husam Musa, Mohd Sabu dan Datuk Hasan Ali. Selain itu Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP), Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung, Datuk Kamaruddin Jaafar juga bukan dari aliran agama dalam barisan kepimpinan PAS.
Hadi nampaknya mahu menyelamatkan PAS dari golongan sekular ini. Maka Hadi telah merancang menjatuhkan Nasharudin Isa. PAS juga dilanda masalah besar apabila kumpulan sekular ini kebanyakannya penyokong kuat Anwar Ibrahim.

Add comment 9,April 2008

Jangan kaitkan projek ternak babi dengan kerajaan sebelumnya – Khir

09/04/2008 3:21pm

SHAH ALAM 9 April – Kerajaan negeri sekarang yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas, boleh mengkaji semula untuk membatalkan projek ternakan babi moden bernilai RM100 juta di Ladang Tumbuk, Kuala Langat, jika benar-benar mahu berbuat demikian.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menegaskan tidak sepatutnya kerajaan negeri yang berkuasa ketika ini mengaitkan keputusan melulus kan projek itu pada 2 April lalu, dengan apa yang diluluskan oleh pentadbirannya pada 30 Januari lepas.

”Ini kerana kita (kerajaan negeri dahulu) hanya baru membuat perbincangan awal tetapi tidak ada kata mukta mad, kita setuju projek itu untuk skala kecil sahaja, tidak sampai RM100 juta, Selangor tidak perlu projek penterna kan babi bernilai sebanyak itu,’’ katanya. – Utusan.

——————————————- END ————————————–

artikel terkini penafian Khir Toyo di atas menunjukkan bahawa memang beliau tidak mahu isu ternakan itu dikaitkan dengannya yang akan menempuh ujian getir dalam pemilihan ketua pemuda Disember ini.

Tentu isu tersebut tidak akan memberi impak positif terhadap kepimpinan Khir Toyo yang sudah tercalar teruk ekoran kekalahannya memimpin Selangor dalam PRU 12 yang lalu.

Begitu juga Mukhriz yang sudah dapat dilihat ‘ kebiadapannya ‘ meminta Pak Lah turun dan mementingkan diri sendiri dari membantu Presiden Partinya mengumpul kembali sokongan kepada parti UMNO. Sekejap sokong dan dua kejap membangkang serta mendesak yang memilihnya menjadi calon agar turun dari takhta PM seperti mana ayahnya pernah diperlakukan sebegitu rupa satu ketika dulu…

Mungkin perangani bapa borek anak rintik wajar diketengahkan di sini seperti mana kenyataan Tun EM yang pernah berkata tidak akan membantu kempen Mukhriz tempoh hari namun berubah sebaik sahaja kempen pilihanraya bermula.

Sepatutnya Mukhriz meletakkan jawatan sebagai MP terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan Pak Lah berundur kerana ia seolah olah menikam kembali Bos yang telah memilihnya menjadi calon parlimen wakil BN…Ibarat hanya mahu ‘kemanisan ‘ dan tidak menerima ‘kepahitan’ dalam perjuangan.

Jika ditanya, siapa yang perlu dibuang Parti, jawab saya tiga EM…Ayah, anak dan saudaranya seagama yang turut ingin merebut jawatan ketua pemuda dari sebuah negeri yang digelar termaju di Malaysia…

Sesungguhnya kesyukuran akan menghasilkan kebaikan berlipat ganda. Dan kekufuran itu akan menjadikan seseorang jatuh di sisi ALlah dan manusia seluruhnya. Lagi jika penderhakaan kepada seseorang yang tidak pernah diajar oleh sesiapa pun dari hamba Allah sifat menderhaka ketua seperti anak Tun EM di atas.

Patutlah ada orang berkata, yang berdahi luas dan botak tidak boleh dipercayai dan patut dikhuatiri ketaatannya.

Ku Li juga muncul di saat macam ni. Menyerang demi menjaga ‘kepentingan UMNIO’….

Betul ker ?? atau demi cita cita PM yang belum dicapai sama seperti AN war ???

Semua bernafsu ‘menerkam’ Pak Lah yang sungguh diam dan tidak membuat serangan balas. Pilihan menjalankan kerja menjadikan beliau terus menerus menikus tanpa membuat kritikan pedas sehinggalah tempoh hari yang menyaksikan sedikit demi sedikit pendedahan telah dibuat bagi menahan serangan dari terus datang menyakiti jiwa dan perasaan manusia lemah seperti beliau…

Lebih lebih lagi kutukan kepada menantu Pak Lah yang dikatakan pemain catur terbaik dalam menentukan apa yang patut dibuat, amat mendukacitakan beliau. Seolah olah Pak Lah tidak pandai mentadbir dan membiarkan dirinya dikuasai oleh Khairy..

Mujurlah ada Muhammad Taib yang telah menjalani hukuman 11 tahun lantaran kesalahannya di Australia.. Begitu juga ada simpati dari menteri menteri muda yang begitu bersemangat melontar kembali panah yang menyerang dan ingin membunuh Si Presiden Parti yang sering mendiamkan diri.

Tetapi akhirnya kita dapat tahu juga bahawa yang bercita cita menjatuhkan Presiden Parti dan Negara adalah mereka yang pernah ada cita cita namun cita cita mereka tidak sampi seperti Pak Lah yang te LAH dipilih AL LAH hingga menangLAH dan menjadi berundur LAH pengkhianat parti yang suka menyumpah dan menahan pesa LAH tanpa ada sebab munasabah……

Mari LAH kita menyokong siapa yang te LAH menang dan menanam taat setia kepada Pak LAH yang masih ada kredibiliti dan akauntabiliti sehingga kita teLAH melihat banyak guru J-QAF di sekoLAH yang dilantik mendidik anak anak kita mengenal ALLAH..

Mereka telah mendapat kehidupan sangat baik berbanding sebelumnya menjadi guru agama di sekolah persendirian atau swasta yang tidak tetap pendapatannya.

Mari LAH kita memberi baik sangka dan berdoa Pak LAH akan terus dipimpin ALLAH hingga berjaya memberi kebaikan dan kemakmurankepada seluruh umat Malaysia termasuk agama yang berbeza.

Moga Sepang tidak menjadi Lembah Babi terbaru di Malaysia !

Add comment 9,April 2008

APABILA LADANG BABI DILULUS !

Satu negara kecoh. Projek ladang ternakan babi telah dilulus dan bernilai RM 100 juta.. Lokasinya pula di Sepang, dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ). Malah ladang tersebut akan menjadi ladang ternkan babi termoden dan menjadi contoh bagi negeri-negeri lain.  

UMNO juga sedang sibuk. Bukan menyerang lawan tetapi bergaduh sesama sendiri.. Tun Mahathir nampaknya tidak berminat menyerang tindakan DAP PKR dan PAS di Selangor namun terus berminat menghentam Pak Lah.
Pakatan Rakyat yang baru berkuasa telah melaksanakan tuntutan rakyat ( entah dari bangsa mana ) supaya membuka ladang termoden dan dilengkapi teknologi terkini di Selangor..Ini menunjukkan kepada penyokong mereka bahawa PAKARAN RAKYAT bukan anti BABI bahkan sanggup meluluskan bersama projek ternakan bernilai RM 100 juta itu !
Syabas kepada PAS dan PKR yang duduk sama semeja dengan DAP meluluskan agenda terbaru mereka itu.
Projek tersebut telah mendapat kelulusan sebulat suara dari Exco Negeri Selangor dalam mesyuarat Exco minggu lalu. Tentunya exco Selangor termasuk juga dari PAS. Meskipun dikatakan ia dilulus oleh Menteri Besar sebelum ini…Namun Dr Khir Toyo menafikannya.
Tahniah PAS kerana turut sama mengangguk dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. !!
Mungkin ini permulaannya dan sudah tentu KILANG ARAK tidak akan menjadi isu lagi kerana mereka TERIKAT dengan PAKATAN RAKYAT…
Mereka hanya tahu mengangguk dan mempertahankan apa sahaja keputusan yang dihasilkan kerana majoriti diperlukan untuk mengubah sesuatu keputusan yang dicapai dalam mesyuarat EXCO kerajaan..
Segala-galanya mesti diputuskan secara konsensus dan mereka hanya mampu memberi pandangan tanpa ada kekuatan menolak dan membangkang cadangan jika majoriti berpendapat sebaliknya.
Ini menunjukkan bahawa PAS telah RELA secara sedar atau tidak menjadi alat kepada PAKATAN RAKYAT yang dua kali lima dengan BARISAN NASIONAL …
Sedangkan PAS dulu menolak pakatan dengan bukan Islam kerana tidak selari dengan tuntutan Al Quran dan Sunnah ; kata mereka. Hingga sanggup mengeluarkan fatwa KAFIR kepada sesiapa yang bersama dalam BARISAN NASIONAL  yang dianggotai oleh Bukan Islam….
Jadi, Al Quran mana mereka pakai sekarang ? adakah ini yang dinamakan SYIAH ? yang boleh bertaqiah di depan dan menukar ketika lain pula ? bagaimana pula gambar gambar Imam Khomeini dibawa dalam perarakan BERSIH di Kuala Lumpur tempoh hari yang menyaksikan gambar Imam Syiah itu diangkat dan dijulang oleh peserta ? adalah PAS menjadi proksi SYiah di Malaysia????
( sila klik di sini untuk keterangan lanjut http://ustazmoden.wordpress.com/ )

adakah PAS juga WAHABI yang terkenal dengan sikap MILITAN ?? yang radikal dan MENGKAFIRKAN semua orang ??? Hingga sanggup menyamakan Maulid dengan perbuatan agama Kristian dan Yahudi …Hingga semua penyokong PAS turut sama terkena kritikan pedas terbaru Nik Aziz ini…Kerana mereka juga meraikan  Maulid Nabi kita Saidina Muhammad s.a.w…

bagaimana pula sikap PAS sekarang yang terlalu lunak dengan DAP dan PKR yang semua dianggotai juga dari Non Muslim >>?? apa jawapan PAS kepada penyokong mereka sekarang ? bagaimana Negara Islam yang berlandaskan hukum HUDUD ??

Dengan adanya ladang ternakan babi termoden di Selangor maka rakyat Selangor termasuklah orang-orang Melayu tentunya boleh berbagga kerana negeri Selangor akan lebih terkenal. Papan tanda besar yang terpampang “LADANG TERNAKAN BABI TERMODEN” akan menghiasi sepanjang jalan dari LTAS. Selangor akan menjadi destinasi pelancong yang ingin melawat ladang tersebut.

Jika mercu tanda Selangor sebelum ini dikenali dengan KLIA, tentu sekarang boleh ditukar perlahan-lahan kepada KLIB ( Kuala Lumpur Internasional Babi )

Apapun, PAKATAN RAKYAT akan terus dilihat oleh 27 juta rakyat yang menyokong dan menentang mereka. Terserah samada mereka bersedia fizikal dan mental berhadapan dengan ini semua ….

Sekarang mungkin mereka BARU TAHU susahnya menguruskan kerajaan !

1 comment 9,April 2008

KOMEN ISU BABI DI BLOG TERESSA KOK

tinta perak | l_x_presso@yahoo.com | IP: 60.51.87.152

Pertama sekali, secara peribadi, saya ucapkan TAHNIAH di atas kemenangan besar YB di kerusi parlimen Seputeh pada PRU ke-12 yang lalu. Majoriti lebih 36 ribu, MEMANG PUKUL HABIS! Tsunami! Haha! Rasakan MCA…

Okay… Saya rasa terpanggil untuk memberi komen di sini setelah “5 EKOR BABI PANGGANG” menjadi “ISU” di kalangan pembaca dan pemerhati politik di blog YB ni… Alaaahaiii…

Kepada para pembaca yang budiman, saya MINTA dan RAYU agar membaca komen saya ini dengan berlapang dada serta minda dan hati yang terbuka sebagai seorang dewasa yang waras dan matang.

Saya seorang lelaki berusia 29 tahun. Saya seorang Muslim. Saya seorang Melayu. Saya seorang warganegara Malaysia yang telah 8 tahun layak mengundi, dan saya tak pernah terlepas walau sekali pun. Saya tak pernah mengundi BN. Saya seorang penyokong dan pengundi PAS. Saya juga penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat.

Saya telah membaca semua komen yang berkenaan dengan tajuk tersebut. Ada yang pro, ada yang kontra. Hakikatnya, saya harap JANGANLAH sesiapa menjadi emosional. Hakikatnya juga, saya dapati luahan idea dan perasaan terhadap “isu” ini sebagai sesuatu yang sihat kerana ianya adalah jelmaan amalan demokrasi.

Baiklah. Here it goes. Dalam Islam, yang HARAM berkenaan dengan babi adalah:-

1) Memakannya dan menyediakan hidangan tersebut kepada orang, baik yang Muslim atau yang non-Muslim

2) Memasaknya dan yang berkaitan dengannya

3) Berniaga / bekerja dengannya dan segala yang bersangkut-paut dengan kegiatan perniagaan / perdagangan dengannya (HARAM memakan / mengaut hasil daripada sebarang kegiatan tersebut)

4) Menternaknya dan mengagih-agihkannya

5) Memakai @ menggunakan sebarang produk daripadanya

SENTUH secara SENGAJA adalah TIDAK HARAM, namun IANYA SANGAT2 TIDAK DIGALAKKAN. Kalau TERSENTUH, ia tidak mengapa kerana dalam Islam, ada kaedah yang tertentu tentang cara nak menyelesaikan permasalahan sesuatu perkara, termasuklah jika tersentuh babi ini dan yang seangkatan dengannya. Setiap Muslim diminta menjauhi babi, TETAPI BUKAN MENGHALANG ORANG YANG BUKAN ISLAM DARIPADA MELAKUKAN APA-APA TERHADAP BABI, kerana itu adalah HAK mereka, dan Islam tidak pernah sekali-kali menyuruh umatnya merampas hak orang yang bukan Islam.

MELIHAT atau MENONTON babi juga TIDAK HARAM. Namun, tidak digalakkan juga melihat atau menontonnya jika tiada sebab yang kukuh. Sekadar melihat untuk mengetahui rupabentuk haiwan tersebut, itu tak apalah. Itu sudah memadai. Malah memang dituntut supaya setiap Muslim berilmu. Kalau tak pernah tengok babi, macam mana nak tau rupabentuk babi tu? Macam mana setiap Muslim nak menjauhinya? Fikir itu pun dah cukup. Tapi janganlah saja suka2 nak tengok, dan jangan sampai jadi tabiat pulak. -)

Oleh sebab itu, pendirian saya di sini menegaskan bahawasanya, SEPATUTNYA setiap Muslim tak kira di mana, sama ada di Malaysia atau bukan, agar TIDAK BERASA TERSINGGUNG jika YB Teresa Kok memaparkan gambar 5 ekor atau berapa ekor sekali pun babi panggang dalam majlis sambutan kemenangannya itu! Teresa bukannya seorang Muslim, dan orang ramai yang hadir dalam majlis makan babi panggang tu pun tiada seorang pun yang Muslim. Jadi, KENAPA NAK TERSINGGUNG? ITU HAK TERESA! TAK TIMBUL soal sentimen orang Melayu berasa tersinggung, apa yang perlu ditekankan di sini ialah, kalau ada orang Melayu yang melayari webpage ni dan ternampak gambar2 tersebut, janganlah ditengok lagi. Memang hakikatnya setiap Muslim memang tak suka pun nak melihat babi ni. Tapi, SIAPA SURUH bagitau “Teresa, janganlah letak gambar babi ni. Kami yang Muslim ni tersinggung.” Siapa suruh tengok kalau dah tak suka? Janganlah tengok lagi. Tengoklah gambar yang lain pulak! Teresa bukannya Muslim yang Muslim nak suruh dia tarik balik gambar tu! Itu dah kira menyinggung hak dia sebagai seorang yang non-Muslim di negara penduduknya Muslim ni! (INGAT! Malaysia BELUM LAYAK ditabal sebagai NEGARA ISLAM! Those UMNO members including Tun Dr. Mahathir & Pak Lah memang tak tau apa-apa berkenaan dengan Negara Islam). Apaaaaaaaaaaraaaa… Hiissshhhhh……

Susah mau cakaplah kalau minda tak terbuka.

Sebenarnya, bukan minda tak terbuka, tapi ada Muslim sendiri yang tak faham dengan hukum-hakam Islam. Tu lah yang payah. UMNO pun main peranan juga dalam hal ini kerana menyebabkan ramai Muslim di Malaysia tak memahami dan tak menghayati Islam secara yang sepatutnya. UMNO memang patut dipersalahkan (walaupun tak 100%!)

Jadi, saya sangat2 berharap… Kepada yang Muslim, KETAHUILAH HAK2 ANDA sebagai seorang Muslim yang sebenar, yang sejati, yang baik, dan yang mulia. Perkara “5 EKOR BABI PANGGANG” ni tak sepatutnya jadi isu pun. Dalam Islam sendiri dah termaktub tentang cara2 nak bergaul dan berjiranan serta bermasyarakat dengan golongan yang non-Muslim. Baca, belajar, hayati, dan amalkan! Islam itu KEAMANAN!

Sebagai tambahan, adalah tidak hairan dan tidak asing untuk PAS memperjuangkan keperluan dan kewajipan menubuhkan sebuah negara Islam kerana penduduk asal & majoriti Malaysia adalah Muslim, dan oleh kerana itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim di dalamnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. UMNO sepatutnya berbuat begitu tapi mereka tidak! Tidak hairan dan tidak asing juga untuk DAP memperjuangkan sebuah negara yang mengamalkan sistem politik yang sekular, kerana keanggotaan DAP dan perlembagaannya bukanlah sebuah parti yang Islam. Jadi, PAS dan DAP memperjuangkan hak masing2. Tidak ada apa yang salahnya. Apa yang perlu ditekankan ialah, yang mana satu yang menjadi pilihan rakyat? Negara yang sekular atau Negara Islam? Jika jawapan sudah diberi nanti, APA YANG PERLU DILAKUKAN ialah KAEDAH YANG PALING BAIK UNTUK MELAKSANAKANNYA. Itulah prinsip demokrasi yang kita gunapakai selama ini. Negara Islam tidak menafikan hak warganya yang non-Muslim. Begitu juga warga Muslim yang dah baisa hidup dlaam negara sekular sebagaimana Malaysia sekarang ini. Cuma bagi yang Muslim, memanglah wajib menubuhkan negara Islam. Tapi kalau dah suara majoriti nak negara sekular, terpaksalah menerimanya juga, sebab itu suara majoriti. So, apa2 pun pilihan rakyat, kita kena terima dengan akal yang waras, fikiran yang terbuka serta menerima dengan berlapang dada. Jangan tanya apa akan berlaku kepada Muslim yang nakkan negara sekular, itu antara mereka dengan Allah yang akan bersoal-jawab kelak. Yang penting, suara majoriti rakyat dalam sesebuah negara, dan kaedah terbaik dalam perlaksanaannya.

Saya mengharapkan semua Muslim di Malaysia dan non-Muslim di Malaysia tahu hak masing-masing, hidup dalam aman damai, bersatu padu dalam kebaikan, dan dapat menikmati kemakmuran yang seadilnya. Itulah harapan besar saya.

P/S: Saya berbesar hati kita dapat meluahkan perasaan dan pandangan masing-masing di sini kerana ia mencerminkan kebebasan kita bersama sebagai manusia, dan inilah yang BN halang selama ini. Teruskan menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat!

————————— END —————————————————–

tehtarik

SYABAS Sdr Tinta Perak kerana mengemukakan penjelasan yang baik.

Walau bagaimanapun, saya berpendapat, selain isu halal-haram, kita masih perlu mengamalkan KESOPANAN/TATA-SUSILA hidup terutama di Malaysia yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama dan kebudayaan.

Kita hendaklah memahami sensitivi2 kawan2 kita yang beragama lain, berkepercayaan lain dan beradat lain….

Untuk tujuan itu, kita kenalah korbankan/ketepikan HAK/KEBEBASAN kita pada waktu-waktu tertentu demi kebaikan/keharmonian semua pihak – sejauh mana yang mungkin kita capai.

Ini terutama penting bagi ahli-ahli politik yang sentiasa mahu berkempen, mahu memenangi jiwa dan minda (hearts and minds) rakyat.

Saya kagum dengan sikap terbuka ADUN2/ ahli2 Parlimen DAP, misalnya, kerana mereka bersedia memakai songkok/baju Melayu di majlis2 tertentu.

Kita orang Cina di Malaysia tidak hidup di dalam vakum Cina; begitu juga dengan orang India. Tentu sekali kawan2 Melayu/Muslim pun sama-sama perlu menghormati pantang-larang kita….

Kalau semua pihak sanggup bertolak-ansur, bertoleransi, bertimbang-rasa dsbnya, Malaysia kita akan aman-damai dan bisa membangun dengan lebih pesat lagi.

HIDUP RAKYAT MALAYSIA.

Saya

—————————————— END ———————————

happy2710

Saya meragui identiti tinta perak. adakah benar beliau benar2 seorg Muslim Melayu yg merupakan seorg penyokong pas. Atau mgkin beliau menyokong pas semata2 membenci umno dan bukan kerana mencintai Islam. Apa yg diperkatakan oleh beliau berkenaan BABI benar belaka. Namun demikian, daripada tulisan beliau tertanya beliau tidak memahami apakah yg tersirat di sebalik BABI tersebut. Tindakan cik Teresa sebenarnya ibarat tidak menghormati agama Islam dan Muslim. Memglah majlis tersebut di persekitaran bukan Muslim tetapi faham2 lah situasi negara kita ini bagaimana.

Saya fikir cik Teresa seorang yg menghormati satu sama lain, tetapi beliau juga tidak terkecuali daripada mereka yg selalu mempermainkan agama org lain dan tidak faham sensitiviti masy. berbilang agama dan kaum di negara ini. Macamana la cik Teresa kita ni nk jd Timb. Menteri Besar S’gor kalau benda mcm ni pun x fhm. Jgn la konon2nya memperjuangkan demokrasi sehingga sensitiviti agama lain tidak dihiraukan.

Cik Teresa, sebagai seorg yang beragama Kristian, adakah cik Teresa hendak agama cik Teresa dihina di kalangan org yg beragama lain. Yelah, seperti yg diperkatakan oleh tinta perak, majlis tersebut dihadiri oleh bukan Muslim. maksudnya cik Teresa sendiri setuju sekiranya agama cik Teresa dihina di majlis-majlis agama lain. Tapi sy fikir, tidak ada pihak pun yg sanggup untuk mempermainkan agama lain.

Dan yg terakhirnya, apakah rasional meletakkan gambar BABI sempena majlis kemenangan cik Teresa. Sila bg sebab yg munasabah untuk perkara tersebut. Sesungguhnya Tuhan suka kepada yang sesuatu yg indah. Tidak ada gambar lain ke yg boleh diletak di situ?Apakah sebenarnya simbolik BABI terhadap diri anda?

Tahniah di atas kemenangan anda dan usaha anda untuk menambahkan bilangan kandang BABI di Malaysia yang telah berjaya dengan peruntukan jutaan ringit untuk pembukaan kandang BABI di Sepang. Jemputlah BABI2 anda untuk meraikannya. Jemput tinta perak sekali ye.

—————————– END ————————————————-

mustopa_a

YB Cik Teresa dan semua pembaca blog ini,
Assalamualaikum dan selam sejahtera,

Isu ternak babi huh.. besar dah jadi kecoh, kecoh dah heboh, heboh nanti jangan jadi demonstrasi jalanan pulak.

Isu ini, memang lah menjadi sangat sensitif kepada ajaran Islam sebab babi tergolong dalam najis berat yang bergerak dan perlu disamak dengan air bercampur tanah sekali selain air bersih sebanyak 6 kali, untuk menyucikannya, sekiranya tersentuh babi, najis dan keturunannya.

Di Tumpat, Kelantan, iaitu dari Simpang Empat Tok Mek Ngoh Ke Pengkalan Kubur, jika anda memandu kereta atau menaiki motosikal anda akan lihat di kiri dan kanan jalan banyak rumah ibadat Buddha (yang didiami oleh kaum Siam), yang juga dikenali Wat Siam yang dikelilingi tembok simen. Mereka juga menternak babi yang juga bergerak bebas, berkeliaran di sekeliling rumah mereka. Babi itu, bergerak bebas seperti penduduk melayu bela ayam yang bergerak bebas ke merata-rata bahagian rumah mereka. Penduduk siam yang tinggal di situ juga tinggal di luar wat tadi, juga membela babi. Jadi, ternak babi adalah keperluan bagi kaum siam di situ. Kerajaan Kelantan tidak boleh menghalang keperluan mereka.

Di Sepang, dari Bagan Lalang ke Tanjong Sepat, di pertengahan perjalanan tu, ketika memandu, saya mesti terbau satu bau yang sangat busuk yang mungkin datang dari ladang kelapa sawit itu. Saya agak mungkin di situ kandang ternakan babi, bila lihat dari gambar satelit di situ, http://www.maplandia.com/malaysia/selangor/kuala-lumpur/, (cari Tanjung Sepat dan Bagan Lalang). Huh ladang tu luas la, tetapi terselindung di sebalik pokok kelapa sawit. Mungkin kerajaan Selangor nak upgrade ladang sediaada, ladang ini telah wujud sebelum kerajaan Pakatan. So, ternakan itu diperlukan oleh kaum Cina, so apa salah jika ditingkatkan untuk kemudahan kaum cina dan dengan buangan najis babi itu dijadikan baja untuk tumbuhan yang juga dimakan oleh babi.

Saya menonton Astro channel National Goegrapic, tajuk Killer Pigs, di situ dihuraikan macam mana punca penyakit penyebab J.E dan reservoir virus nipah. Reservoir virus nipah dari kelawar yang memakan buah jambu di ladang babi. Air liur kelawar yang tertinggal dibuah jambu yang jatuh ke tanah di makan oleh babi yang menyebabkan J.E merebak. So, penternak menanam jambu sebagai makanan kepada babi. Jadi keperluan tanaman, semestinya najis babi itu dijadikan baja untuk tanaman yang dijadikan makanan babi.

Ingat!! Seoarang muslim, jangan pula nak sentuh, pegang babi. Apatah lagi jangan makan la, haram tu.

Ada doktor haiwan muslim yang terlibat dengan aktiviti mengambil darah babi pada ketika proses mengesan virus nipah itu. Ketika itu, suatu keperluan untuk mengawal keadaan.

Oleh itu, jangan cepat melatah, terus melenting sehingga jadi histeria.

Sekian, Terima Kasih

p/s: Saya tak mengundi sebab tunggu undi pos tak sampai dan saya kena bertugas sebagai ketua tempat mengundi pada hari mengundi. Huh!!

1 comment 9,April 2008

NEGARA ISLAM DITANGGUH ??? HJ HADI ‘TAKUT’ DAP LARI ?

DI BAWAH INI PETIKAN DARI DETIK DAILY TENTANG ISU TEMURamah HJ HADI DENGAN SURATKHABAR CINA BERKAITAN ISU NEGARA ISLAM….SAUDAR SAUDARI BACA DAN TELITILAH APA MAKSUD SEBENAR BELIAU !

CUMA ‘TUAN GURU’ ADA MENYEBUT PAS KENA BERKAWAN DENGAN PARTI LAIN UNTUK MEMBENTUK PAKATAN DAN  PERLAKSANAAN NEGARA ISLAM AKAN DI’TANGGUHKAN’ ATAU DITOLAK KE TEPI DAHULU ….

NAMPAKNYA PAS SEMAKIN LIBERAL HINGGA BOLEH ‘TOLAK KE TEPI’ MATLAMAT UTAMA PARTI ASAL DAPAT APA YANG DIHAJATI !!!!!!!!!!!

BACA DAN FIKIRLAH SENDIRI !

Negara Islam dan kematangan politik Ayah Chik
Posted on Tuesday, April 08 @ 03:37:00 EST by reformis


Pendapat Oleh Roslan SMS ( DETIKDAILY )

 Sesiapa yang rajin membeli akhbar di pagi Ahad lalu, pasti walaupun tidak dapat membaca (kecuali yang mahir) akan terserempak dengan gambar besar muka depan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang di akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily. Gambar warna itu menunjukkan Tuan Guru ditemuramah oleh dua orang wartawan akhbar berkenaan di rumahnya di Rusila. Sedutan wawancara itu disiarkan oleh akhbar The Sun hari ini.

Menurut Tuan Guru cita-cita Negara Islam yang diperjuangkan PAS tetap menjadi matlamat perjuangan parti walaubagaimanapun ia tidaklah bermakna parti berkenaan akan tergesa-gesa menuntut dilaksanakan beberapa peraturan yang masih dianggap kontroversial.

Tuan Guru mengakui bahawa sebab utama PAS tidak dapat melaksanakan sepenuhnya tuntutan sebuah Negara Islam adalah kerana realiti politik menunjukkan yang PAS tidak dapat membentuk sebuah kerajaan yang teguh bersendirian. Oleh itu tambah beliau tidak ada sebab bagi masyarakat bukan Islam untuk bimbang terhadap isu Negara Islam tersebut.

Berhubung dengan Pakatan Rakyat, Tuan Guru berkata bahawa kerajaan neger-negeri di bawah pakatan ini akan masing-masing mendapat pandangan dan berunding dengan rakan-rakan dalam komponan Pakatan Rakyat sebelum sesuatu polisi dilaksanakan. Beliau menegaskan PAS akan menghormati pandangan rakannya DAP walaupun di Kelantan.


Di Kelantan kata Tuan Guru walaupun PKR hanya memiliki satu kerusi manakala DAP langsung tidak bekerusi namun PAS akan menghormati pandangan dan pendapat merekA.

Demikianlah jauhnya pandangan dan matangnya berpolitik Presiden PAS. Beliau tidak lari dari masalah tetapi menanganinya dengan penuh bijaksana. Negara Islam adalah isu sebenar, ia tidak boleh disapu ke bawah tikar semata-mata untuk memuaskan kepentingan mana-mana pihak. Sukar bagi ahli-ahli PAS yang bergelut dan berjuang lebih 50 tahun untuk tiba-tiba melupakan atau disuruh melupakan perjuangan untuknya. Malah PAS tidak menjadi PAS jika ia tidak lagi memperjuangkannya.

Tetapi Tuan Guru menggariskan keutamaan dan keperluan semasa. Realiti perlu didakap dan diterima namun usaha akan berjalan terus. Rakyat dan kawan-kawan perlu dibentuk dan diberi kefahaman.

Kata beliau: “Perkara yang kita perbalahkan, wajar ditolak ketepi terlebih dahulu sehinggalah timbul keperluan untuk ianya diperbincangkan”.

Yang penting sebagaimana ditegaskan beliau adalah persamaan antara ketiga-tiga parti, ini yang perlu diteroka, dipupuk dan dipadukan buat masa ini.

Saya percaya sekaligus sikapnya terhadap Kelantan, menuntut rakan-rakan lain agar turut menghormati pula pandangan dan pendapat PAS di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang PAS tidak dominan termasuklah di Selangor dan Perak serta di Pulau Pinang. Tidak ada negeri Pakatan Rakyat dimana PAS tiada wakil, maka sebagaimana PAS menghormati kawan-kawan hatta di negeri yang rakan lain tiada perwakilan maka sewajarnyalah PAS juga turut dihormati dan diminta pandangan dan pendapatnya.

Saya yakin Pakatan Rakyat ini memiliki masadepan yang cerah dan akan terus diterima rakyat Malaysia jika semua kita matang dan menerima realiti yang ada.

Sementara itu Presiden PAS kini berada di Pulau Pinang dalam rangka kunjungan hormatnya kepada Ketua Menteri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng. Semoga berjayalah usaha kita.

Add comment 9,April 2008

PAS MENJILAT AIR LUDAH, BOLEH BERSAMA BUKAN ISLAM MEMBENTUK PAKATAN ??

PETIKAN DARI TRANUNG ONLINE

TAJUK : Kedudukan PAS Dalam Pakatan Rakyat – Satu Persepsi


Posted on Tuesday, April 08 @ 21:34:38 MYT by greenboc
Artikel Oleh fitriyusof

a
Penyertaan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah satu yang ganjil memandangkan ia adalah rentetan dari kerjasama politik dengan rakan-rakan politik lain yang telah sekian lama terjalin. Namun, terdapat juga segelintir pendokong Islam yang mahukan penjelasan syarie tentang penglibatan ini memandangkan ia adalah satu perkembangan yang agak baru kepada PAS di zaman kepimpinan ulama’ ini.

Antara persoalan yang timbul ialah: Bolehkah PAS menyertai pemerintahan Pakatan Rakyat yang tidak menjadikan Islam sebagai asas dalam pemerintahan? Tidakkah penyertaan ini akan dianggap sebagai menyokong dan menyetujui, bahkan bersubahat dengan perbuatan mungkar?

Para pendokong Islam cukup faham bahawa menegakkan pemerintahan Islam adalah satu kemestian. Umat Islam perlu berusaha untuk memastikan peraturan Islam bukan sahaja dapat diamalkan di peringkat individu dan keluarga, bahkan juga di peringkat masyarakat dan negara.

Difahami juga bahawa memerintah negara dengan membelakangi syariat Allah adalah suatu yang menyalahi kehendak agama. Islam menolak pemerintahan yang tidak menegakkan hukum Allah atau tidak mempunyai perancangan dan keazaman untuk melaksanakannya secara menyeluruh.

Fasal 5 Perlembagaan PAS secara jelas menyatakan hasrat untuk menegakkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang berasaskan Islam.

Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Allah, dari sudut pandangan Islam dikira sebagai zalim. Maka, pada dasarnya Islam melarang penganutnya mendokong dan menyertai pemerintahan ini. Atas premis inilah PAS tegas tidak menyokong perjuangan UMNO sejak sekian lama.

Namun, prinsip di atas tetap ada pengecualiannya. Terdapat keadaan-keadaan tertentu yang membenarkan pergerakan Islam Islam menyokong dan menyertai pemerintahan yang tidak berasaskan Islam. Hukum siyasah Islam tidaklah rigid dan beku. Terdapat ruang keanjalan yang memberikan kelapangan dan kemudahan kepada penganut dan pejuang agamanya. Islam juga tidak mengenepikan aspek maslahah yang mengambil kira pertimbangan logik dan pengalaman dalam perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan nas qat’ie.

Melihat kepada realiti di Malaysia, beberapa prinsip, sebab dan situasi wajar dijadikan pertimbangan bagi membolehkan penyertaan ke dalam pemerintahan yang tidak berasaskan Islam:

1. Memilih mudharat yang ringan berbanding mudharat yang lebih besar. Kedua-dua pemerintahan yang digantikan dan yang menggantikan itu dianggap sebagai mudharat kerana pemerintahan-pemerintahan itu tidak meletakkan Islam sebagai asas dalam pemerintahan. Oleh kerana pemerintahan yang digantikan itu mendatangkan mudharat yang lebih besar, maka tindakan Parti Islam memilih untuk menyokong dan bersama-sama kerajaan pengganti itu berasaskan prinsip memilih mudharat yang lebih ringan berbanding mudharat yang lebih besar. Dalam hal ini, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memetik kisah Nabi Harun yang tidak berkeras dengan penyembah patung lembu. Surah Taha, ayat 94 mencatatkan alasan Nabi Harun bahawa: Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepada ku: “Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani Israil sesama sendiri dan engkau tidak berhati-hati mengambil pesanan ku”.

2. Mengurangkan kezaliman dan mencegah mungkar setakat yang terdaya. Penindasan terhadap hak rakyat, agihan kekayaan yang tidak seimbang, rasuah dan salah urus negara, penguatkuasaan undang-undang draconian, pembaziran, dan sekatan kebebasan bersuara adalah antara bentuk-bentuk kezaliman dan kemungkaran pemerintah yang mahu dibanteras secara sepakat antara parti Islam dan rakan-rakan lain. Kemungkaran ini dapat dipadamkan dengan kekalahan pemerintahan terdahulu dan dengan tertubuhnya kerajaan campuran. Walau pun kemungkaran lain seperti sistem riba, dan keengganan melaksanakan sebahagian hukum Islam mungkin tidak dapat diatasi melalui kerajaan baru, namun ia bukanlah satu alasan untuk menolak terus peluang yang ada untuk mencegah kemungkaran-kemungkaran yang mahu dibanteras secara sepakat tadi.

3. Memanfaatkan ruang untuk menegakkan Islam setakat yang termampu. Penyertaan dalam kerajaan campuran bermakna sebahagian dari pemimpin parti Islam akan berada dalam organisasi kerajaan. Kuasa yang ada ini merupakan ruang yang cukup baik untuk melaksanakan Islam pada ruang lingkup yang ada. Kisah Raja Najasyi yang muslim tetapi tidak menguatkuasakan hukum Islam dijadikan rujukan untuk menyokong hujah ini.

4. Memanfaatkan ruang untuk menyampaikan Islam. Oleh kerana parti Islam berada di pihak kerajaan, maka sekatan-sekatan ke atas suara-suara Islam akan dapat dihapuskan. Ruang untuk menyampaikan mesej Islam, termasuk soal-soal sensitif seperti topik pemerintahan Islam terbuka luas.

5. Pelaksanaan Islam secara terhad dalam pemerintahan baru boleh dianggap sebagai sebahagian dari proses tajdid yang berlaku secara beransur-ansur. Hakikat penurunan al-Quran secara beransur-ansur, terutamanya dalam kes pengharaman arak menunjukkan bahawa proses ini adalah syarie dan sesuai dengan fitrah masyarakat yang sukar menerima perubahan mendadak. Pelaksanaan Islam secara beransur-ansur ini dilaksanakan dengan tekad yang bulat untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh apabila diizinkan Allah.

6. Penyertaan sebagai satu langkah persediaan ke arah menegakkan pemerintahan Islam. Penglibatan pendokong Islam dalam struktur pemerintahan negeri dan negara memberikan pengalaman berharga untuk meneruskan usaha memerintah secara Islam dengan cara yang sempurna. Memerintah sesebuah kerajaan hari ini bukan sahaja memerlukan sifat amanah dan tekun, bahkan ia menuntut kecekapan serta pengalaman. Ilmu dan maklumat serta pengalaman dalam aspek ekonomi, perundangan, keselamatan negara, hubungan antarabangsa serta perdagangan amat penting dalam peneraju negara. Para pemimpin dan pendokong parti Islam akan mendapat keyakinan masyarakat jika mereka terdedah dengan perkara ini melalui penglibatan dalam kerajaan campuran.

Ringkasnya penyertaan parti Islam dalam pakatan untuk menjatuhkan pemerintah zalim adalah satu kelonggaran berasaskan prinsip maslahah. Oleh yang demikian, penyertaan ini tertunya terikat dengan syarat-syarat tertentu agar matlamat penyertaan itu tadi tidak terpesong. Insyaallah kita akan bincangkan syarat-syaratnya dalam catatan yang lain.

http://wajahesok.blogspot.com

1 comment 9,April 2008


AHLI BLOGGER PEMBELA NEGARA

Online sekarang !

web tracker

Terbaru di sini

Anda tetamu ke

  • 107,415 di sini

Lain lain di sini

Top Clicks

Komen Terbaru

Dr Abdullah Yasin, b… on Anwar sokong Wahabi dan Dr Asr…
Hj Hadi, Harun Taib … on Nik Aziz kata Nuzul Quran lebi…
cybross on Teoh Beng Hock dikatakan nak k…
penulis_cyber on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Pendirian Mahathir isu PPSMI …
shafifah on Kerajaan Lawak PR bersidang ba…
penulis_cyber on Kerajaan Lawak PR bersidang ba…
rmf7 on Akhirnya Pak Lah melepaskan …
Perkongsian Ilmu … on Hukum Mengumpat – Naib K…
penulis_cyber on Mahathir sudah sasau dan risau…
rmf7 on Mahathir sudah sasau dan risau…
penulis_cyber on Rakyat Perak baca sini, jangan…
aberamly on PAS perlu sertai BN – sa…

RSS Berita Malaysia Kini

 

April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

RSS Pedang Berbisa

RSS Panglima Cyber

RSS Ustaz Moden

RSS Raksasa BN

RSS Anwar Ibrahim.com

RSS Che Det @ Tun Mahathir

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Warong Kopi

RSS KPMU

Simpanan Artikel

Jejak Pengunjung