Home > 1 > “Selamat Tinggal PAS untuk selama-lamanya – Ustaz Omar Khalid

“Selamat Tinggal PAS untuk selama-lamanya – Ustaz Omar Khalid

petikan dari web : Guano Demo

Sumber : Al-Haq
Saturday, 06 October 2007
Ustaz Omar Khalid bukan tokoh kecil. Bekas orang kanan Datuk Nik Aziz Nik Mat ini pernah diberi amanah untuk mengajar di Pejabat Pas (Kelab Pas) pada pagi jumaat jika Mursyidul Am Pas tidak ada ataupun uzur. Tetapi bermula pada tahun 1990, hatinya telah ‘tergerak’ untuk bersifat pro-aktif – bertanya khabar, BILA PAS NAK BUAT ISLAM DI KELANTAN?
Persoalan ini menyebabkan pemimpin Pas jelak dengan Ustaz Omar. Maklumlah, Datuk Nik Aziz sendiri tahu betapa payahnya untuk menunaikan janji dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Dalam masa yang sama, Ustaz Omar terus mendesak. Katanya, janji mesti dikota. Tak boleh mempermainkan janji kerana semata-mata ingin mendapatkan kuasa rakyat melalui pilihanraya. Bila Ustaz Omar mengajukan persoalan tentang hukum hudud kepada Datuk Nik Aziz, cepat-cepat beliau menjawab: “Politik adalah peperangan. Dalam peperangan, mesti ada penipuan.”

Jawapan seumpama ini sudah semestinya menimbulkan syak wasangka yang besar dalam diri Ustaz Omar. Tidak mungkin pilihanraya (politik) sama dengan peperangan, getus hatinya. Ustaz Omar mencabar pemimpin Pas untuk berbahas secara ilmiah. Beliau telah melihat betapa jauhnya jarak perjuangan Islam antara Pas dengan UMNO. Dalam masa Pas menyifatkan politik sebagai peperangan, UMNO terus melaksanakan Islam secara berdikit-dikit sehingga menjadi mantap dan kemas serta teratur. UMNO dilihat sebagai wadah perjuangan yang berjaya memartabatkan Islam di mata dunia.

Ustaz Omar berkata, terlalu banyak Datuk Nik Aziz menipu rakyat. Kini sudah 17 tahun pelbagai fatwa dikeluarkan. Paling terbaru, katanya, permainan snuker yang dulunya haram sudah dihalalkan menjelang pilihanraya umum ke 12. Inilah sikap Pas yang seringkali berubah dan sentiasa menipu rakyat semata-mata untuk mendapat undi. Malangnya, Pas enggan menghalalkan fatwa mengaji al Quran kepada golongan wanita. Inilah yang memelikkan Ustaz Omar. Kenapa begitu kemas Datuk Nik Aziz memegang fatwa betapa tilawah wanita haram? Sedangkan, katanya, tomoi waniat sudahpun menjadi halal. Mana lebih baik – tomoi atau tilawah? Tidak ada seorangpun peserta tilawah wanita terdedah dengan maksiat sejak ianya diperkenalkan oleh UMNO di zaman awal kemerdekaan.

“Kini, saya sudah bertaubat. Saya sudah berjanji pada ALLAH tidak akan menipu orang lagi. Jadi, saya akan bersama UMNO untuk melaksanakan tanggungjawab secara lebih berkesan dalam memperjuangkan Islam,” katanya secara tegas. Ustaz Omar juga mempertikaikan kaedah perjuangan Pas yang selama ini menjadikan ulama sebagai pemerintah. Sedangkan, katanya, sejak zaman RasuluLLAH, para sahabat dan ambiat, tidak ada seorangpun yang menjadi pemerintah. Mereka akan menjadi penasihat raja (pemerintah). Buktinya, pernahkah RasuluLLAH dan para sahabat mengeluarkan pelbagai fatwa seperti Pas semasa mereka menjadi pemerintah? Tentu sekali tidak. Ini kerana fatwa dan hukum hakam Islam akan diserahkan kepada ulama dan bukannya pemerintah.

Imam Malik, Hanafi, Hambali dan Shafie tidak pernah menjadi raja. Bahkan ada ulama besar yang didera hebat kerana enggan dilantik sebagai mufti oleh raja yang memerintah sesebuah negara Islam. Mereka tahu tanggungjawab mufti amat berat untuk dipikul. Ulama besar sanggup dihumban ke penjara demi untuk mempertahankan pendirian mereka untuk tidak dilantik sebagai orang kanan raja. Malangnya, kata Ustaz Omar, di zaman Pas, terlalu banyak ulama ussud dalam Pas yang berduyun-duyun ingin menampil diri untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri. Masing-masing berdebut-rebut untuk menjadi Menteri Besar kelantan sehingga sanggup memfitnah sesama sendiri. Kita lihat sendiri, betapa ramainya pemimpin Pas yang berkempen hebat dan memuji diri sendiri semata-mata untuk mendapat sokogan ahli Pas. Akhirnya mereka dipilih untuk menjadi Ketua Pas Kawasan yang sudah semestinya akan menjadi tiket kepada calon dalam pilihanraya nanti.

Ustaz Omar memberitahu, inilah kerosakan besar yang ada dalam Pas sekarang. Ulama dalam Pas seringkali menghina orang lain. Maklumlah, serban dan jubah menjadi pakaian mereka sehingga meletakkan orang lain sebagai kurang Islamik. “Aku saja yang alim,” – Inilah pemikiran ulama Pas yang angkuh dan sombong. Ustaz Omar juga mendedahkan kepetahan ulama Pas berucap dengan menokok tambah bahasa arab. Orang kampung mudah terpedaya dengan tindak tanduk seumpama ini. Ulama Pas juga bijak menggunakan tafsir ayat al Quran sehingga dipercayai rakyat seratus peratus. Secara tepatnya, Pas menggunakan bahasa arab untuk mempengaruhi rakyat menyokong mereka.

Gambar Hiasan
Bagaimanapun, Ustaz Omar meminta rakyat berhati-hati dengan tindak tanduk seumpama ini. Buktinya, sudah 17 tahun Pas mentadbir negeri, tapi satupun undang-undang Islam tidak dapat ditegakkan. Yang ada hanya pebagai fatwa yang dulunya haram telah menjadi halal semata-mata ingin mencari undi. “Yang jelasnya, pemimpin Pas bercakap tidak serupa bikin. Mereka sangat bijak ‘memusing ayat al Quran agar memihak kepada perjuangan Pas,” kata Ustaz Omar. Semasa Ustaz Omar nekad keluar daripada Pas tahun 1993, tidak ada seorangpun tahu. Selama mencari ‘jalan kebenaran’ selama tiga tahun (1990 – 1993) – akhirnya orang Pas sendiri terpinga-pinga – KENAPA USTAZ OMAR MASUK UMNO? Inilah jalan kebenaran hakiki yang ada dalam diri Ustaz Omar, seorang tokoh yang mempunyai latarbelakang agama, tapi memilih UMNO sebagai wadah perjuangan terakhirnya. Kini, Ustaz Omar paling banyak memperjuangkan Islam Hadhari yang dicetuskan oleh Pak Lah. Katanya, Pas sudah mula kabur dengan perjuangannya setelah Islam Hadhari menjelma melalui UMNO.

“Pas kini paling takut dengan senjata Islam Hadhari yang mampu membawa ummah ke jalan yang diredhaiNYA. Pas cukup bimbang setelah Islam Hadhari mampu dilaksanakan dengan jaya dan penuh keyakinan oleh UMNO,” katanya. Sebab itulah, kata Ustaz Omar, Datuk Nik Aziz dan kuncu-kuncunya akan terus membawa paluan kosong dengan menyatakan Islam Hadhari adalah agama sesat. Beliau percaya, Pas akan menidakkan Islam Hadhari secara serius menjelangnya pilihanraya nanti. Pas mula takut rakyat celik mata dengan Islam Hadhari. Dan inilah senjata utama yang akan menjatuhkan pentadbiran Kerajaan Pas di Kelantan. Kata Ustaz Omar – Insya-ALLAH rakyat sudah mula sedar peranan Pas di Kelantan. Tidak ada apa-apa yang mampu dilaksanakan oleh Pas kecuali beberapa fatwa haram yang dihalalkan. Akhirnya, fatwa inilah yang akan menjerat Pas untuk menerima kekalahan besar dalam pilihanraya umum nanti.

PENULIS CYBER : ada kawan saya bagitahu Nik Aziz bangga sudah 18 tahun tiada sambutan Maulid Nabi dibuat di Kelantan…
adakah dia masih wahabi lagi seperti awal awal pulang dari Pakistan satu ketika dulu ???? atau merasa Hari Kemerdekaan yang disambut saban tahun lebih utama dari Maulid Ketua Segala Nabi ????
Wallahu A’lam waana Ajhal

About these ads
Categories: 1
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.