Archive for April 7th, 2008

Lagi pendedahan Syaitan bertopeng Islam – Pilihanraya UMUM 12

Saya belayar di alam maya mencari bahan bahan terbaik dan terhangat seperti HOT FM yang boleh dimuatkan dalam blog ini…
Blog ini adalah blog PARTI POLITIK antara UMNO PAS dan PKR serta DAP dll yang mana antara terkuat dan termasyhur di bumi Malaysia ini…Dengan mudah cakap BArisan Nasional melawan Pakatan Rakyat…Saya menulis dan meletakkan artikel terbaik pd pendapat saya untuk dibaca oleh semua dan memikirkan adakah ia benar atau salah…
Ni adalah salah satu bahan yang saya agak tertarik…Ye lah kita semua tahu blog  Kicdefella popular tetapi saya tidak tahu dia kenal dengan Husam Musa..Apa pun baca dan FIKIRLAH sendiri betul atau tidak maklumat ini !
PDF Cetak E-mail
Retak Bulan
Friday, 07 March 2008
Bangunan UMNO Negeri Kelantan dibanjiri oleh kaum cina di sekitar Kota Bharu. Seramai 300 orang kebanyakkan menerima SMS Palsu dan panggilan telefon dari orang tidak dikenali supaya datang ke Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan untuk menyemak daftar Pemilih dan diberi wang sebanyak RM 50 daripada Dato’ Fatmi (Calon Parlimen Kota Bharu) dan Ir Tan Ken Ten (DUN Kota Lama).

Ini merupakan satu SMS yang tidak bertanggungjawab yang merupakan satu psywar pihak PAS untuk memecahkan undi Kaum Cina kepada Barisan Nasional. Satu Laporan Polis telah dibuat di Pejabat Polis Daerah Kota Bharu berkenaan SMS Palsu ini. PAS sekarang telah terdesak dan sanggup berbuat apa saja untuk mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan ini. Adakah ini mainan Husam????..Ini kerana pada pukul 2.00 pagi telah muncul di Blog anak didik Husam iaitu Kickdefella berkenaan cerita ini. Cerita yang mengatakan Kickdefella melalui jalan di bangunan UMNO adalah tidak masuk akal.

Image
Siapa yang tidak kenal dengan Kickdefella, Ahli UMNO yang dibayar oleh PAS ini?? Mungkin husam telah lama merancang tentang ini…tetapi sesiapa yang menghantar SMS jahat dan palsu ini telah menganiyai pengundi Cina yang tua, tidak berdaya untuk datang menuntut wang yang entah dari mana.

Beginilah sifat Parti PAS yang bertopengkan ISLAM. Beginikah sikap / mainan Politik PAS?..Kemana hala tuju parti PAS selepas ini??..PAS sanggup berbuat apa saja untuk kepentingan politik mereka..mereka mengamalkan politik menghalalkan cara. Adakah ini Parti yang anda Pilih..?????????? Fikirkanlah.

Add comment 7,April 2008

Tun Mahathir dikutuk dalam forum KMU Dot Net !

Declaroix
Panelis Muda
Panelis Muda

Joined: Mar 29, 2008
Posts: 20

PostPosted: Mon Apr 07, 2008 4:57 pm Post subject: Reply with quote

Aku dok perati je gelagat korang….

Aku masih hormat TUN dan seluruh pengikutnya kerana UMNO.. Tapi sekarang aku naik benci.. jijik… meluat dengan perangainya…

Korang nak ape sebenarnya… Kalau Pak Lah turun sapa nak ganti buat masa sekarang ni… Ada calon yang layak..

Sudah2 diperbodohkan oleh TUN.. balik kepangkal jalan… UMNO tewas bukan kerana Pak Lah seorang… Tapi semua ahli UMNO.. Kalau begini caranya bubarkan UMNO… Kalau itu yang korang nak…

Melayu yang lupa dan nyanyuk..
Dah pencen… sudah2lah…
Tak puas lagi buat dosa..

Orang ramai makin benci dan jijik ngan TUN.. jangan buat dia mati dalam kehinaan seperti PM yang lain …

Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail

1 comment 7,April 2008

RM100 juta untuk ternak babi di Selangor

Petikan : Agenda Daily

Kontroversi penyiaran gambar lima ekor ‘babi panggang’ dalam laman web Ahli Parlimen Seputeh dan ADUN Kinrara, Selangor, Teresa Kok membawa kepada pengumuman oleh Teresa sendiri bahawa mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 2 April 2008 telah meluluskan peruntukan RM100 juta bagi tujuan pembinaan ladang ternakan babi moden.

Beliau yang mempersoalkan kenapa isu penyiaran gambar itu menjadi kontroversi melahirkan rasa gembiranya dengan keputusan kerajaan negeri itu memberitahu beliau mahu projek ini menjadi contoh kepada kerajaan negeri lainnya.

Dalam tulisannya juga beliau memberitahu, Exco yang bertanggungjawab dalam bidang pertanian ialah Yaakob Sapari dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan pakar dalam bidang pertanian moden.

Teresa memaklumkan keputusan mesyuarat Exco Selangor berkenaan ekoran kontroversi penyiaran gambar lima ekor ‘babi panggang’ di laman webnya semasa meraikan kejayaannya pada pilihanraya umum lalu di Salak Selatan.

Beliau melahirkan kehairanannya kenapa masyarakat terlalu sensitif dengan babi sedangkan katanya, beliau pernah melihat babi berkeliaran di kampung-kampung Melayu di Tumpat, Kelantan.

Namun, pemandangan babi berkeliaran di Tumpat biasanya hanya melibatkan perkampungan orang Siam yang beragama Budhha.

Penyiaran gambar tersebut telah mencetuskan komen-komen daripda pembaca yang mahu Teresa lebih sensitif dengan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Malah ada yang mengaitkan tindakan meletakkan lima ekor babi panggan seolah-olah menggambarkan kejayaan pembangkang menguasai lima negeri.

Tidak kurang juga yang menyifatkan penyiaran gambar berkenaan hanya menguatkan keyakinan orang ramai DAP yang mendakwa sebagai parti berbilang kaum sebenarnya adalah parti yang kuat `kecinaannya’.

Bagi mengikuti isu ini, sila baca Selangor State Exco: Our Team, Our Hope dan Residents of Salak South New Village Celebrate Elections Victory With Teresa dari laman web Teresa sendiri.

Namun, hasil bantahan banyak pihak, gambar tersebut telah diedit yang hanya memaparkan Teresa bersama pengundi sedang berpegang tangan tetapi gambar ‘babi panggang’ itu sudah dipotong cuma yang nampak adalah ekor babi berkenaan.– 5/4/2008

Add comment 7,April 2008

Komen menarik di Blog Dr Khir Toyo

Blogger Roshatika said…
Salam YB DS Khir,

Pada pandangan saya prestasi parti yang merosot tidak harus dibebankan sepenuhnya kepada YAB DS Abdullah sebagai Presiden Parti tetapi seharusnya dipertanggungjawabkan kepada seluruh ahli UMNO khususnya jentera parti yang ditugaskan membantu kemenangan.

Tidak dinafikan banyak undi-undi protes kerana isu-isu diperingkat nasional tetapi tidak kurang juga undi-undi protes kerana masalah-masalah parti di peringkat cawangan dan bahagian.

Oleh itu walaupun ada keperluan untuk melihat perubahan diperingkat tertinggi parti tetapi pada pandangan saya perubahan mestilah bermula diperingkat cawangan.

Walaupun seekor ikan itu, busuknya bermula dari kepala tetapi sepohon pokok tumbuh subur menghijau oleh kerana akarnya di baja.

Tidak ada gunanya Presiden dan barisan MT dilihat begitu teguh sedangkan di peringkat cawangan keadaannya begitu rapuh. Bak kata pujangga segagah mana pun sepohon tualang, akhirnya akan rebah juga kebumi jika akarnya tidak dijaga.

Bagi saya DS, akar umbi itu sangat penting. walaupun siapa dia sekarang, samada presiden parti atau ahli MT, sudah tentu dia juga bermula sebagai ahli biasa diperingkat cawangan.

Pemimpin-pemimpin cawangan dan bahagianlah yang berhubung terus dengan ahli-ahli diperingkat akar umbi.

Jadi untuk menstrukturkan semula parti, cadangan saya adalah cawangan-cawangan harus terlebih dulu di strukturkan. Pintu UMNO mestilah dibuka seluas-luasnya. Seharusnya tidak ada golongan yang mendominasikan parti dan menyekat kemasukan mereka yang lain.

Secara sedar atau tidak, pergerakan wanita UMNO diperingkat cawangan dan bahagian khasnya di bahagian saya Telok Kemang, dikuasai oleh kakitangan KEMAS yang secara amnya tidak begitu tinggi daya keintelektualannya.

Mereka menguasai parti dan menyekat golongan intelektual dan profesional dari bergiat aktif kerana bagi mereka golongan ini boleh mengancam kedudukan mereka.

Oleh itu apa yang saya nampak golongan ini beralih menyokong parti pembangkang dan dengan bantuan dan idea merekalah parti pembangkang berjaya menyaingi kita dari segenap aspek.

Pemimpin-peminpin cawangan dan bahagian juga, sebahagian besarnya adalah mereka-mereka yang dilantik semasa Tun Dr Mahathir. Oleh itu semasa PRU 12 yang lepas ada diantara mereka menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam kerana terpengaruh dengan kritikan-kritikan bekas prsiden parti tersebut. Mereka menerima perlantikan sebagai jentera parti tetapi tidak berkerja dengan bersungguh-sungguh.

Mereka-mereka ini sebenarnya telah biasa dengan politik wang dan amalan penyelewengan semasa di bawah Tun dan apabila YAB DS Abdullah bertegas memerangi politik wang dan rasuah maka mereka merasa tidak selesa dan
mula mengkhianati parti.

Bagi saya di akar umbi, masih lagi keliru dengan kritikan-kritikan Tun, apa yang saya fahami beliaulah punca nya parti kita berada pada kedudukan sekarang. Pada zamannyalah diperkenalkan peraturan-peraturan parti yang tidak demokratik. Selain sistem kuota selalu ada saranan supaya jawatan presiden dan timbalan tidak di pertandingkan.

Pada zaman beliau jugalah parti yang kita sayangi ini di haramkan, ketua hakim negara di pecat, ramai ahli-ahli politik di tahan di bawah ISA dan banyak lagi sekiranya ingin di perkatakan.

Beralih kepada soal pembangunan, saya rasa rakyat tidak menolak pembangunan. Apa yang menjadi masalah adalah cara perlaksanaan pembangunan tersebut khasnya yang melibatkan rakyat peringkat bawahan.

Pembangunan mestilah memberi keuntungan terus kepada rakyat dan pelaksanaannya mestilah dilakukan secara tersusun dan tidak sesekali menindas rakyat.

Rakyat memandang pembangunan yang dilakukan kerajaan khasnya pada zaman Tun Dr. Mahathir banyak yang membazirkan wang rakyat. Pembangunan seolah-olah nampak begitu megah walaupun pada hakikatnya hanyalah seperti buih-buih yang hanya dapat di pandang tetapi isinya kosong.

Negara terpaksa berhutang dan rakyat dibebani. Apalah gunanya negara dipenuhi jaringan lebuh raya sedangkan rakyat terpaksa menanggung bayaran tol yang tiada penghujungnya.Bagi saya Tun Dr. Mahathir memegang falsafah `Biar Papa asal Bergaya’.

Bagi saya DS, pembangunan mestilah sepadan dengan kemampuan kita dan tidak membebankan rakyat. Biar lambat asal selamat.

DS, satu lagi rungutan dari akar umbi yang saya dengar adalah banyak projek kerajaan yang diselewengkan. Projek yang sepatutnya boleh disiapkan dengan kos RM50,000 contohnya tetapi kerajaan terpaksa membayar sehingga RM200,000 kerana penyelewengan tersebut.

Perkara-perkara sebegini haruslah dibuat pemantauan yang rapi supaya niat murni kerajaan membantu rakyat akhirnya bertukar memberikan imej buruk kepada kerajaan dan parti pemerintah.

Itu saja untuk kali ini, sehingga jumpa lagi. Terima kasih.

ROSHATIKA BINTI ABU BAKAR
AJK Wanita UMNO Cawangan Bagan Pinang.

April 6, 2008 5:43 PM

1 comment 7,April 2008

PAS perlu sertai BN – satu artikel menarik untuk dibaca !

Sunday, April 6, 2008

Setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi. Rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen anda. Komen anda amatlah dihargai.

Bendera PAS ketika di dalam BN

Salam pertemuan.

Tajuk pos kali ini mungkin mendatangkan seribu persoalan. Atau setidak-tidaknya ada juga persoalan yang akan timbul. Apa perlunya PAS sertai BN?

Sejarah telah tertulis, ketika Barisan Nasional mula ditubuhkan pada awal 70-an, parti PAS adalah salah satu pengasasnya. Kepentingan perpaduan rakyat khususnya orang Melayu dilihat sebagai agenda utama ketika itu. Atas dasar itu, PAS bersedia bersama-sama dengan lain-lain komponen BN untuk menjadi kerajaan. Tempoh ini dianggap sebagai “penyatuan orang Melayu” walaupun masing-masing mengikut ideologi parti masing-masing tetapi ia masih di anggap satu parti iaitu BN.

Setelah tidak berapa lama di dalam parti, dan mungkin disebabkan oleh perginya Tun Abdul Razak mengadap Ilahi, PAS keluar dari BN pada tahun 1978. Tun Abdul Razak yang bertanggungjawab menubuhkan BN ini dan tindakan beraninya mengajak parti pembangkang pada 1969 menyertai BN telah menyelamatkan politik Malaysia. Dan jika Tun Abdul Razak tidak pergi dahulu ke Rahmatullah, besar kemungkinan PAS masih lagi di dalam BN hingga kini.

PAS pada awal 80-an iaitu setelah keluar dari BN dipengaruhi oleh Revolusi Iran yang menyebakan kejatuhan kerajaan beraja Iran yang sekular dan digantikan oleh Republik Islam Iran diketuai seorang pemimpin tertinggi (seperti Mursyidul Am PAS ketika ini). Dan kebanyakan ahli-ahli PAS terpengaruh dengan gerakan Revolusi ini dan mereka menolak kebanyakan pemimpin tertinggi PAS seperti Datuk Mohd. Asri Muda.

Apa yang dikesalkan di sini ialah, golongan yang mengaku sebagai ulama’ di dalam PAS ini sebenarnya tidak ubah seperti golongan Syiah yang menentang saudara seagama sendiri kerana disebabkan hal-hal yang kecil. Mereka memisahkan diri dengan Ahli Sunnah wal Jamaah kerana pendirian mereka yang tidak sama dalam beberapa hal.

Jika dikaitkan denga persekitaran sekarang, PAS rela bekerjasama dengan DAP yang terang lagi bersuluh menjunjung amalan sekular dibandingkan dengan ideologi negara Islam PAS. Mengapa PAS tidak mahu bekerjasama dengan BN/UMNO? Apakah UMNO sudah kafir? Siapa PAS untuk menentukan kekafiran seseorang? Adakah orang-orang UMNO yang masih mengaku ALLAH adalah tuhan yang wajib disembah dan Nabi Muhammad sebagai rasul Allah, dicap sebagai kafir? Adakah “kafirnya” UMNO ini lebih hina daripada kafir golongan bukan Islam DAP itu?

Saya percaya golongan profesional yang menyertai PAS adalah berfikiran terbuka dan tidak terikat pada pandangan golongan ulama’ di dalam PAS itu sendiri dan saya yakin mereka sedia bekerjasama dengan BN/UMNO jika diberikan ruang dan tidak mustahil mereka akan menyertai BN demi menyelamatkan maruah dan kekuasaan politik orang-orang Melayu Islam.

Dan saya juga ingin menyeru kepada ahli-ahli PAS akar umbi supaya berfikir mengenai pentingnya ketuanan politik orang Melayu. Adalah lebih sukar untuk melihat Islam itu berkembang di bawah pemerintahan orang bukan Melayu/Islam berbanding dengan pemerintahan orang Melayu/Islam.

Jadi perlunya kerjasama PAS-UMNO di dalam BN supaya undi orang Melayu tidak berpecah. Sekaligus akan meningkatkan kerjasama orang-orang Melayu Islam sendiri dan secara tak langsung mengukuhkan perpaduan Islam sendiri.

p/s: Kita selalu mendoakan keselamatan orang-orang Palestin tetapi mereka sendiri tidak bersatu walaupun majoritinya beragama Islam. Fatah dan Hamas sendiri asyik berbalah. Jika direnung kata-kata Hj. Hadi, “kita hanya akan berunding jika mengenai perpaduan Islam, bukan perpaduan Melayu”. Mengapa di Palestin tidak berlakunya perpaduan sesama Islam?

1 comment 7,April 2008

Surat Nik Aziz kepada Hj Hadi – ingatan ikhlas ?

Berikut merupakan surat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadidipetik dari Tranung Online :

 YB Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PASYB Datuk Seri,
Alhamdulillah. Allah SWT. yang memiliki seluruh alam semesta serta sekalian kerajaan langit dan bumi telah memakbulkan doa dan munajat kita.

Setiap butir air mata umat yang telah gugur selama ini telah semakin terjawab sebahagiannya. Berkat kepimpinan Yang Berhormat Datuk Seri, yakinlah kita bahawa tentu ada sesuatu yang tepat antara apa yang kita ikhtiarkan dan hajati selama ini dengan apa yang tersimpan “di atas sana” buat kita.
Bagaikan bersamaannya paksi Ka’abah dan Baitul Makmur, maka bersahut jualah akhirnya persamaan itu dalam pilihan raya pada 8 Mac 2008 lalu.

Antara hajat di bumi dan takdir di langit yang tersusun rapi dalam satu persetujuan itulah kita kini sedang sama-sama tunduk, menangisi sebuah kesyukuran justeru terlalu khudhu’ menerima ujian kemenangan.Tahniah yang sejujurnya buat Datuk Seri dari saya.

Dalam meneruskan fasa perjuangan berupa pengisian di negeri-negeri 5+1, saya masih terasa akan perlunya kita untuk lebih berhati-hati.

Terkini, setelah membaca dan mengikuti rentak respons rakan-rakan pimpinan kita di dalam PAS dan BA pada umumnya, yang mengatur langkah apa yang dinamakan sebagai ‘era pembaharuan 100 hari’, mungkin ada baiknya kita menyegerakan langkah mewujudkan badan penyelaras peringkat pusat.

Ia wajar berfungsi sebagai badan penentu keutamaan program bertindak mengisi pelaksanaan manifesto “negara berkebajikan” mengikut marhalah di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.
Apa yang mustahak diawalkan harus didahulukan dan apa yang mungkin kurang prioriti bolehlah dikemudiankan. Mungkin, jika hikmahnya sesuatu itu tidak disebutkan, maka ia seeloknya didiamkan saja buat sementara waktu.

Dalam keghairahan menerima kemenangan, kita perlu cermat di sini. Sesungguhnya, ini saya kira terlalu penting kerana kehadiran kita terkini cukup diikuti oleh seluruh lapisan rakyat dan seteru kita.

Buat diri saya sendiri, InsyaAllah; saya akan lebih berhati-hati untuk mendokong roh kesedaran ini.

Semoga keadaan kita yang sering saling pesan memesan ini akan sentiasa dipimpin oleh petunjuk dan keredhaan dariNYA jua.

Wallahua’lam.
Nik Abdul Aziz Nak Mat
Mursyidul Am PAS

8 comments 7,April 2008

Adun DAP dakwa ditawar RM65 juta

sumber : Malaysia Kini
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V. Sivakumar hari ini mendakwa ada pihak membuat tawaran sebanyak RM65 juta supaya beliau meninggalkan DAP dan menyertai parti komponen Barisan Nasional.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ipoh, beliau berkata tawaran itu jumlah  tertinggi daripada pelbagai tawaran yang diterimanya sejak 9 Mac lalu, sehari selepas pilihanraya umum, daripada beberapa pihak yang mendakwa mewakili BN.

“Kalau saya setuju masuk BN, mereka tawarkan saya wang tunai antara RM10 juta dan RM65 juta serta jawatan exco dan jika saya bimbangkan keselamatan diri, mereka turut menawarkan kawalan polis 24 jam dan membantu saya berpindah ke luar negara bersama keluarga pada bila-bila masa,” katanya.

Bernama memetik Sivakumar sebagai berkata beliau mengambil keputusan membuat laporan polis kerana tertekan dengan gangguan yang diterima terutama sejak akhir-akhir ini.

Beliau mendakwa semakin kerap panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) diterimanya termasuk apabila ada pihak yang dikenalinya berkunjung ke rumahnya di Taman Kledang Emas.

Beliau membuat laporan polis pada jam 11 pagi ini dengan ditemani naib pengerusi DAP M Kulasegaran serta beberapa wakil rakyat parti itu.

‘Jadi orang tengah’

“Saya berharap pihak polis akan mengambil tindakan segera menyiasat perkara ini kerana perkara sama turut dialami oleh ramai wakil rakyat PAS dan PKR.

“SMS terbaru diterima semalam yang menyebut bahawa seorang wakil rakyat DAP dan seorang wakil rakyat PKR sudah menyertai BN dan menjemput saya supaya turut serta,” katanya.

Kulasegaran yang juga ahli parlimen Ipoh Barat turut mendakwa beliau telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin BN dikenalinya yang membuat tawaran RM5 juta supaya menjadi orang tengah untuk memujuk wakil-wakil rakyat DAP menyertai BN.

“Panggilan berkenaan diterima dalam tempoh beberapa hari selepas pilihanraya umum lepas tetapi selepas saya beritahu akan membuat laporan polis, mereka tidak lagi menghubungi,” katanya.

Kulasegaran berkata wakil-wakil rakyat DAP bukan untuk dijual dan perkara seperti ini adalah gangguan yang serius dan diharap polis akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan.

Beliau berkata laporan polis akan turut dibuat oleh beberapa wakil rakyat DAP berkenaan perkara yang serupa selepas ini.

1 comment 7,April 2008

Artikel mantap tajuk ; antara PAS dan ANWAR

petikan dari http://www.detikdaily.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=1843

Posted on Monday, April 07 @ 00:03:51 EST by TokAyah
Artikel restless writes Assalamua’laikum, semua.

 Secara peribadi saya menganggap keputusan PRU12 ada kebaikan dan keburukkannya kepada negara Msia amnya dan org Melayu khususnya.

Sudah pasti semua MB2 yang baru bagi negeri2 Kedah, Penang, Perak dan Selangor dan exco2 yg dilantik akan membuat kerja yg “cemerlang” dalam jangka masa yang terdekat, ini kerana semua mata rakyat dan musuh-musuh mereka, iaitu BN, akan memerhati semua tindak tanduk yg akan mereka lakukan. Ini secara tidak langsung dapat “mendidik” BN bagaimana mereka harus mentadbir negeri2 dan K’jaan Pusat, jika tidak mereka akan menjadi tidak relevan lagi pada PRU13. Masalah besar yg mungkin akan dihadapi oleh pakatan BA ialah hubungan antara PAS dan DAP, yg akan menjadi seperti duri dlm daging. Dan yg paling besar ialah bantuan kewangan dari k’jaan pusat kpd negeri2 yg diterajui oleh BA akan “disekat” atau disalur tidak melalui k’jaan negeri. BN akan memberi alasan mereka sendiri sementara BA pula akan meradang dan menganggap ianya tidak adil dan zalim. Maka waktu itu anda akan lihat, terutamanya org2 Melayu akan leka berbalah di dalam internet, blog2, di kedai kopi, di masjid dsb mengenai isu ini, siapa yang benar, siapa yang zalim.

Dalam perbalahan ini ada dua unsur penting, satu pihak yg berkuasa di negeri yg memerlukan sumber kewangan khazanah negara, tetapi suka mengata, mencerca, memaki malah mencarut terhadap pihak satu lagi yang berkuasa ke atas khazanah negara. Sementara pihak satu lagi yang berkuasa ke atas khazanah negara pula tidak mahu menyalurkan secara adil khazanah negara yg ia kuasai kpd pihak yg suka mencerca dia. Adalah jelas pihak yg berkuasa ke atas khazanah negara zalim dan tidak adil dalam hal ini.

Tetapi jika mengikut Al-Quran Surah al-Hujurat ayat 11, Allah melarang kita mencela satu sama lain dan memanggil dengan gelaran buruk dan jika tidak bertaubat mereka adalah org2 yg zalim. Ini bermakna kedua-dua pihak di atas adalah zalim atau lebih tepat saling zalim menzalimi antara satu sama lain.

Kalau kita kaji balik sejarah perkara ini berlaku sejak org Melayu mula berpolitik atau lebih tepat antara PAS dan UMNO. Tunku Abdul Rahman ada menulis di dalam bukunya bagaimana PAS sewaktu p/raya mengedar gambar yg di ubahsuai yg menunjukkan babi panggang terletak di atas meja di mana dia dan beberapa pemimpin Cina sedang menjamu selera dan juga bagaimana ia dicerca dan difitnah termasuklah sewaktu 13 Mei dikatakan dia sedang berjudi (ini adalah apa yg ditulis Tunku di dlm bukunya dan saya tidak mengatakan ianya benar atau ianya tidak benar).

Tetapi dlm buku-buku yg Tunku tulis tidak pula disebut bagaimana ia menzalimi k’jaan PAS Kelantan. Datuk Asri pada 1967, sewaktu menjadi MB Kelantan telah berjumpa dgn Tunku sendiri di KL untuk meminjam wang utk membayar gaji k/tangan awam Kelantan kerana k’jaan PAS Kelantan waktu itu ketiadaan wang. Tetapi PAS mendakwa Tunku tidak endah dgn permintaan Datuk Asri sedangkan waktu itu beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji. Isu ini sudah pasti dijaja oleh PAS utk menunjukkan kezaliman UMNO. Adakah patut selepas kita cerca seseorang kemudian apabila kita ada masalah kita dgn rendah hati pergi jumpa org tsbt utk meminjam wang? Dan adakah patut sebagai pemimpin yg berkuasa ke atas khazanah negara tidak membantu saudaranya yg seIslam yg dalam kesempitan apatah lagi menjelang Hari Raya? Isu antara Datuk Asri dgn Tunku ada disentuh oleh sdr Sayuti Omar di dlm bukunya “Kelantan Selepas Pantang” (m/s 20). Dlm isu ini sdr Sayuti menggunakan perkataan “Demikianlah sikap kejam UMNO ke atas k’jaan PAS”. Sebenarnya sama-sama zalim, sama-sama kejam tetapi masing2 hanya nampak kezaliman pihak lain, kezaliman dari diri sendiri tak nak mengaku.

Isu kata mengata dan zalim menzalimi terus berlaku, pada zaman KuLi menjadi Menteri Kewangan (KuLi lah yg memimpin UMNO merampas Kelantan pd 1978), pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan (lihat artikel di bawah mengenai apa yg PAS kata pd Anwar). Dan kemuncaknya pada zaman Mahathir slepas Anwar dipecat. Ulama UMNO di label sebagai ular dlm semak, syaitan bisu, barua dll, Abdullah Badawi digelar sebagai penjaga babi, Mahathir dan Siti Hasmah dikatakan akan saling melumur najis kemuka pasangan masing2 pada tahun 2014, Mahathir dicarut dgn carutan paling berat sekali, dlm keadaan macamni …….. dengar cerita NikAziz minta geran RM600 juta dari k’jaan pusat yg dipimpin Mahathir utk selesai masalah air di Kelantan w/pun dikatakan Mahathir setuju tetapi k’jaan Kelantan tidak menerimanya, kejamnya Mahathir …… Dalam kempen PRU12 baru-baru ini, UMNO telah dilabel sebagai Orang Utan dan sejarah akan terus berulang apabila negeri2 dibawah BA ingin mendapat hak mereka terhadap khazanah negara yg dikuasai oleh Orang U*** ini, tetapi mereka akan dipinggirkan dan mereka akan marah dan mereka juga akan menjadi Orang U***.

Isu kata mengata dan zalim menzalimi seolah-olah tidak dapat dipisahkan antara PAS dan UMNO. Inilah antara sikap burok yg ditunjukkan oleh pemimpin dan penyokong kedua-dua pihak.

Tetapi isu yang lebih besar yang ingin saya perkatakan di sini ialah mengenai Anwar Ibrahim.

Dr Chandra Muzaffar yg pernah bekerja rapat dgn Anwar dlm PKR telah berkata yg maksudnya l/kurang, jika Anwar menjadi pemimpin, negara ini akan hancur.

Ezam pula dlm Utusan Msia 12 Mac, meminta PAS berhati-hati dgn PKR kerana melalui pengalamannya, iaitu antara pengasas parti itu dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Umum PKR, beliau yakin PKR dipimpin oleh pemimpin yang hanya mementingkan cita-cita peribadi untuk berkuasa dan sanggup menggadaikan maruah agama dan bangsa untuk mencapainya.

Dalam tahun 2003 saya pernah menulis satu artikel yg bertajuk “Pertembungan antara ulamak, pemimpin dan cendekiawan Islam di dalam politik M’sia” untuk group ABIMLINK dan HIZBI-NET. Salah satu tajuk dibawah artikel itu ialah “Pertembungan antara PAS dan DSAI”. Saya rasa ia masih relevan lagi. Dalam isu ini bagi saya masalah paling besar Anwar bukan saham berpuluh juta yg ia beri setiap seorang poda bapa dan adik beradik dia, bukan isu RM300juta duit Petronas Dagang yg dikebasnya utk diberi pd perwakilan Sabah sehingga Ghafar jatuh, bukan isu ratu cantik yg Ustaz Ismail Kamus kata ia nak menghalalkan sesuatu yg haram dan sehingga Mufti Selangor Utz Ishak Baharom dipecat, bukan sebab ia baik dengan Yahudi, tetapi bagi saya isu yg paling besar sekali ialah apabila ia menganggap Salman Rusdie sebagai “profound writer”, (seperti yg didakwa oleh sdr Lutfi Othman, yg sekarang ini merupakan Ketua Pengarang Akhbar Harakah). Salman Rusdie telah menulis buku Satanic Verses yg menghina Allah, Nabi Muhammad dan Al-Quran.

Sila baca artikel ini dan sebarkan, kerana mengikut Tn Guru Hj Hadi Awang mengumpat dan menceritakan keburukan pemimpin adalah wajib.

6.2 Pertembungan antara PAS dan DSAI

Kali ini saya ingin menyentuh, mempertikai dan mengkritik mengenai sikap ulamak, pemimpin dan cerdik pandai Islam kita di dalam berpolitik terutamanya di dalam isu pertembungan antara PAS dan UMNO semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim masih di dalam kerajaan dan juga selepas ia dipecat. Saya harap dengan fakta-fakta dari sumber yang jelas yang akan saya tunjukkan, mereka yang tidak bersetuju dan mempertikai email saya sebelum ini yang saya tulis secara umum, akan lebih memahami apa yang saya maksudkan ………… ….. Kecuali mereka yang taksub dan mempunyai penyakit di dalam hati.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai pertembungan antara PAS dan DSAI semasa ia masih di dalam kerajaan:-

i) PAS menganggap Belanjawan 1994 yang dibentangkan Anwar Ibrahim berwajah FIRAUN. Ia menjadi punca pertelingkahan antara PAS dan Anwar. Ini kerana ia memberi kelonggaran kepada golongan koporat yang menjadi gangster ekonomi dan sebab utama kemenangan orang-orang Anwar di dalam Team Wawasan. Anwar tidak dapat menerima tuduhan tersebut dan menganggap ianya sebagai kolot dan jumud. (Dunia Islam Jan 94 m/s 4&5).

ii) Anwar Lebih Ganas Daripada Mahathir? – Tajuk wawancara antara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam Majalah Tamadun Julai 98 m/s 16. Antara isi kandungannya yang menunjukkan sikap PAS terhadap DSAI yang saya ringkaskan :-

a) Sebenarnya gejala nepotisme yang berlaku dalam pemerintahan M’sia, saya meletakkan Anwar Ibrahim lebih ganas daripada Mahathir. Kerana Anwar belum berkuasa penuh tetapi suku sakatnya telah mencipta kekayaan lebih hebat. Antaranya Kamarudin Jaafar menjadi jutawan segera, saudaranya Rani, Marzuki dan Rosli Ibrahim dan setiausaha sulitnya Nasarudin Jalil naik mendadak dalam perniagaan, kerana pandai berniaga atau kerana Anwar Ibrahim?

b) Jangan lupa semasa Anwar hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan Quek Leng Chan dan beberapa jutawan lain yang membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3 gara-gara untuk mengukuhkan posisi Anwar. Kita juga ingin bertanya 300 juta saham Petronas Dagang dilabur ke mana sehingga perwakilan Sabah berubah dari menyokong Ghafar kepada Anwar dengan begitu mengejutkan?

c) Imej Anwar nampak bersih adalah kerana media tempatan yang dikuasainya. Pernah satu ketika bila menonton TV3, berita Anwar diutamakan diikuti berita lain dan keempat baru PM. Bila kita hentam PM barulah berita ini berada ditempat pertama.

d) Manakala media antarabangsa yang menyalahkan Mahathir dan cuba menaikkan Anwar, ini adalah kerana Barat hanya mahukan dua corak Islam yang boleh mereka kuasai, iaitu Islam yang berbentuk ilmiah tanpa pelaksanan hukum sperti yang dipelopori IIIT, ICMI dan ABIM. Dan yang kedua bercorak Afghanistan atau ala Taleban kerana peluang bagi Barat untuk mengambarkan betapa buruknya Islam. Dan Anwar adalah paling layak untuk mengekalkan pengaruh Barat dan sesuai dengan kehendak mereka untuk menghadapi 250 juta umat Islam di sebelah sini.

e) Apa yang saya perkatakan bukan kerana Anwar adalah seteru politik terbesar PAS. Kita boleh lihat rekod sejak dia menjadi Menteri Kewangan bagaimana saham diagihkan, projek diberikan, tiada beza dengan Mahathir.

f) Skandal seks Anwar ….. tidak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu tetapi dengar khabar ada percubaan untuk membunuh orang (Azizan) yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi yang menjadi mangsa ialah isterinya, ia seharusnya disiasat, tetapi di sini media akan menutupnya, berbeza dengan di luar negara di mana media mereka akan mendedahkannya. Anwar patut membersihkan skandal seksnya kerana kitapun tidak mahu dia teraniaya. Lebih 6 bulan dia tidak bercakap soal agama, baru sekarang dia hendak khutbah, baginya masyarakat mungkin sudah lupa, tetapi kita pelik mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini? Masih banyak tanda soal, orang yang menulis surat itu berada dalam ketakutan dan masih diugut, diancam oleh pihak tertentu. Saya pernah berjumpa dengan orang (Umi Hafilda) yang menulis surat terbuka itu dan dia bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu. Pendirian penulis itu tidak berubah dan dia takut untuk bertembung dengan orang dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas.

g) Saya berdoa secara peribadi biar Mahathir mengepalai p/raya akan datang kerana kalau Anwar naik jadi PM dia cukup pandai menggunakan agama dan mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir …. kita tahu tahap pemikiran orang Melayu setakat mana.

h) Saya tidak nampak jika zaman Anwar (sebagai PM) masalah kekangan demokrasi, kebebasan, ISA dan akta-akta tertentu boleh berubah. Contohnya UIA tempat Anwar berkuasa penuh di mana dia menjadi Presiden dan tempat berkumpul orang-orangnya sehingga menjadi universiti paling corot dalam Asia. Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada ijazah, di situ berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universi ti lain. Anwar lebih pandai dari Mahathir dari sudut menguasai budaya Melayu.

i) Mahathir dan Anwar kedua-duanya nyata menolak hudud tetapi Mahathir tidak bijak menyusun hujah seperti Anwar yang akan memberi alasan daripada Yusof al-Qardhawi, pandangan ulamak itu ini dan soal prioriti.

j) Imej Anwar diperingkat antarabangsa diakui masih hebat sehingga apabila saya pergi ke Pakistan pemimpin-pemimpin Jamaat Islami begitu menghormati Anwar. Tetapi apabila saya menceritakan …… daripada 4 jenis judi, Anwar telah menghalalkan menjadi 9 termasuk judi lumba kuda apabila ia menjadi Menteri Kewangan. Daripada 3 tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Penang dan KL ia telah bertambah ke Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menerima bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana. Dan Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia di bawah kekuasaan Anwar sebagai Menteri Kewangan. Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi Lim Goh Tong di mana sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO beliau mudah mendapat bantuan dari Yayasan Gerak Bakti kepunyaan taukeh judi ini. Akhirnya ketua Jamaat Islami mengaku selama ini mereka mendapat gambaran salah.

Begitu juga di Afrika Selatan apabila saya membentangkan kertas kerja menceritakan beribu-ribu orang Islam M’sia telah murtad, ada yang mencebik mulut dan tidak percaya, tetapi selepas beberapa lama saya bercakap, mereka berjumpa saya dan ucap tahniah sehingga mereka bertanya apa sebenarnya yang Anwar telah buat untuk membantu Islam? Jadi gambaran media asing terhadap Islam di M’sia berjaya digembar gemburkan, dan jika Anwar menjadi PM, media akan berjaya menyakinkan negara Islam lain bahawa Anwar adalah pemimpin Islam yang unggul.

k) Walaupun pendekatan Anwar lebih me-rakyat sifatnya berbanding dengan Mahathir yang lebih tertumpu membina jutawan segera Melayu, tetapi habuan untuk rakan-rakan dan penyokong-penyokong Anwar serupa saja! Contohnya Muhammad Taib adalah ahli Team Wawasan yang diterajui Anwar dan orang-orang ini terkenal dengan skandal penggadaian tanah. Kes Menteri Belia dan Sukan membabitkan RM 200 juta hasil jualan tanah di Johor masih belum selesai, begitu juga gosip Timbalan Menteri Besar Pahang yang memiliki wang yang banyak. Jadi dari segi kawan-kawannya dalam penimbunan kekayaan tidak nampak penegahan daripada Anwar.

l) PAS lebih selesa jika Mahathir kekal – adalah tajuk kepada sambungan wawancara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam majalah Tamadun Ogos 98 m/s 51. Ini kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir.

iii) Ulasan Lutfi Othman mengenai isu pertembungan Anwar dengan Ghafar Baba di dalam Majalah Dunia Islam Nov 92 m/s 12-18. Dengan tajuknya – “Siapa pengganti Mahathir – Apa lebihnya Anwar? Apa kurangnya Ghafar?”. Antara kandungannya :-

a) Dr.M lebih berminat dan menyenangi Anwar menyebabkan orang-orang lama seperti Abdullah Badawi diketepikan dan Sanusi tersekat disebabkan peningkatan Anwar di dalam kabinet terlalu cepat.

b) Krisis di dalam MARA yang dipengerusikan oleh Tamrin Ghafar yang dilihat sebagai campur tangan Anwar yang mana pelurunya ditujukan kepada Ghafar.

c) Kini apabila Anwar diamanahkan sebagai Menteri Kewangan apa dasarnya yang menakutkan orang-orang bukan Islam? Judipun semakin berleluasa.

d) Apakah Islam membenarkan amalan pilih kasih, nepotisme, menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya, mengaku diri sendiri yang hebat dan orang lain semuanya lemah, seperti yang dilakukan oleh Anwar sekarang. Anwar rapat dengan DrM, tetapi apakah Anwar menegur segala salah laku DrM ketika menguruskan kekayaan negara.

e) Islam bukan milik Anwar dan kawan-kawannya bekas ABIM itu sahaja. Bukan kita tidak tahu apa Anwar buat di Universiti Islam, semuanya berpunca dari amalan pilih kasih Anwar. Memang betul kata orang, Anwar suka heboh-hebohkan kerja yang dia buat walaupun kejayaannya tidak seberapa.

iv) Ulasan Lutfi Othman di dalam Majalah Tamadun Ogos 96 m/s 19.

a) Anwar masih budak-budak mentah cepat naik angin dan suka tunjuk perasaan. Silap sikit demonstrasi.

b) Perkara kecil dibesar-besarkan. Penduduk Baling yang mati kerana demam panas dikatakan kebuluran.

c) Bukan Anwar seorang dikurung ISA, Ibrahim Ali pun ditahan sama, bukan sekali tetapi dua.

d) Dr. Syed Husin Ali yang turut ditahan terpaksa merengkok 6 tahun berbanding Anwar cuma 2 tahun.

e) Hishamudin Rais pula terpaksa cabut lari, ia satu contoh pemimpin pelajar yang hanya berani sekerat jalan, takut menanggung risiko.

v) Ulasan Zin Mahmud dalam Majalah Tamadun Mei 97 m/s 14-19, mengenai cara polis menggunakan kekerasan untuk menundukkan para penunujuk perasaan dan menahan 200 orang, yang dianjurkan oleh PAS di hadapan masjid UM, kerana membantah kedatangan pasukan kriket Israel.

a) Saudara Zin mempertikai hujah PM bahawa kehadiran anak muda Israel ke M’sia boleh menyedarkan mereka betapa perlu memberi layanan baik kepada Palestin.

b) Hujah Anwar pula bahawa kehadiran pasukan kriket Israel tak perlu digusarkan kerana ia merupakan soal kesukanan dan tidak ada kaitan politik.

c) ABIM pula berkata demonstrasi tidak perlu kerana ada saluran yang boleh menyampaikan bantahan mereka.

vi) Majalah Tamadun Ogos 97.

a) Ulasan Ustaz Ismail Kamus pada m/s 12 , di bawah tajuk “Anwar Ibrahim Silap? Antara Pendekatan Dakwah dan Menyatakan Hukum”. Ustaz mengulas mengenai kenyataan Anwar bahawa pendekatan Islam perlu diambil dengan cara sederhana dan bijaksana (kes JAIS menangkap peserta ratu cantik). Ustaz Ismail Kamus memberi penerangan dan beberapa contoh dan akhirnya membuat kesimpulan “Jadi, tulislah kerajaan cuba hendak ‘menghalamkan’ (halal tidak, haram pun tidak) kesemua itu (ratu cantik, konsert), bukan cuba hendak mengharamkannya. Biarlah Anwar dengar sikit apa yang saya cakap ini”.

b) Ulasan Lutfi Othman pada m/s 83, di bawah tajuk “Dilema Anwar” ekoran isu penangkapan peserta ratu cantik dan kesediaan Anwar bertemu anggota KRU (untuk menenangkan mereka) berhubung konsert KRUMANIA yang diharamkan oleh kerajaan Selangor.

- Ini menyerlahkan dilema Anwar sebagai pengganti Mahathir dalam mengendalikan isu-isu berkaitan moral dan agama.

- Apakah Anwar tidak malu untuk mengakui masih ramai anak-anak gadis Muslim yang jahil tentang kewajipan menutup aurat dan hinanya menayang tubuh tiga suku bogel dihadapan umum hanya untuk menjadi seorang ratu?

- Anwar lebih memikirkan survival politiknya dan mahu dilihat sebagai pemimpin moderat, progresif dan tidak terikat dengan pegangan agama secara melampau.

- Mungkin kerana itu Anwar pernah menyifatkan Salman Rusdie sebagai ‘profound writer’.

c) Setiausaha PMUM, Nordi Adie menulis pada m/s 54, di bawah tajuk “Hentikan Konsert Melalaikan”. Di dalam mana-mana peradapan di dunia ini budaya konsert tidak menepati ciri-ciri masyarakat madani seperti mana yang dilaung-laungkan oleh DSAI, TPM.

vii) Majalah Tamadun Disember 97, antara kandungannya :-

a) Ulasan Lutfi Othman pada m/s 3, di bawah tajuk “Perlukah DrM Berundur?” ekoran kejatuhan nilai Ringgit dan dalam kegawatan ini media asing galak memberi promosi percuma kepada Anwar dan menyarankan DrM berundur. Jika Anwar mengganti Mahathir, apakah ia mampu menguruskan krisis dan kemelut kewangan walhal prestasi Anwar dibidang ini sentiasa dipertikai? Seperti juga orang Mahathir, mereka yang berada di bawah dagu Anwar, juga dikatakan opurtunis. Tiada idea baru, masing-masing terlalu memikirkan kuasa dan kuasa dan kuasa!

b) pada m/s 31, Ann Wan Seng mengulas mengenai kenyataan Anwar berhubung kenaikkan Tol yang tidak membebankan rakyat agak berbelit-belit dan tidak serius.

viii) Majalah Tamadun January 98, antara kandungannya :-

a) ISA mungkin diketatkan lagi? – Jika Anwar menjadi PM. m/s 6-10

- Lim Guan Eng dakwa sikap Anwar berubah, dulu dia minta ISA dimansuhkan. Sekarang hanya mahu kaji dan kaji. Itu saja.

- Normah Alwi (isteri Mat Sabu yang pernah ditahan ISA)”….. kalau perkara ini berlaku pada Siti Hasmah (isteri PM) dan Wan Azizah (isteri Anwar), apa perasaan mereka? Jika Anwar dilantik PM, akta ini pasti tidak dimansuhkan, malah mungkin lebih teruk lagi”.

b) Pengaruh Anwar – Kes pemecatan Ketua Pengarang Berita Harian, A.Nazri Abdullah. Saudara Lutfi mengulas “Apakah pengaruh dan peranan yang dimainkan Anwar menyebabkan Zam yang rapat dengan PM begitu mudah disisihkan, hingga penggantinya, Johan Jaafar yang langsung tidak mempunyai pengalaman kewartawanan akhbar, diusulkan sendiri oleh Anwar? m/s 83.

ix) Dunia Islam Jun 92. Sedutan wawancara dengan Datuk Shahrir Abd Samad m/s 27 mengenai kepimpinan UMNO. Menjawab soalan mengenai banyak kumpulan Islam yang menyokong Anwar sekarang di mana dahulu mereka anti UMNO. Datuk Shahrir berkata ” Maknanya, bukan menyokong perjuangan, mereka menyokong individu. Dahulu ABIM kata DEB bertentangan dengan Islam, cakap sahaja banyak. Sekarang diamanahkan memimpin, kita lihatlah. ….”

x) Anwar : Menteri Paling Tidak Berkuasa. Majalah Tamadun April 98 m/s 87. Saudara Lutfi mengulas mengenai ucapan Anwar di Forum Universiti Asia-Eropah yang menolak sebarang kongkongan dan peraturan ketat di universiti. Apakah Anwar faham apa yang diperkatakan, sedangkan apabila ia menjadi Menteri Pendidikkan suasana kampus langsung tiada perubahan. Apakah Anwar boleh digolongkan sebagai ‘cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap’. Mendengar pidato Anwar sejak menerajui ABIM, Ketua Pemuda UMNO hinggalah setakah lagi untuk menjadi tokoh paling berkuasa di M’sia memang menyeronokkan dan suatu bentuk hiburan. Mungkin Anwar mahu terus popular dengan idealisme pegangannya walaupun terpaksa tidak bercakap benar? …. Adalah lebih baik Anwar mengawal lidahnya daripada mengomel yang bukan-bukan.

xi) Majalah Tamadun Oktober 98 m/s 28-32. Soalan yang diajukan kepada Tan Sri A.Samad Ismail, (iaitu selepas Anwar dipecat dari kerajaan)”Anwar kini sangat marah kepada media arus perdana, bahkan mengancam akan memburu pengarang-pengarang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sehingga ke lubang cacing. Apa pendapat Pak Samad”. Jawapan Pak Samad ialah “Anwar selama dia berkuasa dalam kerajaan bersama-sama bertangungjawab mewujudkan budaya yang kini menjadi watak media. Agak saya, Anwar terlanjur membuat ancaman itu”. Pada m/s 30 – gambar Pak Samad memeluk Anwar semasa dia melawat Anwar di rumahnya.

Kebanyakkan fakta-fakta di atas saya petik dari Majalah Tamadun. Ini ialah kerana ia diterajui oleh saudara Ahmad Lutfi Othman, seorang yang gigih berusaha, yang mana bahan tulisan dan kritikannya (hanya terhadap pemerintah) terhadap isu-isu semasa dianggap bernas yang menjadi bualan masyarakat dan dihebahkan di dalam internet. Majalah ini juga diberitakan pernah terjual melebihi 100,000 naskah sebulan dan tidak pernah timbul fakta-fakta tersebut dipertikaikan atau dicabar di mahkamah. Sebenarnya banyak lagi isu-isu mengenai Datuk Sri Anwar yang terdapat di dalam majalah-majalah dan buku-buku yang lain terutamanya buku-buku politik, termasuk yang dikarang oleh Datuk Sri Anwar sendiri yang saya tidak petik untuk kali ini.

Sekarang cuba kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS terhadap DSAI selepas ia tersingkir dari parti dan kerajaan :-

i) DSAI dianggap sebagai seorang pejuang Islam yang ingin mengIslamkan UMNO dan kerajaan dari dalam.

Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-

- cuba ‘menghalamkan’ ratu cantik yang bepakaian 3/4 bogel

- cuba ‘menghalamkan’ konsert yang melalaikan dan penuh maksiat

- mengagumi tulisan Salman Rusdie yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad

- baik dengan taukeh judi dan mendapat pembiayaan mereka semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO

- apabila mendapat kuasa sebagai Menteri Kewangan, telah menghalalkan lebih banyak jenis judi,

- menambahkan lagi judi lumba kuda yang sedia ada

- menjadikan Genting Highland tempat judi ke 3 terbesar di dunia

- tindak tanduknya menjadi dilema sebagai pengganti Mahathir didalam menangani isu moral dan agama

- ia pandai memainkan sentimen agama sesuai dengan tahap pemikiran orang Melayu

- maklumat salah menyebabkan masyarakat Islam antarabangsa menganggapnya pemimpin Islam yang unggul

- Mat Sabu terpaksa berjumpa pemimpin Islam luar negara dan menerangkan keburukkan Anwar supaya mereka mengenali siapa sebenarnya Anwar

- disokong oleh Barat kerana cara Islamnya menepati cita rasa Barat untuk menguasai umat Islam sebelah sini

(di dalam ceramah PAS dan tulisan-tulisan di dalam internet, Anwar dianggap sebagai anti ulamak, anti Islam dan murtad kerana menolak hudud)

ii) DSAI seorang yang bersih yang cuba menghalang Mahathir dan kroninya daripada mengaut kekayaan negara untuk diri mereka.

- lebih ganas dari Dr.M dalam gejala nepotisme dan kronisme

- ayah dan saudaranya menjadi jutawan dengan mendapat saham dan melalui perniagaan yang diragukan keupayaan mereka

- kawan dan rakannya terkenal dengan skandal pengadaian tanah dan menimbunkan kekayaan

- UIA tercorot di Asia kerana amalan pilih kasihnya dan menjadi tempat kawan-kawannya berlonggok untuk mendapat ijazah

- sebagai Presiden ia mengongkong UIA lebih dahsyat daripada yang berlaku di universiti-universi ti lain

- berwajah Firaun, kerana dasar yang digunakan dalam Belanjawan 1994 yang lebih mementingkan gangster ekonomi

- menguasai media arus perdana dengan pertolongan jutawan Cina untuk mengukuhkan kedudukkannya

- mengamal pilih kasih dan menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya

- silap sikit demonstrasi sehingga budak mati kerana demam panas, dikatakan kebuluran

iii) DSAI telah dianiaya dan dizalimi kerana menentang Mahathir

Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS:-

- kesayangan Mahathir sehingga Mahathir sanggup mengenepikan orang-orang lama UMNO untuk menaikkan Anwar

- Mahathir menjadikan Anwar cukup berkuasa apabila melantiknya sebagai Menteri Kewangan disamping TPM

- dapat pengaruhi Mahathir dalam pemecatan Ketua Pengarang BH dan Zam iaitu orang rapat Mahathir dan melantik orangnya Johan Jaafar yang langsung tiada pengalaman kewartawanan

- Anwar dianggap zalim apabila menggunakan media, politik wang dan saham Petronas untuk menjatuhkan Ghafar Baba

- Anwar campur tangan dalam krisis MARA yang diterajui oleh Tamrin, tetapi pelurunya dituju kepada Ghafar Baba

iv) Skandal seks DSAI adalah antara konspirasi konco-konco Mahathir untuk menjatuhkannya

Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-

- Mahathir cuba menutup skandal timbalannya walaupun mangsa telah membuat lapuran polis

- dalam siri ceramahnya, PAS mendedahkan skandal ini dan menayangkan salinan surat sumpah orang (Azizan) yang mengaku diliwat oleh Anwar kepada hadirin

- mendedahkan ada cubaan membunuh orang yang mengaku diliwat oleh Anwar, tetapi media tidak mendedahnya

- Mat Sabu yang pernah berjumpa dengan penulis surat terbuka tersebut (Umi Hafilda), mendedahkan mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu, walaupun tidak menuduh Anwar melakukan apa-apa

- mengikut Mat Sabu, penulis surat terbuka mengenai skandal ini berada dalam ketakutan kerana masih diugut, diancam oleh pihak tertentu dan tidak berani bertembung dengan orang kerana dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas

- mempertikaikan sikap Anwar yang berdiam diri dan tidak cuba membersihkan namanya

- (ada usaha dari PAS untuk mendedahkan skandal ini kepada umum dengan menerbitkan VCD yang menemubual mereka-mereka yang terlibat dalam salah laku seks Anwar)

iv) DSAI akan diangkat menjadi PM jika pakatan pembangkang yang diterajui PAS menang p/raya.

Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-

- keupayaannya untuk mengantikan Mahathir dipertikaikan

- keupayaannya sebagai Menteri Kewangan dipertikaikan

- lebih ganas dari Mahathir dengan tindak tanduknya walaupun belum berkuasa penuh

- takut jika Anwar jadi PM, dan mengharap dan berdoa Mahathir menerajui p/raya bukan Anwar

- PAS lebih selesa jika Mahathir kekal

- ISA, kebebasan dan akta-akta lain mungkin diketatkan lagi jika ia berkuasa penuh

- cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap dalam isu Akta Universiti

- cakap berbelit-belit mengenai kanaikkan tol

- budak mentah, cepat naik angin, silap sikit demonstrasi

Apabila Anwar disingkirkan dari parti dan kerajaan, ini bermakna doa PAS sebelum itu telah termakbul dan sebahagian perjuangan PAS telah tercapai, mengapa pula doa dan perjuangan PAS kemudiannya menjadi songsang. PAS bukan sahaja berdoa tetapi berjuang termasuk berdemonstrasi supaya Anwar dapat kembali berkuasa dan seterusnya menjadi Perdana Menteri M’sia. PAS pernah menganggap, Anwar licik menggunakan agama untuk dilihat mempunyai imej yang bersih dan sebagai pemimpin Islam yang unggul, samada di dalam atau luar negara. Apakah perubahan mendadak sokongan PAS terhadap Anwar dalam krisisnya dengan Mahathir menunjukkan PAS juga telah terpedaya dengan imej Anwar ini? Jika PAS tidak terpedaya dan sememangnya Anwar adalah seorang perjuang Islam yang bersih dan unggul yang layak untuk menjadi Perdana Menteri M’sia, ini bermakna tuduhan PAS sebelum ini bahawa Anwar pandai menggunakan agama untuk kepentingannya dan semua tuduhan-tuduhan lain, adalah suatu pembohongan dan fitnah yang besar terhadap Anwar. Samada PAS terpedaya atau tidak, apakah perjuangan seperti ini boleh dianggap sebagai perjuangan Islam? Beginikah yang dikatakan ‘Kepimpinan Ulamak’? Inikah sifat ‘Ulamak Perwaris Nabi’? Bukankah ianya lebih bersifat kufur, fasik, munafik dan zalim?

6.3 Pertembungan antara PAS, DSAI dan DrM

Cuba pula kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS (dan penyokong DSAI selepas ia disingkirkan) terhadap Dr Mahathir.

Dr Mahathir adalah :-

- MahaFiraun (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap Firaun sebelum ini)

- Mahazalim (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap zalim sebelum ini)

- Shit,PM@P*** MAK (kerana tindakan Mahathir mengemut keluar Anwar dari lobang keramat yang mana Anwar pada satu masa dulu dianggap tiada keupayaan untuk menerajui lobang keramat tersebut)

- Melacurkan media (kerana tindakan Mahathir menggugurkan orang Anwar, yang sebelum ini PAS kecam kerana Anwar melantik mereka termasuk yang tiada pengalaman)

- Anti Islam (kerana menolak Hudud, yang mana sebelum ini Anwar juga dianggap anti Islam kerana menolak Hudud)

- Di label sebagai perompak wang negara, kronisme, nepotisme (sebelum ini menganggap Anwar lebih ganas dalam hal ini)

PAS juga :

- Berdemonstrasi bersama penyokong Anwar (sebelum itu menganggap Anwar budak mentah, silap sikit demonstrasi)

- Bergabung dalam BA untuk jatuhkan Mahathir dan menaikkan Anwar (sebelum itu berdoa supaya Mahathir kekal jadi PM)

- sanggup keluar negara untuk memburukkan Mahathir (sebelum itu keluar negara untuk memburukkan Anwar)

Dari fakta-fakta di atas, PAS seolah-olah tiada prinsip di dalam perjuangannya. Pertembungan dan konflik yang berlaku ini sama dengan apa yang berlaku, apabila Tengku Razaleigh Hamzah tersingkir apabila kalah bertarung dengan Mahathir, dan PAS telah bergabung dengan S46 dan cukup yakin APU akan menang dengan bantuan DAP dalam p/raya 1990 dan Ku Li akan diangkat menjadi Perdana Menteri M’sia ke-5? Dan perkara yang sama berulang apabila Anwar dicerca dan dimusuhi sebegitu rupa oleh PAS semasa ia di dalam kerajaan tetapi orang yang sama dipuji dan disanjung setelah ia tersingkir. Kali ini dalam p/raya 1999, PAS termasuk DAP cukup yakin Barisan Alternatif akan menang dan seterusnya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri M’sia ke-5.

Apakah ini berdasarkan perjuangan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah atau untuk mendapatkan kuasa dengan cara menggelar, mencerca dan menfitnah seteru politik? Anwar menjadi mangsa apabila ia menjadi cukup berkuasa di dalam kerajaan dan dilihat bakal mengisi kerusi PM, apabila Anwar tersingkir, gelaran, cercaan dan fitnah dilemparkan pula kepada Mahathir, apabila Mahathir berundur mungkinkah perjuangan yang dianggap berlandaskan Al-Quran dan Sunnah ini akan diteruskan dengan segala gelaran, cercaan dan fitnah akan dilemparkan pula kepada penggantinya?

Pertembungan dan konflik yang berlaku di dalam politik orang Melayu khususnya adalah disebabkan oleh sikap dan perbuatan ulamak, pemimpin dan cendekiawan kita sendiri. Mereka yang memilih dan bertangungjawab ke atas apa yang berlaku, yang lebih banyak membawa keburukkan dan kerosakkan bukan sahaja kepada negara tetapi juga pemikiran masyarakat

………………………………
http://shuhmy.multiply.com/journal/item/348

Bahan ini diambil dari laman web tersebut diatas. Harap mendapat maklum balas yg positif dan terbuka dari sesiapa sahaja, terutama saudara Lutfi. Terima Kasih.

*artikel ini diambil 100% tanpa edit

1 comment 7,April 2008

Antara PAS dan Anwar Ibrahim

Assalamua’laikum, semua.

Secara peribadi saya menganggap keputusan PRU12 ada kebaikan dan keburukkannya kepada negara Msia amnya dan org Melayu khususnya.

Sudah pasti semua MB2 yang baru bagi negeri2 Kedah, Penang, Perak dan Selangor dan exco2 yg dilantik akan membuat kerja yg “cemerlang” dalam jangka masa yang terdekat, ini kerana semua mata rakyat dan musuh-musuh mereka, iaitu BN, akan memerhati semua tindak tanduk yg akan mereka lakukan. Ini secara tidak langsung dapat “mendidik” BN bagaimana mereka harus mentadbir negeri2 dan K’jaan Pusat, jika tidak mereka akan menjadi tidak relevan lagi pada PRU13.

Masalah besar yg mungkin akan dihadapi oleh pakatan BA ialah hubungan antara PAS dan DAP, yg akan menjadi seperti duri dlm daging. Dan yg paling besar ialah bantuan kewangan dari k’jaan pusat kpd negeri2 yg diterajui oleh BA akan “disekat” atau disalur tidak melalui k’jaan negeri. BN akan memberi alasan mereka sendiri sementara BA pula akan meradang dan menganggap ianya tidak adil dan zalim. Maka waktu itu anda akan lihat, terutamanya org2 Melayu akan leka berbalah di dalam internet, blog2, di kedai kopi, di masjid dsb mengenai isu ini, siapa yang benar, siapa yang zalim.

Pertembungan dan konflik yang berlaku di dalam politik orang Melayu khususnya adalah disebabkan oleh sikap dan perbuatan ulamak, pemimpin dan cendekiawan kita sendiri. Mereka yang memilih dan bertangungjawab ke atas apa yang berlaku, yang lebih banyak membawa keburukkan dan kerosakkan bukan sahaja kepada negara tetapi juga pemikiran masyarakat.

Add comment 7,April 2008

Sedih memang sedih, tapi inilah masa sesuai untuk Tok Guru berundur

sumber : http://www.detikdaily.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=1836

Posted on Friday, April 04 @ 19:27:33 EST by reformis

Oleh Muhammad Abu Zahra

 Sememangnya sedih untuk melihat Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) berundur daripada jawatan Menteri Besar (MB) yang disandang beliau hampir 18 tahun yang lalu. Ketokohan dan kewibawaan beliau sebagai seorang ulama sekaligus sebagai seorang MB sememangnya diperakui sama ada oleh kawan dan lawan.

Malah boleh juga dikatakan faktor peribadi beliaulah antara salah satu sebab yang menjadikan PAS masih boleh bertahan di Kelantan. Dalam PRU ke 12 baru-baru ini, poster beliau sedang tunduk dan berdoa yang dinaikkan di seluruh negeri menjadi tarikan yang penting untuk PAS meraih undi paling kurang undi simpati sehingga memberi kemenangan besar kepada PAS.

TGNA adalah tokoh satu antara seribu yang dilahirkan oleh Allah swt untuk Malaysia secara khususnya dan untuk dunia secara umumnya. Sifat warak dan tawaduk yang ada pada beliau menjadi teladan kepimpinan yang terpenting sebagai piawai kepada mana-mana tokoh PAS yang menjadi MB di Kelantan dan di negeri-negeri yang lain.

Dari segi melaksanakan agenda pembangunan, beliau telah memperkenalkan satu konsep pembangunan yang tidak lari daripada prinsip-prinsip Islam, memalsukan mitos modern bahawa pembangunan dan agama tidak seiring. Beliau juga seorang ahli politik yang hebat bacaan politiknya dengan mengambil sikap lembut dalam sesuatu keadaan dan keras dalam keadaan yang lain.

Namun demikian, sehebat manapun TGNA akan tiba masanya beliau berundur daripada jawatan MB. Malah kemungkinan untuk beliau kembali menemui ALlah swt ketika memegang jawatan MB juga tiada siapapun dapat menghalangnya.

Usia TGNA sekarang kurang 3 tahun mencapai umur 80 tahun menyebabkan sekiranya beliau diberi pilihan, diyakini beliau sendiri sememangnya mahu berundur. Sekiranya tempoh pemerintahan Rasulullah saw selama 10 tahun di Madinah dijadikan kayu ukur, pemerintahan TGNA telah melebihi 8 tahun.

Hakikatnya semua ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia akan melalui saat itu, iaitu TGNA berundur sama ada semasa hidup ataupun beliau akan kembali ke alam baqa semasa memegang jawatan MB.

Persoalan yang timbul ialah bilakah saat itu? Sudah pasti sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam, PAS seharusnya memastikan saat pengunduran itu merupakan saat yang paling kondusif. Paling tidak pengunduran TGNA tidak akan menyebabkan kelemahan penguasaan PAS di Kelantan.

Sukar untuk dibayangkan bagaimanakah situasi politik di Kelantan sekiranya ALlah swt mengambil nyawa TGNA dalam tempoh penggal pentadbiran 2004-2008 yang lalu. Oleh sebab itu, mahu tidak mahu PAS seharusnya mempunyai perancangan bila waktu yang paling sesuai untuk TGNA berundur serta sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang tidak ingini.

Keselesaan politik yang wujud selepas PRU ke 12 baru-baru ini khususnya di Kelantan sewajarnya dijadikan peluang yang terbaik untuk membuat persediaan tersebut. Sebenarnya ketika inilah peluang yang terbaik untuk melepaskan pergantungan kepada faktor TGNA sebagai antara faktor terpenting politik Kelantan.

Sepatutnya telah ada tokoh bayangan yang berperanan sebagai MB de facto untuk menggantikan TGNA dalam tempoh masa terdekat. Tokoh tersebut sudah seharusnya mewarisi kewibawaan TGNA sehingga tiada sebab rakyat Kelantan untuk tidak menerimanya dalam PRU akan datang. Pilihan yang lain ialah kita menyerahkan semata-mata kepada ALlah swt tanpa perlu memikirkan bila saat yang paling sesuai.

Add comment 7,April 2008

AHLI BLOGGER PEMBELA NEGARA

Online sekarang !

web tracker

Terbaru di sini

Anda tetamu ke

  • 103,142 di sini

Lain lain di sini

Top Clicks

Komen Terbaru

Hj Hadi, Harun Taib … on Nik Aziz kata Nuzul Quran lebi…
cybross on Teoh Beng Hock dikatakan nak k…
penulis_cyber on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…

shafifah on Pendirian Mahathir isu PPSMI …
shafifah on Kerajaan Lawak PR bersidang ba…
penulis_cyber on Kerajaan Lawak PR bersidang ba…
rmf7 on Akhirnya Pak Lah melepaskan …
Perkongsian Ilmu … on Hukum Mengumpat – Naib K…
penulis_cyber on Mahathir sudah sasau dan risau…
rmf7 on Mahathir sudah sasau dan risau…
penulis_cyber on Rakyat Perak baca sini, jangan…
aberamly on PAS perlu sertai BN – sa…
aberamly on Disebalik Kelakuan Si Kha…

RSS Berita Malaysia Kini

April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

RSS Pedang Berbisa

RSS Panglima Cyber

RSS Ustaz Moden

RSS Raksasa BN

RSS Anwar Ibrahim.com

RSS Che Det @ Tun Mahathir

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Warong Kopi

RSS KPMU

Simpanan Artikel

Jejak Pengunjung