Archive for April 8th, 2008

komen panas kritik Tun Mahathir di Malaysia Today !!!

TUn Mahathir memilih untuk mengkritik dari memuji dan membetulkan kesilapan di dalam kerajaan yang ditinggalkannya….Mungkin ingatan beliau masih kuat dan kudrat masih larat maka perhatian terus ditagih di saat jawatan dan kehebatan sudah ditarik Tuhan.

Akhirnya Pak Lah mengambil langkah menyerang selepas sekian lama bertahan. Kesabaran yang sukar ditemui di saat ini di mana ramai manusia suka menghamburkan kemarahan dan kebencian. Lihatlah blog blog di alam siber ini dan anda akan nampak kenyataannya…

Biasa orang penyabar suka dicabar oleh pemarah dan pengkeji..sifat sabar menarik mulut mulut laser mengutuk seperti Tun Mahathir, Ku Li, dan mereka yang berlindung di belakang ‘kota’ pertahanan Tun Mahathir.

DI saat kita ingin membina keutuhan dan kredibiliti negara agar semakin gemilang dari hari ke hari, kita tentu sangat terkejut apabila kita mendengar kritikan dan tohmahan tidak berasas dari bekas pemimpin utama dulu yang bersusah payah membangunkan Malaysia..

Adakah ‘Kota Rom’ yang dibina sekian lama akan musnah di tangan Tun Mahathir?

adakah ini peluang yang sengaja dicipta bagi menjatuhkan Pak Lah dan memastikan kes kes berkaitan beliau diTUTUP???

adakah Mahathir sudah menjangka atau sangat takut meneka bahawa Anwar akan naik menjadi PM dan menimbus beliau ‘hidup hidup’ hingga dihina oleh semua musuh musuh tradisi beliau ???

Adakah Pak Lah tidak serius menjaga periuk nasi kroni beliau hingga Tun Mahathir sanggup bersengkang mata mengerah kudrat tua Tun untuk melawan Pak Lah???

Atau

ADAKAH TUN BELUM SEDAR DARI TIDUR YANG TUN SUDAH TIDAK LAGI MEMERINTAH MALAYSIA???

Selama 22 tahun sudah terlalu banyak jasa dan juga dosa Tun…

Cukuplah setakat itu dan diamkan diri lebih utama di saat ingin menghabiskan usia menemui TUhan dengan penuh keinsafan…

Lupakan segala ketakutan dan serahkan diri dan nasib Tun kepada Allah agar dihindari dari pembalasan atas apa yang telah dilakukan satu ketika dulu…

Bacalah komen di bawah dan kita FIKIR sendiri apa yang diperkatakan :

—————————————– END —————————————-

written by ttwangsa, April 07, 2008 | 14:06:46
Tunku Abdul Rahman dulu pernah menyatakan perkara yang sama mengenai Mahathir, Mahathir akan menghancurkan Malaysia. Sekarang telah terbukti kenyataan Tunku itu.
Mahathirlah yang bertanggung jawab membawa budaya Rasuah ke dalam UMNO . Semasa zaman Hussien Onn dan lain-lain PM sebelumnya rasuah adalah sesuatu yang amat keji dan tidak boleh diterima langsung. Lihat apa yang terjadi kepada Dato’ Harun Idris, seorang pemimpim yang amat berpengaruh , banyak berjasa, jatuh kerana rasuah. Dan rasuah ini bukan untuk kocet sendiri tetapi untuk UMNO.

Zaman Mahathir Rasuah menjadi satu budaya UMNO . Semua agensi dikuda sepenuh nya untuk kepentingan dan keperluan politik.

Jika ada seorang pengkianat bangsa yang patut dihantar ke Kemunting , inilah orangnya. Begitu juga dengan semua pemimpin UMNO sekarang, semuanya hanya layak untuk dihantar Kemunting . Mungkin disana nanti dapat memunasabah diri dan sedar akan tanggong jawab sebenar menjadi seorang pemimpin.

——————————- END ————————————————-

written by Rundukon, April 07, 2008 | 14:46:57
“Kalau kita benarkan menantu mentadbir negara, akan hancurlah negara kita,” kata Dr Mahathir.

Dan negara akan bertambah hancur kalau kita benarkan Mukhriz, anak Mahathir mentadbir negara.

——————————- END ————————————————-

written by manny_california_usa, April 07, 2008 | 09:33:48
Semakin lama, semakin nyayuk si tua ni. Semasa Royal Commission, semua tak ingat tapi sekarang ingat pula apa yang berlaku pada tahun 1987 dan tahun 1998.

Semasa krisis DSAI, you tak nak bagi 600,000 pengundi baru mengundi kalau tidak takkan you dapat 2/3 majoriti.

Sudahlah Mahathir, siapa you mau tipu. Semasa you jadi PM, semua pun ‘tukang angguk’ jugak selain DSAI. Kalau tidak tak akan you nak penjarakan DSAI.

Nak tipu pun, pandailah sikit.

——————————- END ————————————————-

written by coolandy, April 07, 2008 | 12:21:30
TDM’s brains is still very active and is probably fighting the last political battle of his life. He doesn’t have much choice unless he wants to see his legacy dumped into the cesspool.

——————————- END ————————————————-

1 comment 8,April 2008

18 PERSOALAN BESAR YANG MASIH BELUM DIJAWAB PAS

KITA BACA , FIKIR DAN BINCANG ISU DIBAWAH …..

Artikel dari http://getusanminda.blogspot.com/

Nampak sangat Pas kini kian terdesak. Insiden rusuhan dan pembakaran jalur gemilang di Batu Buruk, Terengganu baru-baru ini telah meletakkan parti yang kononnya berlandaskan perjuangan Islam itu berada dalam keadaan tersepit dan tidak menentu.

Tidak keterlaluan andainya dikatakan bahawa kejadian melampau dan dianggap terburuk dalam sejarah negara itu dan yang dikatakan dilakukan oleh penyokong mereka secara tidak langsung telah menyebabkan keyakinan rakyat terhadap perjuangan parti itu semakin merosot .

Menyedari hakikat itulah, maka barisan kepimpinan Pas kini dilihat terus berusaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat dengan mencipta isu-isu disamping memputarbelitkan isu kononnya apa yang berlaku tersebut semuanya berpunca dari UMNO dan kerajaan.

Bagaimanapun lebih 18 soalan yang berlegar dalam kota fikir semua masih belum di jawab tetapi barisan kepimpinan pembangkang tetap bertindak menegakkan benang yang basah. Mereka dilihat sedang mengubah pandangan pembaca dengan membawa isu-isu samping remeh-temeh dan rekaan semata-mata dengan harapan berjaya untuk menutup kesilapan mereka dan agar rakyat kembali memarahi pihak kerajaan pula.

Banyak isu yang tinggal misteri dan menjadi bukti pembabitan pembangkan dengan rusuhan tersebut yang masih belum dijawab mereka.

1 . Kenapa Pas masih hendak meneruskan perhimpunan tersebut sedangkan mereka tahu permit tidak diluluskan. Adalah menjadi perkara mustahil bagi mereka tidak mengetahuinya kerana setiap permit yang dipohon hendaklah dua minggu sebelum program berlangsung.

2 . Apa yang sebenarnya menyebabkan penyokong mereka merusuh….Sebelum ini tidak pernah terjadi rusuhan di ceramah-ceramah seumpamanya kecuali ada hasutan ataupun desakan dari pihak tertentu..Andainya, mereka tidak membakar api kebencian kepada penyokongnya terhadap polis dan kerajaan, mustahil peristiwa ini berlaku.

3 . Kenapa pihak penganjur tidak memaklumkan lebih awal tentang pembatalan permit tersebut kepada penyokongnya. Ini menunjukan seolah-olah mereka ada rancangan tertentu dan semuanya sudah dirancang dengan teliti.

4 . Kenapa pula Mat Sabu tetap datang ke tempat ceramah pada malam tersebut, sedangkan permit ceramah tidak diluluskan dan menjadi perkara mustahil beliau tidak mengetahuinya lebih-lebih lagi dalam dunia serba canggih ini.

5 . Apa tujuan mereka mengambarkan bahawa pasukan polis yang bertugas pada malam itu adalah kejam. Mereka juga seoalah-olah cuba menolak tugas sebenar polis untuk menjaga ketenteraman negara.

6 . Kenapa pemimpin tertinggi Pas berdiam diri sebaik sahaja insiden tersebut berlaku. Cuma seminggu selepas kejadian baru mereka tampil dengan pelbagai dogengan lain pula. Itupun dilakukan oleh beberapa orang-orang tertentu sahaja antaranya, Mat Sabu, Mustapha Ali dan Hussam Musa, tokoh yang memang terkenal dengan pembohongan dan pandai ada-adakan cerita.

7. Kenapa pihak polis siap dengan pasukan simpanan persekutuan (FRU) hadir pada malam tersebut. Ini menandakan mereka sudah mengetahui bahawa rusuhan itu akan berlaku dan sudah dirancangkan (maklumat dari siasatan dari pihak SB dan juga penduduk). Kalau tidak mana mungkin pihak polis seakan sudah bersedia bagi menhadapi segala kemungkinan…

8. Sebelum ini tidak pernah langusung berlaku kejadian polis tembak perusuh kecuali hanya menggunakan air dan gas pemedih mata sahaja. Tetapi di Batu Buruk, kenapa polis bertindak demikian dan terpaksa menahan 23 orang penyokong parti pembangkang itu.

9 . Kenapa pula pihak pembangkang mempersoalkan tentang kos harta awam yang rosak. Dan, cuba mengaitkan segala kerosakan itu seolah-olah dilakukan oleh pihak polis dan menyifatkan semua kerosakan itu terletak di dalam zon yang dikawal polis.

10. Apa sebabnya pihak parti pembangkang mendakwa puluhan buah motosikal dan kereta yang rosak kesan pukulan benda tumpul berada dilokasi yang hanya beberapa depa dari dari sepasukan polis simpanan persekutuan (FRU) yang sedang berkawal.

11. Apa tujuan mereka yang menyatakan ada orang awam (tanpa bukti yang sahih) telah melihat anggota polis mengunjungi pasar besar beberapa hari kejadian dan telah memborong semua lastik di sana. Jelas sekali fakta ini rekaan dan tidak masuk akal!

12. Kenapa mereka juga turut mempertikaikan insiden bakar jalur gemilang. Mereka juga mengambarkan seoalah-olah kejadian itu dirancang oleh jurugambar ataupun pihak tertentu. Mereka juga lupa sebenarnya dari gambar jurugambar itulah dijadikan bukti hingga penyerahan diri seorang pelajar 16 tahun.

13. Apa muslihat mereka yang mempersoalkan kononya pemuda membakar jalur gemilang itu bukannya datang dari kumpulan penyokongnya. Hanya dengan memberikan alasan baju yang dipakai pemuda tersebut tidak basah dan sebagainya.

14. Mereka juga turut mendakwa kononnya bendera yang dibakar oleh pemuda tersebut (seperti yang digambarkan) sebenarnya dibawa dari tempat lain oleh seseorang yang misteri. Maknanya disini, mereka juga mengambarkan kononnya apa yang berlaku itu telah dirancangkan.

15. Mereka juga turut memutarbelitkan fakta kononnya sekempulan penyokong bermotornya itu adalah sebenarnya sekumpulan Mat Rempit yang sememangnya sudah lama dendamkan pihak polis .

16. Mereka juga cuba mempersoalkan keengganan polis mengeluarkan permit pada malam itu.

17. Pas juga turut mempertikaikan tindakan FRU yang didakwa mereka kononnya bertindak melepaskan gas pemedih mata yang kononnya dihalakan kepada orang ramai dan kedai makan.

18. Mereka juga turut mempertikaikan tindakan anggota polis yang melepaskan peluru hidup sehingga mencederakan dua orang awam. Tetapi, mereka tidak sedar tindakan tersebut terpaksa diambil oleh polis tersebut setelah merasakan keselamatan mereka terancam.

Pendik kata, semua alasan dan isu yang cuba ditimbulkan itu tidak lebih hanyalah untuk mengalihkan pandangan serong rakyat kepada parti mereka dan sekaligus cuba mengambarkan bahawa kerajaan negara ini adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Add comment 8,April 2008

Kegiatan yang Berbahaya

Saya tak pernah menemui artikel seperti di bawah dan mungkin ada pembaca boleh mengesahkan atau tidak kandungan artikel ini… Kita buka forum berbincang jika ada komen. Untuk percambahan fikiran sesama kita.

sumber : http://fantrealika.tripod.com/jemaah-bahaya.htm

Kegiatan yang diasaskan atas nama lslam tulen, walaupun tidak boleh diterima oleh akal manusia, atau akal manusia menghukum berbahaya, maka Islam menganggap tidak berbahaya dan mesti diteruskan. Apa yang berlaku dalam organisasi PAS ialah pemusatan fikrah pemimpin PAS bukan ke arah Islam tulen, bahkan menuju ke arah memaju dan mencari kepentingan politik PAS, serentak mencari sesuatu demi kepuasan pemimpinnya bukannya kerana memenuhi tuntutan Allah. Sebagai contoh, di bawah ini disenaraikan beberapa kegiatan yang dianggap berbahaya:

1. Suatu ketika dulu ada seorang hamba Allah yang bergelar “Tok Wali Hasan”; beliau tidak mempunyai ilmu Islam yang banyak (kini sudah meninggal dunia). Beliau secara terus terang telah menuduh orang-orang UMNO kafir, segala sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan. Selepas fatwa tersebut dikeluarkan kita dapati banyak suami isteri yang telah bercerai, masjid berasingan, kubur berasingan, bernikah 2 kali, anak dan ibu bapa sudah tidak berpemergian, pulau-memulau, sembelihan korban berasingan dan lain-lain lagi. Fatwa tersebut telah direstui oleh pemimpin PAS, sebagai bukti kita dapati bahawa selepas itu Tok Wali Hasan telah dipilih menjadi calon PAS melawan Tengku Razaleigh di Parlimen Ulu Kelantan (ketika itu mewakili UMNO). Sehingga sekarang peminipin PAS belum membatalkan fatwa tersebut.

2. Ayat ini telah disebut sendiri oleh mulut Ustaz Nik Ab. Aziz semasa beliau mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan : “Jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid”. Kaset ucapannya itu tidak diizinkan diedar kepada orang ramai, kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalaman semata-mata.

3. Sewaktu Omar Khalid terlibat secara langsung dalam kegiatan apa yang disebut “Jundullah” yang berakhir dengan penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), penglibatannya memang mendapat restu daripada pimpinan PAS. Sebagai bukti kebanyakan usrah, tamrin, kiamullail ke arah ekstrim, kursus-kursus dan sebagainya telah dihadiri oleh kebanyakan, pemimpin besar PAS. Dan apabila sesetengah pihak daripada kalangan PAS mempertikaikan kegiatan tersebut maka berkatalah kepimpinan PAS. “Apa salahnya mereka itu orang-orang yang berani”. Kalau yang penakut diam-diam sajalah.

4. Segala keputusan dan resolusi hasil daripada beberapa ijtimak PAS telah memberi keyakinan kepada ahli-ahh ijtimak PAS bahawa UMNO adalah kafir, sesiapa yang menentang UMNO ia tetap mendapat balasan Syurga, nyawa dan harta UMNO adalah halal disisi lslam Sebab itu pemimpin-pemimpin PAS diarah menikah pasangan yang telah dinikahi oleh Imam UMNO dan sekirannya wali si perempuan itu terdiri daripada penyokong UMNO maka mereka terpaksa mencari pemimpin PAS yang lebih tinggi untuk menjadi “Wali Hakim”.

5. Setiap pemimpin besar PAS mempunyai pengawal peribadinya sendiri. Pengawal peribadi ini diasuh dan diberi kursus untuk mempertahankan pemimpin PAS walaupun terpaksa mati. Seandainya mati kerana mempertahankan pemimpn PAS maka pengawal itu dianggap mati syahid, mereka diberi hujah ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi bagi memberi keyakinan kepada pengawal bahawa arahan tersebut adalah arahan Islam (di bawah tulisan ini nanti ada akan disenaraikan ayat-ayat yang menjadi rujukan mereka).

6. PAS telah membentuk Pengawal keselamatannya sendiri, mereka diberi latihan yang yang sesuai. Sebelum sesuatu majlis yang mungkin dihadiri oleh orang ramai maka pemimpin PAS akan memberi arahan agar pengawal-pengawal keselamatan PAS bersedia menghadapi segala kemungkinan hatta terpaksa bertumpah darahsekalipun. Sebelum pengawal keselamatan PAS memulakan tugas, mereka telah didedahkan dengan ayat-ayat al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w yang memberi perangsang kepada pengawal untuk berlawan, mereka membaca ayat-ayat mengenai orang-orang Mukmim pada zaman Nabi yang melawan Para kafir dahulu, guna memberi semangat jihad kepada pengawal PAS agar jangan takut menghadapi UMNO bahkan melawan polis dan tentera sekalipun. Sebab itu, kita dapati di segenap pelosok kawasan ceramah PAS dipenuhi oleh pengawal keselamatan PAS. Antara pasukan pengawal PAS ini ada yang telah terbunuh di medan “Memali” dan masih ramai lagi yang masih hidup sedang bersiap sedia untuk mati syahid bagi melawan UMNO.

7. PAS mempunyai pasukan penggempur semangat dan pengganggu ceramah UMNO. Tugas penggempur ialah menghadiri mana-mana majlis ceramah PAS yang dianggap strategik walaupun terpaksa meninggal kerja harian, adapun tugas pengganggu pula ialah melakukan apa sahaja asalkan ceramah atau kerja-kerja UMNO tidak sampai kepada matlamat. Sebagai contoh kita dapati malam forum “Hukum Hudud” anjuran PAS di Balai Islam Kelantan yang oleh Prof. Dr Mahmood Zuhdi, beliau telah diganggu gugat sehingga tidak dapat meneruskan ucapannya. Hal ini terjadi disebabkan ada kata-kata Prof Dr. Mahmood Zuhdi tidak sesuai dengan pemikiran orang-orang PAS, sedangkan kita dapati ucapan beliau benar-benar menepati kehendak Islam.

8. Pemimpin PAS memberi kesedaran kepada penyokong-penyokongnya agar mendahului kegiatan parti PAS daripada kegiatan harian sendiri, termasuk untuk anak isteri masing-masing. Sebab itu, kita dapati bahawa penyokong PAS boleh hadir ke majlis ceramah ditempat-tempat yang jauh walaupun terpaksa membayar tambang atau menyewa kenderaan. Kadang-kadang kita dapati di antara para penyokong PAS yang hadir itu ialah mereka yang kurang berada sehingga hendak memberi belanja anak sekolah masing-masing pun tak cukup, tetapi mereka rela berkorban kepada parti PAS daripada keluarga sendiri. Ada yang terpaksa meninggalkan isteri yang sedang sakit untuk bersalin, kerana sanggup hadir berceramah atau bermuktamar PAS semasa gawat tersebut (diceritakan oleh bekas ahli PAS sendiri dari pengalamannya sendiri). Yang lebih menyayatkan lagi pernah dia meninggalkan anaknya yang sedang nazak kerana berceramah PAS, yang berkesudahan anaknya itu telah meninggal dunia pada malam itu juga.

9. Orang PAS menganggap orang-orang UMNO adalah lebih kotor daripada orang bukan Islam yang asli, sebab itu pemimpinnya mengarah agar jangan bermuamalat seperti berjual-beli dengan orang-orang UMNO, bahkan orang-orang PAS lebih suka membeli-belah di kedai orang bukan Islam jikalau tidak ada kedai orang-orang kita (PAS). Segala arahan PAS disertai dengan hujah syarak yang didapati melalui al-Quran tentang orang-orang kafir pada zaman Nabi s. a. w. dulu. Semua ayat al-Quran dan al-Hadis yang memberi gambaran sifat-sifat kafir, syirik, murtad, zalim dan fasik semuanya menjadi sasaran untuk puak-puak UMNO. Manakala ayat-ayat yang memberi gambaran orang baik-baik seperti para Anbia’, para Aulia’, para Solihin, para Mujtahidin, Siddiqin dan Muhsinin adalah kepunyaan orang-orang PAS.

10. Ustaz Omar Khalid pernah menerima arahan daripada kepimpinan PAS Terengganu supaya memberitahu penyokong-penyokong PAS jangan memberi zakat fitrah kepada ‘amil yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional, penyokong-penyokong PAS wajib memberi zakat fitrah kepada ‘amil yang dilantik oleh parti PAS di daerah masing-masing. Zakat yang dikeluarkan kepada ‘amil kerajaan Barisan Nasional adalah tidak sah. Arahan ini telah dia laksanakan sepenuhnya di dalam daerah Besut, Terengganu. Namanya dan juga pemimpin PAS yang lain ada tercatat dalam laporan kertas putih kerajaan Malaysia pada ketika itu. Apa yang mendukacitakan setelah kutipan zakat fitrah yang berpuluh-puluh ribu itu dipungut daripada penyokong PAS maka wang itu dipergunakan untuk kepentingan pemimpin PAS bahkan ada pemimpin PAS yang memilik ikereta mewah pada ketika itu (1970), pada hal mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan kurang berada pula. Perkara yang seperti ini pernah ditimbulkan dalam Mesyuarat Agung Parti PAS Besut oleh ahli-ahli yang hadir, tetapi telah ditutup rapat oleh pemimpin PAS Besut. Kenyataan ini boleh dirujuk pada bila-bila masa jua kerana kebanyakan ahlinya ada yang masih hidup lagi.

Demikianlah antara lain kegiatan parti PAS yang dianggap berbahaya, yang perlu dibendung segera agar ia tidak menular kepada anggota masyarakat seluruhnya. Musibah yang seperti ini jikalau tidak ditangani dengan bijaksana ia akan menjadi lebih buruk dan lebih besar lagi, di kala itu alangkah sukar untuk membendungnya. Apa yang membimbangkan mungkin pada suatu masa nanti nyawa manusia yang tak berdosa akan terkorban hasil daripada fatwa karut pemimpin PAS.


Add comment 8,April 2008

PENDEDAHAN TAKTIK KOTOR PAS

Selasa, Oktober 2, 2007 · dipetik dari infinitywar.wordpress.com

Sebaik sahaja Pas berjaya memerintah Kelantan pada tahun 1990, kesemua pemimpin kanan parti itu dijemput ke negeri ini semata-mata untuk mengambil kata putus dengan mengangkat darjat Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai gelaran ‘tok guru’.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Ghazali Ahmad yang mendedahkan perkara itu berkata, gelaran tersebut dianggap penting kepada Pas agar Datuk Nik Aziz yang menjadi Menteri Besar Kelantan semakin diberi penghormatan besar oleh rakyat.

“Kita tahu, rakyat Kelantan dan Terengganu amat menghormati seseorang yang diberi gelaran ‘tok guru’. Jadi, kita buat keputusan agar Datuk Nik Aziz diberi gelaran itu dan taktik berkenaan amat berjaya mempengaruhi rakyat untuk terus menyokong Pas,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan keputusan yang diambil oleh pemimpin kanan Pas untuk memberi gelaran ‘tok guru’ kepada Datuk Nik Aziz sebagai sesuatu yang paling kotor dalam sejarah perjuangan politik parti itu.

Yang jelas, katanya, Datuk Nik Aziz tidak layak untuk digelar ‘tok guru’ kerana tidak terlibat secara langsung dalam menghidupkan pengajian pondok kerana beliau banyak terlibat dalam parti.

“Kalau sekadar mengajar di kelab Pas dan surau, beliau masih belum layak untuk digelar tok guru. Orang yang digelar tok guru ni, merupakan tokoh besar dalam perjuangan Islam dengan menghidupkan sistem pondok dalam jangka masa yang lama,” katanya.

Yang lebih dikesalkan, katanya, Datuk Nik Aziz hanya berdiam diri sahaja bila dia diberi gelaran ‘tok guru’.

“Inilah tandanya Datuk Nik Aziz seorang yang suka dengan gelaran itu,” tambahnya.

Datuk Ghazali menceritakan pahit maungnya dalam perjuangan Pas yang dianggap selari dengan kehendak Islam sebelum mendapat kuasa pemerintahan melalui pilihanraya.

Menurutnya, bila sudah dapat kuasa, Pas mula lupa diri dan sanggup mencari harta kekayaan peribadi sebanyak mungkin sehingga melupakan halal dan haram yang ditegah oleh Islam.

“Semasa belum dapat kuasa dulu, kita dalam Pas hidup dengan penuh derita. Sanggup menempuh apa juga masalah, tapi bila dapat kuasa, Pas mula lupa agama dan mencari kekayaan peribadi melalui harta rakyat,” katanya.

Beliau memberi contoh bagaimana wakil rakyat Pas ‘berjuang’ habis-habisan untuk mendapat kawasan balak di Kelantan dan Terengganu semasa Pas memerintah negeri itu selama sepenggal dulu.

“Pas Terengganu di bawah Haji Hadi tidak lama memerintah negeri kerana terlalu banyak kezaliman yang dilakukannya. Tapi di Kelantan, hanya menunggu masa kerana mereka semakin hebat memperjuangkan kawasan balak untuk kepentingan sendiri,” katanya.

Menurutnya, jika benar Datuk Nik Aziz ikhlas dalam memperjuangkan Islam, mereka hendaklah meneruskan hasrat untuk menjadikan Enakmen Jenayah Syariah (II) di Kelantan yang tertangguh sejak lama dulu.

Malangnya, kata beliau, Datuk Nik Aziz dan pemimpin Pas yang lain telah terbukti gagal untuk mewujudkan undang-undang Islam kerana sibuk dengan aktiviti penjualan kawasan balak termasuk di tanah tinggi Lojing.

Add comment 8,April 2008

“Selamat Tinggal PAS untuk selama-lamanya – Ustaz Omar Khalid

petikan dari web : Guano Demo

Sumber : Al-Haq
Saturday, 06 October 2007
Ustaz Omar Khalid bukan tokoh kecil. Bekas orang kanan Datuk Nik Aziz Nik Mat ini pernah diberi amanah untuk mengajar di Pejabat Pas (Kelab Pas) pada pagi jumaat jika Mursyidul Am Pas tidak ada ataupun uzur. Tetapi bermula pada tahun 1990, hatinya telah ‘tergerak’ untuk bersifat pro-aktif – bertanya khabar, BILA PAS NAK BUAT ISLAM DI KELANTAN?
Persoalan ini menyebabkan pemimpin Pas jelak dengan Ustaz Omar. Maklumlah, Datuk Nik Aziz sendiri tahu betapa payahnya untuk menunaikan janji dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Dalam masa yang sama, Ustaz Omar terus mendesak. Katanya, janji mesti dikota. Tak boleh mempermainkan janji kerana semata-mata ingin mendapatkan kuasa rakyat melalui pilihanraya. Bila Ustaz Omar mengajukan persoalan tentang hukum hudud kepada Datuk Nik Aziz, cepat-cepat beliau menjawab: “Politik adalah peperangan. Dalam peperangan, mesti ada penipuan.”

Jawapan seumpama ini sudah semestinya menimbulkan syak wasangka yang besar dalam diri Ustaz Omar. Tidak mungkin pilihanraya (politik) sama dengan peperangan, getus hatinya. Ustaz Omar mencabar pemimpin Pas untuk berbahas secara ilmiah. Beliau telah melihat betapa jauhnya jarak perjuangan Islam antara Pas dengan UMNO. Dalam masa Pas menyifatkan politik sebagai peperangan, UMNO terus melaksanakan Islam secara berdikit-dikit sehingga menjadi mantap dan kemas serta teratur. UMNO dilihat sebagai wadah perjuangan yang berjaya memartabatkan Islam di mata dunia.

Ustaz Omar berkata, terlalu banyak Datuk Nik Aziz menipu rakyat. Kini sudah 17 tahun pelbagai fatwa dikeluarkan. Paling terbaru, katanya, permainan snuker yang dulunya haram sudah dihalalkan menjelang pilihanraya umum ke 12. Inilah sikap Pas yang seringkali berubah dan sentiasa menipu rakyat semata-mata untuk mendapat undi. Malangnya, Pas enggan menghalalkan fatwa mengaji al Quran kepada golongan wanita. Inilah yang memelikkan Ustaz Omar. Kenapa begitu kemas Datuk Nik Aziz memegang fatwa betapa tilawah wanita haram? Sedangkan, katanya, tomoi waniat sudahpun menjadi halal. Mana lebih baik – tomoi atau tilawah? Tidak ada seorangpun peserta tilawah wanita terdedah dengan maksiat sejak ianya diperkenalkan oleh UMNO di zaman awal kemerdekaan.

“Kini, saya sudah bertaubat. Saya sudah berjanji pada ALLAH tidak akan menipu orang lagi. Jadi, saya akan bersama UMNO untuk melaksanakan tanggungjawab secara lebih berkesan dalam memperjuangkan Islam,” katanya secara tegas. Ustaz Omar juga mempertikaikan kaedah perjuangan Pas yang selama ini menjadikan ulama sebagai pemerintah. Sedangkan, katanya, sejak zaman RasuluLLAH, para sahabat dan ambiat, tidak ada seorangpun yang menjadi pemerintah. Mereka akan menjadi penasihat raja (pemerintah). Buktinya, pernahkah RasuluLLAH dan para sahabat mengeluarkan pelbagai fatwa seperti Pas semasa mereka menjadi pemerintah? Tentu sekali tidak. Ini kerana fatwa dan hukum hakam Islam akan diserahkan kepada ulama dan bukannya pemerintah.

Imam Malik, Hanafi, Hambali dan Shafie tidak pernah menjadi raja. Bahkan ada ulama besar yang didera hebat kerana enggan dilantik sebagai mufti oleh raja yang memerintah sesebuah negara Islam. Mereka tahu tanggungjawab mufti amat berat untuk dipikul. Ulama besar sanggup dihumban ke penjara demi untuk mempertahankan pendirian mereka untuk tidak dilantik sebagai orang kanan raja. Malangnya, kata Ustaz Omar, di zaman Pas, terlalu banyak ulama ussud dalam Pas yang berduyun-duyun ingin menampil diri untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri. Masing-masing berdebut-rebut untuk menjadi Menteri Besar kelantan sehingga sanggup memfitnah sesama sendiri. Kita lihat sendiri, betapa ramainya pemimpin Pas yang berkempen hebat dan memuji diri sendiri semata-mata untuk mendapat sokogan ahli Pas. Akhirnya mereka dipilih untuk menjadi Ketua Pas Kawasan yang sudah semestinya akan menjadi tiket kepada calon dalam pilihanraya nanti.

Ustaz Omar memberitahu, inilah kerosakan besar yang ada dalam Pas sekarang. Ulama dalam Pas seringkali menghina orang lain. Maklumlah, serban dan jubah menjadi pakaian mereka sehingga meletakkan orang lain sebagai kurang Islamik. “Aku saja yang alim,” – Inilah pemikiran ulama Pas yang angkuh dan sombong. Ustaz Omar juga mendedahkan kepetahan ulama Pas berucap dengan menokok tambah bahasa arab. Orang kampung mudah terpedaya dengan tindak tanduk seumpama ini. Ulama Pas juga bijak menggunakan tafsir ayat al Quran sehingga dipercayai rakyat seratus peratus. Secara tepatnya, Pas menggunakan bahasa arab untuk mempengaruhi rakyat menyokong mereka.

Gambar Hiasan
Bagaimanapun, Ustaz Omar meminta rakyat berhati-hati dengan tindak tanduk seumpama ini. Buktinya, sudah 17 tahun Pas mentadbir negeri, tapi satupun undang-undang Islam tidak dapat ditegakkan. Yang ada hanya pebagai fatwa yang dulunya haram telah menjadi halal semata-mata ingin mencari undi. “Yang jelasnya, pemimpin Pas bercakap tidak serupa bikin. Mereka sangat bijak ‘memusing ayat al Quran agar memihak kepada perjuangan Pas,” kata Ustaz Omar. Semasa Ustaz Omar nekad keluar daripada Pas tahun 1993, tidak ada seorangpun tahu. Selama mencari ‘jalan kebenaran’ selama tiga tahun (1990 – 1993) – akhirnya orang Pas sendiri terpinga-pinga – KENAPA USTAZ OMAR MASUK UMNO? Inilah jalan kebenaran hakiki yang ada dalam diri Ustaz Omar, seorang tokoh yang mempunyai latarbelakang agama, tapi memilih UMNO sebagai wadah perjuangan terakhirnya. Kini, Ustaz Omar paling banyak memperjuangkan Islam Hadhari yang dicetuskan oleh Pak Lah. Katanya, Pas sudah mula kabur dengan perjuangannya setelah Islam Hadhari menjelma melalui UMNO.

“Pas kini paling takut dengan senjata Islam Hadhari yang mampu membawa ummah ke jalan yang diredhaiNYA. Pas cukup bimbang setelah Islam Hadhari mampu dilaksanakan dengan jaya dan penuh keyakinan oleh UMNO,” katanya. Sebab itulah, kata Ustaz Omar, Datuk Nik Aziz dan kuncu-kuncunya akan terus membawa paluan kosong dengan menyatakan Islam Hadhari adalah agama sesat. Beliau percaya, Pas akan menidakkan Islam Hadhari secara serius menjelangnya pilihanraya nanti. Pas mula takut rakyat celik mata dengan Islam Hadhari. Dan inilah senjata utama yang akan menjatuhkan pentadbiran Kerajaan Pas di Kelantan. Kata Ustaz Omar – Insya-ALLAH rakyat sudah mula sedar peranan Pas di Kelantan. Tidak ada apa-apa yang mampu dilaksanakan oleh Pas kecuali beberapa fatwa haram yang dihalalkan. Akhirnya, fatwa inilah yang akan menjerat Pas untuk menerima kekalahan besar dalam pilihanraya umum nanti.

PENULIS CYBER : ada kawan saya bagitahu Nik Aziz bangga sudah 18 tahun tiada sambutan Maulid Nabi dibuat di Kelantan…
adakah dia masih wahabi lagi seperti awal awal pulang dari Pakistan satu ketika dulu ???? atau merasa Hari Kemerdekaan yang disambut saban tahun lebih utama dari Maulid Ketua Segala Nabi ????
Wallahu A’lam waana Ajhal

Add comment 8,April 2008


AHLI BLOGGER PEMBELA NEGARA

Online sekarang !

web tracker

Terbaru di sini

Anda tetamu ke

  • 103,142 di sini

Lain lain di sini

Top Clicks

Komen Terbaru

Hj Hadi, Harun Taib … on Nik Aziz kata Nuzul Quran lebi…
cybross on Teoh Beng Hock dikatakan nak k…
penulis_cyber on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Pendirian Mahathir isu PPSMI …
shafifah on Kerajaan Lawak PR bersidang ba…
penulis_cyber on Kerajaan Lawak PR bersidang ba…
rmf7 on Akhirnya Pak Lah melepaskan …
Perkongsian Ilmu … on Hukum Mengumpat – Naib K…
penulis_cyber on Mahathir sudah sasau dan risau…
rmf7 on Mahathir sudah sasau dan risau…
penulis_cyber on Rakyat Perak baca sini, jangan…
aberamly on PAS perlu sertai BN – sa…
aberamly on Disebalik Kelakuan Si Kha…

RSS Berita Malaysia Kini

 

April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

RSS Pedang Berbisa

RSS Panglima Cyber

RSS Ustaz Moden

RSS Raksasa BN

RSS Anwar Ibrahim.com

RSS Che Det @ Tun Mahathir

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Warong Kopi

RSS KPMU

Simpanan Artikel

Jejak Pengunjung