Home > Blog Agama, Politik Malaysia, Umum > IKD LAHIR ANAK SENI TOLAK AGAMA- MUKA DEPAN HARIAN METRO

IKD LAHIR ANAK SENI TOLAK AGAMA- MUKA DEPAN HARIAN METRO

petikan dari MASTERDEDAH

Harian Metro menyiarkan mengenai IKD di muka depan

Harian Metro 11 Mei 2007 (Jumaat) muka depan bertajuk “Anak Seni Tolak Agama” oleh : Wartawan, Helmy Abd Rahman.

Metro mendedahkan kumpulan ini mendapat bantuan kewangan daripada NGO luar negara. Wartawan Metro telah menemubual Azfar (Pereka Grafik Teater) yang mendedahkan kegiatan kumpulan yang menolak agama ini. Menurut Azfar, pengarah seni mereka mempersendakan krew yang menunaikan solat. Pengarah filem ini pernah bersekedudukan dengan seorang lelaki ‘mat salleh’.

Wartawan Metro ini turut menyamar menemui Taji (Pemuzik Jalanan Bukit Bintang, bekas pelajar IPTS, aktivis UBU) yang telah terpengaruh dengan kumpulan ini sejak masih belajar di IPTS.

Menurut Taji, dia percaya bahawa manusia mempunyai kuasa penuh menentukan nasibnya sendiri dan Tuhan tidak wujud. Menurutnya lagi, orang Melayu sepatutnya diberikan hak memilih untuk menjadi atheis, agnostik atau menganut apa agama sekalipun. Taji berpendapat orang Melayu didiskriminasi kerana tidak bebas memakan babi, minum arak dan beli nombor ekor. Kebebasan beragama ini sedang diperjuangkan menerusi blog, filem, karya seni,muzik dan persembahan teater oleh kumpulan UBU dan Jalan Telawi ini. Taji dengan bangga telah mengaku bukan Islam tidak mahu berdoa.

Kebanyakan mereka berlagak seperti golongan intelek dengan mengusung buku tulisan beberapa tokoh falsafah barat seperti Friedrich Nietzshe, Soren Kierkegaard, Lord Byron dan Karl Marx yg terkenal dengan ideologi anti ketuhanan dan komunisme sebagai ‘kitab’ ajaran mereka.

Metro turut mendedahkan kumpulan ini juga menimbulkan kemarahan dan bersifat provokatif di kalangan masyarakat Islam negara ini. Termasuk menghasilkan karya seni dan penulisan artikel serta puisi di laman blog yg bertentangan dengan adat ketimuran, kononnya bagi memperjuangkan hak individu. Golongan ‘freethinker’ ini juga sanggup melukis tatu, minum arak dan mengamalkan seks bebas selain melakukan perkara bertentangan dgn Islam.

Artikel ini sebenarnya mendedahkan mengenai kegiatan Institut Kajian Dasar (IKD) yang ditaja oleh KAF. IKD melalui Universiti Bangsar Utama (UBU) pimpinan Hishammudin Rais telah mendidik pengikut mereka berfikir bebas dan liberal. Melalui IKD dibentuk Open Dialouge Center (ODC) yang ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED).

Grup seni yg dibayangi IKD ialah team Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). KSJT dianggotai Fathi Aris Omar (Wartawan Mstar), Hasmi Hashim (Ketua PKR Bahagian di Johor), Amir Sari (Exco Mahasiswa Angkatan Muda PKR) dan Rahmat Haron (bekas wartawan Center for Independent Journalist, CIJ, bekas pelajar UM). Laman web KSJT ialah jalantelawi.com.

Fathi Aris Omar pernah berguru di Utan Kayu, Indonesia berkenaan Islam Liberal dan sekarang ditaja oleh Nippon Foundation, satu yayasan dari Jepun. Fathi Aris sekarang bersama dengan laman Mstar. Fathi Aris aktif menyebarkan falsafah pemikirannya dalam laman blog.

Faisal Tehrani (aktivis UBU) telah menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Bila Tuhan Berbicara’ di Pesta Buku Antarabangsa KL pada 6 Mei lepas. Buku ini diterbitkan dengan kerjasama Dato Dr. Ridhwan (Pemenang SEA Write Award) dan Isa Kamari (Novelis Singapura). Sebelum ini Faisal menerbitkan buku koleksi cerpen bertajuk ‘Kekasih Sam Po Bo’ yg ditaja oleh Aberdeen Books (Syarikat Penerbitan dari Belanda). Faisal dan Fathi Aris mempunyai peminat yang tersendiri dan kedua-dua aktif menulis dalam blog.

IKD dan KAF turut menerbitkan karya Ali Abdul Raziq “Islam Dan Dasar Pemerintahan” seorang ulamak Mesir kontroversi pada tahun 1920an menulis mengenai pemerintahan Islam. Buku Ali Raziq Al-Islam Wa Usul al-Hukm merupakan antara buku paling kontroversi dalam dunia pemikiran Islam khususnya di Mesir dan di Timur Tengah. Buku ini antara lain menyebut rasul tidak diutuskan untuk menubuhkan negara dan menjadi ketua negara selain tidak ada negara Islam di dunia.

Melalui IKD kumpulan ini juga bergerak membuat persembahan teater, menerbitkan filem pendek dan filem kontroversi. Mereka telah melatih pengikut-pengikut mereka.

Antara filem kontroversi yang dihasilkan pengikut mereka ialah ‘Bukak Api’ (filem seks bebas golongan pondan dan homoseks) dan juga ‘Dokumentari Hari-hari Terakhir seorang Komunis’ ( mengagungkan Chin Peng).

‘Bukak Api’ ialah filem Osman Ali, dan Filem ‘Dokumentari Hari-hari Terakhir seorang komunis’ adalah karya Amir muhammad. Mereka ini mempunyai hubungan langsung dengan IKD melalui Grup seni Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). Jalantelawi.com turut mendapat pembiayaan drpd Friedrich Naumann Stiftung (FNS).

IKD mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim. Umum mengetahui IKD adalah organ saraf Anwar Ibrahim. IKD ditaja sepenuhnya oleh badan Yahudi iaitu Konrad Adaneur Foundation (KAF). Pengarah Eksekutif IKD ialah Khalid Jaafar bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim. IKD yang sangat aktif IPTA dan IPTS. IKD turut bekerjasama rapat dgn MAFREL mengadakan penyelidikan. IKD amat aktif mempengaruhi minda golongan muda dan berpelajaran terhadap Anwar Ibrahim. IKD sendiri pernah menerima RM20 juta daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF) pada awal penubuhannya.

KAF turut menaja Interfaith Commision (IFC). Kebebasan berfikir yang dianjurkan oleh IKD kepada pengikutnya jelas merosakkan akidah umat Islam dan Melayu di negara ini. Oleh itu pendedahan Harian Metro adalah tepat untuk menghalang IKD dari terus merosakkan minda rakyat. Persoalannya mengapa Anwar Ibrahim yang menaungi IKD sanggup mempergunakan IKD merosakkan minda rakyat, umat Islam dan Melayu?
— TAMBAHAN ——————————————————
Ini link yang menunjukkan sokongan Konrad Adenauer Foundation kepada Jewish World

The Konrad Adenauer Foundation and its Dialogue with the Jewish World.

About these ads
  1. penulis_cyber
    6,April 2008 at 11:25 pm

    Jika ada maklumat menyokong atau menafikan isu di atas akan saya pamerkan di sini nanti…

    diharap sebang komen berkenaan bab ini boleh dikongsi bersama utk kebaikan kita semua.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.